Ukhuwah

in



Ukhuwah? Kau tahu apa itu ukhuwah? Sekadar perkataan lain bagi kalimah persaudaraan? Atau sekadar kawan-kawan sekolah itu namanya ukhuwah? Arghh buntu!

Dulu, aku juga macam kau. Tak faham erti ukhuwah. Eh maksud aku, bukan kau tak faham tapi mungkin kau tak mengerti lagi. (Apa beza faham dengan mengerti? Err, entah aku pun tak tahu). Ok, sambung apa yang aku nak sampaikan. Dulu, aku sekadar rasa kawan itu tetap kawan. Balik rumah, tak perlukan kawan dah sebab aku ada family. Faham ke? Maksud aku, erghh susahnya aku nak sampaikan.


*Allahummahlul ‘uqdatan min lisani yafqahu qauli* (hembus-hembus).

Hmm maksud aku, kawan lepak-lepak kat sekolah, shopping sama-sama, gossip sama-sama, study group sama-sama dan lebih kurang macam tu lah rutin harian aku dengan kawan-kawan aku. Oh, mungkin kau kata, ‘Biasalah tu, aku pun rasa macam tu. Apa yang lainnya?’ Tapi bila aku faham dan mengerti apa itu ukhuwah, aku rasa kelainannya. (cliché gila ayat aku, sorrylah aku tak reti nak buat ayat sendiri).

Hari demi hari, tahun demi tahun, Allah yang Maha Pemurah beri aku peluang untuk rasa erti ukhuwah yang sebenar tu. (ahh, kau asyik ukhuwah, ukhuwah, ukhuwah. bosan weyhh!). Aku minta maaf awal-awal tapi mana tahu, bila aku ulang banyak-banyak kali, akhirnya kau pun akan rasa macam apa yang aku rasa tu.

Sebelum aku lebih melalut cerita benda yang bukan-bukan, eloklah kalau aku kongsikan satu ayat Al-Quran tentang ukhuwah. Aku yakin je kau pun tahu apa ayat tu, lagi-lagi kau dah hafal 30 juzuk. Yela, kau kan GEN11USian, mestilah jadi bakal doktor yang lain dari yang lain. Mestilah jadi doktor yang hafiz hafizah kan? Apapun, aku teruskan niat murni aku nak berkongsi ayat tu.

“Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa.”

(Surah Az-Zukhruf, ayat 67)

Hmm, masa mula-mula aku dikenalkan dengan ayat ni, sentaplah jugak. Nampak sangat aku tak berkawan rapat dengan Al-Quran sebelum ni. Tsk tsk. Tapi Alhamdulillah, aku kenal ayat ni melalui ukhuwah.


Baru aku faham ukhuwah ni ada hadaf rupanya-rupanya. Aku ingat, ‘kawan’ yang aku maksudkan dulu tu dah boleh masuk kategori ukhuwah. Yelah, semua benda buat sama-sama. Rupanya tak termasuk pun sebab aku berkawan sekadar berkawan. Sekadar nak hiburkan hati aku, sekadar tak nampak aku keseorangan, dan sekadar nak study sama-sama (bajet rajin belajar lah dulu).

Sejak itu jugalah aku faham maksud ukhuwah fillah tu. Ukhuwah kerana Allah. Sebelum ni aku just ikut-ikut orang cakap je. Contoh, kalau salam dan peluk seorang kawan tu, dia akan kata aku sayang kau kerana Allah. Aku pun angguk-angguk je. Bagi aku, tu ayat cliché untuk orang-orang alim bila jumpa kawan-kawan. Naif gila aku.

Alhamdulillah, aku bersyukur sangat-sangat sebab Dia bagi aku peluang untuk rasa nikmat sebenar ukhuwah fillah. Kalau tak, aku rasa rugi je aku mati tanpa rasa betapa nikmatnya berukhuwah kerana Allah kat dunia ni. Rugi kalau tak kenal jiran-jiran kita di syurga nanti.

