• We are GEN11US !!

    GEN11US is the 11th generation of Malaysian medical students at Kasr El-Ainy School of Medicine, Cairo University in Egypt.

    Once a GEN11US, always a GEN11US

Showing posts with label Sempoi. Show all posts

MA2KULAT KE KULAT #8: KAZLAK

in

MA2KULAT KE KULAT: KAZLAK



Yuhuu..

Assalamualaikum hai semua, lama kita tak bersua. Semua sihat ke? Suami, isteri, kucing dekat rumah tu apa khabar? Abe Bonchet harap semua baik-baik belaka.

Kisahnya haritu perut Abe Bonchet mengidam nak makan stek(steak). Jadi tanpa lengah lagi Abe Bonchet menuju ke Kazlak, di Courtyard Maadi.

Direction dia mudah, naik Metro dua genih turun Maadi, lepas tu ambil teksi ke Banda Mall/Syarie Palestine 15LE harga mati. Sampai Courtyard, dia macam food court sama macam Tivoli Dome bagi siapa pernah pergi atau kita panggil medan selera banyak kedai ada dalam tu, Kazlak ni dekat belah kanan aras bawah.

Kalau tengok review, macam best. Tapi diorang belum kena rate lagi dengan Abe Bonchet, ini dia:

1. Dari segi decor, Abe Bonchet rasa tempat ni lawa sangat. Kite sukee. Tak payah rasa pun sesiapa pun akan cakap tempat ni lawa. Lighting tak berapa terang, kurang sesuai la korang nak berselfie dalam tu. 4 bintang untuk decor.
2. Abe Bonchet order Kazlak Plate sebagai appetizer, Rib Eye dengan Potato Gratin sebagai menu utama. Air kopi sebagai pelengkap barulah nampak macam matang sikit.
3. Food presentation dia cantik, minimalist. Dia tak present pakai power point tapi still padu, Abe Bonchet kasi 5 bintang untuk persembahan.
4. Makanan, stek dia besar dan tebal. 350gram kau. Kedai lain jual 250gram harga lebih kurang. Rasa, sedap gila. Daging dia terbaik, tapi kuah dia Abe Bonchet ambil black pepper okay sedap jugak. Tapi kalau banding dengan TGI, Sizzler, Grapes, Steakhouse, dorang ni semua makan asap la kena tinggal dengan Kazlak dari segi daging. Abe  Bonchet kasi 5 bintang untuk kategori makanan.
5. Appetizer, air pun best, tapi ingatan Abe dah kena overshadow dengan daging tu. 3 bintang untuk selain main dish.

Alhamdulillah, kenyang dapat cuci mata pun dapat. Abe Bonchet bersyukur dengan pengalaman kali ni. Ada rezeki kita review lagi InsyaAllah.

Kesimpulan, Ma2kulat!

Patut elmenus kategorikan Kazlak sebagai hidden gem 2016!

https://www.elmenus.com/insights/2016

MA2KULAT KE KULAT #7: OGMA

in



Apa khabar ahli-ahli Gen11US? Rasa dah lama sangat Cik Boroi tak update kisah makan-makan. Kekurangan budget lah katanya.

Haritu, Cik Boroi dan rakan-rakan teringin makan sushi tapi terasa nak adventurous sikit.. Cuba restoren baru yang turut menyediakan promosi All You Can Eat Sushi selain Jo Sushi  di Zamalek. Kebetulan di Facebook asyik muncul iklan Ogma maka apalagi, bermulalah ekspedisi mencari sushi pilihan hati.

Ogma ini tak susah nak pergi. Turun dari stesen metro Maadi, ambil teksi ke Banda Mall (tambang dalam 8LE hingga 10LE kalau tidak sesak jalan). Sampai sahaja di Banda Mall, jalan kaki dalam dua puluh langkah ke hadapan dan akan nampak suatu kawasan makan baru yang boleh buat lupa sekejap kita di Mesir bumi pasir.

Di peta katanya Ogma di The Courtyard. Memandangkan ini kali pertama tahu kewujudan tempat ini, turun sahaja dari teksi Cik Boroi tanya pegawai polis di hadapan Banda Mall.

"Pakcik, mana The Courtyard?".
Dengan muka yang tak boleh nak brain soalan cukup pandai ini, polis itu tunjuk bangunan sebelahnya. :/ Kesimpulan: Bacalah papan tanda.

The Courtyard ada berderet restoren dan cafe, Konsep kawasan ini ialah seperti taman dataran yang tidak berbumbung. Ogma terletak di aras dua, dan hiasan serta tema restoren ini macam ala Coffee shop di mana kita boleh baca buku cerita sambil duduk di sofa sambil minum kopi. Tapi oleh sebab tujuan kami datang untuk mengisi perut yang sudah mula masuk angin, kami duduk di meja yang luas bagi menyediakan ruang untuk letak pinggan yang banyak. Berwawasan. Kat bawah ni ha gambar restoren Ogma yang diambil oleh jurugambar Cik Boroi, Jurugambar Dara Idaman.




Sementara tunggu sushi-sushi siap dibuat, Cik Boroi basuh tangan di sebalik kaunter. Salah seorang pekerja muda mereka, seorang rakyat Mesir tanya Cik Boroi ni orang Jepun ke? (Muka penuh semangat nak makan sushi lah agaknya). Kita dah biasa diejek Sinni dan sewaktu dengannya jadi ini soalan normal. Tapi kali ini lain sedikit sebab pekerja tersebut tanya dalam bahasa Jepun! Apa lagi, semangatlah Cik Boroi membalas, Dia ambil kelas bahasa Jepun katanya. Ternyata Ogma tak saja-saja sediakan menu makanan jepun tanpa mengetahui apa yang disediakan. Bagi mereka yang lidah Western, jangan resah. Makanan Mat Salleh pun ada, tapi kami tidak order jadi tak boleh nak komen.

Apa beza sushi Ogma dan Jo dan Mori? Ogma punya promosi lagi murah dari Jo iaitu 150LE berbanding Jo yang dah naik harga menjadi 175LE. Mori takde promosi pun jadi taknak cerita panjang.

