• We are GEN11US !!

    GEN11US is the 11th generation of Malaysian medical students at Kasr El-Ainy School of Medicine, Cairo University in Egypt.

    Once a GEN11US, always a GEN11US

Showing posts with label Article. Show all posts

Agama Penghalang Kemajuan

in


Gambar sekadar hiasan.
Pendahuluan.

Timur tengah dan Islam bukan lah suatu perkaitan yang asing bagi masyarakat dunia. Rantau ini menjadi tumpuan para pelajar yang ingin mendalami agama Islam kerana banyak institusi agama Islam yang terkenal dan terkemuka serta banyak ulama yang lahir dari rantau ini. Islam di rantau ini adalah agama yang masyhur yang menjadi rujukan pelbagai peringkat dalam struktur sosial masyarakat di sini. Selain itu, Islam juga adalah entiti penting dalam kerajaan tempatan untuk membuat polisi-polisi negara.

Walaupun negara di daerah ini kaya dengan sumber asli iaitu minyak, namun pembangunan di daerah ini seolah-olah terbantut, tidak padan dengan kekayaan yang mereka miliki. Perang juga banyak berlaku antara negara dan juga berlakunya perperangan dalam negara; perang saudara. Kadar kemiskinan di daerah ini juga dikatakan amat tinggi.

Di negara membangun(developed country) tidak tersenarai pun satu negara Islam. “Developed country” amatlah terkenal dengan sistem sekeluarisme, seolah-olah menjadi bukti bahawa pengasinan agama dan pentadbiran negara menjadi satu solusi untuk mencapai kemajuan negara. Seolah-olah agama ini menjadi penhalang kemajuan.

Masalah yang timbul

Isu ini sebenarnya telah lama berlaku, jika dilihat dari susur jalur sejarah, telah banyak kejadian yang menjadi bukti seolah-olah agama menjadi penghalang kemajuan. Pertamanya, ingin saya bawakan masalah pada agama secara umum, kemudian apa yang berlaku pada Islam.

1.      Sejarah dan agama

·         Pengaruh institusi agama dalam kehidupan di zaman “dark age” yang mengawal masyarakat membuatkan mereka pada zaman itu hidup tertindas dan mundur. Agamawan ini menggunakan agama untuk mengutip cukai untuk keuntungan sendiri, mengiktiraf “feudal lord” dan raja supaya rakyat taat kepada mereka dan menjual “indulgence”(surat pengampunan dosa) dengan senang lenang.

·         Sejarah protestant menjadi bukti bahawa kongkongan agamawan terhadap rakyat terlalu tinggi. Mereka menggunakan sijil pengampunan dosa sebagai sumber pendapatan untuk mereka dan menyalah guna kuasa agama yang ada pada paderi-paderi. Sesetengah gerakan protestant mengetengahkan idea humanism dalam kristian dan membantah ajaran kristian yang dipesongkan oleh paderi-paderi pada waktu itu. “Malpractice and flase doctrine” adalah dua element yang utama dalam “protestant reformation”

·         Perpisahan King Henry VIII dengan naungan Pope di Rome(catholic church) berlaku kerana tiga perkara : Prinsip yang berlainan, strategi kewangan dan rakyat British yang menyokong ajaran protestant.

·         Idea yang popular, dibawa oleh Karl Marx iaitu “agama candu kehidupan” juga mempunyai asas dalam isu ini. Disini didatangkan empat bukti bagaimana agama itu dijadikan candu(painkiller) kepada buruh-buruh di zaman peindustrian dahulu, yang menyebabkan buruh ini terus senyap dan tidak bangkit melawan kezaliman dan penindasan dari pihak kapitalism ini.
                                              I.            Agama menjanjikan syurga dengan kebahagiaan berpanjangan. Engels berhujah bahawa kekuatan agama Kristian membujuk rakyat tertindas dengan menjanjikan ‘keredaan Tuhan dan pembebasan daripada penderitaan di akhirat’. Bayangan tentang syurga yang penuh kebahagiaan akan menjadikan kehidupan dunia yang penuh sengsara mampu diharungi oleh masyarakat.
                                            II.            Terdapat beberapa agama yang melihat penderitaan akibat penindasan sebagai satu kemuliaan. Secara khusus, mereka yang bersabar dengan derita yang dialami akan diberi ganjaran oleh Tuhan. Oleh sebab itu, agama telah berfungsi menjadikan kemiskinan dan penderitaan boleh diterima dengan baik dengan menjanjikan ganjaran untuk orang-orang yang sabar di akhirat kelak. Sebagai contoh, ketika hari-hari awal Revolusi Perindustrian di England, para kapitalis telah menggunakan agama untuk mengawal para buruh dengan menegaskan bahawa agama sentiasa menganjurkan para buruh untuk bekerja keras dan bersungguh-sungguh.
                                          III.            Agama menjanjikan campur tangan Tuhan untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan manusia. Hal ini terjadi apabila agama menjanjikan masa depan yang indah dalam kehidupan di dunia apabila tiba masanya. Bantuan Tuhan akan datang dan semua orang akan hidup dalam kebahagiaan dan keamanan. Sebagai contoh, penganut Jehovah Witness percaya bahawa suatu hari nanti, kuasa Tuhan akan turun ke bumi dan akan mewujudkan ‘syurga di dunia’. Hal inilah yang telah menyebabkan penderitaan hari ini dapat diterima, kerana agama menjadikan manusia percaya bahawa suatu hari nanti Tuhan akan menjadikan dunia ini serba bahagia.
                                          IV.            Agama menjustifikasikan sistem sosial sedia ada dan kedudukan seseorang individu di dalam sistem tersebut. Menurut Marx dan Engels, agama menjadikan manusia percaya bahawa Tuhan menjadikan struktur sosial sedia ada dan manusia diperintahkan untuk mengikutnya. Sebagai contoh, raja-raja pada zaman pertengahan di Eropah menggunakan justifikasi agama untuk mengukuhkan kekuasaan. Malah, jika kita tinjau zaman yang jauh lebih awal, Firaun telah pun menggunakan justifikasi sebegini (ana rabbukum al-a’la; akulah Tuhan kamu yang maha tinggi!) untuk membenarkan perbuatannya
Dengan empat sebab inilah, kapitalisme mengambila kesempatan mengawal buruh dan mengaut keuntungan untuk diri sendiri dalam keadaan negara yang kemunduran itu.

