Andaiku tidak sempurna?

in

"Aku nak...yang  sempurnalah, baru best, aku nak mumtaz,  nak kawan dengan orang pandai... dan semua yang perfect!" ,  pernah tak kita terfikir sebegini?   tapi sahabat-sahabat...

Dalam  mencari kebahagiaan  dalam  kesempurnaan,   kita tak sedar,sebenarnya kita boleh miliki kebahagian dlm ketidaksempurnaan. Allah dah atur cantik untuk kita..., daripada  rupa paras dan tubuh kita, hingga seluruh nasib kita.Dalam menikmati sisa-sisa hidup yang sukar di jangka, kita umat nabi muhammad di beri peluang dan ganjaran yang luas untuk peroleh rahmat dan redha Allah.

Ketidaksempurnaan.... memang ramai yang tidak mahu, jangan tinggalkan ia di situ, nanti keras menjadi batu, pecah di lempar  keluar pintu... kutiplah ia, susun dan atur dengan elok, kelak ia menjadi benteng dan senjata hebat bahkan sukar dilakar dengan kata-kata.

Andai kata kita banyak kelemahan, tidak cemerlang dalam pelajaran, kurang keyakinan, selalu tertinggal dalam pelajaran, sukar istiqamah dengan kebaikan, dan acapkali ulangi dosa dan noda yang menjanjikan azab dan sengsara...usah bimbang Allah dah atur cantik untuk kita.....

Amal kebaikan, memang indah.. lagi indah andai kata kemanisannya mampu dirasa  dan dinikmati bersama. Lagi indah kiranya istiqamah melakukannya.. memang sukar untuk istiqamah, kerana itulah istiqamah ni menjadi karamah terhebat. Bilal bin rabah menunaikan solat sunat wuduk secara istiqamah, rasulullah sudah mendengar tapak kakinya di syurga ketika israk mikraj, ada sahabat yang hanya baca surah al-ikhlas sebelum tidur secara istiqamah, sudah mendapat syurga.. itulah karamah istiqamah..

Persoalannya? macamane nak istiqamah?  kasih Allah luas nan indah, tanpa batas,  sedikit usaha kita lakukan , Allah buka pintu yang luas tanpa batasan, untuk kita berusaha lebih menjana perubahan, terutama dalam mencari redha  tuhan, sedikit usaha kita untuk istiqamah , Allah buka pintu lebih luas untuk kita terus istiqamah...

Usah sedih, usah tangisi duga dari illahi.....senyumlah semanis kismis, bertenanglah setenang air sungai tiada bertiupan,jika tidak cemerlang dalam pelajaran, sebenarnya Allah mahukan kita usaha lebih.. agar kita dapat rasai kepayahan ulamak dan ilmuan islam mencari ilmu, jadi, sedarlah dari terlena,  bukan mudah bernafas dalam kepayahan... tapi sedarilah  kepayahan itulah penguat jiwa dan semangat.

Ya Allah...  macamane nih? kawan-kawan aku hebat... tpi aku...  Usah runguti kelemahan diri... Allahkan ada... kalau setiap pertemuan ada perpisahan... mesti setiap kelemahan ada kelebihan, kelemahan yang mampu mencetus aura kelebihan.

Jangan undur walau selangkah.... teruskan perjuangan, andai semangat luntur, design kembali dengan  doa kepada illahi, andai hati gelisah, selawatlah ke atas nabi, andai kata jiwa longlai tidak berdaya lagi, ubatlah dengan bacaan al-quran. Usah bimbang, Allah sentiasa di sisi... mintalah pada dia, panjatkanlah doa padaNya, agar berkekalan semangat dan kekentalan jiwa....

Lihat garisan di tapak tanganmu , 18+81=99.... 99 nama Allah yang indah, jika dihafal , besar ganjarannya.Kedut belakang jari, memang nampak tak lawa , tapi kedutan itulah  membolehkan kita ambil barang, makan, minum dan buat kerja yang pelbagai...lihat  siku kita, juga berkedut di belakang, 

Allah jadikan untuk memudahkan urusan seharian kita..

Pandanglah lihatlah...... ketidaksempurnaan sebenarnya mengukir kebahagiaan dan kemudahan... Usah sedih andai diri banyak kekurangan , kerana ini rezeki kurnian tuhan.  Sesungguhnya setiap manusia ade kelebihan dan kekurangan sendiri. Kuatkan semangat, moga kita terus tabah mengharungi dugaan, dan mendapat redha Allah dunia akhirat. Bersyukurlah dengan kurniaan tuhan tanpa mengira kelebihan mahupun kekurangan, nikmat mahupun musibah.

"Sometimes Allah s.w.t  take everything from you, so that you may return to Him. And sometimes Allah  s.w.t  places some people who let you down in your life, to teach that, you should  not depend on anyone, but Him. Allah s.w.t will never let you down".

Tabahlah  sekalian umat,    kerana kita kini semakin kuat,    penyakit moral mampu kita ubat,      ucapan  nasihat membawa berkat, gen 11 sama muafakat,   sikap putus asa kita sekat, budaya mumtaz kita perhebat, zikrullah kita pertingkat,  teruskan usahamu duhai sahabat,   meskipon petualang bertali urat... ucapkanlah ALHAMDULILLAH setiap saat , insyaAllah  berjaya dunia akhirat......


GEN11US is the 11th generation of Malaysian medical students at Kasr El-Ainy School of Medicine, Cairo University in Egypt.

3 comments:

  1. Life is about work more and expecting less.

    Macam mana nak cakap ek. Everything is not perfect, surely, but we have to dream to be perfect, sebab dalam langkah nak ke perfect tu, insyaAllah kita akan jadi lebih baik. Sebab tu kita jadikan Rasulullah contoh dan ikutan kita. Dan....sebenarnya, kalau kita beriman dengan nama Allah, Al-Wakil; iA rasenye, tak perlu ada apa-apa yang nak dibimbangkan dengan apa yang bakal terjadi, sama ada buruk atau baik. Sebab kita yakin, dan kita letakkan Allah sebagai wakil TERBAIK bagi menguruskan hidup kita. Dan rukun iman itu sendiri antaranya adalah beriman kepada qada' dan qadar.

    Ada sebab kenapa Allah takdirkan kita begini.
    Dan ada sebab kenapa Allah peringatkan kita kembali tentang kekurangan yang ada pada diri kita.



    'Dan katakanlah, "Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu."
    (9:105)

    ReplyDelete
  2. "disebalik kelemahan itu ada kelebihan yg dimiliki oleh seseorang yang kadang kalanya tak ditonjolkan secara zahiriah agar insan itu tidak merasa riya' atau perkara2 yg boleh menjauhkan dirinya daripada Allah"

    ReplyDelete

Suggestion Box:

Name

Email *

Message *

Followers