Dari segi variasi dan rasa, Cik Boroi lagi suka Jo Sushi sebab ada banyak jenis, ada salmon, udang, tuna segala. Ogma asyik ketam kiub tu, jadi sampai satu tahap, kami tidak mampu lagi telan ketam tu. Tak tercapai misi "Minimum Lima Pusingan agar Promosi Berbaloi" walaupun dah aplikasikan strategi makan untuk tak cepat kenyang.

Bagi mereka yang teringin pakai chopsticks tapi tak pandai, pelayan di sana cukup prihatin untuk buatkan chopsticks amatur seperti dalam gambar ini. Pelayan restoren ini peramah dan baik hati. Ada rakan Cik Boroi makan penuh semangat sampai putus getah tempe yang mengikat dua batang ni bersama. Pelayan tak kisah untuk buat lagi sekali chopsticks ajaib ni.

Jadi...Ma2kulat ke kulat?

Ma2kulat yang lagi dua hari nak berkulat.




MA2KULAT KE KULAT #6: BUA KHAO

in



Hai semua. Kali ni review makanan bersama Abe Bonchet. Cik Boroi diet nak raya katanya. Takut nanti baju kurung tak muat la tu.


Abe Bonchet tengok fon, 21st May oh dah Syaaban tak lama lagi Ramadhan lalu Abe Bonchet mula mencongak ada tak kot kot puasa Abe Bonchet tertinggal tahun lepas, takda. Tapi tak tahu la Cik Boroi tanya dia sendiri.
Abe Bonchet ambil keputusan mendaki tangga Metro Sayeda Zeinab, kalau ikutkan buncit berat hati nak mendaki tangga tapi sedar trend jejaka di tanah air kebanyakannya mensadokan badan. Apakan daya, manusia tidak dilahirkan serupa. Sambil mendaki dan memikirkan isu ummah, antaranya Rohingya, isu ekonomi dan politik, perut Abe Bonchet berbunyi.
Bertemankan tiket segenih Metro tu Abe Bonchet menghala ke Maadi. Kenapa Maadi, asyik Maadi je takda tempat lain ke? Jangan tak tahu, bilamana Abe Bonchet menapak menghala ke Maadi, perut ini mulai tenang.
Dalam Metro, Abe Bonchet berkira-kira nak makan apa. Kalau steak, Abe Bonchet anti-penjajah. Nak makan Cina/Jepun tak mahir pakai chopstick, pizza pulak Cik Boroi dah update ah semak betul pemikiran. Last-last decide nak makan makanan negera jiran, Indonesia? Salah, nak makanan Indonesia pergi Rumah Cafe sana. Makanan Thailand yakni kedai Bua Khao.


Direction dia mudah je, sampai Maadi jangan ambik exit Road 9 (Papa John's, Mori Sushi) naik tangga ambik exit yang seberang. Lepas tu, ambik kanan, kalau kiri ke Maharani kedai kari yang Cik Boroi pergi dulu. Jalan straight kita akan nampak Masjid Taubah belah kanan, jalan sampai jumpa دار المناسبات masuk kiri jalan lagi sampai hujung. Kat hujung tu belum sampai lagi ada Bank NBAD belah kanan dan Bua Khao ni sebelah dia.
Pandang pertama, kedai ni comel. Staff pun friendly. Pasang lagu pulak Full House memang takda ciri Siam langsung ukiran ke Pagoda ke takda plain simple. Tapi, kedai ni claim authentic Thai, dan ada sijil dari Royal Thai Government kat dinding.
Mengah tak hilang lagi, Abe Bonchet terus order Pad Thai sebab tengok kat Foursquare ramai recommend so kita try test power tak power. Order lain, Tomyam Goong, sebab nak tahu apa beza tomyam ni dengan tomyam bujang Abe Bonchet, lagi satu order Sizzling Shrimp. Dan air mineral sebagai pelengkap order.

Makanan dah terhidang perut pun masih berbunyi, dengan Basmalah Abe Bonchet menghirup Tomyam Goong. Beza memang berbeza. Ada daun limau purut, serai, cendawan, udang, memang beza sungguh la dengan tomyam bujang Abe Bonchet. Tapi persamaan tu tetap ada. Awal-awal lagi Abe Bonchet dapat menghidu bau tomyam instant paket Maggi tu. Tomyam Goong di Maadi, Tomyam bujang di rumah sendiri, lebih baik di rumah sendiri. Abe Bonchet hampa.
Tapi, Pad Thai dia boleh tahan power, 50 LE. First time makan benda ni apa yang best makanan ni banyak fiber, banyak udang, kurang berminyak memang sesuai betul untuk Abe Bonchet (kelak akan bertukar menjadi Abe Sado nantikan, insyaAllah). Cuma ada kacang kot kot ada yang menjaga muka.

Sizzling Shrimp agak tak berbaloi. Serving dia besar cuma udang dia sama banyak dengan Pad Thai tadi yang lain sayur. Rasa dia pulak macam rasa rempah sizzling yang orang letak kat burger kalau kita beli burger daging or benjo tu. Tak pasal-pasal Abe Bonchet rindu burger daging special kat Malaysia.
Air mineral Abe Bonchet tak nak review.
Harga, share reramai lebih berbaloi dan dalam range macam review yang sebelum-sebelum ni. Sizzling tu banyak. Cuma, kalau malas turun ke Rasa Seri Patani kat Asyir, ataupun Nil dekat Sabi' ni cuma satu option lain.

Jadi Ma2kulat atau kulat? Rasa tu mungkin orang Siam cakap sedap. Mat Saleh yang makan tadi pun Abe Bonchet tengok terangguk-angguk happy je mungkin pada diorang sedap. Cuma lidah Melayu macam Abe Bonchet ni minat kedai kat Asyir lagi, dengan Pad Thai tu je. Harga pun Asyir murah lagi. Cuma ni menang lokasi & inspirasi.