·         Kisah Galileo Galilei yang menyatakan bahawa bumi ini bukan pusat galaksi telah mendapat tentangan daripada paderi-paderi kerana bercanggah dengan ajaran agama mereka serta kisah-kisah yang lain seperti menghukum mati bagi sesiapa yang berfikir tentang sains yang bertentangan dengan ajaran mereka. Hari ini, kita tahu bahawa bumi bukan lah pusat bagi galaksi ini, tetapi matahari. Ini menunjukkan bahawa agama menghalang penganutnya berfikir dan membuat uji kaji(sains) yang mana tanpa fikir dan sains ini bagaimana kita dapat mengembara ke angkasa lepas.

2.      Islam agama kebenaran

·         Jika kita menyatakan, bahawa agama-agama yang menghalang kemajuan itu agama yang salah, agama Islam pun apa kurangnnya? Rata-rata negara umat Islam dihimpit dengan kemiskinan, peperangan, korupsi dan pelbagai lagi yang menyumbang kepada kejatuhan negara.

·         Seperti yang dinyatakan di awal pendahuluan, bahawa sekularisme seolah-olah menjadi “secret recipe” untuk berjaya. Agama dan kehidupan seharian perlu di pisahkan demi mencapai kemajuan.

·         Umat Islam di Malaysia, khususnya, saban tahun membincangkan perkara-perkara yang tidak penting dan kecil seolah-olah agenda pembangunan dan kemajuan diri dan negara tiada dalam diri masyarakat umat Islam di Malaysia. Antara masalah dalam kelompok umat Islam sehingga menghalang kemajuan :
                                              I.            Mazhab : Pelbagai mazhab fiqh dan pemikiran telah menghalang kesatuan untuk mencapai kemajuan. Sehingga kini terbit bibit-bibit benci pada orang yang berlainan mazhab ini.
                                            II.            Negara : Negara-negara Islam sama sendiri tidak boleh bersatu hingga menyebabkan negara mudah dijatuhkan dan menjatuhkan satu sama lain.
                                          III.            “Resource & Tech” : Negara Islam kebanyakannya kaya dengan sumber asli minyak, tetapi kita tidak punya kepakaran dalam industri ini sendiri, sehinggakan pakar dari luar terpaksa dibawa untuk menguruskan industri petroleum ini. Hasilnya kita bergantung pada pihak luar sehingga kita malas untuk mengusai bidang ini, akhirnya ketinggalan.
                                          IV.            Tidak boleh fikir : Sesetangah ayat dan suruhan dalam Islam menyuruh kepada kepatuhan, apabila sesetengah orang bertanya kenapa, disuruh ikut sahaja. Diam.
                                            V.            Mundur : Negara Islam pada saat ini, mundur. Terutamanya di kawasan timur tengah.
                                          VI.            Kitaran isu saban tahun : Umat Islam suka bincang perkara yang kecil dan tidak membuahkan hasil serta mengundangkan kepada pergaduhan seperti isu doa awal dan akhir tahun, malam nifsu syaaban, tahlil, politik(kotor). Dan isu ini akan berputar dari tahun ke tahun dengan jawapan dan masalah yang sama. Isu korupsi, bagaimana hendak membangunkan negara? Tiada.
                                        VII.            Perang.

·         Jika kita lihat negara yang membangun, semua masalah ini tiada. Agama hanya di rumah-rumah ibadat sahaja, banyak peraturan agama dilanggarnya demi mencapai kemajuan dalam negara.

·         Umat Islam, agama yang tidak menghalang kemajuan dari sudut teorinya, kini seolah-olah menjadi pengahalang kemajuan pada sudut praktikaliti.

Jawapan dan resolusi.
1. Agama yang menghalang dan mengekalkan keadaan manusia dalam keadaan mundur dan papa adalah agama yang salah. Maka kembalilah kepada agama Islam, agama kebenaran. Islam tidak pernah menghalang umatnya untuk menjadi maju dan tidak menghalang umatnya untuk berfikir mengikut panduan agama(namun berfikir secara berlebihan sehingga melanggar batas syarak adalah dilarang, kerana ada sesuatu perkara yang dijadikan atau terjadi di dunia ini melampaui batas logik akal untuk menghadamnya). Islam dan sains adalah selari kerana Islam ini adalah agama yang diwahyukan bukan buatan dari manusia dan sains juga ciptaan Tuhan.

2. Pembangunan tanpa agama juga dilarang kerana apa guna maju dari sudut material tapi dari sudut rohani kosong. Lari dari fitrah untuk beragama. Pembangunan tanpa panduan agama adalah ibarat memandu kereta di waktu malam tanpa memasang lampu. Kita sering mendengar di negara-negara maju, rakyat dia berperangai pelik dan kurang adab, ini kerana moral sudah hilang kerana tiada panduan rohani. Sekali lagi, agama yang mendidik rohani dan hati dengan sempurna adalah Islam, kerana Islam adalah agama fitrah.

