GOG 2.0

in


Pada 20 April yang lalu, telah diadakan satu program batch yang diberi nama ‘Gathering Of GEN11US (GOG) 2.0’. Program ini diadakan bagi memenuhi cuti Easter dengan aktiviti batch yang bermanfaat serta dapat mengeratkan lagi ukhuwah yang sedia ada. Program dimulakan pada pukul 9.00 pagi dengan ucapan alu-aluan daripada saudara pengerusi majlis, Muhammad Syukri b. Rauf diikuti dengan sedikit tazkirah ringkas oleh saudara Ahmad Zahari b. Abdul Raub.





Program diteruskan dengan sesi ulangkaji subjek Microbiology daripada saudari Nurul Husna bt. Muryadi dan Nurul Shefaa bt. Ayob. Banyak input-input penting beserta lukisan bagi menambah lagi kefahaman telah dibentangkan dengan baik oleh mereka selama lebih kurang 2 jam. Program seterusnya dihangatkan lagi dengan sesi ‘motivational talk’ oleh senior Tahun 6, saudari Badriah bt.Yaakob. Tidak dinafikan, pelbagai nasihat berupa pesanan ‘daripada kakak kepada adik-adik’ telah disampaikan dengan bersemangat sekali. Ahli GEN11US begitu tekun mendengar kata-kata semangat antaranya, kita perlu berusaha sehabis baik dalam segala tindakan dan berserah kepada Allah untuk natijah diakhirnya.









Program diteruskan lagi dengan sesi pencalonan AJKT GEN11US bagi sesi 2014/2015. Sedikit kata-kata aluan telah diberikan tentang tatacara dan garis panduan pencalonan telah diberikan oleh Pengarah pilihanraya GEN11US, saudara Muhammad Arif Imran b. Zainal Rashid. Kemudian, sesi pencalonan AJKT ikhwah telah dikendalikan sendiri oleh saudara Arif Imran dan saudari Aida Farhana bagi sesi pencalonan akhawat. Program berakhir pada pukul 11.30 pagi dan ikhwah beransur pulang ke rumah masing-masing.











Bagi akhawat, program diteruskan lagi dengan aktiviti ‘sirih pulang ke gagang’ dan sambutan hari jadi bagi akhawat GEN11US yang lahir pada bulan April, Mei dan Jun. Program teka nama kuih telah dikendalikan oleh saudari Nur Afifah bt. Jilani. Pelbagai jenis kuih tradisional telah disediakan oleh ahli GEN11US dan dikongsi bersama sebelum pulang ke rumah.

GEN11US is the 11th generation of Malaysian medical students at Kasr El-Ainy School of Medicine, Cairo University in Egypt.

0 comments:

Suggestion Box:

Name

Email *

Message *

Followers