Kesimpulannya, expired cuma belum berkulat!

Video : Resepi Kentang Bakar Tuna

in ,


Resepi baru untuk bulan ini. Mudah dan ringkas sahaja. Selamat Mencuba !

BOOK REVIEW #6: LA ADRI (BERKATA AKU TIDAK TAHU)

in


Penerbit: Dubook Press
Bil. M/s: 122


Buku nie mengandungi kompilasi artikel yang mengetuk minda. Aku nak share cket antara tajuk yang dimuatkan dalam buku nie:

1. Kemuliaan manusia adalah pada ilmunya
2. Surat terbuka kepada NC dan TNC, IPT serta IPTS seluruh Msia
3. Bagaimana isteri saya mengurat suaminya
4. Masih relevankah monarki feudal di…
5. Naratif teristimewa Valentine’s Day
6. Pabila Prof Sains Sosial mensyarahkan hadis Rasulullah
7. Rindu
8. Umur bukan alas an untuk tidak belajar agama secara sistematik
9. Angin: Nikmat dan azab Allah yang tidak berjasad
10. Apakah semua sunnah adalah sunat?
11. Bijak mengutamakan yang utama
12. Indahnya kesederhanaan
13. Maqasid syariah hasil refleksi sebuah falsafah
14. Motivasi zaman ini, satu andaian
15. Memburu keikhlasan dalam setiap amalan
16. Menjadi orang tengah
17. Tajdid dalam bersedekah
18. Hikayat Abdullah; suatu refleksi kritikan social pada zamannya
19. Berkata ‘la adri’ (Aku tak tahu) adalah sebahagian daripada ilmu

Buku nie nipis je. Tapi sebab content dia memang kene fikir… jadi, agak lambat sikit progress untuk menamatkan pembacaannya. Haha3. Papepon, buku ni worth reading!
J


                                                                                                                                                                                              DM

BOOK REVIEW #5: CURAHAN CINTA NIAGARA

in

6575187.jpg (250×404)
Bil. Muka Surat: 561
Salam, korang. Aku tahu ramai antara korang pernah baca novel nie waktu sekolah dulu J
Dah lama abes baca sebenarnye, tapi baru sekarang sempat untuk buat review. Haha. Untuk dipendekkan cerita, novel ni mengisahkan tentang perjalanan seorang wanita yang tabah, bernama Mira. Pada mulanya, dia kahwin ngan si adik, Pastu dia kahwin ngan si abang plak. Pelik tak? Nak tau camne dia boleh kahwin dengan 2 beradik nie, kene bacalah :p

Sebenarnya, tu bukan point yg aku nak tekankan. Cuma nak cakap, novel nie bukan sekadar novel. Tapi, dalam ni ada jugak de citer pasal comparison of religions, turning point seseorang, ayat- ayat Al- Quran sebagai pemujuk hati di kala kesedihan dan banyak lagilah.  Buku Maya Iris ni buat kau berfikir sejenak tentang hidup dan pilihan. Aku sangat sarankan korang baca. 


Sekian.

DM

MA2KULAT KE KULAT #5: MAHARANI RESTAURANT

in



Cik Boroi kembali lagi! Kali ni nak bawak kalian semua cuba makanan asia pula. Biar hilang sikit rasa rindu untuk siapa-siapa yang tak balik Malaysia cuti winter nie. Bagi yang suka lepak kedai mamak 24hours, makan roti naan dan ayam tandoori, meh Cik Boroi cadangkan untuk korang cuba restoran india yang baru Cik Boroi serbu bulan nie. Bukan Restoran Nawab di Zamalek (itu rasanya ramai dah cuba) tapi Maharani Indian Restaurant di Maadi. Cik Boroi suka Maadi, macam-macam ada.

Lokasinya sangat mudah tapi panjang Cik Boroi nak kena cerita. -.-". Restoran ni terletak di Street 6, Maadi. Jadi, beli tiket metro segenih, naik metro sehingga Maadi. Sampai je dekat metro, jangan keluar ke exit yang selalu kita keluar untuk ke Auntie Anne's atau Papa John's, korang keluar ikot exit yang satu lagi, yang kena naik tangga untuk ke seberang sana. Keluar dari stesen metro tu, korang ke kiri, jalan terus ke arah kubri (Sekejap jep jalan tapi hati- hati sebab banyak tremco lalu lalang dekat satu). Lepastu, korang akan jumpa restoran thai dulu, yang ada pondok kayu dekat depan dia (restoran thai nie pun menarik bagi yang tak penah cuba lagi). Lalu jalan sebelah restoran thai tu, jalan sebelah tau, bukan jalan depan restoran tu. Korang jalan ke depan lagi, korang akan jumpa kedai elektrik (tanda dah betul dah arah korang tu), smpai jumpa jalan macam simpang, korang pandang ke kiri ada barisan kedai kedai lain, korang jalan ke arah itu, tadaaaaa ! Korang akan jumpa restoran Maharani ini. Restoran dia dekat tengah-tengah deretan kedai lain. Kalau susah nak faham, tanya jer pak cik dekat dekat area situ, In shaa Allah diaorang tahu. No worries. 

Bila masuk restoran tu, Cik Boroi rasa mcm masuk ke alam Bollywood. Gituu haaa. Bau rempah ratus, kari, dengan deco restoran yang ala ala india tu,ditambah pula dengan layanan pak cik taukeh (Rasa dia taukeh. kot?) yang memang rupa dan accent dia memang macam orang negara India, totok. Yeah, ini betul-betul restoran india mariii.