       
3. Penguasaan ilmu perlu diperkasakan lagi dikalangan umat Islam. Malas adalah penyakit yang paling bahaya di kalangan umat Islam masa kini kerana terlalu selesa dengan kejayan nenek dan atuk. Sedangkan menuntut ilmu itu adalah satu fardu bagi umat Islam. Apabila kita mengusai ilmu, kebergantungan kita pada umat lain sudah tiada lagi. Dengan ilmu, kita mampu mengusai dunia dan menjadi maju. Maka ilmu kunci menjadi negara maju, agama menjadi kunci menjadi hati “maju”

         
4. Umat Islam perlu meninggalkan perkara sia-sia dalam kehidupan masing-masing, tinggalkan isu-isu yang tidak membawa keuntungan dalam hidup, tinggalkan persengketaan sesama muslim dan cari titik persamaan antara kita semua iaitu aqidah yang satu. Perpecahan adalah faktor utama kenapa umat Islam hari ini tidak maju dan sering ditindas. Bersatu teguh, bercerai roboh.

 5. Musuh Islam pada saat ini, telah menlancarkan serangan pemikiran dan cuba menanam dalam akal penduduk dunia bahawa Islam ini adalah agama keganasan dan kemunduran melalui media massa seperti filem dan internet. Lebih menyedihkan ada di kalangan umat Islam ini percaya apa di propagandakan oleh musuh kita ini. Di sinilah ilmu dan iman memainkan peranan penting, menapis segala dogma dan stigma asing yang jelas menghina Islam dan dengan iman dan ilmu kita mampu menerangkan kepada orang ramai bahawa Islam adalah sebaliknya apa yang cuba musuh Islam ini bawa.           

      6. Salah faham dan cetek ilmu agama adalah satu lagi punca kenapa kita semua masih berada di bawah serta bergaduh sama sendiri. Solusinya adalah mendalami agama dengan baik. Ini penting agar salah faham antara mazhab dan pendapat fiqh(saban tahun isu yang sama) dapat dirungkaikan. Ukhuwah sesama muslim dapat dikukuhkan lagi dan agenda pembangunan dapat dijalankan jika kita semua bersatu.

      7. Kita semua mestilah tidak mempertuhankan kelemahan. Sikap kita yang tidak berani mencuba sesuatu kerana kelemahan dan ketakutan kita membuatkan kita ini “stagnant”  atau kekal menjadi lemah. Sikap suka menyalahkan orang lain jugak perlu dijauhkan juga. Salah israel yang serang Palestine, salah Amerika yang serang negara-negara Islam, tapi salah diri sendiri untuk pergi lebih maju supaya tidak ditindas? Belum cuba belum tahu. “What doesn’t kill you, make you stronger”. Maka jangan biarkan kelemahan kita menjadi penghalang kepada kemajuan kita. Selepas kita berjaya mengatasi kelemahan dalam diri, kita “unlock” fasa baru dalam hidup kita. Seterusnya menjadi komponen penting dalam agenda kemajuan negara.

8.   Jika kita perhatikan di zaman dark age, ini hanya lah berlaku di eropah dan kawasan sekelilingnya sahaja, tetapi di zaman tu, adalah zaman kegemilangan Islam di zaman Umayyah dan Abasiyyah. Pada zaman ini, banyak perkembangan ilmu dan pertejemahan ilmu dari yunani ke bahasa arab atau bahasa tempatan untuk kajian lanjut. Ini menunjukkan bahawa Islam adalah agama kemajuan yang tidak menghalang umatnya untuk berfikir atau melibatkan diri dengan sains(sesetengah agama menghalang berfikir selain agama dan sains adalah salah disisi agama) bahkan mewajibkan umat Islam untuk menuntut ilmu, membuat kajian dan berbincang untuk percambahan ilmu seterusnya membawa kepada kemajuan dan peningkatan dalam semua bidang terutamanya teknologi. Percambahan ilmu dan teknologi dari dua khilafah Islamiyyah inilah yang membuka jalan kepada renaissance di eropah.

  9. Akhir sekali, walaupun “cliché”, seseorang individu muslim mestilah menjadi lebih baik, mahasiswa muslim perlu mengusai bidang yang dia berada, seorang pekerja mestilah bersungguh-sungguh membuat kerja di amanahkan kepada dia dan seorang ketua negara harus berusaha menjadikan negara ini, negara muslim, negara yang maju. Maka apabila satu individu itu mengamalkan Islam dengan betul dan bersungguh dalam amalnya atau kerjanya, maka akan lahir masyarakat yang porduktif dan seterusnya negara yang maju. Kita umat Islam tidak boleh malas dan terus mencemarkan lagi nama baik Islam. Kerana sikap kita yang buruk dan jelik, tapi disebabkan kita ini muslim, yang buruk itu terpantul pada Islam. Ini semua menjauhkan orang kafir lagi daripada Islam.

Kesimpulan

Islam dan kemajuan adalah satu entiti yang satu. Banyak dalil didalam al-Quran dan hadis yang menyuruh umat Islam untuk berfikir dan bersungguh dalam perkara. Serta banyak juga bukti-bukti sains dan teknologi dalam al-Quran sehingga kini ada yang telah dibuktikan dengan sains dan ada yang belum dibuktikan lagi oleh sain kerana terlampau “maju” sehingga melampaui batas fikiran manusia.

