Bismillahirrahmanirrahim.
“Dari Abdullah bin 'Amr RA berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda; sampaikanlah daripada aku walaupun satu ayat.”
(HR Bukhari)
Kadang-kadang kita terlalu susah untuk tersenyum dan seringkali bermasam muka,
Tapi terlupakah kita bahawa Rasulullah sentiasa tersenyum walaupun musuh-musuh baginda memaki hamun tanpa belas kasihan?
Terlupakah kita bahawa manisnya senyuman Rasulullah sehingga ada yang jatuh hati?
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Kadang-kadang kita terlalu sibuk dalam urusan pembelajaran dan persatuan sehingga melupakan hak dan tanggungjawab terhadap keluarga, sahabat, dan ahli beit,
Tapi terlupakah kita bahawa Rasulullah jauh lebih sibuk dalam mentadbir sebuah negara Islam?
Namun, baginda tidak pernah lalai dalam menunaikan hak pada ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Kadang-kadang kita mengeluh penat dalam perjalanan sebagai seorang pelajar Medik,
Tapi terlupakah kita bahawa Rasulullah tidak pernah mengeluh penat dalam perjuangan baginda?
Terlupakah kita tentang cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh baginda?
Jauh berkali-kali ganda berbanding ujian yang kita hadapi.
Ya, baginda pernah terduduk dan menangis,
Tapi baginda bangkit semula.
Bangkit dengan semangat dan keyakinan yang teguh pada Tuhan yang Maha Kuasa.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Kadang-kadang kita mengaduh dan merungut tak tentu hala dengan ujian kesakitan,
Tapi terlupakah kita bahawa Rasulullah ketika menghadapi sakitnya sakaratul maut,
Bukan mengaduh atau menjerit yang terkeluar dari mulut baginda,
Tapi perkataan Ummati ummati ummati yang menjadi sebutan baginda.
Sayangnya baginda pada kita, umatnya.
Umat yang jauh dari baginda.
Umat yang kian lupa pada baginda.
Umat yang semakin tidak ambil kisah tentang sirah baginda.
Umat yang makin luntur kecintaan pada baginda.
Umat yang mengabaikan sunnah baginda.
Umat yang memperlekehkan perjuangan baginda.
Maafkan kami ya Habiballah,
Yang seringkali alpa dengan diri kami sendiri.
Yang begitu keras hati sehingga tidak dapat mengalirkan air mata mengenangkanmu.
Yang terlalu kedekut untuk berselawat kepadamu.
Ya Rasulullah,
Saksikan bahawa kami rindu padamu.
Sungguh, kami rindu.
Moga kita dapat bertemu di akhirat nanti.
Dalam keadaan kau tersenyum pada kami,
Sebagaimana kau tersenyum pada sahabat-sahabatmu pada suatu masa dahulu.
Moga kita sama-sama dapat melepaskan rindu yang terpendam sekian lama.
Rindu yang pernah kau tuturkan pada suatu masa dahulu,
Sedangkan kami masih tidak wujud di bumi perjuanganmu ini.
Something to ponder sahabat sahabiah yang dikasihi Allah,
Benarkah kita rindu pada Nabi?
Sedangkan kita tidak pernah berimpian untuk berjumpa dengan baginda di syurgaNya nanti.
Benarkah kita sayang pada Nabi?
Sedangkan kita tidak pernah ambil tahu tentang baginda. Kata orang, tak kenal maka tak cinta.
Benarkah kita layak mendapat syafaat Nabi?
Sedangkan kita jarang sekali berselawat dan mengikut sunnah baginda, malah memperlekehkan.
Kita kata, Rasulullah itu idola,
Tapi jarang sekali kita mencontohi Nabi dalam kehidupan seharian kita kan?
Sedangkan sekecil-kecil sehingga sebesar-besar perkara Nabi telah ajar pada kita.
Tapi kita sombong dan bongkak, tak mahu ambil cara Rasulullah.
Kononnya budaya Rasulullah, budaya lapuk.
Kita lebih yakin dengan janji-janji ‘ulama’ barat.
Anyhow, belum terlambat untuk kita ubah cara hidup .
Let’s apply sunnah in our daily routine and these are a few of the sunnahs which we can apply them.
1. Bangun awal sebelum subuh untuk solat sunat tahajud dan membaca Al-Quran.
2. Membaca doa bangun tidur.
3. Bersiwak.
4. Mandi sebelum Subuh.
5. Membaca ma’thurat.
6. Solat Dhuha.
7. Minum madu bersama air sejuk sebelum sarapan.
8. Sikat dan minyak rambut.
9. Memakai pakaian yang bersih dan indah.
10. Memulakan setiap perbuatan dengan basmalah.
11. Basuh tangan sebelum dan selepas makan.
12. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.
13. Duduk ketika makan dan minum.
14. Makan secara berjemaah di atas hamparan.
15. Berjalan dengan tegap dan badan condong ke hadapan.
16. Berzikir, istighfar dan mendengar lagu yang mengingati Allah ketika berjalan.
17. Menyebut Allahu akbar ketika menaiki bukit dan subhanallah ketika menuruni
bukit.
18. Memberi salam dan sentiasa tersenyum.
19. Qailulah.
20. Menjaga wudhu’
21. Tidur sejurus selepas isyak melainkan ada urusan.
22. Solat Witir.
“Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah, dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) meskipun ia seorang budak hitam. Dan kalian akan melihat perselisihan yang sangat setelah aku (tiada nanti), maka hendaklah kalian mengikuti sunnahku dan sunnah para khulafa’ rasyidin mahdiyyin (pemimpin yang lurus dan mendapat petunjuk), gigitlah ia dengan gigi geraham (berpegang teguhlah padanya),dan jauhilah perkara-perkara muhdatsat (hal-hal baru dalam agama), sesungguhnya setiap bid’ah itu kesesatan.”
(HR. Ibnu Majah. Hadis senada diriwayatkan pula oleh At-Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ahmad).
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
“Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah dia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah dia berilmu."
(Imam Asy-Syafi’e)
Selamat beramal dengan sunnah idola kalian!
[AlFateh]
Fustateleven ®
assalamualaika ya rasulullah..
ReplyDeletemaaf bertanya,betul ke madu ngan air sejuk?? mohon pencerahan..
ReplyDeletekalau tgk pd botol madu, disarankan utk minum madu then air panas.. xtahu kesahihannya ^^
ReplyDeleteini best.
ReplyDeleteAllahu Allah..
ReplyDelete