Makanannya ada banyak gila pilihan. Memang tak tahu nak pilih yang mana satu. Cakap je nak makanan india yang macam mana. Masakan yang macam mana. Semua ada. Tikka, Tandori, kari, masala, korma dan yang pelik-pelik lain pun banyak. Sampai tak tahu cik boroi nak memilihnya. Akhirnya Cik Boroi dan kawan-kawan pilih nasi briyani kosong, cheese naan, garlic naan, chicken tandori, Lamb Vindaloo Spicy, dan chicken tikka masala. Cheese naan agak kurang enak, sangat mengecewakan tetapi kawan-kawan cik boroi suka sangat dengan garlic nan. Cik boroi tak suka sangat bawang-bawang nie haaa, darah vampire kann. Lamb Vindaloo Spicy dan Chicken Tikka Masala sedap. Dagingnya lembut dan cukup rasa rempah ratusnya. Tapi sayang chicken tandorinya tidak seenak dan segaring seperti tandori mamak di Malaysia. Sedih Cik Boroi tau.

Sebelum tu, ada juga cuba chicken samosa dengan keema samosa. Saiz sangat kecik. Dapat 4 ketul. Rasa macam karipap tapi berbentuk lain dan pastri lebih tebal.Keema samosa tu kalau nak tahu sebenarnya berintikan daging kambing. Cik Boroi lagi suka yang ini. Satu lagi yang menarik ni restoran ni, korang akan dihidangkan di 3 jenis sidedishes/sos yang orang india selalu makan dengan makanan diaorang. Cik Boroi pertama kali jumpa dan rasa. Sangat aneh. Hikss.

Paling Cik Boroi suka sekali ialah Coconut Aiskirm! Suka sangat. Rasa macam nak makan berkali-kali. Coconut aiskrim nie dihidangkan dalam tempurung kelapa sekali dengan sosnya yang panas dan manis. Yummmm.. sedap. Walapun secara kasarnya aiskrim tu sebenarnya aiskirm vanila yang diletak serbuk kelapa, Cik Boroi tetap suka.  Mango lassinya juga sedap. Nak bayang rasanya macam mana? Macam yogurt mango dekat sabek tu haaa. hihi.

Cukup pasal makanan. Bab harga pula bagi cik boroi agak berpatutan walaupun portion makanannya agak sedikit tetapi bila sudah habis makan tu, ehh kenyang la jugak. Kalau nak murah, Cik Boroi nasihatkan untuk kongsi-kongsi lauk. Mesti berbaloi. Cik boroi makan semua tu dengan 4 orang kawan cik boroi baru kena bayar LE54 sorang. Murahlah dari makan steak kannn.

Ma2kulat ke kulat? Hmmmmm... Bagi Cik Boroi tempat ni lagi bagus berbanding Nawab. Makanannya, suasananya, memang rasa real Indian Restaurant. Cik Boroi bukan peminat-kipas-susah-mati makanan india tetapi Cik Boroi rasa macam nak datang lagi dan cuba menu lain pulak. Kesimpulannya,  Cik Boroi mengkategorikan Maharani Restaurant sebagai

Ma2kulat, bukan Kulat!


PEMERGIAN SANG MURABBI UMAT YANG DIRINDUI

in ,



Selawat dan salam buat junjungan besar Sayyidina Nabbiyyina  Muhammad SAW.

Petang itu, sejurus sahaja melangkah masuk bilikku,
Sahabat : weyh, Tuan Guru Nik Aziz dah meninggai.
Aku : Innalillahiwainnailairo’jiun.
Lalu memberitahu ahli beit yang lain.
Aku cepat-cepat bukak whatsapp, untuk mengetahui berita lanjut.

Bukak group keluarga, group rumah, group usrah.
Ya. Sah. Telah kembalinya seorang murabbi itu kepada Rabbnya
Allahumaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fuanhu.
Pertama yang dicapai adalah telefon ku.
Buka facebook, scrolldown newsfeed.
Tak putus-putus status sahabat-sahabat berkaitan pemergian murabbi ummah ini.
Sebak. Mengalir deras air mata membaca setiap bait kata-kata mereka.
Lagi scroll, semakin laju nangis. “Allah, tak boleh macam ni,” fikir diriku, lemah.

Lantas aku mencapai yang sepatutnya aku capai pada pertamanya.
Pasti di sanalah sumber kekuatan.

Aku selak naskhah itu, menyambung di halaman terakhir aku berhenti,
Halaman 459, Surah Az-Zumar
Aku teruskan bacaan,
Satu ayat, satu terjemahan.
Hinggalah pada ayat 30: “Sesungguhnya engkau (Muhammad) akan mati dan mereka akan mati pula.”

Satu lagi peringatan kematian. Jelas.
Allahu, hati semakin basah.
Aku teruskan lagi bacaan.
Aku tahu Dia sedang memberi peringatan.
Dan bersamanya pasti datang kekuatan.

Ditemukan pada ayat 33 sehingga ayat 37:

“Dan orang yang membawa kebenaran (Muhammad) dan orang yang membenarkannya, mereka itulah orang yang bertakwa. (33) Mereka memperoleh apa yang mereka kehendaki di sisi Tuhannya. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang berbuat baik.(34) agar Allah menghapus perbuatan mereka yang paling buruk yang pernah mereka lakukan dan memberi pahala kepada mereka dengan yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.(35) Bukankah Allah yang mencukupi hambaNya? Mereka menakut-nakutimuu degan sesembagan yang selain Dia. Barang siapa dibiarkan sesat oleh Allah, maka tidak seorang pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya. (36) Dan barang siapa diberi petunjuk oleh Allah, maka tidak seorang pun yang dapat menyesatkannya. Bukankah Allah Maha perkasa dan mempunyai kekuasaan untuk menghukum?(37). " 

Mataku berhenti seketika di ayat “orang yang membenarkannya”. 

Wajah TGNA semakin jelas di ingatan. Sambil menghabiskan keseluruhan ayat, hati ini semakin tenang dengan pemergiannysa. Moga engkau tergolong dalam golongan yang dimaksudkan ini wahai Tuan Guru. Sepanjang hidupmu, engkau membenarkan, malah engkau sambung perjuangan, tidak kenal penat sakit, engkau teruskan, sehinggalah engkau dijemput Tuhan.

Tersenyum sendirian sambil membaca, moga itu menjadi berita gembira buatmu juga.

Asyik dengan ayat pujukan dan kekuatanNya, aku teruskan. Air mata mula mengalir perlahan.
Seterusnya pada ayat 42.