Muhammad Aqeel Shameem b Mohd Anuar
21 Mei 2015

Rujukan :


Kompilasi Ma’rifat dan Cinta

in ,

Baru-baru ini, bersamaan 26 April 2015, BPI GEN11US telah menganjurkan satu kelas bersama Syeikh Rohimuddin Nawawi Al-Bantani yang bertempat di Markas Abou Risy.  Kelas ini membentangkan kitab Kompilasi Ma’rifat dan Cinta.

Syeikh memulakan kelas dengan sebuah kisah tentang seorang lelaki berpakaian bersih datang menemui nabi Muhammad saw dan bertanya tentang Islam, dan nabi menjawab rukun Islam yang lima. Seterusnya nabi ditanya khabarkan aku tentang iman, lalu nabi menjawab enam rukun iman. Kemudian lelaki tersebut bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah makna Ihsan? Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah beribadat kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya, sekiranya engkau tidak melihatNya, maka ketahuilah bahawa Dia sentiasa memerhatikanmu. Setelah lelaki itu berlalu, Rasulullah menyatakan bahawa lelaki tersebut adalah Jibril as yang datang untuk mengajarkan kamu agama.



Syeikh menjelaskan ibadah itu amalan yang berdasarkan keyakinan. Antara beberapa point yang dapat dikongsikan daripada kelas tersebut:
Iman dan keyakinan mesti melahirkan ungkapan. Ungkapan bagi iman adalah amal iaitu ibadah. Maka ihsan bukanlah suatu amalan atau keyakinan. Contohnya binaan rumah, iman adalah asasnya, ihsan pula bermakna bagaimana cara untuk memelihara rumah itu. Cara untuk memelihara islam dan iman adalah ihsan. Jika ibadahnya benar, buah daripada ibadah ini akan memberi manfaat kepada semua iaitu konsep soleh sosial dan bukan hanya balik kepada individu.

Manusia andai apabila ditimpa musibah baru mencari Allah, mula bertanya apa salahku, itu menunjukkan ibadah yang dibuatnya adalah adat bukan ibadah. Jika beribadah dengan ihsan dan menjaga solatnya, sekiranya ditimpa musibah, kesedihannya tidak berpanjangan malah mungkin terus tersenyum kerana dia tahu di sebalik musibah itu ada rahmat dan ganjaran daripada Allah.
Ibadah andai tidak dilakukan dengan cara yang betul, maka tidak akan membuahkan kekuatan dalam menghadapi ujian hidup. Solat dan puasa adalah induk penyucian hati. Namun jika tanpa ihsan, maka semua ibadahnya tidak akan menimbulkan akhlak. Setiap dosa itu akan menimbulkan titik hitam di hati. Maka dirikanlah solat itu supaya dapat menghapus dosa kita hingga ke waktu yang seterusnya. Semestinya dengan solat yang betul iaitu ihsan tadi.


Syeikh menjelaskan yang ilmu tasawwuf bukanlah teori semata-mata. Diibarat pengamal perubatan yang hanya mengikut buku tanpa latihan klinikal. Dan betapa pentingnya untuk melihat agama bukan hanya daripada buku, tetapi guru yang mengajarkannya. Tasawwuf merupakan cara yang mungkin ada pada buku, tapi pengalaman dan guru itulah yang lebih penting.

Seterusnya syeikh menjelaskan cinta kepada kekasih itu terbahagi kepada 3:

1. Kerana kecantikan,harta dan kesempurnaan. Kecantikan itu adalah sifat bukan dirinya. Cinta ini sangat lemah kerana sebetulnya bukan cinta kepada kekasihnya cuma cinta kepada dirinya yang inginkan keasyikan dan kenikmatan menatap kesempurnaan.  Dan kerana sebab kecintaan itu akan hilang pada bila-bila masa sahaja. Maka cinta kepada Allah, tingkatan cinta pertama adalah beribadat kerana pahala dan ganjarannya di syurga.

2.Cinta kerana dirinya. Seperti kisah Laila Majnun yang tidak melihat pada kesempurnaan kekasihnya. Cinta ini lebih kuat daripada cinta yang pertama. Tingkatan cinta kedua adalah dengan keimanan yang kuat.

3.Cinta pada munasabah. Kerana jiwanya sama sehingga dia melihat kekasih itu adalah dirinya. Maka nabi menyeru cari yang soleh kerana yang soleh itu untuk yang soleh. Cinta takkan tumbuh tanpa makrifat. Dan makrifat takkan tumbuh tanpa tazkiyah. Dan ihsan itu lahirnya daripada cinta ini.


Semoga perkongsian ini dapat sedikit sebanyak membuka ruang penglihatan kita terhadap konsep ihsan dan makrifat cinta itu sendiri. Wallahua’lam.

PEMERGIAN SANG MURABBI UMAT YANG DIRINDUI

in ,



Selawat dan salam buat junjungan besar Sayyidina Nabbiyyina  Muhammad SAW.

Petang itu, sejurus sahaja melangkah masuk bilikku,
Sahabat : weyh, Tuan Guru Nik Aziz dah meninggai.
Aku : Innalillahiwainnailairo’jiun.
Lalu memberitahu ahli beit yang lain.
Aku cepat-cepat bukak whatsapp, untuk mengetahui berita lanjut.

