HADITH #9: NIKMAT ITU SUATU UJIAN

in

...Bismillahirrahmanirrahim...

Sebelum tangan ini lebih banyak menekan, saya ingin sahabat semua menyatakan rasa syukur.
Alhamdulillah atas segala kurniaan dari Ilahi. Kalau bukan keranaNya, kita tidak mungkin masih berada di alam yg sementara ini,bukan?

Tahun baru di dunia medic kaherah dan tahun baru hijrah pun sudah menjengah.
anda excited? Saya jugak excited.
lagi banyak ilmu medic yang menanti kita.
lagi banyak kebesaran serta kebijaksanaan Allah yang akan kita nampak.
lagi banyak nikmat yang Allah bagi kat kita.
namun adakah kita bersyukur?
sama–sama kita renungkan.



maka telah berlaku perbualan dua sahabat pada dua situasi yang berbeza...


SITUASI 1
"tahniah la kau dapat nombor 1 dalam batch. Aku bangga la dapat kawan macam kau."

"alah.. tu je pun. Bukan no. 1 dalam universiti pun. Biasa je tu."


SITUASI 2
"wahh mamat.. tahniah! kau dapat nombor 1 dalam batch. Tahniah!"

"Alhamdulillah. Semua itu datang dari Allah. Allah bagi kelebihan kat aku yang ni. Kat ko lain pulak. Kita semua ada kelebihannya. Sama-sama kita bersyukur atas segala nikmat yang dia bagi. Alhamdulillah"


kenapa suatu nikmat itu boleh jadi satu ujian?
bukankah nikmat itu suatu yang dikaitkan dengan anugerah? kegembiraan? pemberian?
macam mana boleh jadi ujian pula kan?


Thank Allah for everything.

kita tengok balik situasi 1. Tengok jawapan sahabat kita macam mana.
suatu kejayaan itu adalah nikmat dimana kita sebagai hamba haruslah untuk bersyukur bukan?
tapi ia menjadi suatu ujian kepada kita.
itu adalah tanda bahawa dengan kejayaan tersebut, Allah nak test kita.
adakah hamba AKU ini bersyukur atas nikmat yang AKU berikan?
ujian kepada kita atas tahap mana kita bersyukur atas nikmat tersebut.
nauzubillah dari sikap takabbur.

bila kita perasan atas nikmat segala yang Allah telah bagi kat kita.
dengan dosa yang setiap hari kita tak terlepas buat. astaghfirullahal ‘azim
Lagi terasa kerdil dan begitu hina disisiNya kan?
tapi macam mana kita nak jadi hamba Dia yang bersyukur + beriman?

itu TENTULAH
mengikut segala yang disuruh olehNya.
dan jangan pula kita lupa untuk meninggalkan segala yang dilarang olehNya.
Apabila taqarrub kita pada Allah semakin banyak.
hati kan menjadi tenang
sentiasa mengingati kematian
sentiasa muhasabah diri

TAPI
kenapa ye?
masih ramai yang ingkar pada perintahNya.
adakah masih belum jelas apa yang termaktub dalam al-quran?
Nah amekaw!
‘itulah larangan Allah. Dan jangan kamu mengikutinya’
(surah al-Baqarah:187)

Jelas disitu bukan?
larangan Allah tetap laranganNya.
kita hamba tak punya hak untuk melawan.

jadi apa langkah kita seterusnya?
tak kan kita nak biar jasad kita saja sihat.
walhal roh kita sakit dek dosa kita yang menggunung.

kalau kita nak beli kereta pun, luar dan dalam kereta mesti nak kedua-duanya cantik bukan?
jadi…

Jom PECUT!!
pecut untuk berubah ke arahNya.
pecut untuk menggapai keredhaanNya.
pecut untuk mendapat cintaNya.
pecut untuk mendapat rahmatNya.


“Nerah! Kita dah tahun 2 la..ko caya tak?”

“Laa ko ni dah nak masuk second sem dah pun. Kau excited tetiba ni kenapa?”

“Entah, maybe sebab tadi time lecture ajar, aku baru terasa aku di tahun 2.” *sambil gelak.

“Adoi. kaukagum tak dengan lecturer yang tak tengok buku pun time ajar kita tapi boleh hafal ayat al-Quran sambil buat kaitan apa yang kita belajar dengan al-Quran kot. Hebak giler!”

“mestilah~ hebat kot. Teringat aku pada Rasulullah SAW. Bersusah payah baginda SAW tunjuk jalan lurus kat kita, tapi kita tak nak lalu plak,kalu lalu pun, nak bengkok-bengkok plak.”