Ya Rabb, sungguh cantik. Hebat. Tepat aturan Mu.Diberi peringatan satu persatu. Lagi berkaitan kematian.

“Allah memegang nyawa(seseorang) pada saat kematiannya dan nyawa( seseorang) yang belum mati ketika dia tidur. Maka Dia tahan nyawa orang yang telah ditetapkan kematiannya dan Dia lepaskan nyawa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sungguh pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir”, ayat 42, Surah Az-Zumar

Kali ini, Air mata kembali laju. Terharu. Terima kasih Ya Allah. Sungguh, Engkau sedang memujukku. 

Aku teruskan sehingga akhir. 

“Dan kepada setiap jiwa diberi balasan dengan sempurna sesuai dengan apa yang telah dikerjakannya dan Dia lebih mengetahui apa yang mereka kerjakan,” ayat 70.

Dan ini pula seakan-akan kata-kata aluan menjemputnya:

"Dan orang –orang yang bertakwa kepada Tuhannya, kuhantar ke dalam syurga secara rombongan. Sehingga apabila  mereka sampai kepadanya dan pintu-pintunya telah dibukakan, penjaga-penjaga berkata kepada mereka, "Kesejahteraan dilimpahkan atasmu, berbahagialah  kamu! Maka, masuklah kamu kekal di dalamnya," ayat 73

“Dan mereka berkata, “Segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janji-Nya kepada kami dan telah memberikan tempat ini kepada kami sedang kami diperkenankan menempati syurga di mana sahaja yang kami kehendaki.” Maka,  syurga itulah sebaik-baik bagi orang-orang yang beramal.” Ayat 74, kata-kata penghuni syurga mengakhiri surah.

Sungguh, hanya Tuhan Yang Maha Tahu bagaimana perasaan hati membaca ayat-ayat ini selepas mendapat tahu berita kematian Tuan Guru.

KalamMu Ya Allah. Penuh pujukan, penawar segala kedukaan, juga sumber kekuatan.
Ayat2 terakhir surah ini sungguh sungguh menghidupkan. Ya Allah, moga Tuan Guru Nik Aziz tergolong dalam golongan ini. Dan moga kami bakal menyusul nanti.

Sambil baca, sambil nangis. Waktu itu jugak la seorang ahli beit aku masuk ke dalam bilik, bersedia untuk solat maghrib. Alamak kantoi menangis. Malu pun ada jugak. Tapi tak boleh nak tahan. Laju je dia mengalir. Shiuuu. Diri cuba untuk cover tapi dia sempat paling melihat wajahku.

“*** Nangis? Kenapa? Sebab Tok Guru ka?”
Cepat sungguh mulut ini menidakkan, “Eh, tak lah.”
Tapi hati ini seakan meronta untuk berkongsi.
Sementara menunggu yang lain bersiap untuk solat maghrib, aku mulakan bicara. Aku kongsikan ayat-ayat di atas sebagai motivasi dan pesanan buat aku dan dia.
“Sorry, *** pun tak tau kenapa tiba-tiba boleh nangis.” Aku mengakhiri bicara
“Kenapa tiba-tiba boleh nangis?” fikir diriku..
Persoalan itu terus melekat di fikiran?
Aku sendiri hairan.
Aku bukan orang Kelantan.
Belum pernah menghadiri ceramah Tuan Guru seperti rakan-rakan
Apatah lagi bersua secara bertentangan
Tapi mudah sungguh air mata itu bercucuran
Taktala mendengar berita kematian
Jawapan kepada kenapa itu sangat lumayan
Inilah cinta atas dasar aqidah dan perjuangan

Perasaan cinta itu lahir kerana sosok ini sangat mengasihi nabi dan Tuhannya

Lalu, bagaimana pula dengan cinta kita yang sepatutnya kepada kekasih Tuhan,
Sayyidina Habibina Maulawana Muhammad Rasulullah SAW.

Soal mencintai seseorang sungguhpun tidak pernah melihat orang itu sangat unik kan?

Malah Rasulullah SAW sendiri pernah menyebut berkenaan golongan ini kepada para sahabat sehinggakan mereka begitu teruja mengetahui siapakah golongan itu. Ikhwan. Itulah gelaran yang Rasulullah berikan kepada golongan yang baginda rindui. 

Rasulullah bersabda:
Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Dalam situasi yang lain, ketika sahabat-sahabat ingin mengetahui siapakah yang dimaksudkan dengan ikhwan, inilah jawapan Rasulullah:

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku,"

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.

Nah, sahabat-sahabat. Sungguh peringatan ini sudah pasti pertama dan selamanya buat aku dan inginku kongsikannya bersama setiap adik beradik GEN11US yang aku sayang, kasih lagi cinta kerana Allah.

Ayuh, sama-sama persiapkan diri untuk bertemu dengan Allah juga kekasihnya yang sangat merindui kita.Gunakan masa kita yang berbaki di bumi Mesir ini untuk mendidik dan memperbaiki di samping melaksanakan tanggungjawab kita sebagai tallbul ilmi.Seperti mana al-Kahfi yang Allah keluarkan dari negara mereka, rasailah bahawa Allah juga sedang mengeluarkan kita dari satu suasana kegelapan untuk kita menjadi golongan yang membantu menyinarinya semula.

Sedarlah sahabat, umat kini sedang tenat. Peluang yang semakin singkat ini tidak akan pernah berulang. Hargai nikmat berusrah, nikmat berukhuwwah, nikmat memberi kepada masyarakat, nikmat ilmu yang pelbagai. Dan yang paling penting nikmat menerima didikan daripada setiap langkah kehidupan seharian kita di sini. Ambillah hikmah yang ternyata banyaknya bagi mereka yang berfikir. Rugilah andai sehari-hari kita hanya dengan untuk kepuasan diri dan diri semata.

