HADITH #19: LIFE AND LOVE

in






Ajaibnya perasaan, ia sesuatu yang tidak boleh disentuh, tapi hebatnya perasaan, ia boleh memberikan rasa, pada jasad fizikal manusia itu. Boleh ‘menghidupkan’ dan boleh ‘mematikan’.



Carilah hatimu di 3 tempat; 

· Temui hatimu sewaktu bangun membaca AL-QURAN. 

· Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan SOLAT. 

· Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur MENGINGATI MATI. 

Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.. 

- Imam al-Ghazali 


Mungkinkah kerana lalai atau ala kadar membaca mushaf itu.
Atau mungkin terlalu lewa dan tergopoh gapah dalam menunaikan haq solat.
Atau mungkin juga, hati ini terlalu hidup dengan dunia. Terlupa yang mati itu ada.
Terlupa, kehidupan selepas kematian itu wujud.

Mungkin dan mungkin.

Yup. Kadang Allah sengaja menganugerahkan rasa kosong. Signal fitrah dan roh itu sakit. Sepi dan sunyi dengan cintaNya. Hablun minAllah yang kian longgar. Terzahir pada hati yang celaru dan keliru. Hati yang hidup, dia sedar dan tahu, hatinya benar-benar hidup atau sedang kronik.



Bergayanya ostad kiter



BAHNASA

Melawat sebuah maqam. Maqamnya hanya biasa-biasa atau senang cerita, terlalu biasa. Tidak secantik dan tidak se-gah tokoh yang bersemadi didalamnya. Dalam pada itu, terpandang sepotong kalimah quran. Yang terukir dengan gaya ‘contengan’ tersendiri. Jujurnya, langsung takde seni khat. Heh~


أَلَا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّـهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ 

Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. [YUNUS: 62]

Wali-wali Allah itu, padanya tiada ketakutan dan pada mereka tiada kesedihan.

Pada mereka tiada ketakutan selain padaNya.
Pada mereka tiada kesedihan pabila hati sudah bertaut padaNya.

Bukan untuk berlagak sebagai al-mufassirin dalam menafsir ayat. (ok. ini bukan tafsir tapi tadabbur) Cuma yakin dan tahu, mereka yang hatinya dekat dengan Allah, hati mereka luar biasa.

Sahabat-sahabat r.a. telah menzahirkan cinta dengan syahid. Ulama menzahirkan cinta dengan intima’ padaNya. Ya, formula mudah, cinta yang sebenar cinta, ianya akan terzahir pada perbuatan. Akan terbukti dan dibuktikan pada kelakuan. Sebab hati itu, ia benar cinta.

Cinta itu terletak pada hati. Dan hati itu,ia adalah raja pada diri kita.

Kagum. Kagum pada mereka yang hidup dan mati untukNya. Hidup untuk memperhebatkan agamaNya dan mati sebagai manifestasi cinta kepadaNya.

Dan ya. Kerdil untuk membandingkan kehidupan antara kita.

Di dunia mungkin engkau dipandang sebagai golongan yang meninggalkan kenikmatan dunia. Golongan yang dikatakan takde life.

Mereka rancak meneguk arak, engkau katakan,
‘Tidak, arak itu bukanlah untuk aku’.

Mereka hanyut dan lalai dengan wanita, engkau berpaling mengatakan,
‘Tidak, mereka itu fitnah terbesar’.

Mereka terlalu asyik, dan engkau katakan pada diri,
‘Wahai diri, bersabarlah, ini hanyalah sementara.’

Kerana satu keyakinan. Kerana satu kebenaran yang telah menjengah dihati. Dunia ini hanyalah suatu realiti yang fantasi.


#jika telah terserempak pakcik taufiq dan hidayah,hargailah. Ajak mereka teman bermusafir#



Meeting

Ana punya visi tahun ni 2 ja.
“Nak bentuk manusia yang boleh berfikir
dan keduanya membentuk manusia yang rasa diri mereka bertuhan.
-Ketua Batch GEN11US

Banyak mana daripada kita yang malas berfikir.
Dan banyak mana daripada kita sekarang yang tak nak merasa diri kita bertuhan.

Banyak berfikir, tapi tidak merasakan diri bertuhan, bala.
Merasa bertuhan, tapi kurang berfikir, agak senget.
Dua visi yang saya fikir, complete untuk melahirkan hamba yang bertitle khalifah.

Berfikir agar kita tidak mudah diperkotak-katikkan.
Bertuhan agar di mana-mana pun kita jejak, kita jejak dengan taklifan seorang hamba.
Tidak sesat dan tidak menyesatkan.walau siapapun.


من قال لا اله الا الله فهو الداعى
Apapun cara kita, jadilah manusia yang akan menegakkan atas apa yang telah kita lafaz.


Yang pasti, 
Islam tetap akan menang, 
TEPAT pada masanya. 
Sharp. 
On time.



Turning Point

Semua cakap susah nak berubah. Betul. Setuju.
Apa kita sangka, habit yang kita duk ulang-ulang selama 20 tahun -ok,melampau- setahun la, dapat dibuang dalam tempoh sehari dua?

Tabiat dan rutin tuk satu tempoh yang lama nak dibuang sekelip mata. Semacam pelik kalau ianya semudah itu.

Ahli kaji selidik. Ok motivator. Motivator penah cakap, kalau kita betul nak berubah, at least lah, kena konsisten untuk 21-40 hari. Sila take note, Konsisten. Persistent. Bla3.

Susah untuk istiqamah. Sebab itu pentingnya biah dan ukhwah.




Lagi satu, ada kaitan eh?

