[FE] Cinta itu bagaimana sih?

in

Bismillahirrahmanirrahim.

“Dari Abdullah bin 'Amr RA berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda; sampaikanlah daripada aku walaupun satu ayat.”

(HR Bukhari)


[It’s Jumuah]


Cikgu : “ Ali, sapa idola awak?”

Ali : “ Rasulullah la cikgu.. Rasulullah kan seorang yang hebat. Seorang yang mulia. Kekasih Allah pulak tu....”

Cikgu : “ Mesti awak cinta Rasulullah kan?”

Ali : “Mesti la cikgu..Idola saya tu..”

Cikgu : “ Apa yang awak lakukan untuk menjadikan Rasulullah tu betul-betul idola awak?”

Ali : “ Ish..cikgu ni. Mestilah saya ikut apa yang Rasulullah suruh.Apa orang kata, sunnah Rasulullah..bla bla bla....”

Cikgu : “ Betul la tu..Cikgu nak tanya, berapa kali awak berselawat ke atas Baginda sehari di luar solat awak tanda ingatan awak kepadanya? “

Ali : “errrrrr....berapa kali ye? Tapi dalam solat pun ada selawat kan cikgu? Tak boleh kira sekali ke cikgu?“

Cikgu : “Tengok..Awak kata Rasulullah idola awak. Tapi, pernah tak awak perasan berapa banyak kali awak mengingati Baginda dengan berselawat ke atasnya? Sunnah itu wajib dituruti, tapi kalau dah dinamakan cinta semestinya kita akan ingat selalu orang yang dicintai tu bukan ? Kata cinta, kata idola, kata nak dapat syafaat Nabi kat akhirat nanti,tapi selawat jarang-jarang sekali..Macam mana tu?? “

Ali : “Aduiiihhhh.terkena sendiri! (gedebuk!) Baru ingat nak tunjuk ‘alim Rasulullah sebagai  idola.Bajet macam dah baik sangat dah.. Astaghfirullah.. Maafkan aku Rasulullah..kerana alpa dalam mengingatimu...”   (bermonolog)

*sigh *


***********************************

Jom berselawat banyak-banyak!

“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNYA berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman!  Berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya.”

[33:56]


Dari Ibn Mas’ud r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Orang yang lebih banyak mendapat syafaat pada hari kiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku”

[At Tirmizi]


“Malu rasanya menyatakan cinta
Kepada dia Kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa....”

“Kupujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Di dalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat...”


“Cinta kepada Rasulullah..bererti cinta kepada Allah..”


اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه ﻭﺳﻠﻢ


“Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah dia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah dia berilmu."
(Imam As Syafie)


 H.H

Fustateleven ®

GEN11US is the 11th generation of Malaysian medical students at Kasr El-Ainy School of Medicine, Cairo University in Egypt.

0 comments:

Suggestion Box:

Name

Email *

Message *

Followers