Cintaku Bukan Di Atas Kertas

in


CINTA TERLARANGKU TAK DAPAT DILARANG


mencari cinta


PENDAHULUAN:

Ramai dalam kalangan masyarakat yang keliru tentang ikhtilat. Ramai juga yang menyangka, menjaga ikhtilat itu untuk golongan ‘agama’ sahaja. Adapun golongan ‘biasa-biasa’, soal ikhtilat atau percampuran antara lelaki dan wanita tidak perlu ditekankan sangat. Apa yang penting, jangan sampai terjebak dengan zina. Kalau setakat bercouple berdua-duaan, berpegangan tangan atau bertepuk tampar, itu dianggap perkara biasa. Sedangkan hakikatnya, syariat Islam itu sama sahaja untuk semua. Dari situ kita melihat, isu ikhtilat tidak pernah selesai.


Sekiranya seseorang itu mempunyai kekasih, dan setiap malam dia membiarkan dirinya leka dengan ingatan kepada kekasihnya sehingga cenderung untuk berkhayal dan berimaginasi, maka jelas sekali dia terjebak dengan apa yang dikatakan sebagai zina hati. Namun demikian, teringat akan seseorang pula tidaklah sampai menjadi haram. Umpamanya, seorang lelaki tiba-tiba teringat kepada seorang wanita yang dikagumi dan diminatinya, namun dia sedaya-upaya mengawal dirinya supaya tidak terus berangan, berimaginasi, berkhayal dan dia lekas-lekas beristighfar kepada Allah. Itu bukannya zina hati. Manusia tidak mampu menyekat hatinya daripada mengingati orang lain. Di sana ada perbezaan antara ‘teringat’ dan ‘mengingat’. Teringat adalah di luar usaha kita, manakala mengingat adalah usaha kita sendiri.



COUPLE & ZINA:

Ada satu contoh antara seorang lelaki dan wanita. Mereka keluar berdua, makan-makan dan bersiar-siar. Ambil angin katanya. Apabila ditanya, mereka menjawab: “Kami hanya kawan biasa. Kebetulan dia ada masalah, nak cari tempat meluah. Jadi saya pun luangkanlah masa. Lagipun kami masing-masing dah berpunya”. Pokoknya, bercouple itu menjadi haram bukan kerana namanya couple atau semata-semata kerana isu ‘aku cinta kau, kau cinta aku’. Couple menjadi haram dek kerana wujudnya gejala berdua-duaan, bercakap dari hati ke hati tanpa had batasan dan sebagainya. Namun nanti ada pula yang berhujah balas dengan berkata, “Kata-kata itu seperti terlalu prejudis kepada anak muda. Ramai kawan-kawan kami yang bergaul tanpa menitikberatkan sangat batas pergaulan, tetapi tidak pun berlaku perkara-perkara yang terlarang". Mungkin pada mereka , yang ‘terlarang’ cuma zina. Selainnya, tidak.

sweet..huh.


Lelaki dan wanita berbeza ciptaannya. Bersentuh tangan atau duduk dekat-dekat sesama jantina, tidak sama dengan bersentuh tangan atau duduk rapat-rapat dengan beza jantina. Ada ‘cas’ tertentu yang akan mengalir. Oleh itu, Islam sama sekali mengharamkan sentuh-menyentuh, pegang-memegang, tepuk-menepuk, dakap-mendakap dan yang sewaktu dengannya oleh manusia yang berbeza jantina kecuali setelah berkahwin. Daripada saling berpandangan, akan timbulnya perasaan. Daripada percakapan, akan menjadi berpegangan. Daripada bersentuhan, akhirnya mencari kemaluan. Lelaki dan perempuan ibarat kucing peliharaan dan ikan ternakan. Si kucing sentiasa mengintai ikan yang berenang di kolam. Apabila ada peluang didekatinya dan cuba dicapai. Dek kerana terleka dengan kecantikan dan gerakan badannya, si ikan akhirnya ditawan. Akhirnya si kucing makan dengan kepuasan, sisa yang tinggal tiada belas-kasihan.

habis madu sepah dicampak





KENAPA PERLU MENJAUHI ZINA:



Mafhum:
Lelaki dan perempuan, bukan sebarang lelaki dan perempuan. Mereka adalah lelaki dan perempuan yang beriman. IMAN itu adalah asas pergaulan dan interaksi mereka. Mereka saling bantu membantu dalam urusan amar makruf nahi munkar, menegakkan solat dan melunaskan Zakat, serta seluruh agenda yang berada di dalam lingkungan mentaati Allah dan Rasul.