“tu la..sama-sama kita muhasabah”



Benarkan?
Rasulullah SAW dengan penuh kasih sayang sampaikan risalah pada kita.
penuh dengan rintangan
Dicemuh. Dicerca. Diherdik. Diejek.
Nabi bentangkan jalan yang lurus, tapi ramai tak nak lalu.
Nabi bentangkan jalan kebenaran, tapi ramai tak nak ikut.

mahukah kita jadi dari kalangan yang TAK NAK LALU seperti yang dikatakan?
Tanya diri. Tanya Iman.

teringat saya pada sepotong kata-kata:


"Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya"
-Saidina Ali R.A

kalau bukan kita yang mengawal kita.
justeru nafsu yang mengawal kita.
maka setiap perbuatan buruk pada syariat, kita buat.
perbuatan baik kita pandang tepi
malah persoalan demi persoalan ditanya.

“kau rasa tak Islam ni susah? nak buat ni tak boleh. Nak buat tu tak boleh. Leceh betul. Apesal plak la tak boleh. Aku pun tak faham”

pernah dengar tak ayat POWER camni.
mesti dah lali kan.*ke tak? >.<

Betul. Sometime kita akan jadi banyak tanya. Lebih lagi pada perkara yang kita nak buat sangat.
Betul. Banyak tanya tu kekadang berfaedah especially time belajar.
coz sometime apabila banyak tanya, banyak yang kita belajar. banyak kita tahu.
kerana dalam Islam itu sendiri, Ilmu pengetahuan itu amatlah penting dan diangkatkan darjat bagi orang yang berilmu seperti yang disebut dalam al-Quran


"...nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat..." 
(Surah Al-Mujaadalah 58 : 11)

So..
Knowledge is important, right?
questioning something is also important, right?


jom kita singkapi dahulu hadis kali ini, HADIS KE-9 daripada hadis 40 IMAM NAWAWI RAHIMAHULLAH.
Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang aku perintahkan kamu melakukannya, maka lakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan mereka terhadap Nabi-nabi mereka."

Nabi SAW bersabda dalam hadis ni.
binasa orang-orang dahulu lantaran banyak sangat soalan.
jadi betul ke apa kita lakukan. Banyak tanya?

Maksud ‘banyak persoalan‘ yang dikatakan dalam hadis ini adalah banyak persoalan yang tidak perlu untuk ditanya kerana akan menyebabkan lebih banyak percanggahan pendapat yang mungkin akan berlaku. 

Justeru percanggahan ini akan mencetuskan masalah yang lebih besar.
hadis ini adalah suatu larangan untuk kita saling bertikai dan anjuran untuk bersatu dan bersepakat.

Banyak tanya adalah bagus.
namun semoga kita jauh daripada sifat kaum Nabi Musa A.S yang sentiasa banyak tanya dan memperlekehkan sesuatu.
nauzubillah..

ingatlah sahabat~
Sesuatu yang didiamkan itu merupakan rahmat bagimu, maka janganlah bertanyakan lagi. Firman Allah yang bermaksud:


“Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang jika dijelaskan kepada kamu, akan menyusahkan kamu.

( Surah al-Mai’dah 5:101)

Hadis ke-9 ini juga menyeru supaya tinggal apa yang dilarang, buat apa yang disuruh sekadar kemampuan kita. Dan ingatlah sahabatku dalam al-Quran ada mengatakan;


“Allah tak akan membebankan sesuatu yang tidak sesuai atas kemampuan hamba-hambanya.”
Tak percaya? percayalah~


Anda terlajak jalan? U-turn untuk meraih cinta Pencipta


apabila mahu berubah.
pecut guna speed highest terus. mati nanti
jadi lakukan satu-satu. From the lowest and then accelerate it slowly.
dari bertatih ke arah berjalan.
dari langkah kecil ke langkah yang lebih besar.
insyaAllah dalam keberkatanNya :)

last but not least.
gunakan segala anggota tubuhmu sebaik-baik-Nya.
head and neckmu, abdomenmu, upper limbmu, lower limbmu hanya menuju padaNya.
doakan semoga nama-nama kita adalah nama yang disebut di atas SANA.
disebut kerana kebaikannya.
bukan kerana kejahatannya.



-Program Hadis 40
-BPI GEN11US 2012/13

GEN11US is the 11th generation of Malaysian medical students at Kasr El-Ainy School of Medicine, Cairo University in Egypt.

1 comment:

  1. "Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya,
    dan apa-apa yang aku perintahkan kamu melakukannya, maka lakukanlah seberapa daya kamu."


    ~Larangan Allah, Rasul cakap jauhinya. takde cakap jauhi semampunya kan?~

    sudahkah kita kuburkan semua larangan Dia?

    ReplyDelete

Suggestion Box:

Name

Email *

Message *

Followers