Laporan Khas: Sistem Syif

in

SISTEM SYIF PARA DOKTOR DI MALAYSIA.


      Marcapada ini, kerajaan Malaysia telah mengambil satu langkah yanag bijak iaitu memperkenalkan sistem syif atau waktu kerja anjal bagi para doktor pelatih untuk menggantikan sistem on-call yang begitu memenatkan dan dalam bahasa kasarnya adalah sistem yang tidak begitu cakna akan waktu untuk para doktor berehat setelah penat bekerja.Maka, disini saya amat berbesar hati untuk memberi sedikit pencerahan mengenai sistem syif.


        Sebelum bercerita lebih lanjut mengenai sistem syif,sedikit pengenalan mengenai konsep 'housemanship' atau latihan pegawai perubatan siswazah. Seorang houseman ialah doktor pelatih yang baru sahaja menamatkan pengajian di mana-mana sekolah perubatan dan berada dalam satu jangka masa pemerhatian dan penilaian sebelum dia boleh dilepaskan untuk berkhidmat dan bertanggungjawab penuh di atas segala keputusan yang dibuat terhadap pesakit. Housemanship adalah satu proses untuk kita menterjemah apa-apa yang dipelajari semasa sekolah perubatan ke dalam bentuk praktikal. Inilah masanya untuk kita aplikasikan apa yang dipelajari dengan realiti dunia sebenar. Kalau dahulu tempoh latihan housemanship hanya mengambil masa selama setahun, namun sekarang akibat kebanjiran graduan-graduan oversea, maka kerajaan terpaksa memanjangkan tempohnya kepada dua tahun. Saya rasa ini merupakan langkah yang wajar. Bakal-bakal doktor yang datang dari pelbagai sistem yang asing ini perlu diintegrasikan dengan system yang Malaysia amalkan untuk mengelakkan kekacauan kelak. Selain itu, dari empat posting sahaja dalam masa satu tahun, sekarang para doktor pelatih berpeluang merasa enam posting dalam masa dua tahun. Enam posting ini adalah Jabatan Perubatan Am, Jabatan Pembedahan Am, Jabatan Orthopedik, Jabatan Paediatrik, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi dan juga Jabatan Kecemasan. Di sesetengah hospital sudah ada yang menawarkan pilihan untuk menjalani latihan di Jabatan Anestesiology buat para houseman. Walaupun mungkin ada yang akan argue bahawa kini kami terpaksa melalui waktu kesengsaraan yang lebih panjang, namun sebenarnya banyak perkara positif yang dapat diambil.


housemanship sebagai tempoh pengaplikasian teori dan pembinaan karakter.


      Di Malaysia, suatu ketika dahulu mengamalkan system on-call, adalah perkara yang biasa untuk seorang houseman tidak tidur selama 36 jam tanpa henti. Semasa hari on-call dahulu, biasanya doktor akan punch-in ke hospital pada pukul 7 pagi seperti pekerja pejabat yang biasa. Pada pukul 5 petang, biasanya rakan-rakan yang tidak on-call sudah boleh pulang macam pekerja pejabat yang biasa juga namun para doktor yang on-call akan tinggal di hospital sehinggalah 7 pagi keesokannya, lalu disambung dengan waktu kerja seperti rakan-rakan lain yang baru sahaja punch-in sehinggalah pukul 5 petang hari tersebut. Kalau bernasib baik bolehlah tidur 2-3 jam sewaktu para pesakit semuanya ok, namun kalau kena hari yang kurang bernasib baik, meletakkan kepala di atas meja selama 10 minit pun sudah dikira bertuah sangat. Sudahlah begitu, secara purata seorang houseman diberi kuota cuti 8 hari dalam tempoh suatu posting yang sepanjang 4 bulan tersebut. Ada sesetengah boss department yang baik hati membenarkan cuti tambahan hujung minggu sebanyak 2 hari dalam sebulan. Ada pula boss yang tegas tidak langsung memberikan sebarang cuti lain kepada houseman. Houseman tersebut terpaksa bekerja selama 7 hari dalam seminggu dan memohon cutinya yang berbaki 8 hari tersebut kalau ingin berehat.

      Kini,para doktor pelatih boleh menarik nafas lega kerana sistem on-call telah diganti dengan sistem syif atau sistem waktu kerja anjal. Sistem kerja berkenaan bertujuan meringankan beban kerja dan membolehkan doktor pelatih mendapat cukup rehat kerana hanya bekerja purata 12 jam sehari, sekali gus tidak layak menuntut elaun tugasan atas panggilan (on call) yang dibayar kepada doktor bertugas lebih 15 jam sehari pada kadar RM100 sehari bagi hari biasa dan RM110 pada hari minggu. Kementerian Kesihatan memutuskan untuk melaksanakan jadual kerja mengikut syif bagi doktor pelatih sebagai syarat dalam Perintah Am Kerajaan yang menetapkan jumlah jam bertugas penjawat awam sekurang-kurangnya 46 jam seminggu, tidak melebihi 72 jam seminggu, selain tugasan harian tidak melebihi 12 jam sehari.