Kau nampak tak hadaf ukhuwah tu? Syurga? Hmm. Redha Allah. Dengan redhaNya baru kita boleh masuk syurga kan? Kalau dulu, aku rasa senang je nak redha Allah ni. Kau sekadar niat yang kau nak buat kerana Allah, dapatlah redha Allah.

Tapi sebenarnya kau hipokrit. Bak kata pepatah, kau bagai menanam tebu di bibir. Cakap je lebih, tapi buatnya tak. Hati kau tak terkesan langsung dengan niat yang kau sekadar lafazkan (anggaplah aku tengah cakap dengan diri aku, bukan kau).

Ya, memang betul nak buat sesuatu tu kalau nak dapat redha Allah, kena niat dulu. Maksud niat kat sini, niat dengan segala anggota badan. 

Dengan mulut boleh niat, sahaja aku berukhuwah kerana Allah. 
Dengan hati? Kau kena tanamkan yang kau nak dapat sesuatu yang lebih dekatkan diri kau dengan Allah dengan ukhuwah ni.  
Dengan perbuatan, segala apa yang kau buat biar selari dengan niat di mulut dan hati kau 

#(eleh, senang je. Tak payah nak sembang sangatlah).

Senanglah kot bagi kau. Tapi bagi aku susah. Aku bagi contoh, kalau kau ada kawan dan kau sangat sayang kawan kau. Ala-ala cinta terawal dan terakhir gitu. Sejak kau kenal tarbiyyah, kau diajar untuk berukhuwah kerana Allah. Maka, kau pun berniat nak berkawan dan sayang kawan yang kau sangat sayang tu kerana Allah. 

Ukhuwah GEN11US, ukhuwah fillah?
Pada suatu hari yang indah lagi cerah, kawan kau ajak teman dia pergi jumpa boyfriend atau girlfriend dia. Ala, kiranya taknak berdua-duaanlah supaya syaitan tak jadi yang ketiga, biar kau jadi yang ketiga. Apa yang kau buat masa tu? Kau tahu perbuatan dia couple dan berdating tu haram, so apa yang kau nak buat? Kau nak biarkan je dia sebab kau takut kau sakitkan hati dia ke kau akan tegur dia?

Alah, tegur je lah. Senang cakap, tapi bila kau hadapi sendiri, kau tak tahu nak buat apa. Alih-alih kau membisu seribu bahasa, menjadi pemerhati maksiat, membiarkan kawan yang kau sayang kerana Allah tu melangkah kaki ke neraka (Hoiii, cakap tu biar berlapik, kawan). Tak ada gunanya aku nak cakap berlapik-lapik sebab dalam Al-Quran pun Allah cakap direct je.

Kalaulah kau hadapi situasi yang aku ceritakan di atas atau yang bersamaan dengannya, itu maksudnya Allah sedang menguji kau. Menguji niat kau untuk berukhuwah kerana Allah. Sejauh mana kau jujur dengan niat yang dilafaz di mulut dan yang disemat dalam hati.

Jadi, apa yang aku nak sampaikan kat sini adalah niat ukhuwah yang benar-benar hakiki, bukan sekadar omongan kosong. Bila kau kata kau nak berukhuwah fillah, kau kena pastikan kawan kau tu jadi jiran kau di syurga nanti. Kau kena pastikan dia tak tersungkur dan jatuh di titian sirot nanti. Kau kena pastikan takkan ada sedikit walau sekelumit anggota badan kawan kau terkena percikan api neraka. Itu namanya ukhuwah. Ukhuwah fillah. Tiada selainNya.

Jom bersahabat sampai Syurga!

Dalam berukhuwah, teguran itu penting supaya kau mahupun dia sama-sama seiring berjalan lurus untuk menggapai redhaNya. Anggaplah teguran itu sebagai indikator kasih sayang antara sahabat. 

