MA2KULAT KE KULAT #7: OGMA

in



Apa khabar ahli-ahli Gen11US? Rasa dah lama sangat Cik Boroi tak update kisah makan-makan. Kekurangan budget lah katanya.

Haritu, Cik Boroi dan rakan-rakan teringin makan sushi tapi terasa nak adventurous sikit.. Cuba restoren baru yang turut menyediakan promosi All You Can Eat Sushi selain Jo Sushi  di Zamalek. Kebetulan di Facebook asyik muncul iklan Ogma maka apalagi, bermulalah ekspedisi mencari sushi pilihan hati.

Ogma ini tak susah nak pergi. Turun dari stesen metro Maadi, ambil teksi ke Banda Mall (tambang dalam 8LE hingga 10LE kalau tidak sesak jalan). Sampai sahaja di Banda Mall, jalan kaki dalam dua puluh langkah ke hadapan dan akan nampak suatu kawasan makan baru yang boleh buat lupa sekejap kita di Mesir bumi pasir.

Di peta katanya Ogma di The Courtyard. Memandangkan ini kali pertama tahu kewujudan tempat ini, turun sahaja dari teksi Cik Boroi tanya pegawai polis di hadapan Banda Mall.

"Pakcik, mana The Courtyard?".
Dengan muka yang tak boleh nak brain soalan cukup pandai ini, polis itu tunjuk bangunan sebelahnya. :/ Kesimpulan: Bacalah papan tanda.

The Courtyard ada berderet restoren dan cafe, Konsep kawasan ini ialah seperti taman dataran yang tidak berbumbung. Ogma terletak di aras dua, dan hiasan serta tema restoren ini macam ala Coffee shop di mana kita boleh baca buku cerita sambil duduk di sofa sambil minum kopi. Tapi oleh sebab tujuan kami datang untuk mengisi perut yang sudah mula masuk angin, kami duduk di meja yang luas bagi menyediakan ruang untuk letak pinggan yang banyak. Berwawasan. Kat bawah ni ha gambar restoren Ogma yang diambil oleh jurugambar Cik Boroi, Jurugambar Dara Idaman.




Sementara tunggu sushi-sushi siap dibuat, Cik Boroi basuh tangan di sebalik kaunter. Salah seorang pekerja muda mereka, seorang rakyat Mesir tanya Cik Boroi ni orang Jepun ke? (Muka penuh semangat nak makan sushi lah agaknya). Kita dah biasa diejek Sinni dan sewaktu dengannya jadi ini soalan normal. Tapi kali ini lain sedikit sebab pekerja tersebut tanya dalam bahasa Jepun! Apa lagi, semangatlah Cik Boroi membalas, Dia ambil kelas bahasa Jepun katanya. Ternyata Ogma tak saja-saja sediakan menu makanan jepun tanpa mengetahui apa yang disediakan. Bagi mereka yang lidah Western, jangan resah. Makanan Mat Salleh pun ada, tapi kami tidak order jadi tak boleh nak komen.

Apa beza sushi Ogma dan Jo dan Mori? Ogma punya promosi lagi murah dari Jo iaitu 150LE berbanding Jo yang dah naik harga menjadi 175LE. Mori takde promosi pun jadi taknak cerita panjang.

Dari segi variasi dan rasa, Cik Boroi lagi suka Jo Sushi sebab ada banyak jenis, ada salmon, udang, tuna segala. Ogma asyik ketam kiub tu, jadi sampai satu tahap, kami tidak mampu lagi telan ketam tu. Tak tercapai misi "Minimum Lima Pusingan agar Promosi Berbaloi" walaupun dah aplikasikan strategi makan untuk tak cepat kenyang.

Bagi mereka yang teringin pakai chopsticks tapi tak pandai, pelayan di sana cukup prihatin untuk buatkan chopsticks amatur seperti dalam gambar ini. Pelayan restoren ini peramah dan baik hati. Ada rakan Cik Boroi makan penuh semangat sampai putus getah tempe yang mengikat dua batang ni bersama. Pelayan tak kisah untuk buat lagi sekali chopsticks ajaib ni.

Jadi...Ma2kulat ke kulat?

Ma2kulat yang lagi dua hari nak berkulat.




GEN11US is the 11th generation of Malaysian medical students at Kasr El-Ainy School of Medicine, Cairo University in Egypt.

1 comment:

  1. Salam cik boroi.
    Ni abam tembam (nama manja abam bambam) nak tanya sikit, kedai2 makan yg cik boroi pegi ni nak2 sushi, indian, thai semua ni muslim & ada jaminan halal ke? Kut2 la cik boroi dh tanya awai2 kt tauke kedai. Klu boleh share la sekali status kehalalan kedai2 ni. Even kita dok mesir pun still kena tanya2 jugak ye x.

    Salam satu mesir, abam bambam

    ReplyDelete

Suggestion Box:

Name

Email *

Message *

Followers