Janji Zakamarol

in


21 sept 2012, 7 petang- Zakamarol tiba di Cairo Airport, jiwa penuh bersemangat turun dari Etihad Airlines, bahagia melihat burung2 berkicau menyanyi lagu Maher Zain secara berjemaah. Walaupun kicauan itu tak sedap, tapi cukup untuk menghadirkan rasa syukur. Syukur dah sampai ke Mesir.

In... out... ahh....” puas dia menghembus udara Mesir yg dicintai.

Terbatuk sedikit, biasalah udara berdebu. Zakamarol mahu mula azam baru bagi tahun keduanya di Mesir.

“Ijazah terbaik datangnya dari jalanan… dari pengalaman bercakar dan bersalaman... konflik motivasi cuba dimeditasi..”monolognya seorang diri. Perasannya sedap.
Tanpa disedari, member baiknya, merangkap ahli beit beliau, Azzam Zainudin tiba menjemputnya dengan ucapan “woi, Zack. Ahlan!” lalu saling bercium kedua belah pipi lagak orang arab.

Mesra bertaut lalu pulang keduanya ke Sayyeda Zeinab dengan bayaran teksi 90LE. Ditipu lagi untuk tahun kedua. Tak berubah. Pengalaman ada tapi tak guna. Padan muka keduanya. Kahkahkah.

9.00 malam- Sampai sahaja di bilik, Zakamarol terus bumm atas katil empuknya. Tidur berkeroh tipikal gaya jet lag tak ingat tuhan. Setelah melayan mimpi dua tiga das, dia terjaga. Zakamarol menjeling jam di tepi katilnya. Jam 5.05.

“Subuh abis kul 6.. awal lagi ni.. proceed....,”

Sekujur tubuh badan kembali bersaratoga. Azzam pun sama, pura2 jet lag. Ahli beit sejati.

Zakamarol yang lupa tentang azam tahun barunya tersedar semula pada jam 8. “Hasbi robbi!! Dh pukul 8.. subuh gajah la nampaknya” dia terkejut berseloroh gaya beriman umpama tak biasa bangun lewat. 

Padahal time cutinya di Malaysia penat Mak Senah berkokok tiap2 subuh. Tanpa saratoga pun dia mampu lena panjang. Power mamat Zakamarol ni.

8.10 pagi- “trutt.. trutt...” terdengar ringtone W3310i milik Zakamarol. Belum sempat lagi menqada’ solat subuh, terus dia menjawab panggilan tersebut. Rupanya dari Mak Senah, ibu kandung Zakamarol, bini bapak Zakamarol yang telah lama meninggal.

Percaya atau tidak? Baru sehari berpisah dah call. Ya benar, Mak Senah lah yang berada di talian sekarang. Kasih ibu membawa ke syurga.

Assalamualaikum anak…tengah buat apa tu?” Mak senah mulakan perbualan.

baru bangun mak, belum qada’ subuh lagi ni, hehe” jujur Zakamarol.

Benar, anak yang jujur lagi amanah memang diidam-idam oleh para ibu. Zakamarol lah orangnya. Tapi kali ni dia silap.

“lu bikin dosa, ku bikin prosa.. testosterone testarossa cita- cita sossa.. KL KL costa nostra..” tiba2 sahaja Mak Senah mengarut dalam talian.

Mak? Mak okay tak ni?” gelabah Zakamarol. Apa yang terjadi? Kenapa Mak Senah tiba2 jadi rapper?


.............................................................................................................................


FAKTA:
Ibu zakamarol disahkan sakit jiwa sejurus menghubungi Zakamarol pada pagi itu. Hasil siasatan, beliau telah meletakkan harapan yang setinggi awan biru terhadap Zakamarol dan kejayaannya di Mesir.

Zakamarol didapati bersalah kerana telah melanggar janjinya dengan ibunya sebelum departure. Janji dia akan menjaga solat subuhnya dengan bersungguh-sungguh. Janji mahu jadi soleh. Janji tak banyak bertangguh. Janji ingat pesan mak. Janji tak nak janji kosong.

Sesungguhnya kisah Janji Zakamarol ini merupakan satu epik yang teramat panjang, lebih panjang dari epik Homer,The Iliad and the Odyssey. Tapi kesimpulannya mudah. Zakamarol berdosa.



Abe Ijau


GEN11US is the 11th generation of Malaysian medical students at Kasr El-Ainy School of Medicine, Cairo University in Egypt.

10 comments:

  1. "Ibu zakamarol disahkan sakit jiwa sejurus menghubungi Zakamarol pada pagi itu. Hasil siasatan, beliau telah meletakkan harapan yang setinggi awan biru terhadap Zakamarol dan kejayaannya di Mesir."

    Entah kenapa, ayat ni sentap jiwa saya.
    Takutnya andai ada janji atau perlakuan yang menyebabkan ibu kita bersedih :(

    ReplyDelete
  2. siap mantera beradu lagi Mak Senah

    ReplyDelete
  3. btw, nice ! kerana ada usaha untuk menvariasikan penulisan...


    ramai jer y suke lagu rap2 ni...

    ReplyDelete
  4. mantap sehh, xexpect langsung boleh twist dia punya ending camtu..
    Luqmaan, aku bayangkan ko yg buat..hehe...

    ReplyDelete
  5. hak3 ini stailo. 'tambahan pula', nme kwn die azzam. uhuhu

    ReplyDelete
  6. mesej yang jelas dalam kesempoian yang menarik. two polex up!

    ReplyDelete
  7. "Rupanya dari Mak Senah, ibu kandung Zakamarol, bini bapak Zakamarol yang telah lama meninggal."

    sape y call zakamarul sebenarnye???
    i wonder

    ReplyDelete
  8. macam karangan abe luqmaan je ni

    ReplyDelete
  9. free download medical ppts, free help for medical students, download free medical powerpoint presentations, medical lectures, notes medical mnemonics, lecture topics, mbbs students, pre medical tests, pre medical aspirants, how to prepare for mbbs, free download ncert books, free download cbse sample papers, medical community
    only at http://www.helpmedico.com

    ReplyDelete

Suggestion Box:

Name

Email *

Message *

Followers