Bismillahirrahmanirrahim.
"Dari Abdullah bin 'Amr RA berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
sampaikanlah daripada aku walaupun satu ayat."
(HR Bukhari)
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم
Pernah tengok power rangers tak?
Tengok? Otak kartun lah kome ni. Haha.
Eh, janganlah marah. Gurau jah.
Dalam setiap episod mesti mula-mula power rangers
kalah,
Then entah macam mana tetibe diorang power then
menang.
Loghat perak
Kome = anda/korang
Teman =aku/saya
Apa? Kome tak dapat bayang? Seriyes lah.
Oh, teman lupa, kome budak-budak medik.
Team Medical Dragon, Greys Anatomy dan House tu jajan
terhebat kome kan?
Mari kita tukar analogi. Ayuh.
Dalam cerita House tu, Dr House tu selalu ditentang
dan dibangkang,
Tapi…
Last-last kompem Dr House menang and betul jugak.
Ke bukan?
Seriyes lah. Jangan hambarkan teman. Pliss.<<<<<<<<< ini menggelikan.
اللَّهُمَّ
صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم
Apa yang teman nak bagitau adalah berkaitan iman dan
nafsu.
Iman dan nafsu
sering berkait rapat
Dan ada pasang dan surutnya.
Kadang-kadang nafsu menang
Kadang-kadang iman menang
Tapi mengikut hakikatnya
Kalau kena gaya dan caranya
Iman gerenti menang.
Pasti menang.
Ya. Betul bila nafsu menang,
Mesti kita rasa ‘down.
Kechiwa.
Putus asa.
Harapan pudar menjadi layu.
Tapi…
lupakah kome
Sang PENCINTA
dah berhikayat dan mengatakan
“aku lebih MENGETAHUI apa yg kamu tidak tahu”
[2: 30]
Ketika malaikat menentang
dasar penciptaan suatu makhluk
Yang hina
Yang asal dari air mani
Yang asal dari tanah
SANG PENCINTA
Hanya berkata,
“aku lebih MENGETAHUI apa yg kamu tidak tahu”
Teman bukan nak tafsir yang bukan-bukan
Tapi DIA kompem tahu
Dan sememangnya tahu
Kita akan tergelincir
Dan selalu tergelincir
Terjelopok
Terhantuk
Dan
Terbenam.
اللَّهُمَّ
صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم
Khatimul anbiya
Pernah bersabda
“ Setiap dari anak adam akan melakukan kesalahan,
Dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah
Orang YANG BERTAUBAT”
Jadi marilah bertaubat
Dan berlari-lari
Berpimpinan tangan
Menuju ke
Sorga abadi.
Kerana
Jika dihimpun semua manusia
Yang ada dalam dunia ini.
Ya.
SEMUA MANUSIA.
Ke dalam sorga
,
Pasti akan insan
Yang berkata di dalam sorga kelak
“Eh besarnya sorga ni
Cam takde orang
je.
Hello, anybody home?
Hello…
Hello…
Helllooooooo……”
(bergema persis masuk dalam istana besaq sambil
melakukan aksi-aksi jakun)
Tapi
Itu pun kalau semua yang dalam dunia ni
nak masok sorga.
Tapi malangnya ramai yang tidak mahu.
Tidak percaya sorga
Seluas itu?
Betul tak percaya?
Jom kita masok sorga dulu
Dan kalau kome rase teman menipu
Request lah dekat empunya sorga
Untuk keluar dari sorga.
Ayuh bermujahadah menentang nafsu.
Jika tewas
Bertaubat dan
Kembali kuatkan strategi
iman anda!
Sekian.
"Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah dia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah dia berilmu."
(Imam As-Syafie)
Salam mujahadah kome!
[Muhammad]
Fustateleven®
power rangers tu mewarnai childhood aku kot.
ReplyDeletesabtu 6ptg, kol 5.45 aku da ready pegang remote.
aku malas nk senaraikan jenis2 power rangers ikut turutan~ kang ade yg tercabar.
btw, nice muhammad of FE!!!
luqmaan aku suka power rangers putih. dia paling power. hoho
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deletepower rangers putih ni ade krisis identiti sebenarnya.
Deletehujah lebih lanjut kena sembang belakang, kawasan ni ade kipas-susah-mati naruto manga otaku bagai. tak sekufu.
Muhammad Alkis. FTW!
ReplyDeleteseorang guru bertanya pd muridnya.jika seekor anjing dtg kpd engkau dr belakang, mcm mana kau nk buat?anak murid itu menjawab, aku sepak. guru bertanya lagi, jika dtg dr depan? murid menjawab, aku terajang. guru bertanya lagi, jika ketika itu engkau letih? mcm mana nak buat?
ReplyDeleteanak murid itu terdiam..Lalu guru itu berkata, perumpaan anjing itulah nafsu.
lalu anak murid itu bertanya pd gurunya, bagaimana nk buat dgn anjing itu?
guru itu menjawab, aku akan duduk dkt tuan anjing itu, nescaya anjing tu takkan terkam aku sebab aku dkt dgn tuannya.
Begitulah jua nafsu dan kita.. jika kita lari, ia tetap akan ikut sama, tapi jika kita dkt kpd Yang Mencipta nafsu itu, nescaya ia tewas..
Dekatkanlah diri dgn Allah, insyaAllah iman akan semakin bertambah, nafsu akan menurun..
*petikan kuliah ustaz mustafa kamal
power rangers MENANG bila last-last tu depa sama2 BERGABUNG jadi robot menentang penjahat yang tiba-tiba jadi besaq..
ReplyDeletejom, berlari BERSAMA-SAMA memenuhi sorga abadi tu. ternampak yang tersadung terpijak batu, tarik tangan dan berlari bersama. (boleh bayang?sila bayang kita berlari-lari mcm naruto dan kawannya2 ke arah matahari terbenam)
power rangers ada pistol depa, naruto ada kuasa chakra depa.. kita SUPERMUSLIMS.ada iman, ada doa. JOM GUNAKAN SEMAKSIMA, tundukkan pak su ni (NAFSU).. Moga terus thabat~