KITA SATU BUKAN DUA

in


(Bagaimana Menyentuh Hati Dengan Cinta..??):

     Betul ke love tu ana enta..?? apa kaitan ana dengan enta dalam cinta ni..?? betul la.. apa pula yang salahnya.. love is ana enta.. mana mungkin bercinta ana ana saja atau enta enta saja.. kalau macam tu, x namanya cinta.. so cinta ni perlukan ana dengan enta.. tanpa ana atau enta, tiadalah cinta.. betul x..?? kita kene pegang ramuan cinta ni kalau nak bahagia..

Ana + Enta = Love = Bahagia

1. Dari mana yang enta tahu cinta tu ana enta..??

     Cinta ni rasa yang perlukan dua belah pihak.. kalau x de 2 pihak maka x dinamakan cinta.. maka x rasa la cinta.. macam tepuk tangan.. kalau ada satu tangan je yang tepuk, kita x rasa la tepuk tangan.. mungkin kita akan kata, lambaian tangan.. mungkin.. yang penting kalau sebelah tangan je yang ada kita tidak akan kata tepuk tangan, .. betul x..?? begitulah cinta.. perlukan ana dan enta untuk katakan ia sebagai cinta..

2. Cinta ni apa..??

     Cinta ni rasa.. rasanya adalah bahagia.. hanya yang bercinta saja rasa.. hanya yang rasa saja rasa bahagia.. kalau nak rasa kene la bercinta..

3. Macam mana nak bercinta..??

     Hmm.. mudah je.. syaratnya enta dgn ana kene jadi satu.. x boleh jadi dua.. kita kene jadi macam satu cawan air.. kalau ditambah gula dalam cawan, semua bahagian air tu akan rasa manis.. kalau ditambah garam dalam cawan tu, semua bahagian air tu akan rasa masin.. x boleh jadi macam 2 cawan.. kalau ditambah gula atau garam pada salah satu cawan, satu cawan je yang berubah rasa, satu lagi seperti biasa rasanya.. syaratnya kita kene jadi macam satu cawan air.. air dalam cawan itu la ada ana dan enta.. kalau ana rasa manis, enta juga akan rasa manis secara automatik.. kalau ana rasa masin, enta juga akan rasa masin secara automatiknya.. nak tahu x kenapa..?? sebab kita adalah satu bukan dua.. bila sesuatu dikenakan pada satu benda, satu benda akan rasa.. bila sesuatu dikenakan pada salah satu daripada dua benda, satu je yang akan rasa, yang lain tidak.. ini la kaedah cinta..

4. Betul ke bahagia..??

     Insyaallah.. kenapa tidak pula.. pernah tengok orang bercinta x..?? semuanya nampak indah.. yang buruk nampak baik, yang baik apatah lagi dipuji.. kenapa boleh jadi macam tu..?? sebab mereka adalah satu.. mana mungkin kita nak sakitkan diri kita sendiri sbb kita sendiri akan rasa sakit.. mereka tidak akan bergaduh.. sbb mereka itu satu.. bukan dua.. mana mungkin pergaduhan berlaku kalau hanya ada seorang.. mahu gaduh dengan siapa dong..?? kalau la semua jenis kesakitan dan pergaduhan tidak berlaku, bukan bahagiakah itu?? sudah pasti bahagia..

5. Ke mana perjalanan cinta ni..??

     Ke mana lagi tempat yang lebih bahagia untuk cinta ini kalau bukan di sisi Pencipta Cinta.. sebab itu kita perlu teruskan perjalanan cinta ini hingga sampai destinasi terindah.. mana lagi tempat paling indah kalau bukan syurga yang penuh dgn cerita cinta.. kalau la perjalanan kita ini seperti air sungai, teruskan mengalir.. sekalipun ada batu menghalang di kiri, kita ke kanan.. kalau dihalang di kanan, kita ke kiri.. yang penting jangan berhenti.. kerna air yang berhenti akan rosak.. jangan kerana batu menghalang, kita gagal ke puncak cinta..


(Ada Apa Dengan Dalil Cinta..??) :


1. “ Tidaklah (sempurna) iman seseorang di antara kalian hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.”


• Iman vs Cinta..??