     Daripada maklum balas para HO secara keseluruhannya, masih terdapat perubahan yang perlu dilakukan terhadap sistem syif. Walaupun diperuntukkan waktu kerja yang lebih pendek, mereka tetap terpaksa pulang lewat (di Jabatan Perubatan) sehingga 4-5 jam disebabkan timbunan kerja dan kurang HO di wad akibat pengagihan bilangan HO mengikut syif. Kebanyakan mereka merasakan mereka kerugian dari segi latihan apabila tidak dapat mengikut morning rounds setiap hari bersama doktor pakar. Ini kerana waktu itulah dimana mereka akan dapat belajar. Akibat kurang HO, maka morning rounds perlu lebih efisyen menyebabkan doktor pakar kekurangan kesempatan untuk mengajar para HO. Para HO muda juga dapati kebanyakan prosedur diserahkan kepada HO senior supaya kerja dibuat dengan efisyen.

    Pada masa yang sama, hujah tentangan lain yang didengari daripada kebanyakkan HO adalah berkenaan isu kehilangan tuntutan elaun atas panggilan, kurang pemerhatian terhadap HO sewaktu syif petang dan malam, dan bergilir-gilir cuti di hari kerja biasa dan bukan hari minggu. Sewaktu melakukan perubahan, pasti akan berlakunya fasa transisi yang chaos.



perubahan baru lazim memerlukan masa 



    Namun satu lagi perjuangan yang para HO baru kelak perlu perjuangkan adalah etika dan profesionalisma doktor senior terhadap doktor muda. Ini adalah satu lagi batu penghalang yang merosakkan kualiti doktor muda. Hal ini kerana pegawai-pegawai perubatan dan pakar-pakar yang benar-benar hebat, mereka hanya bersumpah, mereka menjerit, mereka merendahkan dan menghina junior mereka, mereka membuat orang terasa sedih sepanjang masa. Tetapi adakah itu akan membuat mereka menjadi seorang manusia yang lebih baik? Adakah Allah swt memberi mereka hak untuk menghina golongan HO ini?

   Secara jujurnya sesetengah HO menyokong sistem syif, para houseman lebih gembira dengan kehidupan mereka sekarang walaupun masih terdapat pelbagai masalah dengan kualiti kerja yang dihasilkan. Hal ini demikian kerana mereka percaya sudah tiba masa doktor juga turut mempunyai kualiti hidup yang baik. Zaman doktor menghabiskan keseluruhan hidupnya di hospital sudah berakhir. Dan dengan mempunyai kualiti hidup yang sedemikian, saya percaya ianya akan menghasilkan doktor yang lebih sempurna sebagai individu.



doktor juga manusia :)



    Sebagai contoh,sistem ini dapat memberikan kita berehat lebih banyak masa dan masa berkualiti sosial, seperti mana-mana makhluk lain manusia biasanya berfungsi. Selain dari kesihatan fizikal, kesihatan mental juga amat penting. Kita tidak mahu mana-mana doktor atau psikotik penat atau tertekan dan mengakibatkan tekanan masa kerja yang membebankan dan sangat meletihkan, seorang houseman juga berhadapan dengan tekanan daripada para supervisor mereka yang terdiri daripada para pegawai perubatan dan pakar perubatan. Kena marah di hadapan pesakit, rakan-rakan dan staf hospital yang lain adalah perkara yang menjadi rutin harian. Perkara ini sebenarnya mungkin well-justified kerana para houseman biasanya lebih cenderung untuk membuat kesalahan-kesalahan bodoh (akibat mamai dan kepenatan) seperti terlupa order ubat-ubatan yang penting untuk pesakit, terlupa hendak review pesakit dan sebagainya. Houseman yang mamai dan penat ini bekerja dengan para pegawai perubatan yang mamai dan penat juga, ditambah pula dengan para pakar yang penat dan stress sebab terpaksa membetulkan atau menanggung akibat daripada kesalahan yang dilakukan oleh para houseman yang mamai dan penat ini juga. Bak kata mat saleh, the vicious cycle continues.

   Begitulah sedikit sebanyak pencerahan mengenai sistem syif yang dijalankan di Malaysia sekarang. Semoga sistem syif ini dipertingkatkan lagi kualitinya demi memastikan para doktor dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin.



Laporan khas,
akhowat GEN11Us.
Salam imtihan semua.

GEN11US is the 11th generation of Malaysian medical students at Kasr El-Ainy School of Medicine, Cairo University in Egypt.

4 comments:

  1. yanag tu apa? mintak penjelasan sikit benda ni

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah ada juga mereka yang mahu menceburkan diri dalam bidang kedoktoran
    teruskan jangan putus asa dan berusaha bersungguh-sungguh serta bertawakkal
    semoga kerja kalian dapat menaikkan islam di mata dunia kelak

    ReplyDelete
  3. Ahmad albab yanag tue terang2 typo...

    ReplyDelete
  4. Saya amat menyokong pendapat shahrulnizam..

    ReplyDelete

Suggestion Box:

Name

Email *

Message *

Followers