Semoga berada dalam keadaan sejahtera hendaknya.
Pada edisi kali ini, penulis ingin berkongsi dengan ahli-ahli semua mengenai silaturrahim.
Adakah semua pernah dengar pasal perkataan ni? Perkataan ini memang sinonim dalam kalangan umat islam.
Nak dipendekkan cerita, silaturahim bermakna hubungan sesama manusia dengan manusia yang lain dalam keadaaan berkasih sayang keranaNya.
Faham ke ? Kalau tak faham lagi, jom sama-sama kita teliti sejarah terulung tali silaturrahim pada zaman Rasullullah iaitu antara Muhajirin dan Ansar.
Alkisah, sewaktu orang islam berhijrah ke Madinah pada tanggal 622 Masihi, mereka meninggalkan segala harta mereka di Makkah kerana keteguhan iman kepada Allah dan RasulNya.
Apabila sampai di Madinah mereka dipersaudarakan oleh Rasulullah. Contohnya Abdul Rahman bin Auf seorang Muhajirin dipersaudarakan dengan Abu Ayyub Al-Ansari dari kaum Ansar. Mereka (kaum Ansar) menyediakan tempat tinggal, makanan, tempat berniaga dan isteri2 untuk saudara Muhajirin mereka.
Cuba anda bayangkan, boleh kah anda memberikan kereta BMW anda dan isteri solehah anda kepada sahabat anda? Wah! Hebat benar iman mereka.
Apa yang mereka harapkan hanyalah keredaan dan balasan daripada Allah semata-mata kerana bagi mereka harta ini tidak lah berkekalan cuma dunia sementara
So, boleh hadam tidak kisah tadi? Adakah silaturrahim kita seperti para sahabat dahulu?
Salami kalam tuhanmu:
Maksudnya: Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.وَالَّذِينَ تَبَوَّؤُوا الدَّارَ وَالْإِيمَانَ مِن قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُون فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِّمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
(surah al-Hasyr: 9)
Dah sedia nak jadi macam orang-orang Ansar dan Muhajirin ke? Tepuk dada Tanyalah iman tu.
Putus kawan?
Alhamdulillah kita telah pun selesai menjalani karnival batch. Banyak aktiviti telah dijalankan. Semua org berpuas hati dengan aktiviti yg dijalankan.
Tapi kan kalau semua orang suka hati kenapa ade orang yang memalingkan muka antara satu sama lain?
Nah!
Daripada Anas r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda :
"Janganlah kamu saling benci-membenci, dengki-mendengki, belakang-membelakangi dan pulau-memulau. Dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara (dengan berkasih-sayang dan ziarah-menziarahi). Dan tidak halal bagi seorang muslim meninggalkan (memulaukan) saudaranya lebih dari 3 hari."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Emm,, macam mana? try bagi yang ni pulak.
Abu Khirasy Al Aslami radhiyallahu`anhu berkata: Rasulullah Shallallahu`alayhi wa sallam bersabda:
“Barangsiapa memutuskan hubungan dengan saudaranya selama 1 tahun, maka ia seperti mengalirkan darahnya (membunuhnya).”
[HR. Al-Bukhari]
Ala baru seminggu, setahun lama lagi kan.. sempat je nih.
Maaf cik adik dan abang, mati ni bila-bila je.. tak knal usia
Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudharatan dan tidak (pula) kemanfaatan kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki Allah." Tiap-tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukan (nya).
[Surah Yunus:49]
So apakah solusi terbaik?
Aku nak mati dalam khusnul khatimah, tak nak lah disebabkan persaudaraan ni aku masuk neraka. Nauzubillah min zalik
so macam mana nak settle ?
BUANG YANG KERUH AMBIL YG JERNIH!
1) Mula-mula, maafkan lah sahabat kita walaupon mereka lambat atau tak minx maaf. Untuk apa simpan dalam dalam, sedangkan lidah sendiri boleh tergigit inikan pula sahabat satu batch.
2) Bagilah hadiah. contoh ,coklat Lambada ke menerusi orang tengah. Selitkan lah surat-surat yg menunjukkan keikhlasan dalam persahabatan.
3) Untuk last sekali jumpa lah face to face, lepaskan lah apa yang terbuku di hati, ajak lah member tu pergi Beanos ke, belanja dia lepas tu luahkan la dgn cara yg proper.
Andai kata sume teknik-teknik tersebut menemui jalan buntu, berdoa la seikhlasnya kepada Allah ‘Azza Wa Jalla agar dibukakan hatinya
Bertuahnya orang yg bersaudara.
Dua orang yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana ALLAH.
Dalam satu hadis Rasulullah bersabda:
"Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah".
Lalu malaikat bertanya: "Nak kemana?"
Dijawab: "Aku mahu menziarahi saudara ku."
Tanya malaikat lagi: "Untuk apa?"
Lelaki itu menjawab: "Tiada apa-apa tujuan."
Ditanya lagi: "Apa hubungan dengan kamu?"
Lalu dijawab oleh lelaki itu: "Tiada apa-apa hubungan."
Ditanya lagi: "Apa budinya kepada kamu?"
Dijawab: "Tiada apa-apa pun."Ditanya lagi:
"Apa tujuannya?"
Lelaki itu menjawab: "Aku mencintainya kerana Allah."
Berkata malaikat: "sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya, maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA."