Hebatnya cinta hingga Rasulullah jadikan cinta sebagai ukuran iman.. ibaratnya macam kita nak masak kari ayam tp x de kari.. kalau la x de kari, x akan sempurna masakan tu sekalipun bahan lain cukup secukupnya.. nak kata penting x penting kari tu, kalau x de kari, x jadi la ayam masak kari.. macam tu la iman, x akan sempurna iman kalau la x de cinta.. jom sempurnakan iman kita dengan cinta.. huh..


• Cinta yang sama..??

Rasulullah suruh kita cinta sahabat kita macam kita cinta diri kita.. Macam mana nak samakan cinta kita dan dia..?? boleh je kalau enta anggap diri enta adalah enta dan diri ana adalah enta.. kalau macam tu pasti cinta untuk diri enta dan ana adalah sama.. itu la yang Rasulullah nak.. kita cinta diri dia sama macam kita cinta diri kita..


2. “ Sesungguhnya dalam jasad ada segumpal darah. Jika ia baik, maka baik seluruh anggotanya. Jika ia rosak, maka rosak seluruh anggotanya. Sesunggunya ia adalah hati.”


• Kenapa kita marah..??

Kalau enta nak tahu, musuh cinta ni adalah benci.. cinta akan dimusnahkan dengan benci.. tp macam mana kita boleh marah pula kalau kita sedang bercinta..?? hurm.. menarik.. kita ni boleh pilih untuk mencintai atau membenci.. kalau la cinta yang dipupuk, maka sayang la yang akan datang.. bila benci yang dipupuk, maka marah la yang akan datang.. cinta itu penawar.. benci itu racun.. bila hati dipupuk dengan racun.. lama kelamaan hati akan rosak.. bila hati rosak, maka rosaklah anggota yang lain.. mulut terasa nak maki hamun.. tangan rasa nak pukul.. muka rasa x nak senyum.. mata sentiasa menjeling.. bahayakan benci ni..?? tp kalau hati sentiasa dipupuk cinta.. hati sentiasa ada penawar.. bila hati baik, maka baiklah seluruh anggota yang lain.. mula rasa sayang.. timbul rasa menghargai.. sentiasa senyum.. bahagiakan cinta ni..?? huh..

• Ada apa dengan hati..??

Hati tempat jatuh pandangan Allah.. kerna dari hati segalany bermula.. baik atau buruk manusia itu bermula dari hati..

• Hati dia baik ke tak..??

Kalau nak tentukan hati dia baik ke x, memang x boleh la.. Allah saja yang mampu memandang ke hati.. tp kita boleh untuk mentafsir hati melalu anggota dan tingkahlaku dia.. kalau akhlaknya baik, tu tandanya hati dia pun baik.. tp x semestinya tepat kerna boleh jadi di depan kita baik dia baik, di belakang kita tidak.. yang penting hanya Allah saje mampu menghukum hati itu baik atau tidak.. Wallahua’lam..




p/s : kenapa bila sebut cinta, ada orang x suka..?? apa yang cinta telah buat pada kita hingga kita nak pisahkan cinta dari semua aspek..?? dalam bab ukhuwah pun kita nak pisahkan cinta..?? jangan fikir cinta ini hanya laki dan perempuan.. cuba lihat kisah ini, ini bukan kisah cinta laki dan perempuan :

Pada suatu hari Umar bin Khattab berkata kepada Nabi : “ Aku mencintaimu lebih dari segalanya, kecuali jiwaku sendiri “. Nabi menjawab : Tidak seorangpun diantara kamu yang beriman, sehingga aku lebih dicintainya daripada jiwanya sendiri “. Umar segera menjawab : “ Demi Dzat yang menurunkan kitab suci alQuran ini kepadamu, aku mencintaimu melebihi cintaku kepada diriku sendiri “. Rasul menjawab : Wahai Umar, sekarang kamu telah mendapatkannya “. ( Bukhari ).

salah faham tentang cinta membuatkan kita sempit berfikir.. cinta itu luas maka luaskan ia.. cinta itu bahagia maka sebarkanlah ia.. kenapa pilih untuk sengsara kalau kita punya jalan bahagia..?? belajarlah untuk mencintai kamu pasti dicintai.

ana itu aku dan enta itu juga aku kerna aku sedang bicara bersamaku
-katahati-

GEN11US is the 11th generation of Malaysian medical students at Kasr El-Ainy School of Medicine, Cairo University in Egypt.

2 comments:

  1. aku cinta pada jadual on-call dlm batch ni...
    1000x sayang

    ReplyDelete

Suggestion Box:

Name

Email *

Message *

Followers