Rasailah bahawa setiap kita adalah butir-butir rantai dakwah Rasulullah. Berperananlah. Berhentilah kita daripada bermalasan dan beralasan. Jika bukan sekarang untuk kita berubah, khuatir kita sudah tidak punya masa, lalu berakhir dengan penyesalan. Ingatlah , peringatan itu tidak pernah kebetulan melainkan Dia benar-benar memilih kita untuk ditujukan. Kini terserah kepada diri untuk tentukan. Yang kiri atau kanan. Bersama atau berlepas. Mendokong,menyokong atau memerhati. Kerana pada setiapnya ada kesan pada diri. Moga Allah terus memandu kita untuk bergerak sebagai duta-duta Islam yang hatinya sentiasa dahaga kepada ilmu dan didikan kerana hati itulah yang sedang rindu ingin bertemu Tuhan.

Kerana kita semua bakal jenazah, Maka bersiap siagalah.

12 Februari  : Tarikh bersejarah buat dunia. Pemergian dua murabbi ummah. 
Syeikh Hasan Al Banna & TG Nik Aziz Nik Mat
Sungguh. Pemergian yang menghidupkan.
Moga Jannah buat kalian.
Dikumpulkan bersama Sang Murabbi Agung.
Moga diri ini dan sahabat-sahabat yang dicintai juga termasuk dalam golongan itu.

Ya Allah, teguhkan kami atas jalan agama dan dakwah ini ya Allah.
Sekadar link tambahan,
jemput ^^ 

Anak Kapal

Le Furballs Are God's Creations Too

in ,


Take a deep breath. Close your eyes. I would like you to imagine a scene.

            You walked down an alley on your way back from school. As you passed by 3 boys that kept yelling “Nihao! Nihao!” to your face, your eyes caught a  greyish, furry being with red stains all over its body. One of its rear legs was broken and the other one was severely crushed. Its face, oh my goodness! It was so gruesome; you can hardly identify the anatomical structures that were supposed to be at their places. If you were in that situation, how would you feel?

            If words were to describe my feelings, extreme shock and absolute traumatisation fit perfectly. I mean, who wouldn’t? Well, maybe except for Darth Vader and Lord Voldemort! I am, particularly, a cat devotee. At certain times, I hate to be here in Egypt because it is so easy to find dead cats anywhere on the street. I hate it. It is so awful, so horrible.

              Recently, I received unfortunate news from my mother, saying that 5 out of my 8 cats died suddenly within a period of a week. For some people, the loss of a pet might be a momentary sadness. But for me, losing my cats (especially when most of them died suddenly and unexpectedly) was utter devastation. Obviously I had mourned for days T_T


                 We often came across videos of animals on our newsfeed and Instagram, where they acted all cute and silly and funny and we would go “Kyaaaaaaaa ! xD” over them.

           On the other hand, any visuals of cats (and other animals as well) being tortured or tormented were devastating and heartbreaking. Those poor animals were drowned in the toilet bowl, some were fed with potatoes stuffed with needles and pin and some were being squished and trampled to death! I just cannot figure it out! Why on Earth did those dumb savages become so foolish and execute those acts?! xO They were God’s creations too, for goodness sake!

            Even if you are scared of cats and would jump a mile every time it comes near you, please, just do not abuse them. Do not kick them, throw things at them or splash hot water on them. Our beloved Prophet (PBUH) himself owned a cat named Mueeza and left a message for us to love cats as much as we love our own flesh and blood.


               It is a pure blessing from God just to have a cat curling on your lap and purrs for each caress. Cats are living beings, just like us humans. They are never meant to be treated badly. By using our limited resources and energy, let’s try to end cruelty and abuse of cats around us. Because with great power, comes great responsibilities :D

 Zulaikha.

BOOK REVIEW #5: TITISAN KASIH HALIMATUS SA'DIYAH

in




Tajuk: Titisan Kasih Halimatus Sa’diyah
Penulis: Muhamad Rafiqi Hehsan, Dzulhiman Roslan
Bil. Muka Surat: 92
Umumnya, buku ini mengisahkan tentang susu ibu. Buku ini dimulakan dengan sejarah institusi ibu susuan, iaitu Halimatus Sa’diyah, ibu susuan baginda Nabi Muhammad SAW. Antara kelebihan formula susu ibu:
1- Protein yang tinggi
2- Antibodi
3- Mengurangkan jangkitan usus
4- Eratkan hubungan antara ibu dan anak
5- Perkembangan mental (IQ) kanak2 meningkat
Seperti yang kita sedia maklum, dalam al- quran, ada menyatakan tentang susuan ini dalam surah Al- Baqarah, ayat 233. Mafhum ayat tersebut, para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh. Dalam bahasa Arab, ia disebut sebagai Ar- rada’ah. Dalam konteks ini, terdapat 3 perkara penting, iaitu: bayi, ibu yang menyusu dan kaedah penyusuan.
Apabila anak tersebut telah sah menjadi anak susuan, secara tak langsung, hubungan mereka seperti keluarga kandung, terutama dalam aurat, haram nikah, wali dan pusaka/ wasiat.
Seterusnya, isu hukum menyusukan anak angkat timbul. SIla tekan link dibawah untuk lihat fatwa yang dikeluarkan:

Selain itu, isu bank susu turut dibincangkan dalam buku ini. Sila tekan link dibawah untuk lihat fatwa yang dikeluarkan:

Wallahua’lam. Ingin tahu lebih lanjut? Jemput beli atau pinjam, dan baca ye kawan-kawan. J

p/s: Antara 10 muwasafat tarbiyah adalah menambah ilmu pengetahuan. So, jom baca buku+ timba ilmu




DM

My Love-Hate Relationship with Jack Frost

in ,


Bless you, Ned Stark

Braaaceee yerseelves!! Winter is coming! (It’s already here but I just like saying that) If you're a fan, you'll know what I'm talking about. Yeaaah boii! Speaking of which, I cant wait for series 5 to come out. Be quick with it will ya! Some people don’t like spoilers.. It’s TABOO they say (okay fineee..most people) But! I like it. Makes me focus more on the particular characters and what they do in the process of reaching to that spoilt moment. Anyways, everyone has his own opinion on this sensitive issue so I’m going to drop it.

