HADITH #15: BENARKAH ANDA BERIMAN?

in





Alhamdulillah, selesai sudah midterm histo. Benar la kata Allah, siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong nya. Tak sangka boleh jawab tadi. Padahal baru baca malam tadi. Itu pun hanya 10%. Dan kini cuti bermula. Syukur walaupun hanya dua hari.

Aku kat sini mahu berkongsi satu nasihat utk sahabat2 yang aku sayangi. Nasihat tu kan berguna utk orang mukmin. Selagi lagi. Untuk orang mukmin. Benda yang common dilakukan oleh kita di Mesir ini barangkali. Sukacita lah aku ingin membawa 2 situasi.

Situasi 1:

Salmah: Eh, Liza. Kau nak tau satu cerita best tak?

Liza: Apa mende nye tu?

Salmah: Semalam aku geram betul musyrif yang teman aku kitorang ke markaz. Bukannya nak tepati masa. Ni mesti tido tadi. Tak tau ke masa tu penting.

Liza: oh. Ye ke? (muka curious tak percaya)

Salmah: Iyee. Pastu, jalan dah la laju. Bodoh betul la. Tak piker ke kitorang ni perempuan. Bukannya boleh jalan laju macam lipas kudung macam dia. Adoi. Siot la. Pastu, jadi musyrif macam bukan jadi musyrif je. Kena kacau ngan Arab pulak tu. Ah, lepas ni tak kuasa la aku nak mintak dia jadi musyrif lagi. Harap je badan tough. Tapi haprak.

Liza: Eh. Kau ni Mah. Tak baik tau kutuk2 dia macam tu. Bla bla bla…

Situasi 2:
Ali: salam Hafiz. Sihat? Kau sibuk tak malam ni?

Hafiz: wasalam. Tak. Kenapa?

Ali: Aku hengat nak ziarah kau. Saje nak datang. Bosan la duk rumah.

Hafiz: Datang la.

(Di rumah Hafiz)

Ali: salam bro. lama tak jumpa. Sihat?

Hafiz: wasalam. Heh. Sihat je.. Ko pehal datang ni? Tiba-tiba je. Tak pernah –pernah pun datang. Hari ni baru nak datang. Haish.. Mesti ada agenda ni.

Ali: eh. Kau ni. Nak jenguk kawan pun tak leh ke? Bukan di tuntut ke utk rapatkan silaturrahim?

Hafiz: Hmm. Hehe. Saje je tanye. Eh, buat macam rumah sendiri la ye. Aku takde mende nak hidang. Btw, aku nak sambung keje sikit ni.

(Hafiz masuk bilik. Kunci pintu. Sambung main FIFA 2014)

Haaa.. pernah buat tak?
Cuba anda bayang kan.
Kalau lah si musyrif tu dengar apa yang anda katakan, agaknya apa yang dia rasa?
mesti dia kecil hati, marah, malu, bukan? Rasa nak menyorok je dari akhawat tu.
Walaupun dia tahu bahawa dia yang bersalah.
tapi adakah patut percakapan anda itu?
Cuba anda bayang kan.
Apa perasaan anda apabila anda bertandang di rumah kawan.
kawan anda tu buat ‘don’t know’ je. Tinggalkan anda sorang-sorang di ruang tamu bersama kucing peliharaan yang sedang tidur. Rasa tak dihargai pulak kan? Ke macam mane?

Nah, aku nak bawak kata-kata orang yang anda kita sanjung sangat tu.


Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat,
maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam.
Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat,
maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya.
Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat,
maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.

(HR Bukhari dan Muslim)


Hadis ini menerangkan beberapa tuntutan lman. Nabi s.a.w. kata kalau betul lah kita beriman dengan Allah dan hari akhirat, kita mesti lakukan 3 perkara ini:
  1. Berkata baik atau diam 
  2. Memuliakan jiran tetangga
  3. Memuliakan tetamu


Seorang yang benar-benar beriman akan menjaga pergaulannya sebaik mungkin. Menyebarkan kasih sayang sesama manusia. Membina ukhuwah. Dan bukanlah menyebarkan persengketaan.

Apabila dia tahu bahawa ukhuwah itu yang dituntut oleh agama, kasih sayang itu lah yang perlu disebarkan, harus lah juga dia sedar bahawa dia perlu menjaga lidahnya daripada berbicara perkara haram kerana dia akan dipersoalkan di hari qiamat nanti tentang apa yang diperkatakan.

Dia lebih senang diam daripada berkata buruk seperti mengumpat, mengeji, mencaci, memaki hamun dan mencarut.

Anda tahu bukan mengumpat itu ibarat memakan daging saudara anda sendiri?



Seorang yang benar-benar beriman juga akan menghormati jiran tetangga dan tetamunya, menyempurnakan hak mereka dan tidak menyakiti mereka. Memperlakukan atau melayan tetamu dengan sebaiknya. Bukannya meninggalkan tetamu seorang diri kt ruang tamu bersama bunyi cengkerik. Krik krik krik. Ok hambar.


Alah. Yang ziarah tu kawan je pun. Tak kesah la. Dia paham lah tu.

Eh, kawan itu bukan tetamu? (tampar dahi sendiri)




Jadi, mari kita sama2 cek balik iman kita.
Refleksi diri.
Perbaharui nya.
Upgrade iman kita.

Peace no war ^_^
Ok, jom sambung study.

[IH]

p/s: Penulis bukan lah seorang yang maksum. Bukan juga orang yang sempurna. Tapi, ingin bersama anda berpimpin tangan ke sorga.

Kalau nak tunggu diri sempurna baru nak amar maaruf, maka tak akan wujudlah budaya ini sampai kiamat pun.



GEN11US is the 11th generation of Malaysian medical students at Kasr El-Ainy School of Medicine, Cairo University in Egypt.

4 comments:

  1. Salam. Sangat menarik. Tersa berdebuk kena. Terima kasih atas peringatan.semoga2 musyrif dan para akhawat sama2 perbaiki diri masing2.

    ReplyDelete
  2. terima kasih sgt2 sekalian musyrif kerana sudi menjadikan diri anda sebagai musyrif kat kami yang xde kaitan pun dgn korang, xde kaitan pun dgn kelas yg kitorang nak pergi, xde kaitan ape2 la. Moga redha Allah dan tittle muslim itu yang mengaitkan kita semua.

    ReplyDelete
  3. salam, kat sini sya nk mintak maaf kepada semua ahli GEN11US dn pada ssiapa yg baca post ni andai ada termengumpat, terkutuk, terburuk sangka dan mcm2 ter lgi..jom niat maafkan semua orang sblum tidur..dan brharap org pun akn maafkan kesalahn kita jgk..

    ReplyDelete
  4. terkena batang hidung sendiri.. -_-
    jom layan tetamu..(=

    ReplyDelete

Suggestion Box:

Name

Email *

Message *

Followers