Alhamdulillah.. syukur kepada Allah, atas dan nikmat dan kurnia... masih hidup berlandaskan nikmat iman dan islam yang Allah anugerahkan sejak lahir lagi. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi muhammad s.a.w dan keluarganya.
Hidupku bermula daripada sel kecil , dahulunya diberi nama spermatogonia, kini semakin dewasa dan membesar dan dikenali sebagai spematozoa. Hadirku, menetap di gua berwarna putih, dalam bahasa sains dikenali sebagai tunica Albuginea. Di sini aku bertemu dengan ramai sahabat seperjuangan atas matlamat yang satu, iaitu, merebut mutiara kehidupan. Mutiara ini mempunyai kuasa yang sangat ajaib, mampu membentuk satu jentera hebat bernama khalifah yang dikurniakan senjata terhebat iaitu akal fikiran..
Di sini kami di jaga dan diselia oleh pegawai khas, yang dinamakan ''sertoli cell'' , beliau amat pengasih dan banyak membantu kami. Antara tugas beliau adalah memberi bekalan makanan dan perlindungan, membuang sisa yan terhasil dalam proses tumbesaran kami dari spermatogonia ke spermatozoa, dan memberikan beberapa pembantu yang baik hati.
Antara pembantunya ialah, Encik androgen binding protein, Tan Sri inhibin, Dato' Seri activin, dan Tun mullerian inhibitory substances. Pegawai ''sertoli cell'' juga mampu memberi bantuan rembesan kepada kami, antaranya ''aromatase enzyme'' , yang menukarkan baby kami ''androgen'' kepada ''estrogens'' , dan menyediakan ''proteolytic enzyme'' untuk memudahkan kami melintasi jambatan ''tight junction'' untuk ke destinasi
Saban hari terus berlalu, hari berganti hari, waktu berlalu pergi, berjalan bagai air sungai mengalir di hiliran sepi. Di sini aku mengahadiri beberapa siri kulyah, kami diajar teknik menyimpan tenaga dan banyak lagi ilmu tambahan tentang dunia yang bakal kami tempuh. Di sini kami menunggu siren kecemasan untuk berlepas ke destinasi...
Dalam sesi kulyah dan pembelajaran kami di gua putih, kami dimaklumkan bahawa, mutiara kehidupan ini mempunyai perisai yang sangat kuat, bernama ''zona pelucida'' dan sukar ditembusi oleh mana-mana pahlawan, semuanya tumpas menyembah fallopian tube, yang berjaya bukan calang-calang pahlawan, dan mesti mempunyai kecekalan yang kuat dan tawakal yang berpanjangan, memang!! perjuangan ini bukan biasa...
Di sini , aku di ajar cara berenang yang pelbagai, banyak pengalaman yang aku timba dan aku nikmati . Kadangkala, membuatkan aku tertawa seorang diri. Aku pelajari renangan kuak lentang, gaya bebas, rama-rama, renangan katak dan renangan gaya berudu. Alhamdulillah, Allah kurniakan aku kefahaman dan kudrat untuk menguasai kemahiran ini.
Pada suatu hari, aku lihat sahabat seperjuanganku sangat serius dan bersungguh. Masing-masing mengasah keris, tombak, pedang dan menyelenggara senjata apa untuk ke medan perjuangan, nampak perkasa dan penuh bertenaga, terasa diri ini kerdil, mampukah aku merebut dan bersaing dengan mereka demi mutiara kehidupan yang satu??? pertanyaan yang sering kali bermain di benak fikiranku..
Tiba-tiba , terdengar siren kecemasan yang di tunggu-tunggu sekian lama, suasana menjadi riuh penuh kacau bilau, semua bergegas bersedia dan menunggu detik keemasan untuk menerjah ke pintu keluar yang di tetapkan. Aku tahu, diri ini tak sekuat mereka, hanya doa , usaha dan tawakal menjadi senjataku untuk memenangi mutiara kehidupan..
Langkah diatur penuh rapi, ku mulakan dengan bismillah, mengarahkan libasan ekorku diatur meneruskan renangan yang padu, aku bergerak tenang dan penuh tawakal, segala ilmu yang aku pelajari di Tunica Albugenia ku aplikasi dengan penuh teliti dan tabah. Seekor demi seekor melintasi dan memintasku, mereka begitu bersungguh-sungguh mencari mutiara kehidupan, yang dahulunya menjadi kawan, kini menjadi lawan. Secebis kekesalan terbit di wajahku yang tertunduk layu..
Setelah lama meneruskan renangan, tubuhku semakin berat, mitochondria sumber tenaga dijana semakin berkurangan, seluruh sendi menjadi lemah, hatiku sungguh resah, impianku bertemu dan bersatu dengan mutiara kehidupan bakal musnah andai aku pergi ke pencipta pada detik ini, namun, aku redha dengan segala ketentuan yang Allah aturkan, nikmat disebalik musibah amat manis dirasai dari kebahagian yang berterusan.
