Mengekang Rekah Terbelah.

in



“Sarah, cuba tengok buku ni. Ni diari Sultan Abdul Hamid,” kata Faezah dengan penuh teruja.



“ Haah la. Ustaz Mujahid baru cakap semalam pasal Sultan Abdul Hamid ni. Sultan ni hebat tau,” balas Sarah.



                “ Kita beli nak buku ni. Mana tahu kita sama-sama dapat ambil manfaat daripada catatan tokoh ni,”kata Faezah.



               Angguk Sarah tanda setuju.





                Melihat gelagat dua orang sahabat ini membuatkan aku tersenyum sendirian. Mengenang kembali peristiwa bersama dengan seorang sahabat di bumi Turki. Yang mana kami sama-sama hendak membeli Diari Sultan Abdul Hamid ini. 



                Namun, lamunan indah ini hilang apabila mengingat kembali peristiwa sekumpulan lelaki membaling batu ke arah poster Sultan Abdul Hamid. Sesuatu yang amat menyedihkan apabila poster tersebut diperlakukan sedemikian.



“ Apakah salahmu sehingga engkau begitu dibenci oleh manusia zaman ini?”



Aku sendiri pun tiada jawapannya. Apa yang aku tahu Sultan Abdul Hamid seorang yang sangat berjasa. Dakwahnya tersebar hingga ke Tanah Melayu. Namanya disebut di dalam khutbah jumaat. Semua mendoakan kesejahteraannya.

Baginda telah menghantar Muhammad Kamil Bey sebagai duta Pan-Islamism ke Kepulauan Melayu. Tetapi nasib Muhammad Kamil Bey tidak baik. Hayatnya tamat di tali gantung di Burma atas alasan mengadakan perancangan untuk mengancam kuasa Koloni British.

 Ingatanku kepada Sultan Abdul Hamid terhenti apabila Sarah dan Faezah mengajakku pulang. Buku yang baru dibeli dipeluk erat oleh Faezah. Dalam perjalanan pulang, kulihat seorang kanak-kanak menangis teresak-esak kerana dimarahi oleh bapanya. Fikiranku  lantas  kembali mengingati bait-bait kata yang diungkapkan seorang pemimpin kepada puteri tersayang…. 



Anakku, ayah melihat orang-orang di sini sudah mulai memuji paras rupa dan kecantikanmu. Maka mulai hari ini ayah ingin kamu mengenakan hijab dengan sempurna, kerana kamu sudah menjadi wanita dewasa sekarang.”



Sungguh lembut kata-kata yang diungkapkan oleh Sultan Abdul Hamid kepada anaknya, Aishah ketika mereka sedang berjalan di hadapan Istana Yilzid.



Istana ini banyak menyimpan kisah yang menimpa diri dan keluarga sultan. Cubaan pengeboman telah dilakukan untuk membunuh sultan. Namun Allah s.w.t  Maha Kuasa telah menyelamatkan pemimpin nombor 1 dunia ini.






                Istana yang hanya diperbuat daripada kayu ini menunjukkan betapa rendah hatinya pemimpin ini. Sanggup meninggalkan segala kemewahan dunia dan lebih memilih kebahagiaan ukhrawi.

                Namun, peristiwa malam 27 April 1909 tidak dapat kulupakan. Sultan Abdul Hamid  dan keluarga telah didatangi oleh empat orang tetamu yang tidak diundang.






            Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Othmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut bersama beliau adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga pemimpin Armada Othmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat bandar Daraj di Meclis-i Mebusan.

                “ Bukankah waktu seperti ini merupakan waktu untuk Khalifah menunaikan kewajipan kepada keluarganya? Bolehkah kalian datang semula pada esok hari?”



Tidak timbul rasa bersalah pun pada wajah mereka.



                Dengan angkuhnya, salah seorang daripada mereka menjawab,



“ Ummah telah memecatmu.”



“ Jika ummah  yang memecatku apa kaitannya dengan orang ini? ” sambil menuding jari kepada Emmanuel Carasso.



 Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dialah yang telah bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin dengan penuh licik lebih sedekad yang lalu (1898).                

Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tapak penempatan Yahudi di Tanah Suci itu. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun.

Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermastautin di Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk.

Penggulingan Sultan telah dirancang sebelum malam ini lagi  kerana nama baginda tidak lagi disebut di dalam khutbah jumaat .

“Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untuk menghantar berita penggulinganku malam itu,”  Sultan Abdul Hamid meluahkan derita hatinya di dalam diari baginda.

                Sebak hati apabila teringat kembali dugaan yang perlu dilalui oleh pemimpin. Diari Sultan Abdul Hamid yang berada di atas meja belajar, kutatap dalam-dalam.

 “Sesungguhnya aku tahu, bahawa nasibku semakin terancam. Aku boleh lari ke Eropah untuk menyelamatkan diri. Tetapi untuk apa? Aku adalah KHALIFAH yang bertanggungjawab ke atas umat ini. Tempatku adalah di sini. Di bumi Istanbul ini. Kubaca kembali catatan baginda.

Walau jasadnya sudah tiada, semoga semangat yang ada dalam diri pimpinan ini akan terus meresap dalam jiwa setiap insan yang ada di dunia. Semoga kita sama-sama dapat menjadi khalifah di muka bumi ini demi ISLAM ditegakkan.  

GEN11US is the 11th generation of Malaysian medical students at Kasr El-Ainy School of Medicine, Cairo University in Egypt.

0 comments:

Suggestion Box:

Name

Email *

Message *

Followers