Alhamdulillah, Allah beri peluang untuk menulis. Nukilan yang tak seberapa, aku ukir untuk semua, agar yang gagal, bangun semula, yang berjaya, tak kekal leka. Ujian, memang lumrah kita, kadang berjaya, kadang gagal menanti kita.
Dahulu aku sangat semangat, seluruh keringat, dicurahkan , semata-mata demi kejayaan. Aku sedar, semua kejayaan bergerak dengan sunatullah, Allah kata ''jadi!! '' MAKA TERJADILAH, Allah kata ''tidak!!'' maka tiada siapa yang mampu menghalang.
Peperiksaan satu dugaan, saat itu kita mula dengan khayalan sendiri, ketika itu masing-masing berusaha demi kejayaan yang dicita, ketika itu, semua mula ada secebis rasa pentingkan diri, semua berlumba-lumba mencari kejayaan yang dinanti. Begitu juga aku!!.. siapa yang tak mahu berjaya?? semua ingin berjaya.
Lantas, aku menyusun langkah dan strategi yang padu, KHAS UNTUK PEPERIKSAAN ... Sasaranku hanya satu, kejayaan!! aku mula menyusun jadual, dan mula mengulangkaji pelajaran non-stop, tanpa henti!!!.Aku tahu, aku bukan insan yang bijak, perlu usaha yang lebih untuk berjaya. Mak ayah selalu cakap '' awak tu harapan mak ayah tau, ingat tu, kalau awak tak banggakan kami, siapa lagi sayang?? belajar molek-molek ye...'' ungkapan yang macam biasa terluang dibenak fikiranku.
Mak abah pasangan yang bahagia, sunggu romantik dan cemburu aku lihat kebahagian mereka, bila aku lihat mereka bergurau senda, aku menangis.... adakah aku dapat menatap wajah ini lagi??? aku belajar jauh... bukan dekat-dekat. Mak abah!! percayalah... percayalah.... percayalah...!! anakmu berusaha bermati-matian menuntut ilmu demi Allah... Setiap kali menghubungi mereka, ungkapan yang sering terungkap di bibir mereka ialah:
''mak abah nak kamu berjaya dunia akhirat, tuntut ilmu sebanyak mungkin, lepas tu, pimpin kami untuk sama-sama meniti jalan ke syurga nak.... mak abah nak kamu betul-betul belajar sungguh-sungguh, bukan ilmu medik sahaja, tapi ilmu agama jua''
Allah...... aku menahan sebak terdengar lontaran kata ini, mak abah.... insyaAllah sayang, anakmu cuba menimba semua itu, mohon doakan anakanda berjaya sayangku...
Jeng3...... kini peperiksaan pertengahan tahun bermula.. Aku curahkan segala ilmu yang terpendam dalam benak fikiranku..seluruh ilmu yang di pelajari diluahkan dalam coretan kertas peperiksaan yang terdampar di meja petak berwarna biru. Aku tergamam, kenapa semua yang aku baca seakan segan untuk ditanya dalam eperiksaan, aku dah ulangkaji, tapi... bahagian yang aku lupa banyak keluar..
Aku sudah jangka keputusan peperiksaanku.. segala usaha yang aku curahkan tanpa henti, seakan menamatkan ketenangan yang terbuku dihati ini. Adakah ini mimpi????? aku tahu, mak abah mesti sedih kalau tahu keadaan aku.. jadi, diri ini cuba mengukir senyuman palsu ketika berhubung di panggilan video.
Kini keputusan peperiksaan keluar, seperti dijangka , aku tidak cemerlang, nak menangis??? tak payah... apa guna menangis?? aku dah tahu ini kesudahannya.. keputusan itu sudah diketahui ketika kita menjawab soalan, kalau mudah, baiklah, kalau tidak, mohon diperbanyakkan doa.
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
(Al Baqarah: 216)
Ya... memang kecewa, tapi apa guna kecewa, ya.. lemah semangat, tapi apa guna lemah semangat??diri ini dah usaha.. tapi .. agaknya kenapa Allah beri kegagalan?? selalu berbisik pada diri sendiri, :
''wahai diri, mungkin kau bergelumang dengan dosa, wahai diri, mungkin kerana titik hitam di hatimu Allah tutup hijab kefahamanmu, mungkin Allah ingin beri hadiah musibah kepadamu, kerana Dia rindu dengan tangisanmu, IA !! tak silap lagi!!! Allah sayang padamu diri aku.., sebab itu hadiah ini diberi''
Lantas aku bangun, aku bentang sejadah, aku ke tandas berwuduk, sujud syukur atas kesedaran yang Allah beri, Alhamdulillah, semua yang Allah beri ada hikmahnya, Allah beri gagal, ingin aku sentiasa berusaha dan tak leka untuk peperiksaan akhir tahun, mungkin kalau Allah beri aku mumtaz, aku leka dan berbangga sehingga hanyut dalam lautan selesa penuh bergaya mematahkan sendi-sendi tawaduk yang tegak berdiri suatu ketika dahulu..
Jatuh bagaimana pun kita, tersungkur bagaimana pun kita, tergolek dan terperosok bagaimana pun kita, terseliuh bagaimana pun kita, tersembam bagaimana pun kita...bakar semangatmu dengan doa kepada Allah, semai semangatmu dengan ukiran kata dari mak ayah, bajai semangatmu dengan ukhwah dan nasihat dari sahabat, dan tuai semangatmu dengan usaha bersungguh-sungguh menuntut ilmu demi Allah dunia akhirat, nescaya semua terungkap indah... Allah itu dekat :
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
(Al Baqarah:186)
Sahabat....
Mungkin diri mengambil masa yang lama untuk menukil ukiran kata ini.. tidak mengapa, asalkan semua dapat rasai apa yang dirasai dah cukup memadai, sahabat-sahabat... kegagalan itu bukan titik noktah, tapi batu loncatan untuk terus bermujahadah penuh tabah, kegagalan tak layak membuatkan wajahmu tertunduk layu!!! tapi kegagalan .... sewajarnya menjadi bahan api membakar semangatmu... Didik diri dengan kesabaran, agar segala ujian dinikmati dengan kalimah ''Alhamdulillah ya tuhan'' .....
Bangkitlah!! bangkitlah!! dan bangkitlah!!!
Kita harapan agama, keluarga dan ummah ^_^
~MHS~
Alhamdulillah atas segla ujian :)
ReplyDelete