Berbeza Tapi Serupa- Raikanlah!

in

Oleh: NaziMS

“ukhuwwah is a friendship bond. stronger than ionic, hydrogen bonds which tie us together for the sake of Allah”

-Nur Amalina Mustaffa-

“ukhwah is not like the covalent bond, also not like the strongest thiosulphate bond. its the bond between you+me+Allah”

-Aida Nasuha-

“yang dikatakan dengan ukhwah dan persahabatan ini ialah apabila wujudnya rasa sayang dan mengambil berat terhadap sahabat.”

-Liyana Akmal-

“ukhwah ni ialah hubungan antara satu individu dengan individu yang lain. Dan ianya tidak terhad pada zahir semata-mata. Biar jauh di mata tapi dekat dihati dan ditelinga”

-Hafizati Ishak-

“Dirasakan manisnya ukhwah itu apabila kita saling tegur-menegur. Except the change by accept the changes. Friends are the mirrors of ourselves.”

-Fatin Nur Hidayah-

......................................................................................................

Assalamualaikum…

salam hamba hulur tanda ingatan

Buat semua insan ahli GEN11US

Di minggu ukhuwah

(ini bukan pantun, ini lagu. So, nak baca kena ikut melodi lagu ni ya! Lagu Salam Aidilfitri. Tak tau? UTiup kan ada?)

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Diharapkan anda senantiasa berada di bawah rahmat dan lindungan-Nya. In sya ALLAH.

Alhamdulillah.

Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala aalihi ajma’in.

Buat julung kalinya, saya diminta untuk menulis tentang suatu tajuk yang amat tidak disukai untuk hanya sekadar diperkatakan, tetapi ianya amat indah pabila dipraktikkan. Apa dia?

Secara umumnya berkaitan UKHUWAH. bukan Ikhwah atau Akhwaah. tapi, ukhuwah. Macam boring je kan bunyi dia? Itulah. Saya pun boring jugak ni. Jadi, kita cubalah cerita mana-mana yang signifikan dalam hidup kita je ya. Saya seorang yang suka melihat kepada realiti bukan pada retorik, kerana retorik hanya akan melahirkan umat yang haprak! Jadinya, saya nak bawakan suatu realiti, tentang ukhuwah,yang berlaku di kalangan ahli GEN11US yang disayangi ni. Realiti terkadang menyakitkan, diharap anda bersedia la. 

Stay unite!

Woit? Takut ke? Releks la. Tak de ape pun la. Teruskan baca ya!

First of all,

Tak kenal maka tak cinta. Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati. Jadinya, moleklah kiranya kita mulakan dengan definisi dulu. Apakah yang dita'rifkan dengan ukhuwah? Sape tau? Tak tau la tu. haish. Kantoi tak pergi SC. haha

Bahasa : Berasal dari perkataan akhun yang membawa erti saudara, teman, sahabat dan yang seangkatan dengannya.

Istilah:
  • Menurut Al-Quran : Perasaan kasih sayang, tolong menolong, bantu-membantu, bertolak-ansur, bermesra dan cinta mencintai antara sesama umat Islam tanpa terkecuali

    Allah berfirman:
“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara , maka damaikanlah di antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat”

(surah al-Hujurat : 10) 
  • Menurut hadis: Seperti tubuh badan, darah daging, dan roh umat Islam sendiri 

Memetik kata – kata Imam Hasan Al-Banna:

Ukhwah ialah, 'Hati dan jiwa ditautkan dengan akidah'. 'Akidah adalah ikatan yang paling kuat dan berharga. Ukhwah adalah saudara bagi iman. Perpecahan adalah saudara bagi kekufuran. Kekuatan yang paling ampuh ialah kekuatan kesatuan. Tiada kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada (terhadap saudara seIslam) dan yang paling tinggi ialah ithar (mengutamakan orang lain daripada diri sendiri).

MasyaALLAH.. Kalau dibaca definisi ini, secara jujurnya dan REALITInya, kita dan yang lebih spesifik, saya amat jauh lagi la nak capai tahap ukhuwah tu. Takrifan ukhuwah itu sebenarnya berbeza-beza mengikut sudut pandang masing-masing. Di permulaan tulisan ini tadi ada beberapa pandangan daripada sahabat-sahabat GEN11US kita tentang ukhwah ini. Pendapat anda bagaimana? 


Ukhuwah fillah abadan abada~

Pernah tak anda terdengar kata-kata ini?

