[FE] Akulah Hero!

in

Bismillahirrahmanirrahim.

"Dari Abdullah bin 'Amr RA berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda; sampaikanlah daripada aku walaupun satu ayat."
(HR Bukhari)

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah seinfiniti kesyukuran diucapkan kepadaNya atas segala apa yang dikurniakan kepada kita.

Sungguh,
kita seringkali merungut tak tentu hala bila apa yang kita nak tak dapat,
mudah sangat untuk berhasad dengki bila orang lain dapat lebih dari kita,
sentiasa tak puas hati dengan nikmat yang ada di depan mata, atau lebih tepat nikmat yang kita hidup dengannya, berjalan dengannya, tidur dengannya, makan minum dengannya, dan sebagainya
Nikmat jantung, hati, otot, salur darah, urat saraf dan sebagainya.

Pernah terfikir untuk ucap Alhamdulillah atas segala organ-organ yang dikurniakan itu?
Sekecil-kecil organ itulah sebesar-besar nikmat.
Tiada jantung, tiadalah nadi. Tiada hati, berkumpullah toksik. Tiada otot, tiadalah pergerakan. Tiada salur darah, tiadalah punca nutrisi. Tiada urat saraf, jadilah paralysed.

Dan jangan lupa, nikmat terbesar dariNya buat kita semua, nikmat iman dan islam.
Tiada iman dan islam, tiadalah nikmat lain.

ALHAMDULILLAH!
(ambil masa beberapa saat untuk ucapkan Alhamdulillah dengan sepenuh hati. Tak cukup sepenuh hati lagi kalau air mata tak mampu menitis dengan semua nikmat ini. Sambil ucapkan Alhamdulillah, bayangkan segala nikmat jantung, dan organ-organ dalaman badan kita, nikmat iman dan islam, yang tanpanya, tak tahu apa yang terjadi dengan kita).

Selesai mukaddimah, kita masuk isi utama hikayat hari ini.

Dua hari lepas, ada orang share video 3D tentang proses kelahiran tapi tak terlintas untuk melihatnya. Tapi semalam, Alhamdulillah, Dia gerakkan hati untuk melihat dan membuka mata hati untuk sangat kagum dengan  penciptaanNya walaupun dah berkali-kali ulang baca buku Embryology (tipu) tapi sekadar mengucapkan Subhanallah yang sekadar lafaz sahaja.

Melihat prosesnya yang begitu kompleks, memang Subhanallah. Tidaklah Dia ciptakan segala proses-proses yang kalau terlepas satu step bakal jadi defect itu dengan sia-sia. SUBHANALLAH!

Pernah terfikir,  bagaimana kita dulu-dulu? Proses fertilization antara ‘THE BEST HERO’ dengan ‘SLEEPING BEAUTY’ yang macam mustahil kalau difikirkan untuk menjadi satu sel, kemudian bercambah menjadi dua, empat, lapan dan seterusnya membentuk seorang manusia. MasyaAllah, tak ada yang dapat menciptakannya melainkan Allah. Ya, mungkin secara saintifiknya kita mengatakan bahawa proses fertilization itu adalah penemuan antara dua nucleus yang apabila bergabung akan membentuk satu sel lain, dan atas faktor-faktor lain seperti mitosis dan meiosis, akan menyebabkan pertumbuhan sel yang begitu pesat, proses specialization, apoptosis dan sekalian proses lain yang menyebabkan sel-sel itu merubah kepada satu organ yang lain seperti jantung, tangan, mata, usus, telinga, dan sebagainya. (jangan lupa, dalam telinga ada lagi outer, middle dan inner ear dengan segala organ yang lagi kompleks, jantung yang dalamnya ada sel pacemaker, sel-sel lain yang kalau tak ada, tak boleh nak pump blood).

