بسم الله الرحمن الرحيم
10 Julai 2012- Alhamdulillah acara tahunan gilang gemilang GEN11US yang paling dinanti-nantikan, Night of Cultural Assimilation (NoCA) telah selamat diadakan dengan jayanya.
NoCA |
Seawal jam 2 petang lagi, ahli GEN11US telah berkumpul di kawasan bus stop Munirah yang lama untuk mendaftarkan diri dan menaiki bas yang telah disediakan untuk bergerak ke Restoran Al-Saraya yang terletak di Saray El-Gezirah, Zamalek. Bas bergerak sekitar jam 2.50 petang.
Selepas menunaikan solat Asar, majlis bermula dengan sesi formal. Kedatangan VIP iaitu Dean Universiti Kasr El-Ainy, Dr. Hussein Khairy; Vice Dean, Dr. Ameena; Presiden PERUBATAN, saudara Wan Ahmad Hafizi Bin Wan Junaidi; Timbalan Presiden 1 PERUBATAN, saudara Abdul Rahim Bin Samad; Timbalan Presiden 2 PERUBATAN, saudari Aisyah Zahirah Binti Sukeri; disambut dengan aluan kompang serta diiringi Ketua Batch GEN11US, saudara Emir Haziq Bin Hj. Mohd. Lela dan Ketua Batch Akhawat, saudari Nusaibah Binti Abdullah.
Perasmian NoCA |
Bagi memberkati lagi majlis, bacaan doa telah diketuai oleh saudara Muhammad Ihsan Bin Halim diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh saudara Mohammad Ibrahim Bin Murad. Ayat 9 hingga 13 surah al-Hujurat telah dipilih sesuai dengan objektif NoCA dijalankan iaitu untuk memperkukuh lagi ukhuwwah sesama ahli batch GEN11US. Sepanjang slot formal NoCA, majlis telah dipengerusikan oleh saudara Ahmad Izzat Bin Ahmed Mubarek dan saudari Nur Amalina Binti Mustafa.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh para VIP dimulai dengan Ketua Batch GEN11US, Presiden PERUBATAN dan Dean Kasr El-Ainy Medical School seterusnya merasmikan majlis Night of Cultural Assimilation dengan acara pemotongan kek.
Seterusnya, sebuah video khas untuk saf kepimpinan pelajar batch GEN11US sesi 2011/2012 telah ditayangkan untuk menghargai jasa dan pengorbanan masa yang telah mereka curahkan untuk batch.
Majlis makan petang bermula sekitar jam 6 petang, diselitkan dengan sesi lucky draw dan dendangan nasyid oleh pelajar Ikhwah mengakhiri slot formal NoCA pada hari itu. Pengisian masa terluang pula diisi dengan tayang-tayangan video.
Setelah itu, semua pelajar GEN11US berdiri bagi mengiringi tetamu VIP keluar dari dewan majlis sekitar jam 6.45 petang. Pelajar ikhwah telah pergi ke masjid berdekatan untuk solat maghrib secara berjemaah dan pelajar akhawat pula bersiap sedia untuk solat maghrib di tempat yang telah disediakan.
Majlis tidak formal pula bermula sekitar jam 7.30 petang.
Slot informal NoCA dimulakan dengan gimik perasmian yang ala-ala perasmian hari raya oleh saudara Muhammad Ikraam Bin Abdul Latif. Seterusnya, majlis diserahkan kepada saudara Ahmad Azlan Bin Mohamad Amin dan saudari Aisyah Syahira Binti Abdul Hamid bagi mempengerusikan slot informal NoCA.
Pelbagai persembahan dihidangkan bermula dengan persembahan multimedia hasil kolaborasi dengan pelukis Pharmacomics Akhawat diikuti pula dengan dendangan nasyid lagu raya yang bersahaja daripada pihak ikhwah. Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan persembahan drama oleh sahabat ikhwah yang bertemakan ukhuwah dan persahabatan diikuti dengan slot kedua lucky draw.
Nasyid |
Slot informal NoCA dimeriahkan lagi dengan pertandingan debat spontan yang bertemakan Ikhwah VS Akhawat. Para pendebat yang menampilkan diri pula tidak kurang hebatnya dalam mematahkan hujah-hujah pihak lawan. Hasil perdebatan memperlihat kelebihan dan kekurangan yang telah Dia jadikan pada satu-satu jantina yang seharusnya kita gunakan untuk saling memperkuat dan memperkukuh antara satu sama lain.
Pelajar-pelajar yang berketrampilan pula telah dianugerahkan mengikut kategori masing-masing seperti anugerah pelajar 'Senyuman Krismis' hasil undian yang telah dijalankan dua tiga minggu sebelum NoCA berlangsung.
Selepas pengumuman MT dan AJK batch untuk tahun 2012/2013 oleh Pengerusi SPR, saudara Mohamad Salehuddin Bin Md Saad, majlis tidak formal berakhir dengan bergaya walaupun terdapat beberapa kecelaruan pada gimik penutupnya.
Pengumuman MT dan AJK baru oleh Pengerusi SPR. |
Berbalik kepada diri bagaimana untuk mengambil ibrah dengan apa yang terjadi. Pasti ada sebab dan hikmah yang ingin Dia tunjukkan pada perancanganNya yang melebihi perancangan kita sebagai hamba.
Bak kata Pengarah Dinner, "kita perancang tadbir, Allah penentu takdir".
our big family :) |
Disediakan oleh,
Aimi Asrina Binti Noh
AJK Unit Multimedia 2012/2013
Batch GEN11US
Kasr El-Ainy
nice....
ReplyDelete