Bismillahirrahmanirrahim...
“Dari
Abdullah bin 'Amr RA berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda; sampaikanlah
daripada aku walaupun satu ayat.”
(HR
Bukhari)
“Mari
makan!” Nasi dikaut segenggam. Angah kebulur nampaknya.
“Abe macho, doa mana?” Along mengingatkan
sambil melipat lengan baju jubah solat.
“Allah, lupa!” Kopiah putih ditarik sedikit
ke belakang. Tersembul jambul ikal.
“Allahumma
bariklana fi ma razaqtana wa qina ‘azaba an-narrrr” ra’ pelat terdengar
panjang 4 harakat.
“Ameeeennnn!”
Adik mencelah semangat. Lagaknya tidak sabar. Dikaut segenggam nasi lantas laju
menyuap mulut sendiri.
“Makan tu sopan sikit. Hilang hensem.”
Along menegur.
“Dia takut nasi habis. Maklumlah, makan
dalam dulang kena tamak sikit kalau nak kenyang.” Ateh menjawab.
“Adik tu kebulur,”Achik pula mencelah.
Alang hanya memerhati. Rendang ayam
dicuit-cuit di pinggir dulang.
Puttttttttttttttttttttt!
Ruang tamu diselubungi bau ammonia. Hamis.
“Woi! Sapa kentut?” Angah menutup mulut. 5
beradik menutup hidung masing-masing kecuali Along.
“Lepas ni semua ambil wudhu’,” Along
bersuara cool sambil meneruskan makan.
“Hah?” Semua terkejut melihat reaksi
selamba Along. Pekak ke? Hidung tersumbat ke? Atau…. Along yang kentut?
……………………………………………………………………………
“Wa
qina ‘azaba an-nar, wa qina ‘azaba an-nar, wa qina……. (*sebak) ‘azaba an-nar,” Along mengakhiri doa
dengan selawat dan pujian. Air mata bersisa.
“Ameeeeeeen…,”
Angah, Achik, Ateh, Alang dan Adik mengaminkan doa sambil terkebil-kebil. Riak
wajah masing-masing seperti orang ngantuk. Barangkali tidak sekhusyuk Along
yang berdoa dengan sepenuh hati. Sungguh-sungguh meminta dilindungi dari api
neraka.
Along menghulurkan tangan. Angah buat muka
terkejut.
“Salam.”
Angah menyambut salam kekeluargaan Along
diikuti yang lain.
“Along, kenapa lepas makan tadi Along suruh
semua ambil wudhu’? Makan tak batalkan wudhu’ kan, Along? Achik je yang
terkentut tadi. Kitorang semua masih ada wudhu’ maghrib tadi,” Adik bertanya.
“Haish! Adik ni! Kantoi lah Achik!” Achik
menyiku adik. Riak wajahnya marah.
………………………………………………………………………….
Kelihatan para sahabat sedang berkumpul di
masjid bersama Rasulullah S.A.W.
Wajah baginda tenang.
Bak kata para sahabat, lebih indah dari
purnama.
Hensem sungguh baginda.
Tersenyum.
Sentiasa.
Bermanis muka.
Sentiasa.
Hingga diceritakan,
Para sahabat tidak berani merenung anak
mata Rasulullah.
Kerana terlalu kacak.
Terlalu redup
dan menenangkan jiwa.
Bicara baginda?
Lembut.
Sopan.
Teratur.
Akhlak baginda?
Allahu Allah.
Tiada yang setara.
Sungguh beradab dan berakhlak mulia.
Tiba-tiba…
Putttttttttttttttttttttttttt!
Bunyi halus keluar diiringi bauan yang
tidak menyenangkan. Semua para sahabat terkejut.
“Siapa yang kentut?” Tanya seorang sahabat.
Sunyi.
Tiada siapa yang mengaku.
Azan berkumandang.
Para sahabat saling memandang sesama
sendiri.
Barangkali masing-masing menunggu siapa
yang akan keluar untuk mengambil wudhu’.
Seperti yang kita semua tahu, para sahabat amat
terkenal dengan kesungguhan mereka menjaga wudhu’. Maka, sesiapa yang keluar
sebentar lagi, orang itulah yang terkentut.
Mereka menanti penuh sabar. Penuh debar.
Siapakah gerangan sahabat yang akan keluar mengambil wudhu’.
Tiba-tiba…..
Suara yang mereka kenal, yang mereka cintai
memecah kesunyian.
“Aku sudah berwudhu’ dan ingin mengajak
kalian mengambil wudhu’ bersamaku sebelum solat.”
Semua para sahabat bangkit.
Masing-masing bergerak untuk tujuan yang
sama.
Mengambil wudhu’.
Siapa yang terkentut tadi?
Hanya Allah yang Maha Mengetahui tahu.
Dan suara siapa yang mengajak semua sahabat
berwudhu’ tadi?
Jawapannya, Rasulullah S.A.W.
Ya. Rasulullah yang kacak bergaya dengan
machonya telah menyembunyikan aib sahabat yang terkentut tadi.
Sehingga kini, tidak diketahui siapa yang
terkentut.
……………………………………………………………………………
5 beradik terlopong mendengar kisah Along.
“Lebih kurang begitulah ceritanya,” Along
tersenyum. Lucu melihat wajah adik-adik kesayangan yang bersungguh-sungguh
mendengar cerita.
“Wow!” Angah.
“Whoa, hebat gila.” Ateh.
“Kenapa para sahabat ikut je arahan
Rasulullah, Along?” Adik mencelah. Semangat ingin tahunya meninggi.
“Fattabi’ouni”
Along mengungkap tenang.
“Ikutilah aku?” Alang bersuara akhirnya.
Muka bangga. Al-maklumlah budak sekolah agama kan belajar bahasa aghab. Bahasa
syurga bak kata mereka. Fahamlah.
“Betul cakap Alang. Ikut apa yang
Rasulullah buat. Semua itu sunnah. Tapi… ambil wudhu’ selepas makan itu bukan
point sebenar Along.” Along semakin rancak berbicara.
“Habis tu?” Adik semangat.
“Ikut lah keperibadian Rasulullah.
Bersopan-santun, sentiasa bermanis muka, memberi salam dan…. cerita tadi, apa
moral dia?” Along beteka-teki.
“Jaga aib orang. Macam Rasulullah jaga aib
para sahabat yang terkentut, kan adik kan?” Achik bersuara menyindir sambil
menyiku lembut lengan adik.
Along tersenyum.
“Jaga aib orang, beradab dalam kehidupan
dan macam-macam lagi. Banyak sebenarnya sunnah Rasulullah yang boleh kita ikut.
Makan dalam dulang tadi pun sunnah. Baca doa sebelum makan sunnah. Haaa! Kita
basuh tangan sebelum makan tu pun sunnah. Dapat pahala taw kalau kita niat
untuk ikut sunnah. Tak niat, tak dapatlah pahala.” Along menambah.
Angah, Achik, Ateh dan Alang
mengangguk-angguk.
Adik melihat tapak tangannya. Mungkin lupa
untuk berniat mengikut sunnah tadi.
Fattabi’ouni.
Nota kaki dari penulis: Jom selawat! Sollu!
“Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang
berkehendakkan akhirat maka hendaklah dia berilmu dan sesiapa yang
berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah dia berilmu."
(Imam As Syafie)
-H.R-
Fustateleven ®
Like3x.
ReplyDelete