Tapi, satu persoalan yang tak mungkin kita jumpa kalau tak ada Al-Quran dan Sunnah, siapa yang gerak dan arahkan semua proses tu berlaku? Takkanlah berlaku dengan sendiri? Walaupun ada faktor-faktor lain (contohnya melalui attractive odor dari ovum menyebabkan sperm menuju ke tempat yang sepatutnya  untuk proses fertilization), tapi hakikatnya siapa yang membuatkan ovum tu berbau? Siapa yang membuatkan sperm tu nak pergi ke ovum dengan bau tu? Siapa dan siapa?

Hakikatnya, sains tak mampu untuk menerangkan segalanya. Sains bukanlah satu resolusi untuk segala persoalan kita.

ALLAH!
Hanya Dia yang menggerakkan segalanya. Apalah yang sperm tahu untuk buat lepas masuk vagina kalau Allah tak gerakkannya untuk pergi ke tempat sepatutnya. Apalah yang ovum tahu untuk buat lepas proses ovulation berlaku. Apalah yang sel-sel tahu untuk buat apabila proses mitosis berlaku. Even jantung kita, apalah yang dia tahu nak buat kalau Allah tak arahkan untuk pump blood, untuk berdenyut dalam kadar 60-100 beats per minute. Apalah yang kidney tahu nak buat apa, kalau Allah tak arahkan dia untuk filter segala blood, segala proses reabsorption, secretion dan excretion bagai. Apalah yang sodium, potassium, calcium tahu kalau Allah tak arahkan mereka untuk buat kerja mereka dengan sebaiknya. Ingat mampu ke calcium tu nak bantu tumbesaran kita kalau Allah tak tugaskan mereka untuk membantu tumbesaran kita dengan proses-proses tertentu?

Berbalik kepada video tadi, terlalu banyak yang Dia nak ajar melalui segala proses yang Dia ciptakan untuk menghasilkan satu manusia. Bukan tak boleh Dia nak ciptakan manusia dengan sekelip mata tanpa melalui proses fertilization dan proses tumbesaran yang lain, tapi pasti ada sebab dan hikmah yang Dia nak tunjuk pada kita yang naïf ini dengan segala proses tersebut.

Pertama sekali, kenapa kita perlu duduk dalam rahim ibu selama 9 bulan sebelum dilahirkan ke dunia? Tak boleh ke duduk dalam kotak khas untuk membesar sebelum lahir tengok dunia? Tak boleh ke buat satu tempat khas yang ada semua nutrisi sepertimana yang ada dalam rahim ibu untuk pastikan baby benar-benar matang? Tak boleh kan?
Sebab apa? Sebabnya Allah nak lahirkan perasaan rahmah dalam hati si ibu terhadap anak kandungannya dan mendidik ibu untuk sabar sebelum melalui proses yang payah dalam mendidik anak tersebut ketika sudah besar. Selama 9 bulan, memboyot pergi ke sana ke mari mengusung anak yang hakikatnya bukan mudah, sakit pinggang dan tulang belakang membawa ‘beban’ dalam perut, susah untuk tidur malam, ‘terpaksa’ makan ubat yang pahit, mengawal makanan semata-mata untuk memastikan kelangsungan ‘nyawa’ yang berkongsi satu badan dalam tempoh masa tertentu. Begitu hebatnya Allah nak mengajar si ibu ketika mengandung. Kalaulah anak terus lahir tanpa perlu duduk dalam rahim ibu, agak-agak seorang ibu mampu ke nak hadirkan rasa kasih dan sayang kepada anaknya? Mampu ke seorang ibu nak bersabar dengan kenakalan anaknya? SUBHANALLAH! (rahim tu pun dah bermaksud penyayang).

Selain itu, Allah nak bagitahu bahawa kita semua sebenarnya adalah yang benar-benar terpilih walaupun hidup kita tak dipandang orang, walaupun kita biasa-biasa saja, walaupun kita tak gempak macam orang lain, tapi sebenarnya kita tetap HERO. Kenapa? Dalam million sperm yang masuk ke vagina, cuma 50-100 sahaja yang sampai ke ovum, itu pun tak semua yang in contact dengan ovum tu. Dan dalam banyak-banyak yang in contact dengan ovum, cuma satu sahaja yang mampu untuk penetrate ovum tersebut. Betapa heronya sperm tersebut yang menewaskan rakan-rakan lain dalam perlumbaan tersebut. Maka, tiada alasan untuk kita terjebak dalam perasaan ‘inferiority complex’ apabila dibandingkan dengan kawan-kawan kita yang hebat dalam study, hebat bercakap di hadapan, dan sebagainya kerana kita semua memang telah dilahirkan hebat oleh yang Maha Hebat.
Tiada alasan untuk kita melarikan diri dari amanah yang terpikul pada kita seperti amar makruf nahi munkar dan amanah-amanah lain dengan alasan kita ada kekurangan dari sudut-sudut yang kecil.

