BOOK REVIEW #4: DRACULA VS AL-FATEH

in

Siapa dah tengok filem animasi Hotel Transylvania? Watak utama dia, Count Dracula dan anak perempuan dia kan? Dan siapa dah tengok  filem Dracula Untold? Dan dalam Dracula Untold pun watak utama dia Dracula .

Terfikir tak kenapa dinamakan Hotel Transylvania? Dan dalam Dracula Untold ni endingnya Dracula berjaya menewaskan Sultan Muhammad Al-Fateh ; betul ke ? Apa hubungan Dracula dengan Sultan Muhammad Al-Fateh? Dan Dracula dalam dua filem ni orang yang sama ke?

Haa di sini lah jawapannya terkumpul dalam satu buku menarik ; nipis tetapi padat dan berwarna-warni : Dracula vs Al-Fateh hasil tulisan Muhd. Nur Iman Ramli.


Secara ringkasnya , buku ini menceritakan sejarah dan kronologi dalam sejarah hidup Dracula dan Sultan Muhammad Al-Fateh. Dracula ialah seorang putera raja yang dilahirkan di Transylvania, Wallachia, Romania. Dan oleh sebab beberapa peristiwa telah menimpa hidup beliau sekeluarga, beliau dan adiknya telah dihantar sebagai tebusan politik kepada Sultan Murad II iaitu ayah kepada Sultan Muhammad Al-Fateh.
                Dari sinilah perjalanan hidupnya bermula; daripada asalnya membesar bersama Sultan Muhammad Al-Fateh, sehinggalah menjadi musuh ketat kepada sahabatnya sendiri. 

                Buku ini juga menceritakan tentang sejarah pemerintahan dan bagaimana watak Dracula berevolusi menjadi watak vampire penghisap darah. Dan bagaimana sejarawan barat mengangkat Dracula sebagai hero yang menewaskan Sultan Muhammad Al-Fateh, walhal hakikatnya berlawanan.
                
                Dilengkapi dengan ilustrasi menarik dan berwarna, isinya lebih mudah difahami.  Contohnya imej istana Dracula yang disertakan pada mukasurat ke 29 betul-betul digambarkan sebagai rupa bentuk hotel yang dibina Dracula dalam filem Hotel Transylvania. Nampak lah perkaitannya di situ kan?

  

Selamat membaca. Semoga bermanfaat.

p/s : boleh je nak pinjam J dengan syarat jaga elok-elok.

Rasyidah.


GEN11US is the 11th generation of Malaysian medical students at Kasr El-Ainy School of Medicine, Cairo University in Egypt.

0 comments:

Suggestion Box:

Name

Email *

Message *

Followers