Pada 8 Februari yang lalu, Biro
Multimedia GEN11US telah mengadakan satu program bersempena minggu T.R.E.C ( Travel. Capture. Explore) iaitu
KLASS 3.0. Program yang mengambil masa hampir 4 jam setengah ini telah diadakan di rumah ketua batch GEN11US
sendiri, saudara Ahmad Azlan yang
terletak berdekatan dengan markaz lughah.Antara objektif yang ingin
diketengahkan melalui program ini adalah memperkasakan skill kemahiran grafik
dan pembuatan video dalam kalangan ahli GEN11US dengan menggunakan medium Korum
Legasi Seni (KLASS) dan pertandingan. Program ini telah dipengerusi oleh saudara
Hizami Nordin dan dihadiri hampir 30 orang ahli GEN11US. Program ini telah
dibahagikan kepada 3 sesi yang dimulakan dengan video, diikuti dengan Lightroom
dan diakhiri dengan Photoshop.
Pada jam 8.15 pagi, program dimulakan
dengan kata alu-aluan dan bacaan doa
oleh pengerusi majlis. Program diteruskan dengan sesi 1 iaitu sesi pembelajaran
pembikinan video yang dikendalikan oleh saudari Siti Nor Farehah Zakaria.
Pelbagai teknik telah diajar oleh saudari Farehah untuk menghasilkan video yang
baik. Sesi 1 berakhir pada jam 10.00
pagi bagi memberi laluan kepada para
peserta untuk berehat bagi meneruskan perjuangkan untuk sesi 2 dan 3 sambil
mendengar taklimat minggu multimedia yang disampaikan oleh pengarah program
T.R.E.C, saudari Adilah Soddri.
Tepat jam 10.30 pagi, program diteruskan
dengan sesi 2 iaitu Lightroom. Sesi yang mengambil masa hampir 1 jam telah
dikendalikan dengan jayanya oleh saudara Basheer Yahya. Teknik-teknik yang menarik dan mudah dipraktikkan telah
diberikan oleh tenaga pengajar sesi 2 ini bagi menghasilkan gambar yang
sempurna pada pandangan mata. Sesi 2 berakhir pada jam 11.15 pagi dan
diteruskan dengan sesi 3.
Sesi 3 iaitu Photoshop telah dikendalikan sendiri oleh Ketua Biro
Multimedia GEN11US 2013/14, saudara Ahmad Luqmaan. Cara-cara untuk menghasilkan
poster yang baik telah disampaikan dengan jayanya oleh penyampai. Sesi 3 yang
mengambil masa hampir 1 jam setengah
berakhir pada jam 12.40.
Dengan berakhirnya sesi 3 menandakan program KLASS 3.0 hampir melabuhkan tirai.
Program ini diakhiri dengan tasbih
kafarah dan surah Al-Asr. Diharapkan program ini dapat mencapai objektif dan
seterusnya mampu melahirkan ahli GEN11US
yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik malah turut hebat dalam bidang
seni grafik.
-Biro Multimedia GEN11US 2013/2014
thumbs up (Y)
ReplyDeletebasheer diam2 je eh, rupanya berisi.