Bukak group keluarga, group rumah, group usrah.
Ya. Sah. Telah kembalinya seorang murabbi itu kepada Rabbnya
Allahumaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fuanhu.
Pertama yang dicapai adalah telefon ku.
Buka facebook, scrolldown newsfeed.
Tak putus-putus status sahabat-sahabat berkaitan pemergian murabbi ummah ini.
Sebak. Mengalir deras air mata membaca setiap bait kata-kata mereka.
Lagi scroll, semakin laju nangis. “Allah, tak boleh macam ni,” fikir diriku, lemah.

Lantas aku mencapai yang sepatutnya aku capai pada pertamanya.
Pasti di sanalah sumber kekuatan.

Aku selak naskhah itu, menyambung di halaman terakhir aku berhenti,
Halaman 459, Surah Az-Zumar
Aku teruskan bacaan,
Satu ayat, satu terjemahan.
Hinggalah pada ayat 30: “Sesungguhnya engkau (Muhammad) akan mati dan mereka akan mati pula.”

Satu lagi peringatan kematian. Jelas.
Allahu, hati semakin basah.
Aku teruskan lagi bacaan.
Aku tahu Dia sedang memberi peringatan.
Dan bersamanya pasti datang kekuatan.

Ditemukan pada ayat 33 sehingga ayat 37:

“Dan orang yang membawa kebenaran (Muhammad) dan orang yang membenarkannya, mereka itulah orang yang bertakwa. (33) Mereka memperoleh apa yang mereka kehendaki di sisi Tuhannya. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang berbuat baik.(34) agar Allah menghapus perbuatan mereka yang paling buruk yang pernah mereka lakukan dan memberi pahala kepada mereka dengan yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.(35) Bukankah Allah yang mencukupi hambaNya? Mereka menakut-nakutimuu degan sesembagan yang selain Dia. Barang siapa dibiarkan sesat oleh Allah, maka tidak seorang pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya. (36) Dan barang siapa diberi petunjuk oleh Allah, maka tidak seorang pun yang dapat menyesatkannya. Bukankah Allah Maha perkasa dan mempunyai kekuasaan untuk menghukum?(37). " 

Mataku berhenti seketika di ayat “orang yang membenarkannya”. 

Wajah TGNA semakin jelas di ingatan. Sambil menghabiskan keseluruhan ayat, hati ini semakin tenang dengan pemergiannysa. Moga engkau tergolong dalam golongan yang dimaksudkan ini wahai Tuan Guru. Sepanjang hidupmu, engkau membenarkan, malah engkau sambung perjuangan, tidak kenal penat sakit, engkau teruskan, sehinggalah engkau dijemput Tuhan.

Tersenyum sendirian sambil membaca, moga itu menjadi berita gembira buatmu juga.

Asyik dengan ayat pujukan dan kekuatanNya, aku teruskan. Air mata mula mengalir perlahan.
Seterusnya pada ayat 42.

Ya Rabb, sungguh cantik. Hebat. Tepat aturan Mu.Diberi peringatan satu persatu. Lagi berkaitan kematian.

“Allah memegang nyawa(seseorang) pada saat kematiannya dan nyawa( seseorang) yang belum mati ketika dia tidur. Maka Dia tahan nyawa orang yang telah ditetapkan kematiannya dan Dia lepaskan nyawa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sungguh pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir”, ayat 42, Surah Az-Zumar

Kali ini, Air mata kembali laju. Terharu. Terima kasih Ya Allah. Sungguh, Engkau sedang memujukku. 

Aku teruskan sehingga akhir. 

“Dan kepada setiap jiwa diberi balasan dengan sempurna sesuai dengan apa yang telah dikerjakannya dan Dia lebih mengetahui apa yang mereka kerjakan,” ayat 70.

Dan ini pula seakan-akan kata-kata aluan menjemputnya:

"Dan orang –orang yang bertakwa kepada Tuhannya, kuhantar ke dalam syurga secara rombongan. Sehingga apabila  mereka sampai kepadanya dan pintu-pintunya telah dibukakan, penjaga-penjaga berkata kepada mereka, "Kesejahteraan dilimpahkan atasmu, berbahagialah  kamu! Maka, masuklah kamu kekal di dalamnya," ayat 73

“Dan mereka berkata, “Segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janji-Nya kepada kami dan telah memberikan tempat ini kepada kami sedang kami diperkenankan menempati syurga di mana sahaja yang kami kehendaki.” Maka,  syurga itulah sebaik-baik bagi orang-orang yang beramal.” Ayat 74, kata-kata penghuni syurga mengakhiri surah.

Sungguh, hanya Tuhan Yang Maha Tahu bagaimana perasaan hati membaca ayat-ayat ini selepas mendapat tahu berita kematian Tuan Guru.

KalamMu Ya Allah. Penuh pujukan, penawar segala kedukaan, juga sumber kekuatan.
Ayat2 terakhir surah ini sungguh sungguh menghidupkan. Ya Allah, moga Tuan Guru Nik Aziz tergolong dalam golongan ini. Dan moga kami bakal menyusul nanti.

Sambil baca, sambil nangis. Waktu itu jugak la seorang ahli beit aku masuk ke dalam bilik, bersedia untuk solat maghrib. Alamak kantoi menangis. Malu pun ada jugak. Tapi tak boleh nak tahan. Laju je dia mengalir. Shiuuu. Diri cuba untuk cover tapi dia sempat paling melihat wajahku.