Mesti pernah kan? Sebab ayat nie agak popular la jugak terutamanya dalam kalangan budak-budak yang duduk di asrama. Kan? Siap tampal lagi kat loker..Ingat tak? Haha. Bagusla bagi mereka yang ada rasa dan berfikiran seperti ini. 

Ukhwah fillah Abadan Abada till Jannah. Hmm. Masalahnya,


Saya akan berfikir begini apabila terbaca dan terdengar kata-kata ini.

Ukhuwah fillah? Iye ke?

Apa yang anda maksudkan dengan ukhuwah fillah sebenarnya?
Berukhuwah atas dasar akidah yang sama dengan keikhlasan hati kepada Dia Yang Maha Mencipta, bertujuan untuk memperoleh keredhaan di dunia dan akhirat, begitukah? 

Anda pasti? Kalau ini jawapan kita, nescaya kami amat pasti bahawa selama ini kita hanya menipu!

Kita PENIPU!

Dan penipuan ini terkadang menjadi lebih kronik kerana mendatangkan sifat ‘ujub dalam diri kita. Bagaimana? Kita merasakan bahawa kita telah berukhuwah dengan sahabat kita kerana ALLAH sedangkan perbuatan kita pula sebaliknya. Jauh daripada prinsip ukhuwah islamiyah. Na’uzubillah.

Slogan ukhwah fillah ini sebenarnya amat bagus, tetapi pengaplikasiannya. Susah nak cakap sebab setakat ini tak pernah jumpa lagi. Siapa pernah berjumpa dengan mereka yang benar-benar mempraktikkan ukhuwah fillah ini? Kenalkanlah dekat saya. Amat teringin nak merasainya.

Hakikatnya, cuba kita tengok orang-orang di sekeliling kita. Berapa ramai yang melaungkan dan berhujah dengan ukhuwah fillah datang menghulurkan tangan apabila sahabatnya dalam kesusahan? Tak spesifik? Tak pe. Jom kecilkan skop.

Berapa ramai yang bila kawan dia yang sedang kelaparan datang meminta makanan sedikit daripadanya, dia dengan rela hati dan tersenyum memberi makanan yang dia ada, tak kisah kawan dia makan banyak ke sikit? Makanan tu pulak makanan yang mahal contohnya krib syawarma firakh, bukan fatirah fadhi ya! Haha. Susah nak jumpa. Tapi ada je. Dan tahniah lah untuk orang yang sebegini. Thumbs up!


Sahabat yang dapat menenangkan kita tatkala kita bersedih, yang dapat memberi dorongan ketika kita berputus asa, yang dapat ketawa bersama ketika gembira, yang dapat membantu bila kita memerlukan; sakit,tak cukup duit dsb, dan sanggup bersusah-payah bersama-sama kita dalam mengejar dan menggapai impian.

Alangkah indahnya jika kita bertemu dengan sahabat seperti ini! kan? =)


Namun, realiti seperti biasa tidak seindah mimpi. Amat susah kita nak mencari sahabat seperti ini sebagaimana susahnya kita nak menjadi seorang sahabat yang sebegini. Kita memerlukan usaha dan penglibatan semua pihak untuk mewujudkan suatu ukhuwah yang jitu dan padu.

Mengambil kalam daripada Ustaz Ridhauddin yang menyatakan bahawa, mengetahui punca atau sebab masalah itu berlaku merupakan separuh daripada jalan penyelesaian kepada masalah tersebut. Makanya, jom sama-sama kita selidik apa yang menghalang kita, yang kami fokuskan ialah ahli GEN11US, daripada menghasilkan ukhuwah sehebat ahli badar.

Menurut pandangan saya dan hasil risikan daripada beberapa sahabat-sahabat GEN11US kita, ukhuwah kita sebenarnya tak la teruk sangat. Tetapi tak juga boleh dikatakan kuat. Antara sebab-sebab yang menghalang, saya bahagikan kepada 2 bahagian:

1. Kepelbagaian latar belakang

2. Sikap individu



1. Kepelbagaian latar belakang

Seperti yang kita sedia maklum, setiap orang daripada kita adalah individu yang berbeza. Masing-masing mempunyai keluarga sendiri, dibesarkan dan diasuh dengan gaya tersendiri. Tarbiyah yang kita dapat juga tidak sama. Ada yang lebih tinggi tahap tarbiyahnya dan ada yang biasa-biasa saja. Ada yang mendapat pendidikan di sekolah agama, sekolah menengah kebangsaan, sekolah sekular, sekolah muzik dan sebagainya. Perkara ini telah menjadi faktor yang merenggangkan hubungan antara ahli GEN11US dengan mewujudkan beberapa keadaan.

