travelog turkey part 3

in




ok.last part..part 3.

Kami dibawa melawat salah satu madrasah di bawah Jamaah Nur. Madrasah Rustam Pasha.
Jamaah Nur adalah Jemaah dakwah di Turki. Erdogan adalah antara mereka yang terkesan dengan Jemaah ini.

                                                                                                                                                  
Hebat Jemaah ini, dan mereka sangat lah memuliakan tetamu. Sudah berapa kali makan malam kami ditanggung free. Terharu. Usai makan,kami dibawa ke pameran berkenaan syeikh badiuzzaman said nnnursi. Makanannya serius, sangat sedap. T.T

Mungkin kerana beliau meninggal ketika sudah berumur, lalu banyak gambar ketika beliau berusia. Namun janganlah kita melihat beliau sebagai tokoh yang berusia semata. 

Syeikh baduzzaman betul-betul diumpamakan sebagai penyelamat umat. Mendengar cerita itu dan ini, semakin terselinap rasa kagum. Tercetus semangat untuk mengkaji peribadi ini.



Ini Sis dari Pakistan. Menyambung pHd dalam pengkajian syeikh badiuzzaman. Katanya di Pakistan, tidak pernah wujud nama ini. Nak gambarkan betapa tidak terdedahnya masyarakat sana dengan tokoh sehebat ini. Doakan usaha beliau. Tokoh penulis risalah nur ini perlu difemeskan=)

Guest book in the Madrasa. Curi-curi tangkap gambar. Sebab terkesan dengan kata-katanya.
*dari Anas, Sarah and their baby.Sapa tak kenal mereka memang kritikal*

3/2/14-MONDAY-ISTANBUL
Last day. Ini hari kebebasan. Hari ini kami bebas ke mana-mana ataupun boleh juga kalau bergerak mengikut ustaz. Dan kami GEN11US berkeputusan untuk  travel ke sultan eyub sana,  Untuk menziarahi kubur arwah ammar.




Nasib baik Fathinah sempat google lokasi perkuburan arwah ammar. Arwah adalah sahabat lama Fathinah. Mulanya sesat alhamdulillah ketemu jua.

Tentera alfateh takkanlah cepat mengalah.
 Bukanlah ekstrem memuja arwah, tapi rasa rugi kalau tidak melawat arwah. Arwah yang hebat hatinya pada pencipta.

 Kubur arwah di cereng bukit. Hadapannya laut dan pemandangan depannya lagi terdapat bukit di mana puncaknya tersergam indah sebuah masjid. Angin di sana sejuk dan tenang. Usai sedeqahkan yassin, kami bergerak pulang. Jaulah ini terasa lebih bermakna.









Akhirnya, masa membeli belah pun tiba.Shopping sampai malam. Tapi masih tak puas.  Masih banyak barang yang tidak sempat dibeli. Oh, dunia wanita.
Dari Spice bazaar ke Grand bazaar. Akhirnya mengalah apabila malam semakin pekat.



Ini kedai last yang kami pergi. Bila kami bagi isyarat nak bergambar, terus dicabut cap yang dipakainya. Mata kami sedikit terbeliak. Bukan sebab terkejut pada kehenseman beliau atau apa,  tapi terkejut dengan respon beliau. Perasan hensem la tu.keh2. *tapi memang agak hensem pun.erk.


Tapi yang kagumnya pada orang Turki ini, mereka sangat-sangat humble. Polite itu sudah memang. Kita, kalau dengan orang bangla, boleh jadi sinis saja pandangannya. *Astaghfirullah *Kagum

credit to nurin najibah for the maggi :3
Ahh. Malam terakhir di sini. Kerana masa memang akan berlalu, maka hari esok tetap akan tiba. Dalam keletihan dan kesedihan, kami menjamu diri. T.T 



4/2/14-TUESDAY-ISTANBUL
Seawal 3 pagi, kami mula bersiap-siap. Ustaz memberi kalam terakhir dan sedikit pesanan. Part yang paling menggembirakan ialah apabila ustaz memuji peserta jaulah kali ini. Katanya, kami bersemangat mencari ibrah. Apalagi, tersengih lebarlah kami.

Usai ucapan, kami mendengar qasidah terakhir di bumi Turki. Sayu.
Jaulah, kalau tidak mendekatkan diri pada tuhan, entah apa yang dirasa.
Yosh, hargai detik-detik terakhir di bumi ini!




Kira-kira jam 9.30 pagi, kami tiba di Airport Gidid. Udara Mesir mula dihirup dan kaki betul menapak dibumi firaun. Sehingga kita berjumpa lagi Turki! Hati pantas mengharap.

‘Allahumma faqehnaa fi ddin. Wa ‘alimnaa ta’wil’

Permusafiran kali ini selamat pergi dan pulang. Terasa rahmatNya bagi golongan musafir. Alhamdulillah. Semoga terus dimurahkan rezeki untuk mentadabbur bumiNya. InsyaAllah! ^-^

Turkey, ben seni çok seviyorum!
(QS Al-Hajj [22] 46).

THE END.

GEN11US is the 11th generation of Malaysian medical students at Kasr El-Ainy School of Medicine, Cairo University in Egypt.

0 comments:

Suggestion Box:

Name

Email *

Message *

Followers