LAPORAN WEEKLY EXTRA GEN11US

in , ,

LAPORAN WEEKLY EXTRA GEN11US ANJURAN UCAD SESI 2015/2016

Pada 6 April 2016, Unit Akademik Gen11US telah mengadakan suatu program yang sudah acapkali dilaksanakan iaitu “Weekly Extra”. Program yang melibatkan seluruh ahli Gen11US Tahun 5 bertujuan untuk memantapkan lagi pemahaman ahli Gen11US akan ilmu yang diajar di kuliah kali ini telah menyentuh beberapa isu penting dalam subjek Obstetrics & Gynaecology; history-taking dan Physiology of Menstrual Cycle.
Program tersebut bermula pada pukul 7.10 malam dan dijuru acarakan oleh Muhammar Azmi. Tanpa melengahkan masa, berlangsunglah slot pertama yang disampaikan oleh Siti Aminah, memberi tutorial bertajuk Physiology of Menstrual Cycle. Ahli telah menunjukkan minat dan fokus yang tinggi bagi memahami topik tersebut dengan lebih mendalam.




Gambar menunjukkan tutorial disampaikan oleh SIti Aminah serta history-taking oleh Firdaus Rahim

Slot seterusnya iaitu History-taking Obstetrics & Gynaecology telah dibentangkan oleh Firdaus Rahim serta Nurul Emira binti Rashdan. Pelbagai perkataan Bahasa Arab baru telah dipelajari dalam slot ini.

Majlis diakhiri dengan slot BPP yang telah menunjukkan video kompilasi gambar-gambar penyertaan pertandingan BPP Gen11US pada musim sejuk yang lalu dan keputusan pertandingan tersebut, iaitu Muhammad Hanafi serta Siti Nur Hazwani binti Abdul Aziz. Upacara penyampaian hadiah disempurnakan oleh ketua dan timbalan ketua batch diiringi ketua serta timbalan BPP Gen11US , dan majlis bersurai pada pukul 9.30 malam.

Tahniah diucapkan kepada pemenang, serta terima kasih kepada para tenaga pengajar pada malam tersebut. Semoga semua ahli Gen11US telah mendapat manfaat sepenuhnya daripada program ini.





Yang menjalankan tugas,





(FAIRUZ NABILAH BINTI BORHANUDIN)

Unit Blog,
BPP Gen11US 2015/2016.

GEN11US is the 11th generation of Malaysian medical students at Kasr El-Ainy School of Medicine, Cairo University in Egypt.

0 comments:

Suggestion Box:

Name

Email *

Message *

Followers