Hypothesis: Semakin banyak teguran, semakin banyak cinta dan kasih sayang antara sahabat. 

Conclusion: Hypothesis is accepted. 

Kenapa? Sebabnya teguran tu tanda kau tak mahu kawan kau buat salah sehingga menyebabkan dia menjadi bahan bakar api neraka.

Aku bagi contoh yang terdekat. Ibu bapa. Aku rasa tak ada seorang anak pun yang tak pernah kena marah atau rotan dengan mak ayah dia kan? Kalau fikir logiklah, kenapa setiap kali kau buat salah, mak ayah kau marah dan tegur kau supaya tak buat lagi kesalahan tu? Sebab tak sayang? Mestilah sebab mak ayah kau nak kau jadi manusia paling baik di muka bumi ni kan? Mestilah mak ayah kau tak nak kau menjadi cemuhan masyarakat disebabkan kenakalan kau tu kan? 

Tu tandanya mak ayah kau sayang kau. Samalah juga macam sahabat. Kalau dia betul-betul sayang kau, dia akan tegur kau kalau kau buat silap.

Ok, selesai satu perkara yang aku nak sampaikan. Cuma aku nak berkongsi lagi sedikit apa yang aku pernah dapat tentang ukhuwah ni. Ada seorang hamba Allah yang baik lagi ‘alim pernah bagitahu bahawa hanya orang beriman saja yang benar-benar rasa nikmat ukhuwah itu. Maka, nak tak nak memang kena jadi orang beriman dulu baru boleh rasa nikmat berukhuwah.

Selagi kau tak beriman, tak guna kau berukhuwah sana sini. Dan kemuncak iman pula adalah taqwa. Maksudnya kat sini, kesan sebenar ukhuwah adalah taqwa. Itu kesan yang patut kau dan aku capai dalam ukhuwah. 

Apa itu taqwa? Aku rasa kau pun tahu, dah banyak kali pergi kelas tafaqquh, takkan tak tahu kot? Tak perlulah aku jelaskan dengan panjang lebar lagi kat sini. Konklusinya selagimana ukhuwah kau dan si dia tu tak mendekatkan diri kau dengan Allah, tak menjauhkan kau dengan kemurkaan Allah, selagi tu kau tak berukhuwah dengan sebenar-benarnya.

Last sekali sebelum aku menamatkan celoteh dan bebelan aku yang tak berapa nak sedap dan tersusun ni, moleklah kiranya kalau aku bagi lagi satu ayat power dari Sang Maha Power.

“Dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kau menginfakkan semua harta (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kau tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati merka. Sungguh, Dia Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.”

(Surah Al-anfal, ayat 63) 

Hati itu milik Allah. Hanya Dia yang berhak menggerakkan hati manusia, mentautkan hati-hati manusia, dan meleraikan ikatan hati-hati itu. Bersempena minggu ukhuwah ni, aku nak ingatkan sekali lagi, bukanlah AJK pelaksana program Stand Together ni mahupun kau ataupun aku yang boleh mentautkan hati kau dengan sahabat-sahabat GEN11US yang lain, tapi hanya Allah, Si Pemilik Hati.

Walau macam mana pun program ukhuwah dijalankan, walau selama setahun kau dipaksa makan setalam dengan si dia, kalau Allah tak tautkan hati kau dan dia, hati-hati itu tetap tidak akan bertaut.


Oleh itu, aku nak minta semua orang tadah tangan berdoa supaya Allah tautkan hati kau dan aku serta mereka seerat-eratnya melalui program Stand Together. Kata ukhuwah fillah, apa lagi? Bacalah doa rabithah. Sekian dari aku yang tak macho mahupun cun.





-Stand Together 2012
-BPI GEN11US 2012/13


GEN11US is the 11th generation of Malaysian medical students at Kasr El-Ainy School of Medicine, Cairo University in Egypt.

3 comments:

Suggestion Box:

Name

Email *

Message *

Followers