INTER-SC BOWLING TOURNAMENT

in



Pada 23 November yang lalu, pihak Biro Sukan dan Aktiviti Luar GEN11US telah mengadakan satu pertandingan boling antara akhawat GEN11US dan akhawat GENEXIIS  dengan jayanya. Pertandingan ini bertempat  di Bounce Sports Entertainment yang terletak di El Bandar Mall, Maadi. Tujuan program ini diadakan bukan sahaja untuk mengeratkan silaturrahim antara batch GEN11US dan GENEXIIS, bahkan dapat memenuhi salah satu program dibawah Mentor Council PERUBATAN iaitu smart circle (SC). Program ini turut disertai kakak- kakak senior yang merupakan mentor kepada ahli smart circle masing2.

Pengarah bagi program ini ialah saudari Nusaibah Bt. Abdullah. Pertandingan telah dipengerusikan oleh saudari Nabilah Bt. Zainul Azmi, diikuti ucapan oleh Ketua Biro Sukan dan Aktiviti Luar, saudari Hafizati bt. Ishak, kemudian diikuti sedikit santapan rohani daripada saudari Nurul Filzah Ayuni bt. Rohaizad. 

Pertandingan bermula pada pukul 1.00 petang dan berakhir pada 2.30 petang. Para pemain kelihatan ceria dan gembira bermain boling dan permainan arked yang terdapat disitu, antaranya (Bonzini Baby Foot, Air Hockey, Darts, Pool and snooker dan Knockoff Shuffle) serta  bersungguh-sungguh menunjukkan bakat terpendam masing-masing.


Berikut merupakan keputusan pertandingan boling GEN11US 2013 :
Tempat Pertama: SC Uswatul Hasanah Bt Shuhaimi
Tempat Kedua: SC Nurin Najibah Bt. Un
Tempat Ketiga: SC Nurul Sahiirah Bt. Ahmad Rofi

Sebelum bersurai, acara penyampaian hadiah kepada tiga kumpulan teratas yang berjaya mengumpul mata tertinggi sepanjang permainan telah diadakan. Program berakhir dengan sesi fotografi kenang kenangan antara ahli GEN11US dan GENEXIIS.




- Biro Sukan dan Aktiviti Luar GEN11US 2013/2014


GEN11US is the 11th generation of Malaysian medical students at Kasr El-Ainy School of Medicine, Cairo University in Egypt.

1 comment:

Suggestion Box:

Name

Email *

Message *

Followers