Bukan Akhawat

in


BUKAN AKHAWAT
PENA: PERINDU

            “Ya Allah, penatnya mendaki tangga rumah ni.” itulah keluhan harianku tatkala baru pulang dari kelas. Keluhan aku tetap sama saban hari seolah-olah aku sangat menyesal membeli rumah di Helwan Street, Mounirah ini. Sepahan debu di depan pintu masuk rumah selalu dan sering mengingatkan aku pada 27 Mac, tarikh di mana aku bersama ahli beit yang lain bersama-sama membuat akad dengan tuan rumah.


            “Argh, malasnya aku nak ikut.” Bentak nafsuku pada mulanya dengan sebentak-bentaknya kerana enggan bersama-bersama untuk berurusan dengan tuan rumah. Malas aku bukanlah bererti aku ini tidak rajin tapi malas aku adalah malas nak berurusan dengan orang Arab. Sungguhku sanjung baginda junjungan Nabi Muhammad S.A.W kerana punyai kesabaran yang tinggi dalam mengadakan urusan harian apatah lagi ingin membawa pembaharuan, kerja dakwah kepada golongan Arab ini.” Andai diberi pilihan, aku rela gembala kambing daripada berurusan dengan orang arab ini.” Selorohku sendirian.

            Namun bentakan aku hanyalah sekadar menepuk sebelah tangan dan sia-sia sahaja kerana tiada siapapun yang ingin mengahayati luahan hatiku ini. Namun bingkasku menepuk dada dan bertanyakan selera nafsuku ini. Refleksi sendirian membuatkan rasional aku makin matang. “Apakah aku harus sentiasa lari dari masalah dengan membiarkan ahli beit aku sahaja yang menyelesaikannya ataupun cuba untuk menggagahkan diri?” Persoalan ini sahajalah  yang bisa membawa aku semakin berani dan tetap berani membina plot hidup di middle east ini.


            Lamunan aku terhenti apabila Arief teman baikku meninggikan suara terhadapku seolah-seolah tidak berkenan dengan tindakan aku enggan meletakkan kasut di atas rak. “Ya, aku tahulah”, mukaku mencebik. Aku akurmelakukannya dan sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja kerana tiada kuasa aku hendak membangkangnya, ditambah pula dengan bebanan kelas bermula dari jam seawal 8.00 pagi tadi membuatkan aku makin tiada daya hendak melayan karenah  Arief tu. Namun kesyukuranku ke hadrat Ilahi tidak pernah putus dipanjatkan kerana mengurniakan nikmat ahli beit sebegini kerana disiplinku banyak dibentuk olehnya.

            Emosiku deras berubah tatkala sampai sahaja dibilik, secara tetiba sahaja aku teringat kelas teori physiology sebentar tadi kerana secara tak semena-mena doktor aku menyuruh aku kahwin awal dalam seusia sebegini. “You should marry early, my son.” Masih segar lagi tempikan doktor arab dalam gegendang telinga aku ini. Senyumanku tidak pernah pudar dari tadi, mungkin juga disebabkan aku cemburu melihat gelagat senior aku yang sudah berumah tangga tatkala masih menimba ilmu di Ardul Kinanah ini. Mata zahirku makin bertambah cemburu melihat pimpinan tangan mereka bersama, namun mata hatiku lain pula persepsinya, aku melihat aliran kasih sayang itu bergerak dengan moleknya dari ketegasan hati anak adam meluru ke lubuk kelembutan jiwa kaum hawa dan sebaliknya.

            Igauanku terhenti apabila mataku mengerling tipis cadar polkadot hijau tilamku. Ku lihat tompokan putih itu seakan-akan memujuk merabahkan badan letihku ini. Aku yang masih tercungap-cungap melayan kepenatan naik tangga tadi akhirnya cair dan patuh dalam keempukan bantal dan tilam. Baju dan seluar pagi tadi tidak ku hiraukan kerana mahkotakan kepenatan dan keletihan aku turutkan kelopak mataku untuk dipejamkan. Sempat seketika aku menjeling tepat ke arah jam tanganku, menunjukkan jam 2.35 petang, sebelum aku memulakan pelayaran gelora beradu aku ini. Namun persoalan mengenai bilakah nikmat tidur ini tidak pernah aku ketemui jawapannya sehingga kini. “Apakah sebelum tidur, semasa atau selepasnya?” monolog ku sendirian. Tetapi yang penting kini aku harap tidur sebentar ini  mampu membina semula ATP  yang telah banyak aku gunakan dari awal pagi tadi.  Ku tarik perlahan selimut, dengan harapan nikmat ini dapatku kecapi apabila bangkit nanti.