“*** Nangis? Kenapa? Sebab Tok Guru ka?”
Cepat sungguh mulut ini menidakkan, “Eh, tak lah.”
Tapi hati ini seakan meronta untuk berkongsi.
Sementara menunggu yang lain bersiap untuk solat maghrib, aku mulakan bicara. Aku kongsikan ayat-ayat di atas sebagai motivasi dan pesanan buat aku dan dia.
“Sorry, *** pun tak tau kenapa tiba-tiba boleh nangis.” Aku mengakhiri bicara
“Kenapa tiba-tiba boleh nangis?” fikir diriku..
Persoalan itu terus melekat di fikiran?
Aku sendiri hairan.
Aku bukan orang Kelantan.
Belum pernah menghadiri ceramah Tuan Guru seperti rakan-rakan
Apatah lagi bersua secara bertentangan
Tapi mudah sungguh air mata itu bercucuran
Taktala mendengar berita kematian
Jawapan kepada kenapa itu sangat lumayan
Inilah cinta atas dasar aqidah dan perjuangan

Perasaan cinta itu lahir kerana sosok ini sangat mengasihi nabi dan Tuhannya

Lalu, bagaimana pula dengan cinta kita yang sepatutnya kepada kekasih Tuhan,
Sayyidina Habibina Maulawana Muhammad Rasulullah SAW.

Soal mencintai seseorang sungguhpun tidak pernah melihat orang itu sangat unik kan?

Malah Rasulullah SAW sendiri pernah menyebut berkenaan golongan ini kepada para sahabat sehinggakan mereka begitu teruja mengetahui siapakah golongan itu. Ikhwan. Itulah gelaran yang Rasulullah berikan kepada golongan yang baginda rindui. 

Rasulullah bersabda:
Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Dalam situasi yang lain, ketika sahabat-sahabat ingin mengetahui siapakah yang dimaksudkan dengan ikhwan, inilah jawapan Rasulullah:

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku,"

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.

Nah, sahabat-sahabat. Sungguh peringatan ini sudah pasti pertama dan selamanya buat aku dan inginku kongsikannya bersama setiap adik beradik GEN11US yang aku sayang, kasih lagi cinta kerana Allah.

Ayuh, sama-sama persiapkan diri untuk bertemu dengan Allah juga kekasihnya yang sangat merindui kita.Gunakan masa kita yang berbaki di bumi Mesir ini untuk mendidik dan memperbaiki di samping melaksanakan tanggungjawab kita sebagai tallbul ilmi.Seperti mana al-Kahfi yang Allah keluarkan dari negara mereka, rasailah bahawa Allah juga sedang mengeluarkan kita dari satu suasana kegelapan untuk kita menjadi golongan yang membantu menyinarinya semula.

Sedarlah sahabat, umat kini sedang tenat. Peluang yang semakin singkat ini tidak akan pernah berulang. Hargai nikmat berusrah, nikmat berukhuwwah, nikmat memberi kepada masyarakat, nikmat ilmu yang pelbagai. Dan yang paling penting nikmat menerima didikan daripada setiap langkah kehidupan seharian kita di sini. Ambillah hikmah yang ternyata banyaknya bagi mereka yang berfikir. Rugilah andai sehari-hari kita hanya dengan untuk kepuasan diri dan diri semata.

Rasailah bahawa setiap kita adalah butir-butir rantai dakwah Rasulullah. Berperananlah. Berhentilah kita daripada bermalasan dan beralasan. Jika bukan sekarang untuk kita berubah, khuatir kita sudah tidak punya masa, lalu berakhir dengan penyesalan. Ingatlah , peringatan itu tidak pernah kebetulan melainkan Dia benar-benar memilih kita untuk ditujukan. Kini terserah kepada diri untuk tentukan. Yang kiri atau kanan. Bersama atau berlepas. Mendokong,menyokong atau memerhati. Kerana pada setiapnya ada kesan pada diri. Moga Allah terus memandu kita untuk bergerak sebagai duta-duta Islam yang hatinya sentiasa dahaga kepada ilmu dan didikan kerana hati itulah yang sedang rindu ingin bertemu Tuhan.

Kerana kita semua bakal jenazah, Maka bersiap siagalah.

12 Februari  : Tarikh bersejarah buat dunia. Pemergian dua murabbi ummah. 
Syeikh Hasan Al Banna & TG Nik Aziz Nik Mat
Sungguh. Pemergian yang menghidupkan.
Moga Jannah buat kalian.
Dikumpulkan bersama Sang Murabbi Agung.
Moga diri ini dan sahabat-sahabat yang dicintai juga termasuk dalam golongan itu.

Ya Allah, teguhkan kami atas jalan agama dan dakwah ini ya Allah.
Sekadar link tambahan,
jemput ^^ 

Anak Kapal

Le Furballs Are God's Creations Too

in ,


Take a deep breath. Close your eyes. I would like you to imagine a scene.

            You walked down an alley on your way back from school. As you passed by 3 boys that kept yelling “Nihao! Nihao!” to your face, your eyes caught a  greyish, furry being with red stains all over its body. One of its rear legs was broken and the other one was severely crushed. Its face, oh my goodness! It was so gruesome; you can hardly identify the anatomical structures that were supposed to be at their places. If you were in that situation, how would you feel?

            If words were to describe my feelings, extreme shock and absolute traumatisation fit perfectly. I mean, who wouldn’t? Well, maybe except for Darth Vader and Lord Voldemort! I am, particularly, a cat devotee. At certain times, I hate to be here in Egypt because it is so easy to find dead cats anywhere on the street. I hate it. It is so awful, so horrible.

              Recently, I received unfortunate news from my mother, saying that 5 out of my 8 cats died suddenly within a period of a week. For some people, the loss of a pet might be a momentary sadness. But for me, losing my cats (especially when most of them died suddenly and unexpectedly) was utter devastation. Obviously I had mourned for days T_T


                 We often came across videos of animals on our newsfeed and Instagram, where they acted all cute and silly and funny and we would go “Kyaaaaaaaa ! xD” over them.