Lazimnya, kebanyakan maksiat adalah kombinasi ‘sakit dan seronok’ antara mangsa dan pemangsa. Jika berlaku kecurian, mangsa berasa sakit, pemangsa pula beroleh keseronokan. Namun berbeza dengan ZINA. Ia adalah maksiat yang sedap. Sama ada pelaku atau yang diperlakukan, kedua-duanya mendapat keseronokan. Itulah hikmah mengapa Allah bukan sekadar mengharamkan ZINA, malah memerintahkan kita agar MENJAUHINYA.



“Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya ia adalah suatu kecelaan dan seburuk-buruk jalan pilihan manusia” [al-Israa' 17: 32]


Allah tahu, zina itu sedap dan nikmat. Menolaknya jika sekadar menolaknya, terlalu sukar. Justeru sama seperti maksiat-maksiat yang lain, Allah bantu kita untuk mengelaknya dengan menutup pintu-pintu kepada zina. Sesungguhnya menolak zina hanya menjadi realiti apabila MUQADDIMAH ZINA dilihat sebagai muqaddimah zina yang mesti dihindari.


Daripada Abu Hurairah R.A., beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda :

Dua golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu(bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut. Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang-lenggok dan sanggul rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta. Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini. 
[Hadith riwayat Muslim no. 2128]



BERBEZAKAH 'ADA HUBUNGAN' DENGAN 'BERHUBUNGAN'..?

'in relationship with' vs 'married'

Situasinya jelas, tetapi ramai yang keliru. Ada hubungan merujuk kepada antara kamu dan dia, saling mengenali, sampai ke pengetahuan keluarga, saling mengiktiraf cinta, perasaan dan kasih sayang, hubungan yang dianggap lebih daripada kawan biasa. Walau bagaimanapun hubungan tersebut hanya kekal sebagai status. Tidak perlu diwar-warkan kepada semua orang, tidak perlu dibuktikan dengan keluar bersama siang dan malam, tidak perlu diambil kesempatan dengan bergayut, bersms dan ber’ym’ pantang ada peluang. Ada hubungan, tetapi terjaga. Dijaga oleh keluarga. Diperisai dengan sifat amanah sang teruna. Dipagari oleh sifat malu si anak dara. Itu tidak ada masalah sama sekali.

Tetapi berhubungan, keadaannya amat ketara. Berhubungan merujuk kepada perbuatan, tindakan yang menjurus kepada maksiat dan pelanggaran hukum Allah. Samada di alam zahir mahupun di alam maya, semuanya membawa kepada maksud yang sama; memenuhi kehendak hati, yang sebenarnya adalah desakan hawa nafsu dan bisikan para syaitan. Keluar bersama, study bersama, mengadu masalah, meluahkan isi hati, saling kejut qiamullail, mesej ayat-ayat tazkirah, kata-kata hikmah, bergayut di telefon dan pelbagai lagi tindakan yang bisa disimpulkan dalam maksud BERHUBUNGAN.

Justeru kita kena faham, ada hubungan bukan masalah. Hendak jatuh hati, siapa boleh sekat. Hendak terasa rindu, siapa boleh halang. Tetapi berhubung, kita boleh ikhtiar untuk sekat, boleh usaha untuk halang. Maka solusi bagi mereka yang bercouple, tetapi mahu berubah dan tidak ingin digelar sebagai ahli couple; biarkan status anda dan dia kekal sebagai ada hubungan, tetapi anda dan dia tidak melazimi berhubung, melainkan hal-hal yang bersifat sangat penting dan terikat dengan disiplin-disiplin berhubungan yang digariskan syarak.



PERANAN PENDAKWAH:

Adakah anda mengetahui bahawa isu couple, cabarannya adalah untuk ahli couple, bukan orang yang tidak bercouple. Orang bercouple, bercinta, berpasangan, ujiannya besar dan mujahadah yang perlu dia buat amat berat. Orang yang tidak pernah bercouple, cakapnya kadang-kadang cukup lebat, hentam sana-sini. Namun dia mungkin tidak pernah diuji. Hakikatnya, orang yang berada dalam situasi bercouple dan berpasang-pasangan ini memang sukar.

