MA2KULAT KE KULAT #5: MAHARANI RESTAURANT

in



Cik Boroi kembali lagi! Kali ni nak bawak kalian semua cuba makanan asia pula. Biar hilang sikit rasa rindu untuk siapa-siapa yang tak balik Malaysia cuti winter nie. Bagi yang suka lepak kedai mamak 24hours, makan roti naan dan ayam tandoori, meh Cik Boroi cadangkan untuk korang cuba restoran india yang baru Cik Boroi serbu bulan nie. Bukan Restoran Nawab di Zamalek (itu rasanya ramai dah cuba) tapi Maharani Indian Restaurant di Maadi. Cik Boroi suka Maadi, macam-macam ada.

Lokasinya sangat mudah tapi panjang Cik Boroi nak kena cerita. -.-". Restoran ni terletak di Street 6, Maadi. Jadi, beli tiket metro segenih, naik metro sehingga Maadi. Sampai je dekat metro, jangan keluar ke exit yang selalu kita keluar untuk ke Auntie Anne's atau Papa John's, korang keluar ikot exit yang satu lagi, yang kena naik tangga untuk ke seberang sana. Keluar dari stesen metro tu, korang ke kiri, jalan terus ke arah kubri (Sekejap jep jalan tapi hati- hati sebab banyak tremco lalu lalang dekat satu). Lepastu, korang akan jumpa restoran thai dulu, yang ada pondok kayu dekat depan dia (restoran thai nie pun menarik bagi yang tak penah cuba lagi). Lalu jalan sebelah restoran thai tu, jalan sebelah tau, bukan jalan depan restoran tu. Korang jalan ke depan lagi, korang akan jumpa kedai elektrik (tanda dah betul dah arah korang tu), smpai jumpa jalan macam simpang, korang pandang ke kiri ada barisan kedai kedai lain, korang jalan ke arah itu, tadaaaaa ! Korang akan jumpa restoran Maharani ini. Restoran dia dekat tengah-tengah deretan kedai lain. Kalau susah nak faham, tanya jer pak cik dekat dekat area situ, In shaa Allah diaorang tahu. No worries. 

Bila masuk restoran tu, Cik Boroi rasa mcm masuk ke alam Bollywood. Gituu haaa. Bau rempah ratus, kari, dengan deco restoran yang ala ala india tu,ditambah pula dengan layanan pak cik taukeh (Rasa dia taukeh. kot?) yang memang rupa dan accent dia memang macam orang negara India, totok. Yeah, ini betul-betul restoran india mariii.

Makanannya ada banyak gila pilihan. Memang tak tahu nak pilih yang mana satu. Cakap je nak makanan india yang macam mana. Masakan yang macam mana. Semua ada. Tikka, Tandori, kari, masala, korma dan yang pelik-pelik lain pun banyak. Sampai tak tahu cik boroi nak memilihnya. Akhirnya Cik Boroi dan kawan-kawan pilih nasi briyani kosong, cheese naan, garlic naan, chicken tandori, Lamb Vindaloo Spicy, dan chicken tikka masala. Cheese naan agak kurang enak, sangat mengecewakan tetapi kawan-kawan cik boroi suka sangat dengan garlic nan. Cik boroi tak suka sangat bawang-bawang nie haaa, darah vampire kann. Lamb Vindaloo Spicy dan Chicken Tikka Masala sedap. Dagingnya lembut dan cukup rasa rempah ratusnya. Tapi sayang chicken tandorinya tidak seenak dan segaring seperti tandori mamak di Malaysia. Sedih Cik Boroi tau.

Sebelum tu, ada juga cuba chicken samosa dengan keema samosa. Saiz sangat kecik. Dapat 4 ketul. Rasa macam karipap tapi berbentuk lain dan pastri lebih tebal.Keema samosa tu kalau nak tahu sebenarnya berintikan daging kambing. Cik Boroi lagi suka yang ini. Satu lagi yang menarik ni restoran ni, korang akan dihidangkan di 3 jenis sidedishes/sos yang orang india selalu makan dengan makanan diaorang. Cik Boroi pertama kali jumpa dan rasa. Sangat aneh. Hikss.

Paling Cik Boroi suka sekali ialah Coconut Aiskirm! Suka sangat. Rasa macam nak makan berkali-kali. Coconut aiskrim nie dihidangkan dalam tempurung kelapa sekali dengan sosnya yang panas dan manis. Yummmm.. sedap. Walapun secara kasarnya aiskrim tu sebenarnya aiskirm vanila yang diletak serbuk kelapa, Cik Boroi tetap suka.  Mango lassinya juga sedap. Nak bayang rasanya macam mana? Macam yogurt mango dekat sabek tu haaa. hihi.

Cukup pasal makanan. Bab harga pula bagi cik boroi agak berpatutan walaupun portion makanannya agak sedikit tetapi bila sudah habis makan tu, ehh kenyang la jugak. Kalau nak murah, Cik Boroi nasihatkan untuk kongsi-kongsi lauk. Mesti berbaloi. Cik boroi makan semua tu dengan 4 orang kawan cik boroi baru kena bayar LE54 sorang. Murahlah dari makan steak kannn.

Ma2kulat ke kulat? Hmmmmm... Bagi Cik Boroi tempat ni lagi bagus berbanding Nawab. Makanannya, suasananya, memang rasa real Indian Restaurant. Cik Boroi bukan peminat-kipas-susah-mati makanan india tetapi Cik Boroi rasa macam nak datang lagi dan cuba menu lain pulak. Kesimpulannya,  Cik Boroi mengkategorikan Maharani Restaurant sebagai

Ma2kulat, bukan Kulat!


GEN11US is the 11th generation of Malaysian medical students at Kasr El-Ainy School of Medicine, Cairo University in Egypt.

2 comments:

  1. puak boroi sepatutnya order otlob terus smpai rumah atas faktor penat usung perut..

    maaf tp cik boroi telah khianati prinsip asas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita sebagai ahli Gen11US, kena lagi bagus daripada puak biasa. Cik Boroi kena jalan. Gaya hidup sihat

      Delete

Suggestion Box:

Name

Email *

Message *

Followers