Evil furry cotton tail
Now back to the main issue which is about winter. It’s January and winter is already here (minus the snow..I’d freak out if jack frost came knocking at my door!) 
Weeell Cairo did snow for a bit  last year but I was NOT happy! The housings here are not built for snow so it’s freakishly cold. Sometimes your so-called fortress of warmth is colder than the harsh harsh world outside. Not helping!! I was all wrapped up like a human burrito throughout the day. I have had my share with snowy places and I do enjoy it for all of its lovely scenery, the purity of the ground covered in soft fluffy white cotton candies, rosy red cheeks (which look ahmaazing in photos xD) snowball, snowmans and snow angels, but I don’t know if my flat here could handle that! Last year the walls cracked and rain seeped through them (There was a bit of a hailstorm drama and my housemates and I spent the whole night draining water out of our flat..yes, it came through the doors, roof, and flooded our poor little place up. It was around midnight and while Cinderella was out there contemplating whether to leave or stay with her Prince Charming, I was mopping the floor like a dedicated little janitor. Joy). 
I love my flat and especially Cairo to bits. I really do, but sometimes, I wish they could improve their housing system here. It frustrates me a lot. Not to mention the lack of internal heating! Makes me wonder, if we're shivering like mad dogs inside our own home, what about those hobos outside? It is cold, but when I think of them, sleeping with just  a single layer of clothes and one blanket (or even none), is it right for us to complain? *sigh* Be grateful, and say Alhamdulillah. 
So, yeah! Winter! Compared to summer, winter is lovelier. You do not sweat. There’d be no sweat patch which looks horrible..and not to mention the smell.. phheeeeyoouuwwwh (Have no idea how to make that sound into words). In winter, you get to wear different types of footwear, trench coat, winter coat, scarves, layers of clothing without having to consider getting too warm which is simply divine. On the other hand, the ice-cold water that touch your skin while performing fajr ablution give you spasms so bad you feel like you're having seizures! And those bladder muscles have gotten so strong from all that to-drink-or-not-to-drink, to-wait-til-you're-home-or-not-to-wait drama, they are now the organ version of Arnold Schwarzenegger. So...do I love winter? Maybe. Maybe not. I don't know.

Fairuz

MA2KULAT KE KULAT? #4: Steak Corner Grill & Cafe

in




Kat mana pulak Cik Boroi pergi kali ni? Teringin makan daging stik tapi balik-balik Spektra, Rostery, Steak Out. Jadi mulalah mencari restoren baru. Taip dekat Google- "Steak Cairo Egypt" (Kena tulis Egypt. Kalau tak, keluar tempat nama Cairo di US sana). Keluarlah nama restoren, Steak Corner Grill & Cafe. Haaa apa lagi! Tengok www.elmenus.com, murah lah jugak harganya dan nampak macam sedap. Maka, bermulalah ekspedisi makan!

Tempatnya di 99, Sharie' Nasr, New Maadi..jadi pergi dulu ke Metro Maadi dan ambil teksi ke sharie itu. Harga teksi dalam 8LE. Bolehlah. Restoren ni suasana macam ala-ala cottage yang kalau bayangkan, ada fireplace, kepala rusa, bulu beruang sebagai karpet. Jenis-jenis tempat gitu. Dengan cuaca luar yang sejuk dan jakun tengok pokok hijau dan rumput sekeliling restoren, terasa di bumi Mat Salleh pulak. Tapi, ada arab-arab dalam restoren tu.. ketawa, bershisha...terus penyek perasaan Cik Boroi fefeeling bumi Omputeh....

Menu makanan lebih kurang je dengan restoren stik lain. Atas sebab kelaparan yang tinggi, kami ambil Steak Corner Combo sebagai starter. Semua sedap kecuali Bom Cheese iaitu keju digumpal bulat dan goreng salut tepung. Pelik sebab keju mesir. Romi -.-

Cik Boroi ambil Beef fillet with pepper sauce. Bayangan saiz nya besar, sekali ehh...saiz macam Twinkies panjang. Tapi, tebal, sedap dan kenyang jadi tak apa, dimaafkan. First impression tu yang penting....dan si stik Twinkies  ni GAGAL rupa. Black pepper sauce dia sedap, siap ada corn peppers. 



Sandwich dia dan burger pun sedap. Apa entah nama, tak ingat. Nama-nama makanan dia bukan main bahasa perancis tapi tak ada deskripsi jadi bantai saje laaaa mana-mana.

Keseluruhan, Cik Boroi puas hati. Harga ok, perut konyang, tapi mungkin tak datang lagi, sebab rasanya, Steak Out lagi sedap. Kalau nak cuba tempat baru dan suasana lain, pergilah tempat ni.


Video : Resepi Ayam Masak Madu

in ,


Sudah bosan dengan menu yang sama setiap minggu ? Asyik ayam goreng, kari, firah masywi, kurma dan tomyam sahaja sepanjang minggu. Jadi di sini kami berkongsi resepi Ayam Masak Madu yang dibawa khas oleh chef hebat kita, Rasyidah. Selamat Mencuba !




BOOK REVIEW #4: DRACULA VS AL-FATEH

in

Siapa dah tengok filem animasi Hotel Transylvania? Watak utama dia, Count Dracula dan anak perempuan dia kan? Dan siapa dah tengok  filem Dracula Untold? Dan dalam Dracula Untold pun watak utama dia Dracula .

Terfikir tak kenapa dinamakan Hotel Transylvania? Dan dalam Dracula Untold ni endingnya Dracula berjaya menewaskan Sultan Muhammad Al-Fateh ; betul ke ? Apa hubungan Dracula dengan Sultan Muhammad Al-Fateh? Dan Dracula dalam dua filem ni orang yang sama ke?

Haa di sini lah jawapannya terkumpul dalam satu buku menarik ; nipis tetapi padat dan berwarna-warni : Dracula vs Al-Fateh hasil tulisan Muhd. Nur Iman Ramli.