(Riwayat Muslim)
Perasaan sayang dan kasih terhadap orang lain bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk memikat anak gadisnya atau hartanya, sebaliknya hanya mengharap keredhaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.
Mudah-mudahan kita dapat menjadi seperti golongan di atas yang menyambung hubungan silaturrahim kerana Allah Taala. Insya-Allah.
.......................................................................................................
So you should know this love we share was not made to die.
(Hidup Barat)
HIKAYAT OREO VS BORIO
Basirun merupakan salah seorang anak Pak Kordi dan Mak Endau. Dia dibesarkan dalam keluarga yang kaya raya. Jika mahu diceritakan, harta kekayaan dia itu sudah mampu membeli pulau Seychelles dan seisinya.. fuhh! kaya bukan? Tambahan pula, dia ni kacukan Jawa Timur dan Myanmar dari tepi nampak hensem tp bila tengokk depan. pehhh.... paham-paham je la..
Tapi malangnya Basirun ni bukan lah seorang yang kaya dengan akhlaknya. Dia sering menghabiskan masanya dengan melepak dan membeli item muda mudi masa kini. Seluar boot cut, baju kolar slim fit bercorakkan etnik kreatif, kemeja bunga manggar, rambut afro, spikey, belah tepi kanan, kiri ke, semuanya dia sebat.. tak kira lah ape intrepretasi masyarakat terhadap dirinya yang makin lama makin aneh dgn fesyen. Boleh katakan dia ni kalau masuk festival fesyen kompom menang asalkan dia puas dalam membelanjakan hartanya.
Basirun juga mempunyai sahabat karib yg bernama Ngotikon anak kepada Pak Boestamam dan Mak Rugayah. Setiap hari dia lah peneman Basirun memilih pakaian di mall terkenal di serata dunia seperti Suria KLCC (Malaysia), City Star (Egypt), Ujfalusi (Mongolia) dan banyak lagi.. boleh dikatakan yg Ngotikon anak Pak Boestamam dan Mak Rugayah ini lah fashion consultant kepada Basirun. Memang puas kalau dapat pakaian yg dipilih oleh Ngotikon. Orang yang tak hensem macam Djamal Ridha anak kepada Pak Hasmir dan Mak Tenab kalau digayakan oleh Ngotikon confirm insyaALLAH boleh jadi hensem walaupun rambut belah tengah bak terkena halilintar yang membelah pantai teluk Guatanamo.
Eh aku cerita lebih pasal Ngotikon buat apa? Jom patah balik kat kisah Basirun pulak.
Pada satu hari Basirun rasa tak keruan, dia berasa cukup tak tenang. Puas dia pergi balik City Star cari ketenangan tapi tak jumpa jugak. Dia kembali pada rutin asal yakni berfesyen pong menemui jalan yang amat buntu.
Jadi dia pergi lah jumpa Ngotikon, maka berlakulah perbualan antara mereka berdua:
B: weyh aku rasa lain macam lah.. asal ha?
N: emm.. aku tengok macam biasa je.. kenapa ha?
B: entahlah, aku rasa macam kita buat benda sia-sia lah.
N: aku rasa macam tu jugak. Kita nie da la mudo lagi, banyak masa yang bule kite luangkan utk agama kita. Kita dah jauh nie.
B: haah ye lah.. aku rasa macam tu jugak.. jom lah kita pergi masjid ,mulai hari ini kita jadi orang baik, tak nak lg buang masa.. Okay?
N: aku okay je..(sambil menampakkan gusi dek gusi lagi pnjang dari gigi).kalau macam tu jom lah kita jumpa Djamal Ridha anak Pak Hasmir tu dengar cerita dia memang pandai ilmu agama.
B: Ayuh!
kawan sampai SyurgaNya yok! |
Pengajaran:
kita nie pelajar Medic yg belajar kat Mesir, sungguh banyak masa lapang yang boleh diisi dengan perkara yang berfaedah, jangan lah isi masa lapang tu dengan perkara tak berfaedah seperti Ngotikon dan Basirun. Kelak menyesal tiada gunanya kerana kalau nasi dah jadi bubur, apa pong tak boleh~
Jadi renung-renungkan lah yek dengan mengambil iktibar dari hadis ke-12 dari kitab karangan Imam an-Nawawi
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya.
(Hadis Riwayat al-Tarmizi)
*status hadis: hadis hassan
Jadi boleh renung –renung aktiviti harian kita. Tapis mana-mana yang tidak berfaedah.
Memetik kalam ketua batch GEN11US 2012/13,
Sekian.
Akhir pena, bibit kotor galak disuburi, benih jujur ghairah dicemari… lu fikir lah sendiri!
-Program Hadis 40
-Dibawakan khas oleh BPI GEN11US 2012/13
Jadi boleh renung –renung aktiviti harian kita. Tapis mana-mana yang tidak berfaedah.
Memetik kalam ketua batch GEN11US 2012/13,
Retorik Melahirkan Umat yang Haprak.
-Md Afiq Bin Md Rahim
Sekian.
Akhir pena, bibit kotor galak disuburi, benih jujur ghairah dicemari… lu fikir lah sendiri!
-Program Hadis 40
-Dibawakan khas oleh BPI GEN11US 2012/13
nice one.. :)
ReplyDeleteFitrah yang tidak akan pernah boleh diubah.
ReplyDeletebes
ReplyDelete