Rintihan dan Tangisan Dari Gaza

in




Antara rumusan yang boleh diambil daripada program tersebut : 

-Perang di Gaza dinamakan حجارة من سجيل (hijaratum min sijjil) yang bermaksud batu-batu dari api neraka. Dipetik daripada surah al fil.
-Perang di Gaza berakhir dengan termeterainya genjatan senjata antara Palestin dan Israel baru-baru ini. Antara persetujuan mereka ialah,

*1/5 tanah haram kepada rakyat Palestin kini sudah dapat di masuki.
*Nelayan Gaza telah dibenarkan memasuki ke laut Gaza sehingga jarak 6 batu nautika, tidak sebagaimana sebelum ini yang hanya dibenarkan memburu ikan sejauh 3 batu nautika.
- 15 Mei 1948 : Nakbah Palestin di mana Negara Yahudi secara rasminya di bentuk dan rakyat Palestin dihalau secara beramai-ramai.

Kenapa Gaza seringkali diserang Zionis??
Kerana:
- tempat pertama tentera Tartar dikalahkan
- sampai sekarang Zionistidak berjaya merampas Gaza
-tempat lahirnya Imam Syafie

Kenapa Zionis membuat gencatan senjata sedangkan mereka mempunyai kekuatan tentera ke 4 terbesar dunia serta mempunyai 400 buah senjata M16 yang berharga 200-400USD sebuah, 5ribu buah kereta kebal, apacher. Sedangkan Gaza hanya negeri yang kecil, mempunyai kekuatan tentera seramai 25 ribu orang???
- kerana mereka gerun akan semangat Hamas
-Israel telah kerugian hampir 1 billion

Antara yang musnah di Gaza baru-baru ini:
-7155 rumah musnah
-10 pusat kesihatan
-2 universiti
-30 masjid
-92 kawasan inustri
-5 bank
-3 kelab belia
-3 tanah kubur
-8 bangunan pejabat Hamas
-14 balai polis musnah

Antara yang terkorban :
-175 syahid
-61 kanak-kanak
-13 wanita
-18 orang tua
- ramai tentera yang cedera

Kenapa masjid di bom??
-kerana masjid tempat umat Palestin berkumpul, bermasyarakat untuk menaikkan semangat jihad antara mereka.

Antara masjid yang di bom Zionis :
1) Masjid An-Nasr : antara masjid pertama dibina, di bom pada Jan 2006
2) Masjid Abdul Aziz : dibom pada Jan 2002, dimusnahkan oleh 11 buah roket yang mana berat sebuah roket bersamaan 1tan. 
-Alhamdulillah kedua-dua masjid ini telah dibina semula dengan bantuan daripada MAPIM.

Usaha MAPIM untuk pelajar PERUBATAN: 
-membina projek berkembar  antara pelajar PERUBATAN di Mesir dengan salah sebuah masjid di Gaza, (Masjid Qu’qu’ kalau tidak salah) melalui AQSA PERUBATAN. Di bawah masjid ini akan dibina sebuah kelas tahfiz.  Projek ini dibuat oleh Ir. Mohd Yusouf Hasnaf.

Antara serangan Israel terhadap Palestin:
- 1313 serangan
-1170 air strike

Antara serangan balas oleh mujahidin Palestin :
-sebuah roket ke utara Tel Aviv
-7 ke Bandar Tel Aviv
-3 ke Jerusalam

(satu kejayaan buat mujahidin Palestin kerana roket yang ke Utara Tel Aviv ini dilancarkan dari bawah tanah, selepas roket dilancarkan ditutup semula pintu pelepasan roket tersebut. Cara ini dapat mengelakkan daripada dikesan oleh Israel. Sebelum ini, roket dilancarkan di atas tanah, yang mana dapat dikesan oleh Israel, seterusnya Israel dapat terus membalas ke tempat roket tersebut dilancarkan, menyebabkan ramai mujahidin yang syahid)

Nabi S.A.W. bersabda yang maksudnya : "Tiap mata pasti akan menangis pada hari kiamat, kecuali mata yang dipejamkan dari segala yang haram dan mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah dan mata yang mentitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah." (Hadis Riwayat Abu Naim)
**pejuang palestin tidak tidur malam. Mereka berjaga pada waktu tengah malam kerana menjalankan kerja-kerja Islam. Inilah yang mereka pegang sehingga mereka sanggup mengorbankan seluruh harta, jiwa mereka demi Islam. Bagi mereka, masjidil Aqsa lebih bernilai berbanding jiwa mereka sendiri. Kita pula bagaimana? Adakah MAsjidil Aqsa hanya milik rakyat Palestin?



Pada malam tersebut juga,  terdapat 2 buah poster Syeikh Ahmad Yasin yang mendapat tandatangan daripada anak beliau sendiri, telah dilelong. Poster tersebut telah dibeli oleh seorang ikhwah dengan harga LE2500 dan oleh seorang akhawat dengan harga LE3000. (gambar diatas hanya hiasan)

GEN11US is the 11th generation of Malaysian medical students at Kasr El-Ainy School of Medicine, Cairo University in Egypt.

2 comments:

  1. next project..pembinaan hospital,insyaallah..

    ReplyDelete
  2. semoga segalanya dipermudah oleh Allah

    ReplyDelete

Suggestion Box:

Name

Email *

Message *

Followers