Secara ringkasnya , buku ini menceritakan sejarah dan kronologi dalam sejarah hidup Dracula dan Sultan Muhammad Al-Fateh. Dracula ialah seorang putera raja yang dilahirkan di Transylvania, Wallachia, Romania. Dan oleh sebab beberapa peristiwa telah menimpa hidup beliau sekeluarga, beliau dan adiknya telah dihantar sebagai tebusan politik kepada Sultan Murad II iaitu ayah kepada Sultan Muhammad Al-Fateh.
                Dari sinilah perjalanan hidupnya bermula; daripada asalnya membesar bersama Sultan Muhammad Al-Fateh, sehinggalah menjadi musuh ketat kepada sahabatnya sendiri. 

                Buku ini juga menceritakan tentang sejarah pemerintahan dan bagaimana watak Dracula berevolusi menjadi watak vampire penghisap darah. Dan bagaimana sejarawan barat mengangkat Dracula sebagai hero yang menewaskan Sultan Muhammad Al-Fateh, walhal hakikatnya berlawanan.
                
                Dilengkapi dengan ilustrasi menarik dan berwarna, isinya lebih mudah difahami.  Contohnya imej istana Dracula yang disertakan pada mukasurat ke 29 betul-betul digambarkan sebagai rupa bentuk hotel yang dibina Dracula dalam filem Hotel Transylvania. Nampak lah perkaitannya di situ kan?

  

Selamat membaca. Semoga bermanfaat.

p/s : boleh je nak pinjam J dengan syarat jaga elok-elok.

Rasyidah.


MA2KULAT KE KULAT? #3: PAPA JOHN'S

in



Haiii semua. Apa macam? Dah tepu dengan ayat Commed yang berlambak-lambak tu? Dah kenyang hadam semua? Saja je lah Cik Boroi tanya khabar. Almaklumlah hari ni giliran Cik Boroi pula bagi review tempat makanan. Jadi, siapa yang tak kenyang lagi tu, meh Cik Boroi suggest tempat makan terbaekk punya.

Siapa tahu Papa John's? Alah.. ayah kepada John tu. *krik krik* Okay, hambar. Papa John's ni restoran piza. Menu utama dia adalah piza. Dah terpampang depan pintu dia poster piza, takkan jual nasik lemak pulak kan? Ahaaa, gituuu...  singgah Papa John's di Maadi, dekat dengan Alif Bookstore.

Menu Papa John's lebih kurang je. Piza. Piza. Piza dan piza. Ada juga chicken wing. Sedap dan pedas. Memang perghhh. Lazat. Roti piza Papa John nipis kalau nak banding dengan Pizza Hut tapi tak senipis Dominos yang mcm biskut tu. Cik Boroi tak gemar Dominos sangat. Jadi roti piza Papa John ni just nice. Topping pun terbaik. Tapi tekak ni memang prefer pepperoni je semedang. Jadi, pepperonilah pilihan hati. Topping lain macam chicken ranch pun sedap cuma banyak bawang (Cik Boroi ada darah-darah puntianak sikit, jadi pantang dengan bawang nie haa :] ). Smoky pun sedap juga. Dia pepperoni dengan extra cheese..ada la rasa asap-asap "smoky" sikit. Boleh jugak pilih nak crust apa tapi Cik Boroi pesan family-sized pizza jadi tak boleh pilih crust yang gempak-gempak tu. Study menu dia betul-betul. Papa John banyak buat combo piza yang menarik dan berbaloi. 

Satu tip nak pesan, tak payah beli air kat kedai ni. Mahal semacam jep. Baik beli air kat luar. Tak pun bawa air dari rumah. Jimat. Lagi satu, piza arab nie besar. Untuk kita yang perut melayu, cukup je nak kongsi. Jadi piza besar tu dibahagi-bahagi jadilah murah bila makan bersama. Ajaklah rakan-rakan makan sekali. Dapat pesan topping lain-lain jenis, lagi meriah taste bud kita. :D



Kesimpulannya, Cik Boroi tak tahu nak rate berapa untuk Papa John nie. Kalau nak ubah selera bolehlah singgah ke Papa John. Harga berpatutan. Tempat pun senang nak pergi. Restoran selesa. TV pun besar. Ikutlah korang. Cik Boroi dah puas membebel nie. Nak sambung baca Commed. Kononyaaaaaa. Jumpa lagik di tahun hadapan. 
Happy New Year GEN11US !!  

Ikhlas dari Achik yang vogue, Cik Boroi. 
Maafkan penggunaan bahasa yang tempang.
   

BOOK REVIEW #3: THE KITE RUNNER

in


Initially, I’d loovveeee to write a review on any of Mitch Albom’s novel. But then, who wouldn’t know how great his works, ayte? So I’d like to deviate the spotlight to a novel I read last summer; “The Kite Runner” by Khaled Hosseini.

The book is Hosseini’s debut novel. The setting takes place in Afghanistan around the year of 1970s.  To sum up, it revolves around two boys named Amir and Hassan. Amir is the son of a wealthy Kabul merchant, member of the ruling caste of Pashtuns while Hassan, his servant and constant companion is a Hazara, a despised and impoverished caste. Their uncommon bond is torn by Amir’s choice to abandon his friend during the increasing religious and political tension of the dying years of Afghan monarchy. Nevertheless, the strength of the bond between the two boys brings Amir back in a journey to make amends for the wrongs against the only true friend he ever had.
This novel is a deeply affecting one. 

Even if the beginning wasn't very interesting or attention-grabbing, I couldn't put the book down till the end. I can really indulge in Hosseini's description of scenes and in terms of moving the story forward. The very best part of the novel is its warm portrayal of the mixed culture of Afghanistan and how it illustrates the picture of real Afghanistan as a living place before the coup, before the Soviet invasion, and above all, the Taliban and the impacts that September 11th had created. 

I think this novel is a worthwhile read and you should give it a try.
May Allah bless. J


Kaa


Suggestion Box:

Name

Email *

Message *

Followers