            “Apakah yang dikejar dalam hidupmu,
            berkali ku kata padamu,
            kita singgah di dunia yang sementara,
            penuh tipu daya.”

           
Akhirnya pelayaranku menemui destinasinya. Bingitan nada dering polyphonictelefon Nokia 6030 memecah kesunyian bilik dan mengejut lenaku. Biji mataku masih pisat dan dalam amai-amai, aku cuba mencari punca suara Mawi. Rupa-rupanya unnamed caller cuba menghubungi dan naluri ikhwahku menafsirkan nombor ini semestinya datangnya dari akhawat. Ku tekan hijau segeraku menyapa “Hello, Assalamualaikum.” Nada suaraku cuba aku kawal supaya tidak jelas kelihatan aku baru bangun dari tidur. “Waalaikumussalam, ini Budiman ke? tekaanku 100% tepat tanpa sangsinya. Lembut suara akhawat itu menyambut salamku.

            Dalam keayuan suara itu aku terkenang suara kasih ibuku dan suara prihatin kakakku. Barangkali ini sebab sudah sekian lama aku tidak menghubungi ibu bapaku yang nun jauh di mata anaknya. Namun ia tidak bermakna aku melupakan mereka kerana mendoakan kesejahteraan dan keselamatan ke atas mereka tidak pernah putus dari pengharapanku terutamanya selepas solat fardhu. Sesungguhnya keredhaan itu Allah terletak pada keredhaan kedua ibu bapanya dan pengharapanku adalah tinggi untuk memperoleh keredhaan mereka.

            “Ya, saya.” Balasku ringkas dan bersahaja. “Maaflah mengganggu, boleh tak kalau malam ni enta jadi musyrif?” sungguh mudah satu soalan itu dilontarkan. Tapi bagiku ia memerlukan seribu akal untuk menjawabnya seolah-olah sungguh berat dalam memberi kata putus. Aku tarik nafas panjang dan “Boleh, insyaAllah. Tapi dari mana nak kemana?” tanyaku deras dengan harapan jarak perjalanannya itu satu cm dekatnya, hyperbolaku melampau dek kerana takhta mengantukku masih merajai kewarasan akalku ini. “dari mahallabiyyah ke imarah sebelas” pantas akhawat itu membalas hujah aku. Aku tekan butang merah dan perbualan kami terhenti setelah kami mencapai kata sepakat pada masa yang telah dipersetujui bersama.  

            Nokia 6030 digenggaman, aku campak sahaja ke atas tilam kerana yakin tiada kerosakan akan berlaku jika aku bertindak sedemikian. Aku terkesima seketika dan bermonolog  sendirian. “Kenapa dia call aku? Walhal banyak saja lagi ikhwah yang lagi sasa dari badan kecil aku ni.” Muhasabah sendirian, aku temui jawapan. Barangkali kedudukan rumah aku yang strategik ni menjadi faktor utamanya.

            Persoalan kalut aku itu tidak terhenti setakat itu sahaja. “Kenapa lah Mesir ni kolot sangat, kalau akhawat nak keluar malam saja kena guna khidmat musyrif? Aku tengok pelajar oversea lain tak ada pon tubuhkan sistem ni apatah lagi untuk merasmikan.” Berang nafsuku yang cuba menggoyahkan niat ikhlasku. Sesungguhnya penciptaan manusia ini sangat sempurna. Dikurniakan nafsu, akal dan iman. Tatkala nafsuku berhujah, akalku cuba memberi ulasan yang logik. Terasa amat beruntung kerana akalku ini sentiasa mendapat sokongan yang kuat dari teman baiknya, iman. Aku beriman yang bahawasanya Allah itu maha kaya dan maha mengetahui. Aku sangat bersykur diciptakan dalam jantinaku lelaki. Mobilitiku bebas dan aku senang punyai authoriti ini tanpa perlu untuk meminta peneman.

            “Mestikah aku menerima jawatan mushrif ni?” persoalan ini membuka mindaku seluas-luasnya. Terkenang kuliah maghrib di sekolah lama dahulu. Penciptaan kaum hawa adalah daripada rusuk kiri adam. Dekat dengan hati untuk disayangi dan dekat dengan tangan untuk dilindungi. Ku berdoa agar taklifanku sebagai mushrif  ini mampu memberi perlindungan kepada akhawat-akhawat yang berada di bumi Mesir ni. Tidak banyak sedikit pun sudah memadai aku kirakan.