Bukanlah mereka tidak mengerti tazkirah, ceramah dan pelbagai jenis nasihat. Bukan juga semua itu masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Kalau kita adalah salah seorang pembenci couple dan penghentam golongan couple dalam setiap tazkirah yang kita sampaikan, serta dalam masa yang sama mendakwa mereka ‘kebal’ dengan tazkirah, tidak mahu berubah dan sebagainya, ketahuilah bahawa kita mungkin salah seorang daripada golongan penghukum yang banyak merugikan dakwah.

Tidak dapat dinafikan terdapat sejumlah besar orang yang terlibat dalam gejala bercouple sedang cuba untuk keluar daripada gejala tersebut. Namun dalam kesukaran memanjat tebing untuk naik ke atas, orang di atas bukan menghulur tangan sebaliknya memijak-mijak tangan yang sedang memaut tebing.

pimpin dan bantu, bukan injak mereka


Ramai antara mereka yang sedar couple itu jelik, rosak, negatif, tidak molek, mendekati zina dan seribu satu keburukan yang lain, tetapi untuk bertindak, mereka naïf, lemah dan tidak mampu. Adakalanya memerlukan masa untuk mengumpul kekuatan dan berubah.Justeru, kita selaku pendakwah hendaklah memberi dorongan, bukan hanya tahu menghentam.


PENUTUP:

Soal anda suka siapa, sayang siapa, siapa sayang anda dan suka anda, biarlah rahsia antara anda dan dia. Maksudnya, anda dan dia ada hubungan atau perjanjian. Lebih baik, perhubungan dan perjanjian ini dikawal oleh keluarga. Kemudian anda hidup dengan cara anda, begitu juga dengan dia. Sekiranya ada perkara penting yang memerlukan perbincangan, maka anda dan dia boleh berbincang. Sekiranya tiada, maka cukuplah anda mengetahui yang dia masih hidup, tidak sakit dan dia juga begitu.

Hakikatnya, perhubungan antara lelaki dan perempuan, jika tidak dijaga, jika dilanggar batas2 agama, pasti dan pasti akan terjatuh ke kancah zina mahupun mukaddimah zina. Ibarat orang yang memakai kain dan terjun ke dalam air, tetapi mengharapkan kainnya tidak basah. Perumpaan yang disebut oleh Tuan Guru Nik Aziz; orang yang memakai kain dan terjun ke dalam air, kemudian apabila kainnya basah, dia menjerit “Eh, kain aku basah!”



Artikel khas dari:
JAKSI PERUBATAN



GEN11US is the 11th generation of Malaysian medical students at Kasr El-Ainy School of Medicine, Cairo University in Egypt.

14 comments:

  1. Allah... :) nice article.

    ReplyDelete
  2. thumbs up! moga mengetuk hati-hati kita dan hati-hati mereka.

    ReplyDelete
  3. Wahh... Cintaku bukan di atas kertas..?

    pelik juga tajuknya..

    Tapi memang orang yg couple sudah kebal dengan itu semua melainkan daripada hati yang tulus.

    BM la jawapannya. Hoho :D

    ReplyDelete
  4. Mabrouk :) Terus tajamkan soft skill menulis untuk ummah !

    ReplyDelete
  5. isu panas time exam mmg bende2 nih ek?
    btw, nice post.syukran

    ReplyDelete
  6. 'berhubungan kerna ada hubungan' @ 'hubungan kerna berhubungan' the other thing 2 ponder..

    ReplyDelete
  7. http://langitilahi.com/8131

    ReplyDelete
  8. thumbs up!
    rasa macam ikhwah buat, tp..

    kalau penulis artikel ni akhowat aku bagi quadruple thumbs up!!

    memang penulisan yang sesuai dengan fatrah imtihan *uhuk3*
    syukran.moga Allah balas.moga terus menulis.

    cintaku bukan di atas chat box *uhuk3* 'akhi nakal'.

    ReplyDelete
  9. artikel ni daripada pihak JAKSI. maaf sebab buat ala-ala kontroversi :D

    ReplyDelete
  10. patot mcm pernah baca..hehe

    akuinsancomel<--ini maksudnya apa?

    ReplyDelete
  11. teruskan hubungan, tapi tinggalkan cara berhubung yang salah

    ReplyDelete

Suggestion Box:

Name

Email *

Message *

Followers