Media Glorifying Bond Night [MedGLoB]

in

            

           Pada 16 Februari yang lalu, telah berlangsungnya majlis penutup bagi minggu program T.R.E.C (Travel. Explore. Capture) yang diberi nama MedGLoB. Program anjuran Biro Multimedia ini diadakan untuk menghargai hasil karya ahli GEN11US sepanjang minggu T.R.E.C berlangsung.




Program T.R.E.C memberi peluang kepada ahli GEN11US untuk berkongsi gambar-gambar kenangan, video dan pengalaman melalui travelog ketika mengisi masa cuti musim sejuk sama ada ke luar negara, di Mesir mahupun yang bercuti di tanah air. Selain itu, ahli juga dapat mempraktikkan ilmu seni grafik yang telah ditimba semasa program KLASS (Korum Legasi Seni) bagi memantapkan lagi pembikinan gambar dan video. Bakat-bakat terpendam ahli dalam menghasilkan karya bermutu juga dapat digilap melalui program ini dan menambah bilangan ahli mahir untuk menghasilkan karya grafik pada masa akan datang.






Pengarah bagi program MedGLoB ini ialah saudari Nur Adilah bt. Soddri. Program bermula sejam lewat dari waktu sepatutnya dek kerana gangguan bekalan elektrik. Bagi mengisi masa terluang, alunan qasidah dan sedikit tazkirah ringkas telah diadakan dan diketuai oleh saudara Hizami. Tepat jam 6.30 ptg, program bermula dengan ucapan alu- aluan daripada pengerusi majlis, saudara Muhammad Ridzuan bin Abu Bakar serta bacaan doa oleh saudara Ahmad Zahari bin Abdul Raub. Kemudian, saudari Sharifah Nahidhah binti Syed Ali Almortadha telah mengetuai slot permainan mengenai geografi dan pengetahuan am serta 'break the secret code' disusuli penyampaian hadiah buat kumpulan yang berjaya. Pelbagai telatah lucu dapat disaksikan mengundang tawa riang ahli GEN11US sekalian.















Kemudian, acara yang ditunggu tunggu dan mendebarkan semua ialah acara penyampaian hadiah bagi para pemenang minggu T.R.E.C. Acara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh  Ketua Batch ikhwah GEN11US, saudara Ahmad Azlan b. Mohamad Amin dan Timbalan Ketua Batch akhawat, saudari Nur Liyana bt. Abd Aziz. Berikut merupakan senarai pemenang bagi setiap kategori:

Pemenang saguhati travelog:
  •  Muhamad Hanafi bin Salehuddin
  • Aisyah Syahira binti Abdul Hamid
  • Nurzahirah Aalia binti Mohd Razali

Pemenang saguhati video:
  •   Nur Amiza Zulaikha binti Zawawi
  •   Siti Nor Farehah binti Zakaria

Pemenang saguhati fotografi:

  •       Nurul Emira binti Rashdan
  •             Muhammad Arif Imran bin Zainal Rashid
  •              Mohammad Aqeel Shameem bin Mohd Anuar
  •              Mardhiah binti Mohamed Hanafi
  •           Muhamad Firdaus bin Rahim


              Pemenang keseluruhan:

           Tempat pertama: Muhammad Rafiudin bin Habib (Fotografi)



     
           Tempat kedua: Nur Amalin Shafirah binti Tuan Mahadi (Travelog) Part 1, Part 2, Part 3

         
           Tempat ketiga: Video Roman Magpies : Azlan - Zahari - Hazimin - Faisal - Rafiudin
                                   
                                                            
Acara penyampaian hadiah disekalikan dengan tayangan yang mempamerkan karya-karya hebat para pemenang. Antaranya, tayangan video serta gambar-gambar yang telah dipilih melalui undian ahli GEN11US dan diadili oleh juri professional.

 Sebelum program berakhir pada pkul 9.30 malam, ahli GEN11US menikmati juadah  makan malam sebelum majlis bersurai. Diharapkan ahli GEN11US dapat menimba pelbagai pengalaman dan memori indah sepanjang cuti musim sejuk pada tahun ini dan juga menimba ilmu bermanfaat sepanjang minggu T.R.E.C yang julung kali diadakan ini.




- Biro Multimedia 2013/14 -

GEN11US is the 11th generation of Malaysian medical students at Kasr El-Ainy School of Medicine, Cairo University in Egypt.

0 comments:

Suggestion Box:

Name

Email *

Message *

Followers