Ingatkah kita pada satu kisah? Pembunuh yang telah membunuh 99 orang. Ketika terdetik untuk bertaubat, dicarinya seorang alim untuk merujuk kisah silam beliau. Dan ketika alim tersebut ditanya, ‘Wahai alim, adakah aku masih boleh bertaubat?’ Dijawabnya alim tersebut, sekian3.(yakni, jawapannya "tidak") Lantas dengan tragisnya, alim tersebut menjadi mangsa ke seratus beliau. Sobs.

Allah Maha Mendengar keluhan hambaNya. Lalu ditaqdirkan si pembunuh 100 orang ini untuk terjumpa seorang lagi sang ‘alim. Lalu ditanya soalan yang sama. Akan terampunkah dosa aku wahai si ‘alim?

Dijawabnya, mengapa tidak wahai sang pembunuh? Tapi dengan syarat. Engkau HARUS berhijrah. Pada kampung sekian keadaan lebih sesuai untuk kamu. Di sini (yakni kampung beliau) terlalu banyak kisah dan terlalu banyak godaan untuk kamu. Aku risau kamu tidak kuat kalau kamu terus berterusan di sini. (cerita ini dicoretkan dalam keadaan samar-samar,moga tidak tersalah fakta. Allahumma ameen)

Cuba qiaskan dengan situasi kita. Yang telah diflykan ke Mesir. *renungdiri*

Yosh, kita wujudkan biah yang membina! Aku nasihat kau, kau nasihat aku. Bukan setakat, aku gelak kau gelak. Dan ketahuilah jugak, Allah, Dia tak turunkan nabi sorang-sorang. Allah hantar Khadijah. Allah kirim Saidina Abu Bakar. 

Allah tahu, nabi itu manusia yang punya perasaan. Nabi perlukan tuhan, tapi nabi jugak perlukan insan, yang boleh menguatkan. Mungkin perlu tulis, kalau ego itu boleh merosakkan ukhwah, maka rosakkanlah ego itu.

Sebelum itu, mungkin perlu tanya pada diri, untuk apa perubahan ini?

Rukun baiah pertama dalam IM (bukan imam muda tapi ikhwanul muslimin) adalah Faham. Dan ikhlas, itu adalah yang kedua. IM bukan calang-calang persatuan. Dan apabila Faham diletakkan yang pertama, maka ia bukanlah calang-calang perletakan.

Faham dan faham. Fahami, untuk apa perubahan ini.

Berubah membaikkan dan meningkatkan nilai diri bukan untuk digelar perfect. Bukan sekadar untuk cukup pakej,maka ramai manusia suka dan ramai juga yang iri. Tapi hakikat seorang mukmin itu, hari esok mereka adalah lebih baik dari hari ini. 

Mukmin itu, mereka adalah golongan yang memanfaatkan. Bukan sekadar goyang kaki,dan terlabel di dahi ‘aku nih, manusia tidak pedulisme. Ngerti?!' 

Well said, setiap dari kita ada cara yang tersendiri. Dan kita, harus hormatinya.




Apa pun asbab kita, carilah asbab yang paling kuat. Agar bila kita lemah, kita akan kuat dengan sebab kuatnya asbab kita. Chaiyok! Kita adalah ummah yang TELAH dimuliakan dengan ISLAM~ 

FAKTA:

1-Islam akan tetap hebat dan menang walaupun tanpa kita.
2-Takkan goyah kehebatan Islam tanpa kita.
3-Allah telah mentaqdirkan, Islam PASTI akan menang.
Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) buku catitan.
4-Agama di sisi Allah hanyalah Islam.


إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّـهِ الْإِسْلَامُ 



Hidup ini, ia sebenarnya adalah suatu tapisan. Dan akan tertapiskah kita?
Jom GEN11US, kita pandang visi yang sama!
RedhaNya.

Hadith 19. Ini bukan soal apa, ini soal hati. Dan setentunya, ia soal keyakinan.
Letakkan keyakinan padaNya. Kalau kita taknak letak keyakinan pada Allah, maka pada siapa lagi kita nak letakkan keyakinan itu.

Jaga Allah. Nescaya Dia menjagamu kembali.
Ini satu janji.dari Dia yang tak pernah memungkiri janji.

Wake up guys. Yallah!
Ikhlaskan diri, dan bisik pada hati,
‘Aku adalah Muslim.yang Mukmin!’
Pejamkan mata. Duduk sekejap.
Berikan masa untuk berfikir tentang diri sendiri.



~Dan kerugianlah bagi orang yang tidak menemui akhirat dalam kehidupan dunianya~


قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ ۖ 
وَبِذَٰلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ
[Al-an’am:162-163]

~ وانا من مسلمين~



LOVE and IMAAN

المرء مع من احب وانت مع من احببت

‘Seseorang akan bersama dengan orang yang ia cintai. Dan engkau akan bersama dengan orang yang engkau cintai’

No matter how strong you think you are. Love will make you a slave. So be careful what you love. 
-Yasmin Mogahed

so be careful WHO you love.
‘Dan setinggi mana keimanan kita padaNya, sekuat itulah kita akan terhasil’



.....................................................................

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami untuk lebih mengenali dan mentaatiMu.


إحفظ الله يحفظك



-Program Hadis 40
-BPI GEN11US 2012-2013

GEN11US is the 11th generation of Malaysian medical students at Kasr El-Ainy School of Medicine, Cairo University in Egypt.

1 comment:

  1. Allahumma Ameen.. sgt2 menarik article ni. Moga setiap yg mmbacanya memperoleh ibrah darinya.
    Carilah hikmah disebalik setiap apa yg kamu lakukan dan apa yg kamu perolehi. Moga Allah redhai kita semua ^^

    ReplyDelete

Suggestion Box:

Name

Email *

Message *

Followers