           On the other hand, any visuals of cats (and other animals as well) being tortured or tormented were devastating and heartbreaking. Those poor animals were drowned in the toilet bowl, some were fed with potatoes stuffed with needles and pin and some were being squished and trampled to death! I just cannot figure it out! Why on Earth did those dumb savages become so foolish and execute those acts?! xO They were God’s creations too, for goodness sake!

            Even if you are scared of cats and would jump a mile every time it comes near you, please, just do not abuse them. Do not kick them, throw things at them or splash hot water on them. Our beloved Prophet (PBUH) himself owned a cat named Mueeza and left a message for us to love cats as much as we love our own flesh and blood.


               It is a pure blessing from God just to have a cat curling on your lap and purrs for each caress. Cats are living beings, just like us humans. They are never meant to be treated badly. By using our limited resources and energy, let’s try to end cruelty and abuse of cats around us. Because with great power, comes great responsibilities :D

 Zulaikha.

Sembang Shai: Facebook - Perlu atau Candu?

in



“Ketagihan boleh dikenal pasti apabila terbentuknya satu jadual atau proses pelaziman seseorang itu tidak dapat berpisah dengan sesuatu tabiat yang wujud akibat pengaruh atau pancingan"

"Sekiranya abad ke-19 dahulu sinonim dengan revolusi perindustrian dan abad ke-20 dengan peperangan, saya kira abad ke-21 akan dikenang sebagai zaman yang diledakkan dengan revolusi digital"


 Perkembangan teknologi digital dalam tempoh sepuluh tahun kebelakangan ini amatlah rancak (dan mengerikan!) sehinggakan terlalu banyak penemuan dan ciptaan baru, sama ada berguna atau pon tidak, telah dihasilkan.

Dalam dekad ini, nama-nama seperti Yahoo!, Google, Apple, Samsung, Facebook, Twitter telah menguasai pentas era digital ini. Dan di dalam banyak-banyak jenama ini, Facebook adalah antara yang paling berpengaruh sekali, terutamanya dalam kalangan anak-anak muda. Memang sukarlah juga untuk saya menemukan siapa yang tidak mempunyai akaun Mukabukunya sendiri. Cikgu sekolah rendah, penjual nasi lemak, eksekutif bank pelaburan, peguam syariah, jurulatih gimnastik, murid tadika, makcik jiran sebelah rumah... Hampir semuanya mempunyai akaun Mukabuku sendiri!

Pertimbangkan fakta-fakta yang meletupkan minda ini:

  1. Jumlah pengguna Mukabuku secara bulanan kini menyamai jumlah rakyat China (1.35 bilion manusia).
  2. Secara puratanya, pengguna telefon pintar memeriksa Mukabuku sebanyak EMPAT BELAS KALI sehari.
  3. Pengguna biasa menghabiskan sekurang-kurangnya EMPAT PULUH minit sehari dengan Mukabuku.
  4. Lebih DUABELAS bilion mesej dihantar melalui Mukabuku.
  5. Ada kemungkinan besar nenek dan atuk anda juga merupakan pengguna Mukabuku. Lebih 45% daripada pengguna internet berusia 65 tahun ke atas mempunyai akaun Mukabuku mereka sendiri.
  6. 47% daripada para pengguna Mukabuku berusia 18-34 tahun akan memeriksa akaun mereka sebaik sahaja bangun daripada tidur.
  7. Menurut suatu kajian, satu daripada tiga orang berasa tidak puas dengan hidupnya setelah melawati Mukabuku.
  8. Satu pertiga daripada semua kes pendaftaran cerai di Amerika Syarikat pada tahun 2011 mengandungi perkataan 'Mukabuku.'
  9. Beberapa orang telah mati dibunuh kerana telah membuang kawan (Unfriend) daripada senarai kawan-kawan Mukabuku mereka.

Tanpa fakta-fakta ini pun kita tahu yang sebenarnya hidup kita amat dipengaruhi oleh FB. Tanpa kita sedari, kita sudahpun sebenarnya ketagih akan Mukabuku. Apa simptom-simptomnya?


  • Kita berasa amat seronok, teruja hingga ke langit apabila post kita diLIKE oleh orang lain. Sebaliknya, kita berasa tertekan apabila berpeluh-peluh otak kita memikirkan status bombastik untuk ditulis, tetapi jumlah yang mengeLIKE boleh dikira dengan jari.
  • Kita berasa kecewa mahu terjun gaung apabila Friend request kita ditolak. Apatah lagi apabila yang menolak itu adalah cik adik manis yang sudah menjadi pojaan hati kita sejak sekian lama! Eh.
  • Kita berasa resah gelisah sekiranya seharian tidak membuka Mukabuku. Rasa macam tak boleh nak hidup apabila kita masuk kampung atau hutan yang tidak mendapat talian internet.
  • Kita bergaduh, bertekak dan bercakaran dengan rakan-rakan Mukabuku kita untuk sesuatu yang remeh dan temeh. Nasib baik dalam Mukabuku tiada aplikasi tarik rambut. Heh.
  • Kita percaya bulat-bulat dan segi empat-segi empat segala macam berita dan fakta yang dikongsikan di Mukabuku.
  • Kita tekan semua pautan dan kita cuba semua permainan yang dikongsikan di Mukabuku.
  • Kita gemar meng'stalk' orang lain. Espeseli kalau kita minat orang tu.
  • Telefon pintar kita hurung ke mana-mana agar tidak terlepas notifikasi Mukabuku yang terbaru, hatta ketika sedang berurusan di jamban. Erk.
  • Hidup kita sehari-hari terasa tidak lengkap tanpa memerika Mukabuku dahulu. Sebelum pergi kerja, sebelum mula bekerja, sebelum siram bunga, sebelum pergi jogging, sebelum segala-galanya. 
  • Kalau nak luah perasaan, mengomel atau apa-apa sahajalah, kita lebih gemar untuk tulis status Mukabuku daripada beritahu rakan-rakan secara langsung dan berdepan.


