Rasa terpanggil nak buat rebiu buku ni, sebab buku ni sangat menarik.
''Scientific Miracles in the Ocean and Animals'' karya Yusuf Al-Hajj Ahmad, terbitan Darussalam.
Tertarik dengan buku ni sebab ada perkataan ''animals'' tu --'
Jadi nak kongsi rebiu bahagian Animals.
Kita selalu kaitkan tabiat binatang sebagai naluri dan sifat semulajadi dia kan. Kita kata ALLAH yang buat depa, tapi kita tak nampak hikmah penciptaan depa macam tu.
Sebelum saintis jumpa the so-called-findings ,
eg.
1. Kenapa lembu ada 4 perut, dia makan cepat dan dia luah balik makanan untuk dikunyah?
: sebab dia haiwan mangsa, jadi dia perlu makan banyak dengan cepat, simpan makanan tu untuk hadam nanti. Kalau dia makan lambat, dan kena lepak lama-lama, mesti la singa rimau senang tangkap dia.
2. Kenapa sistem pernafasan serangga cuma tiub pernafasan, bukan paru-paru macam kita?
: to limit the insect's growth and size, kalau ada lungs, depa boleh jadi besar macam dinosaur dan pupuskan manusia.
3. Macam mana ratu lebah boleh tahu jantina telur yang dihasilkannya, sehingga dia boleh asing telur tu ikut jantina?
: ayat ALLAH ni dah jawab suma soalan tuh:
''Dia (fir'aun ) berkata, ''Siapakah tuhanmu berdua wahai Musa?''
''Dia (Musa) menjawab, '' Tuhan kami ialah (Tuhan) yang telah memberikan bentuk kejadian kepada segala sesuatu, kemudian memberinya petunjuk''
Taha : 49-50
''memberikan bentuk kejadian kepada segala sesuatu, kemudian memberinya petunjuk''
Maksudnya???
Allah yang bagi petunjuk kat haiwan2 supaya buat apa yang depa buat!
Another point.
''According to Darwin's theory of natural selection, living beings think only of themselves and are selfish''
Tapi lojikkah teori ini untuk diaplikasikan kat bapa penguin yang jaga anak dia berbulan-bulan sampai menetas tanpa makan minum? Dan ibu bapa burung yang ulang alik beratus kali untuk suap anak mereka makan? Sudah tentu Darwin salah! Yang ilhamkan sifat berkorban dan kerjasama buat makhluk-makhluk ini hanyalah Dia.
Komen Kenneth Walker, saintis dan penyelidik perubatan dan fisiologi yg pi safari kat Timur Afrika tentang kerjasama antara binatang,
''The strangest example is the cooperation between the rhinoceros and the bird that perches on its back and picks up the parasites on its skin. Every time the birds sensed my approach, they made a certain noise which alerted the rhinoceros, and when the animal begin to flee, the birds remained on its back, riding it like a shaky train.''
Animals are great. we should learn from them lots of essential stuff.
Kata Isaac Newton, ''There can be no doubt about the Creator, because this great variety of beings and what it contains of order and the means to survive, and adaptation to others and to time and place, could not have stemmed from anything but the One Who is All-Wise and All-Knowing.''
Cukup kot setakat ni. buku ni hebat dan sangat sesuai jadi rujukan nak jawab soalan budak kecik banyak mulut yang anda tak terjawabkan ; kenapa begini dan kenapa begitu.
Semua ayat dan idea entri ini bersumberkan buku di atas. Kalau ada salah, mungkin khilaf aku masa pindahkan ayat-ayat ni.
Semoga bermanfaat~
Rasyidah.
0 comments: