travelog turkey part 2

in


31/1/14 –FRIDAY-ISTANBUL
Ini hari ketiga kami di Turki dan bakal 4 hari di Istanbul. ^-^ Dahulu dikenali sebagai Kota Konstantinople. Ibu Kota kepada  Empayar Byzantine.


Sekilas berkenaan Konstantine. Dalam bulatanà BYZANTINE.

“If the Earth were a single state, Constantinople would be  its capital.”
Napoleon Bonaparte (Panglima dan Pemimpin Perancis 1769-1821) pernah berkata, kalaulah dunia ini sebuah negara , maka Constantinople adalah Bandar yang paling layak menjadi ibu kotanya -  

Dan tempat pertama yang kami ziarah di Istanbul ialah Topkapi!
TopKapi Palace. Top (Meriam) Kapi (Pintu). Nama pun palace, maka semestinya berfungsi sebagai istana. Dan secara rasminya, dengan arahan Mustafa Kamal Ataturk, istana ini sah dijadikan muzium pada 1924. Setelah jatuhnya empayar Uthmaniah pada 1923. Terdapat khilaf pada tarikh dan kejatuhan khilafah.wallahua'lam. Dalam topkapi ini banyak taman. Lawa. Sangat lawa. Tak mampu untuk diungkap satu persatu. 


Banyak yang menarik didalam topkapi palace. Antaranya
Harem.Ihsan gambar google. Sini tak boleh ambil gambar.

HAREM, senang cerita adalah madrasah untuk mendidik wanita. Di dalam ini semuanya wanita termasuklah anak-anak sultan. Semua ilmu keperempuanan akan diajar di sini.
Ruqayah Hanum, antara salah seorang yang pernah mendapat pentarbiyahan di sini telah dihadiahkan pada Tengku Majid. Yakni pada Kesultanan Melayu Abu Bakar, spesifiknya di Johor.


Maka lahirlah Ungku Aziz.
Meninggal suami pertama, berkahwin dengan suami kedua. Lahirlah On Jaafar.Sementelah meninggal suami kedua, berkahwin lain dan lahir pula Syed Naquib Al attas. Allah, ketiga-tiga tokoh yang tidak cukup asing lagi. Sebuta mana pun kita pada sejarah, pasti nama ini kita pernah dengar bukan?

Benar lah kata pepatah, tangan yang menghayun buaian mampu menggegar dunia. Khusyuk mendengar, tak sangka, Kesatuan Melayu pernah ada link dengan kerajaan Uthmaniah. *Allah*


'ottoman empire greats because they build children since they are child,' 
-women british.


Di dalam kawasan TopKapi juga terdapat amanat muqadassah. Yaakni semua tinggalan daripada para anbiya seperti tongkat nabi musa, serban nabi Yusuf, janggut nabi saw dan macam-macam disimpan di situ. Kunci kaabah juga turut tersimpan rapi. And no photography allowed T.T

Usai ke TopKapi kami berjalan kaki ke Masjid Biru. Dan di hadapan Masjid Biru, tersergam hebat gereja Aya Sofia.

Dinamakan biru sebab seni bina dalamnya yang berwarna biru. Kalau dilihat dari luar, nescaya kita akan memanggilnya masjid kelabu
Masjid terbesar di Istanbul. Masjid ini ada 6 menara Nampakkan pada gambar itu ada 6 menara.
Dan masjid ini dibina untuk menandingi kegahan aya sofia. Sebelum dibina masjid ini, Sultan memerintahkan untuk melihat dahulu jumlah menara di Masjidil haram. Kerana dikhuatiri menandingi masjidilharam.

Tika itu masjidil haram hanya ada 5 menara, kemudian diarahkan dibina hingga 7. Setelah itu, barulah dibinanya masjid biru ini. Hebatnya pengizzahan dan penghormatan yang ditunjukkan oleh sultan dahulu kala. Kagum.


1/2/14 –SATURDAY-ISTANBUL




Ini di PANORAMA. Di sini menceritakan kisah pembukaan kota konstantinople.

Bila terpandang seni lukisan ini, spontan  bibir mengucap tasbih. Subhanallah. Sungguh, berada di Turki akan membuat kita banyak bertasbih, tanpa kita sedar.
Sultan Alfateh di atas kuda putih. Dan syeikh kesayangan beliau, Akhshamsuddin di sebelah baginda.