Pertama, terdapat pemisah antara individu yang mendapat pendidikan di sekolah agama dengan mereka yang bersekolah di sekolah biasa. Berdasarkan pemerhatian kami, hal ini amat prominent la kejadiannya. Kenapa ini terjadi? Mungkinkah mereka yang bersekolah di sekolah biasa berasa malu atau segan untuk menegur dan berkomunikasi dengan mereka yang bersekolah agama? Atau mungkinkah kerana mereka yang bersekolah agama merasakan mereka yang bersekolah di sekolah biasa ini kurang layak bergandingan dengan mereka? Jawapan itu ada pada anda. Tiada pada saya.

Apa yang saya rasakan, saya juga budak sekolah biasa je, perkara ini tidak sepatutnya berterusan menjadi tembok antara kita. Apa ada pada sekolah? Sekolah tu yang agama, bukan orang dia. hehe. Eh, tak~ Agama atau Islam itu milik kita semua. Tiada yang lebih berhak ke atasnya. Semuanya hak kita. Kenapa perlu membezakannya? 

Ilmu itu pula milik ALLAH. Andai kita berasa diri kurang ilmu agama berbanding mereka yang bersekolah agama, tak pe.~ Tak ada masalah pun benda tu. Kita kat Mesir. Banyak ilmu yang kita boleh cari dan improve tahap keilmuan kita. Eh, ALLAH tak tengok berapa banyak ilmu yang seseorang tu ada, tapi DIA tengok berapa banyak ilmu yang hang amal! So, saya rasa benda ni boleh settle kot lepas ni. Budak sekolah biasa macam saya, jom sama-sama kita berusaha jadi hamba yang terbaik! Begitu juga dengan anda budak sekolah agama! =)

Pandanglah insan dengan mata hati, bukan dengan ekor mata, kerana kelak engkau akan dicela.



2. Sikap individu

Hal ini telah diakui sebagai perkara yang paling kompleks antara semua masalah dalam dunia. Sikap atau perangai manusia. Memang susah nak deal. Kan? Apa masalah yang timbul dengan sikap ini? Termasuk dalam kategori ini ialah sikap rendah diri atau inferior seseorang berbanding dengan sahabat yang lain. Yang ini sama-samalah kita saling membantu untuk menyelesaikannya.

Ada antara kita yang merasakan diri dia tidak cukup layak untuk bergaul dengan ahli GEN11US yang lain disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti keputusan peperiksaan, tajaan, latar belakang keluarga, dan kelebihan individu lain yang terzahir.

Haish. Yang keputusan peperiksaan tu tak dinafikan saya pun termasuk sama dan ini yang paling utama kot rasanya. haha. So, apa nak buat ni? Entah. Saya pun tak tahu.

Hehe. Apa yang saya nampaklah, golongan yang dapat keputusan bagus ni kena mesra rakyat la kot. Sebabnya golongan-golongan bawahan ni dah tak berani nak dekat. Haha.

NO!! Tidak! Bukan itu penyelesaiannya. Sebenarnya ini tak jadi masalah pun. Kenapa perlu kita rendah diri dengan mereka yang dapat Imtiyaz? Adakah mereka yang dapat imtiyaz itu lebih bijak daripada kita?

Tak! Kita kan sama-sama GEN11US, apa masalahnya? Kita dah pun datang ke Mesir, bermakna kita berkelayakanlah tu. Usaha lebih dapat lebih, insya Allah! Jangan suka bandingkan diri dengan orang lain sangat, takut-takut kita jadi manusia yang tak bersyukur pulak.

Kita berbeza dan setiap orang dikurniakan kelebihan tersendiri. Kita belajar medic untuk tolong orang, bukan berlumba kebijaksanaan. Tapi of course result yang baik tu penting untuk melayakkan kita jadi doktor. Apa yang penting lepas ni kita semua berusaha untuk dapat keputusan yang terbaik, okay?!

Harap lepas ni tak nampak dah lah situasi di mana kita biarkan rakan kita di sebelah tertidur ketika lecture sebab tak berani nak tegur atas alasan dia mendapat satu markah lebih daripada kita dalam peperiksaan. Hatta, kalau budak Imthiyaz sekalipun, ketuk je kepala dia kalau dia tertidur. (hehe. gurau) Kita kan nak berjaya sama-sama!

Sama-sama kita berusaha untuk mencapai kecemerlangan.

Hilangkan rasa rendah diri, kejayaan telah menanti.