"Dan kehidupan dunia ini hanyalah senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui."
[al-Ankabut, 29:64]





Pokoknya, setiap perkara ada baik dan buruknya. Perlunya kita kepada Fb dapat dilihat apabila ramai daripada personaliti dan astaizah mengambil kesempatan menyebarkan dakwah kepada ramai follower mereka di media sosial. Seterusnya perniagaan online dilihat semakin berkembang di media sosial. Hal ini berikutan pengguna yang lebih selesa melakukan urusan jual beli dari rumah. Hubungan kenalan yang sekian laman terputus juga dapat dikemas kini di FB.


Bagaimana laman media sosial memberikan kesan buruk kepada anda?

1. Silap faham dalam konsep ‘hubungan’

Menurut Steven Strogatz, Cornell University,  laman media sosial boleh membuat kan kita lebih sukar untuk membezakan antara hubungan yang berkualiti  dan hubungan kasual dibentuk melalui media sosial. Dengan menumpukan begitu banyak masa dan tenaga psikik pada hubungan kasual, hubungan berkualiti akan bertambah lemah.
Kita merasakan bahawa kita sedang mendekatkan diri dengan rakan-rakan kita dalam masa yang sama, rakan yang di sekililing terabai.



2. Pembuli Alam Siber

Lantaran wujud dalam landskap manusia yang lebih suka membanding perbuatan orang dengan ‘intention’ sendiri, wujudnya ‘page2’ di laman sosial yang khas untuk memidas perilaku kurang wajar. Ini secara tidak langsung mencipta budaya di mana sekeping gambar atau pendapat yang lemah akan meninggalkan si pengguna dengan reputasi yang tidak boleh diperbaiki. Hasilnya serangan-serangan sebegini meninggalkan parut mental dan ada beberapa kes yang mangsa telah membunuh diri.

3. Produktiviti menurun

Walaupun banyak perniagaan berlangsung menggunakan laman rangkaian sosial untuk mencari dan berkomunikasi dengan pelanggan, laman web juga boleh membuktikan yang pekerja lebih berminat kepada apa yang di’update’ oleh rakan mereka di laman sosial berbanding tugas kerja mereka. Wired.com mencatatkan dua kajian yang menunjukkan kerosakan kepada produktiviti disebabkan oleh rangkaian sosial: Nukleus Research melaporkan bahawa Facebook mengurangkan1.5% daripada produktiviti pejabat manakala Morse menyatakan bahawa syarikat British kehilangan 2.2 bilion setahun kepada fenomena sosial. Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti permainan yang terdapat dalam laman sosial mampu menarik minat pengguna laman sosial tersebut. Hal ini menyebabkan pengguna akan berasa seronok sehingga leka dan lalai untuk menyempurnakan urusan mereka.


4. Penggunaan bahasa ringkas dan salah.

5. Mendedahkan kanak-kanak kepada pemangsa online

6. Sebaran maklumat palsu dan unsur pornografi mudah tersebar

7. Banyak ‘ahli pasif’. Tekankan konsep bagaimana memberi kalau kita tiada apa untuk diberi.

8. Ramai orang lebih suka dapatkan maklumat daripada fb. Maklumat yang tidak disertai sumber sahih. 

Solusi??? :

Semua perkara dapat dilakukan dengan jitu dan dimanfaatkan jika ia dimulai dengan niat dan matlamat yang jelas, Fb mungkin boleh menjadi keperluan andai dimanfaatkan sebetulnya. Tetapi ia akan lebih jelas menuju kecanduan sekiranya kita masih tidak mengubah cara penggunaan FB .

Panduan:

-Sentiasa gunakan tetapan privasi maksimum
-Berhati-hati dengan apa yang anda berkongsi di laman rangkaian sosial.
-Cara memerangi ‘online predator’:
  • Mengurangkan masa yang anda dan anak-anak anda menghabiskan rangkaian sosial
  • -Memantau penggunaan rangkaian sosial dan rakan senarai anak-anak anda
  • Membuat kaedah-kaedah mengenai isi rumah rangkaian sosial dan menguatkuasakan mereka
  • Mengingatkan anak-anak mengenai bahaya yang mungkin timbul daripada rangkaian sosial
-Jangan biarkan orang asing ke dalam rangkaian sosial anda.

-Memangkas profil sosial media anda.
-Kurangkan jumlah group dan site yang tak penting. Jangan tambah atau terima kawan yang tidak dikenali. Jadi yang akan tertera di wall hanya perkara penting dan perlu. Jadi kurang masa habis di hadapan fb.
-Pangkah aplikasi fb di hanset. Bila kita online di komputer, maknanya kurang masa menghadap fb dan masa yang diperuntukkan tetap dan tidak terlebih-lebih.
-Berinteraksi secara terus dengan teman.
-Buka ikut prioriti: Doa-mesej-group-noti-wall.




Sumber fakta:


Suggestion Box:

Name

Email *

Message *

Followers