Lama kelamaan aku tidak bergerak, hanya terhenti penuh letih dan lelah, rupa-rupanya, ada seorang pahlawan berpaut dibelakangku tanpa disedari, sungguh kurang hasam pahlawan ini, sungguh syahdu aku melayan perasaan , dia mengambil kesempatan, lalu aku menggelekkan tubuhku, agar jatuh dia dari pautan tubuh yang layu ini, dan aku teruskan perjalanan. Dari jauh, aku terlihat ramai pahlawan yang tumpas dan terkorban, mereka kehabisan tenaga dan terperosok di dinding Uterus.
Dalam kesamaran cahaya di rahim si ibu, aku terlihat seorang pahlawan yang sangat gagah berbandingku, dia cukup tangkas dan penuh bertenaga , libasan ekornya cukup megah dan padu, sampai ke dua simpang fallopian tube, dia memilih simpang kiri, aku yang mengintainya dari jauh terus mengekorinya dan memilih simpang jalan yang sama. tetapi.. ada suatu tarikan yang kuat!!!
Tarikan yang kuat menarik kemas tubuhku, aku tidak tahu apakah puncanya, ''kenapa ni???!!! aku menjerit penuh perasaan dan kerisauan, adakah ini dikatakan takdir untukku bertemu mutiara
kehidupan??!! , puasku melawan tarikan Intramural segment ini, tetapi gagal jua, lalu aku dibawa arus deras yang menjadi misteri hingga ke detik ini,
Subhanallah... aku terkejut dan penuh bersyukur.... ''Mutiara kehidupan!!!!!!'' aku menjerit, rupanya tarikan misteri tadi menjadi asbab untuk aku bertemu mutiara ini, Alhamdulillah ya Allah, kau berikan aku kesempatan melihat keajaiban kekuasaanmu dan ciptaanmu, persoalannya sekarang, mampukah aku menembusi perisai zona pellucida itu?? aku lihat ramai pahlawan menggunakan seluruh tenaga, mengerah tenaga dan memerah hydrolytic enzyme yang terkandung di kepala masing bernama acrosome.
Aku mendekati mutiara kehidupan dan mulakan usaha menembusinya, seluruh keringat aku belanjakan penuh tabah, lama kelamaan aku hampir menembusinya, tiba-tiba... ''dusshhh..''' aku ditolak dan ditetak di kepala, internal bleeding mula aku alami, kepala pening dan mula berpusing , ya Allah.. andai ini takdir aku redha ya Allah... aku redha..
Perlahan-lahan aku bangun, aku lihat pahlawan yang menolakku tercampak jauh ke belakang , mungkin itu balasan setimpal yang Allah berikan, tiba-tiba , aku terlihat terdapat ruang kosong yang hampir ditembusi kesan usahaku dan pahlawan tadi, lantas aku meluru dan cuba untuk memasuki mutiara kehidupan ini. Setelah aku masuk, lapisan mutiara kehidupan semakin menebal, lalu aku menekan suis automatik yang dapat di penjuru pintu masuk, dan jentera yang yang aku naiki mula bergerak pantas, meninggalkan pahlawan lain dengan penuh bergaya. Tersingkap wajah-wajah cemburu dan putus asa dalam kalangan pahlawan lain.
Alhamdulillah , jentera yang aku naiki kian membesar dan mula berkembang pesat membentuk manusia sebaik-baik kejadian. Daripada foregut, midgut dan hindgut, aku terus membesar, menjadi manusia yang bakal lahir sebagai khlifah Allah dimuka bumi, moga impianku untuk bertemu Allah disyurga tercapai dan sentiasa di pimpin dan di bimbing untuk kejayaan dunia akhirat.
Jikalau hambaku bertanya kepadamu wahai muhammad tentang aku, maka katakanlah, sesungguhnya aku dekat. -surah al-baqarah ayat 186
Firman Allah s.w.t:
"Iaitu orang yang beriman dan hati akan menjadi tenteram dengan mengingat ALLAH.Ingatlah, dengan mengingat ALLAH hati akan menjadi tenteram" (QS 13:28)
Sahabat-sahabat yang saya kasihi dan sayangi kerana Allah, ingatlah.. sejauh mana usaha kita, sejauh mana ikhtiar kita, panjatkanlah doa dan tawakal hanya kerana Allah, kerana Allah sahaja yang tahu cerita hidup kita, dialah tuhan yang maha agung dan maha berkuasa dalam tiap-tiap sesuatu, semua yang tercatat dalam cerita hidup kita ada hikmahnya.Allah tersangat sweet, TAKKAN PERNAH , Allah tinggalkan hambanya terkontang kanting tanpa arah, Dia sentiasa pimpin dan bimbing kita untuk dekat padanya. Di musim peperiksaan ini, tingkatkanlah cinta hanya pada Allah, insyaAllah.. semua dipermudah untuk imthiyaz dunia akhirat.
Salam ukhwah kerana Allah, bitaufiq wannajah ^_^
MHS
elok aku baru pas wat cerita pasal ovum :p
ReplyDeletevortex #np
ReplyDeletecreative ! analogi yg terbaik ! barakallah :)
ReplyDelete