Tapi dalam masa yang sama, Allah nak tunjukkan juga yang kita memerlukan something untuk melakukan sesuatu, kita tak mampu untuk menjadi hebat dengan sendirinya sepertimana Allah. Kita bukan macam Allah, AlQayyum yang tidak berhajat kepada sesuatu pun. Sebagai contoh, dalam million sperms tu, hanya satu sahaja yang berjaya bercantum dengan ovum, tapi tanpa bantuan sperms lain yang sama-sama mengeluarkan acrozome untuk memecahkan dinding secondary oocyte, sperm yang satu itu pun tak mampu untuk berjaya. Apa yang boleh kita apply dalam kehidupan kita sekarang ini, kita tak boleh nak riak dan takabbur dengan kehebatan yang kita ada kerana sejak sebelum proses kejadian kita pun, the hero memerlukan bantuan kawan-kawannya apatah lagi kita sekarang ni. Kadang-kadang kejayaan kita bukan kerana kita sendiri, tapi kerana doa, semangat dan bantuan kawan-kawan sekeliling kita. Ingat, nak menjadi hero, kita memerlukan thousands even millions people untuk bantu kita.

Dalam segala proses yang berlaku dalam rahim, Allah nak menunjukkan betapa manusia ini lemah, tak boleh nak hidup dengan sendirinya. Amniotic fluid diciptakan untuk menjaga kita sebagai shock absorber, sebagai minuman, dan lain-lain. Placenta diciptakan untuk menyalurkan nutrisi yang ‘dirampas’ dari ibu kepada si anak, dan macam-macam benda lagi diciptakan untuk membantu kita survive dalam rahim ibu. Agak-agak, kalau tak ada amniotic fluid dan placenta, dapat ke kita menghirup udara dunia sekarang ni? Dapat ke kita rasa nikmat untuk belajar medik hari ini?

Allah nak kata, kita memang tak mampu hidup nafsi-nafsi tanpa bantuan. Kita memang akan sentiasa berhajat kepada sesuatu. Maka, salurkanlah hajat tersebut kepada Allah. Sejak dalam rahim, Allah yang ciptakan segala benda alah tu untuk bantu kita. Dan sekarang, berhajatlah kepada Allah, insyaAllah Dia akan datangkan manusia-manusia untuk bantu kita.

Cari dan teruslah cari hikmah di sebalik setiap kejadian yang Dia ciptakan.
Tanya tanya dan terus tanya untuk tambah keimanan dan bukan sebaliknya.
Allahummarzuqna ‘ilman nafi’a wa hikmatan jayyida.

Selamat study warga GEN11US!
Tambahkan keimanan atas keimanan dengan setiap helaian mukasurat yang kita belajar.
Moga peroleh keberkatan ilmu, masa, dan sebagainya. Moga peroleh pahala untuk memberatkan mizan hasanat kita di akhirat nanti. Moga peroleh syurga dengan ilmu yang kita belajar hari ini.

Moga imtiyaz dunia akhirat :)

"Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah dia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah dia berilmu."
(Imam As-Syafie)

Rabbuna yunajjah!



[AlFateh]      
Fustateleven ®




GEN11US is the 11th generation of Malaysian medical students at Kasr El-Ainy School of Medicine, Cairo University in Egypt.

1 comment:

  1. terima kasih untuk nukilan yang menggerakkan !
    semoga Allah redha.

    ReplyDelete

Suggestion Box:

Name

Email *

Message *

Followers