Apa pun, yang penting semangat untuk berukhwah yang tinggi amat diperlukan untuk menguatkan kesatuan batch yang kita cintai ini. Tiada seorang pun terkecuali daripada tanggungjawab menjaga kesatuan batch GEN11US ni. Ketahuilah bahawa GEN11US tidak akan lengkap tanpa anda. Ya! Anda!


Tanpa anda, GEN11US ini tidak akan hidup dan ceria,

Tanpa anda, kucar-kacirlah pengurusannya,

Tanpa anda, hilanglah kemegahan namanya,

Dan,

Tanpa anda, GEN11US tiada sempurna.


Baik. Selesai bab itu. Jadinya, apa gerak kerja atau tindakan kita untuk mengutuhkan ukhuwah antara kita yang sedia terbina ini? Hammasah tanpa amali ibarat retorik yang akan menghasilkan umat yang haprak juga la.



TINDAKAN KITA:


1. Mulakan dengan senyuman anda yang semanis kurma itu.

Ketahuilah bahawa seluruh alam dirasakan bercahaya dek kilauan senyumanmu. Sedekah yang paling murah itu Senyum. Tahukan? =)


2. Memberi salam ketika bertemu

Salam ni banyak hikmahnya. Ucapan ahli syurga ni. Kita kan nak jadi ahli syurga, maka jomla kita praktis dulu di dunia. Kalau tak bertemu macam mana? Berkirim salamlah.. =)


3. Saling bertegur sapa antara kita

Tak rugi kita ramah bertanya khabar tentang orang bahkan ianya dituntut dalam Islam.


4. Saling menasihati dan menegur kesilapan sesama kita.

Kita terkadang nampak kesalahan orang lain berbanding kesalahan sendiri. Begitu juga dengan orang lain. Jadi, kita amat memerlukan sahabat-sahabat yang dapat menegur kesalahan kita supaya kita dapat menjadi manusia yang lebih baik. Sahabat yang menegur perlulah menggunakan cara yang sesuai. 

Ukhuwah fillah itu bukan tika susah dan senang sahaja, bahkan tika tingginya iman dan kurangnya iman. (quoted)

Dan untuk menjayakan gerak kerja ini, kita memerlukan tindakan kelima yang perlu dilaksanakan bersama-sama, iaitu...


5. Berlapang dada

Diketahui bahawa ini ialah serendah-rendah tahap ukhwah. Takpe lah. Kita start dengan rendah dulu, nanti kita naik la perlahan-lahan. Boleh?

Tapi yang rendah ni pun saya rasa susah nak buat. Betul tak? Jadi, sama-samalah kita berdoa supaya beroleh kekuatan untuk berlapang dada.


6. Memaafkan kesalahan orang lain.

Allah SWT berfirman: 

"..maka barang siapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas (tanggungan) Allah.."  
(Asy-Syuura: 40)

Kita semua berdosa. Sebagaimana kita harapkan keampunan ALLAH, begitulah orang lain mengharapkan dia dimaafkan. Maka, maafkanlah.. 



7. Utuskan doa buat sahabatmu

Dalam satu riwayat daripada Abu Darda’ RA, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : 

“Doa seorang muslim kepada saudara muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara muslimnya dengan doa yang baik, dan berkatalah malaikat itu, aaamin!, engkau juga beroleh manfaat yang sama.” 
(Riwayat Muslim)
Maka sama-samalah kita saling mendoakan. Amat mengharapkan doa daripada anda =)

Ukhuwah yang perlu dijaga sampai syurga. Rabbuna yusahhil.

Akhir kalam, jom sama-sama kita cuba sedaya mungkin untuk mempertahankan ukhuwah antara kita. Jadikan ukhuwah GEN11US sejarah kesatuan ummah yang indah untuk dikenang dalam memori kita. Raikanlah perbezaan kerana di situ letaknya titik persamaan. Perbezaan bukan alasan perpecahan tetapi tiket untuk mencapai keunggulan!

Wallahu a3lam…

Selamat study dan berukhuwah fillah..



-Stand Together 2012
-BPI GEN11US 2012/13

GEN11US is the 11th generation of Malaysian medical students at Kasr El-Ainy School of Medicine, Cairo University in Egypt.

4 comments:

  1. first! (buat mcm kt blog y ramai org view hak3 gila) tp bes

    ReplyDelete
  2. lagu yang first tu lagu jamal abdillah =)
    nak tolong layan azam kesian nanti hambar

    ReplyDelete
  3. nantikan karya naziMs dalam majalah batch yang akan menemui anda tidak lama lagi
    *juga meraikan azam

    ReplyDelete

Suggestion Box:

Name

Email *

Message *

Followers