Kelihatan seorang memacakkan bendera Turki. Itulah Hasan, sahabat sultan alfateh. Pabila sultan mengistiharkan diri beliau sanggup syahid, terus Hasan meluru menyahut seruan. Memanjat tembok lalu menyemarakkan ribuan tentera yang lain, untuk turut serta dalam barisan syahid.
40 panahan menyinggap badan, Hasan hampir gugur. Diceritakan, Hasan sebenarnya hampir gugur tapi tatkala itu juga beliau terlihat rasulullah saw, terus beliau mendapat kekuatan dan dipacaknya bendera uthmaniah. Maka bendera Uthmaniah pun mula berkibar. Lalu semangat tentera itu semakin berkobar.
Allahuakbar!

hebatnya jiwa mereka





Kisah Tanduk Emas atau lebih dikenali sebagai Golden Horn. Golden Horn ini adalah teluk di mana kapal berlalu. Terdapat rantai besi gergasi yang menyekat laluan kapal seterusnya sebagai benteng pertahanan kebal kota konstantine tika itu.




A-Kawasan yang terdapatnya rantai besi gergasi sehingga menyekat laluan kapal melepasi perairan teluk golden horn ini.

B- Laluan 72 buah kapal diangkat merentasi gunung sebelum meluncurkannyasemula ke teluk Golden Horn.
Taktik perang Sultan Muhammad Alfateh inilah yang telah diiktiraf sebagai taktik perang terbaik dunia oleh barat..









Usai melawat panorama, kami menuju ke
Masjid Alfateh

Nampak tak tulisan khat yang di frame itu?

لتُفْتَحَنَّ الْقُسْطَنْطِينِيَّةُ فَلَنِعْمَ الْأَمِيرُ
أَمِيرُهَا وَلَنِعْمَ الْجَيْشُ ذَلِكَ الْجَيْشُ

Agak memalukan, tapi inilah kali pertama saya mendengar hadith ini dalam sebutan arab. Pertama kali dengar, subhanallah terpegun. Kagum pada uslub bahasa arab tak pernah luntur. Tapi bahasa arab eden masih jua lemah. T.T
*Cuba sebut.Sebutannya best*





Kemudian kami ke MINI ARTURK.

Ini replika Masjid Bursa di Mini Ataturk. Nampak kan 20 kubah dan 2 menara.

Konsep yang sama seperti di Taman Tamadun Islam di Terengganu. Replika bangunan cuma binaannya yang berbeza.

Ibarat doraemon yang menggunakan alatnya untuk mengecilkan objek, kami teruja.

Replika bangunan di Turki dibina disepanjang laluan ini. Masa diperuntukkan hanya 45 minit. Memang tak puas dan memang tak sempat. Takpa, lain masa kena pergi lagi ni T.T


Persembahan Mehter di Military Museum.

Kami disajikan dengan lagu yang dimainkan tika perang. Sungguh dan sangat bersemangat. Kalau perasan, di sana ada 2 bendera. Satu yang merah itu setelah tertubuhnya Republik Turki. Dan bendera hijau yang tertulis kalimat syahadat adalah ketika empayar ottoman. Nampakkan betapa tegap dan patungnya cara mereka berdiri. Kalau tengok dari dekat lagilaa, macam bukan manusia.

2/2/14-SUNDAY-ISTANBUL


Destinasi pertama pada hari kedua di Istanbul ialah masjid Suleimeniyye. ^^
Tiap kali tengok seni bina masjid. Speechless T.T Gambaq ni gambar google.

Masjid Suleimeniyye. Masjid Kedua Terbesar di Istanbul. Kemuncak Islam adalah pada zaman sultan Suleiman alqanuni. Yup, seperti yang kita pernah belajar dalam sejarah spm dahulu dan dalam konteks ini, buku teks sejarah tidak menipu. *Syukur*

Bab kata ustaz fauzan, 'satu zaman akan jatuh selepas zaman kemuncaknya' 

ما كمل شيء إﻻ ونقص
Ucapan Saidina Abu Bakr setelah mendengar ayat اليوم أكملت لكم –yakni ayat quran terakhir sebelum kewafatan nabi saw- Abu Bakar menangis lalu menyebut ayat tersebut,
"tidak sempurna sesuatu melainkan akan berkurang"

Selepas daripada kemuncak alqanuni, khilafah mula mengalami kemerosotan.

Kemudiannya kami ke Marmaray!
Kami GEN11US dari Eropah turki ke Asia Turki dengan train ini

Train bawah laut ini, baru je siap tahun lepas. Menghubungkan Eropah dan Asia. Oh ya, Turki ini meliputi benua Eropah dan Asia. Dan train ini penghubung 2 benua tersebut. Naik train ini hanya memakan masa 4 minit. Ribut kan? Kalau jalan darat mungkin memakan masa setengah jam. Escalator ini paling laju dan paling tinggi yang kami pernah naik.

Afifah Jilani kalau bab feeling,memang johan~

Ke Asia dengan train. Dan kami pulang ke Europe(Istanbul) dengan kapal melalui selat bosphorus. Dengan diiringi burung yang memukau. Subhanallah.


GEN11US is the 11th generation of Malaysian medical students at Kasr El-Ainy School of Medicine, Cairo University in Egypt.

0 comments:

Suggestion Box:

Name

Email *

Message *

Followers