            Aku sedar aku bukanlah jenis ulat buku yang mampu mengeras di meja studydalam jangka masa yang panjang. Kerna fitrah lelakiku ini mudah dan cepat bosan. Kadang-kala aku punyai daya untuk terus belajar demi manfaat diriku kelak. Namun kadang-kala jugalah aku perhatikan, aku punyai takat maksimum dan tidak boleh lagi untuk memanfaatkan diri sendiri. Dari situlah aku mula belajar, andai dirimu sudah sampai takat yang mana tidak mampu untuk memanfaatkan diri sendiri maka berusahalah untuk memanfaatkan dirimu itu demi kebaikan orang lain.

            Perhitunganku menyatakan ini bukan kali pertama aku menjadi mushrif. Terkadang juga aku mushrifkan mereka ke tafaqquh mingguan dan juga dari Markaz Lughah Arabiah. Aku dapat melihat kesungguhan mereka dalam mencari ilmu. Maka pepatah dahulu kala yang mengatakan perempuan tidak perlu belajar tinggi-tinggi adalah tidak boleh sama sekali dilaksanakan pada zaman kini. Sesungguhnya barangsiapa yang menuju suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan ke syurga. Memang benar aku bukanlah tergolong dalam golongan menuju menuntut ilmu ini. Tetapi cukuplah aku sekadar menjadi pembantu mereka dalam berwadahkan jalan-jalan dalam menuntut ilmu Allah ini. 

            Siapa sangka dan siapa sedar yang bahawasanya sistem mushrif ini juga mampu mentarbiahkan nafsu dan imanku ini. Sikap enggan menghadiri majlis ilmu sering dihasut oleh bentakan nafsuku ini. Tetapi apabila akhawat menghubungi aku, ia mampu menukar niatku kepada sebaliknya. Aku akur pada mulanya aku kelihatan seolah-olah terpaksa untuk menghadiri majlis ilmu ini namun tidaklah pula aku ego untuk masih dalam keadaan terpaksa. Aku tahu andai aku biarkan sahaja, aku rasakan kehadiran aku adalah sia-sia dan membuang masa sahaja. Sebaliknya aku akan senantiasa tajdid  niatku ini, tatkala sedang dipayungi oleh sayap-sayap malaikat yang sememangnya menggemari majlis-majlis sebegini dan aku juga tahu aku tiadalah daya sehingga mampu menjadi pengajar maka bagiku cukuplah sekadar untuk menjadi pendengar ilmu sahaja.

            “Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan agar kamu mengingat (kebesaran Allah).” [Surah az-Dzariyat:51:49]
Ayat ini benar serta lelaki dan wanita adalah pasangan yang saling melengkapi. Segala kekurangan wanita akan dibantu oleh lelaki dan segala kekurangan lelaki akan dijaga oleh wanita dan juga barangsiapa memenuhi hajat seseorang saudaranya nescaya Allah akan memenuhi hajatnya. “Terima kasih akhawat,” suara batinku mengucap syukur kerana hadirnya penciptaan mu ini telah sedikit sebanyak menambah keimanan dan ketaatanku kepada Ilahi.

            Nyanyian Mawi sekali lagi memadam lamunan dan telefonku jua bergetar, menunjukkan jam tepat 8.00 malam seperti yang telah kami janjikan.Bergegas aku mencapai sweater hitam dalam gantungan almari pakaian dan lincah mengetatkan sandal. Langkah kakiku diatur rapi agar kelihatan kemas dan bergaya senantiasa kerana aku adalah seorang ikhwah.

GEN11US is the 11th generation of Malaysian medical students at Kasr El-Ainy School of Medicine, Cairo University in Egypt.

8 comments:

  1. lain daripada yang lain. sangat menarik kerana isi kali ini dioleh daripada perspektif yang sangat berbeza.

    ReplyDelete
  2. ralat kepada comment di atas, diolah, bukan dioleh.

    ReplyDelete
  3. tahniah lah pada mereka yang duduk di Munira..
    pahala bertandang setiap malam..^^

    ReplyDelete
  4. semoga Allah memberi ajr dan keikhlasan dengan setiap susah payah antum.

    ReplyDelete
  5. lg suka blog lama batch.huhu

    ReplyDelete
  6. dah macam karangan budak skola.haha.

    ReplyDelete

Suggestion Box:

Name

Email *

Message *

Followers