[FE] Banduan Syurga

in

Bismillahirrahmanirrahim..

“Dari Abdullah bin 'Amr RA berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda; sampaikanlah daripada aku walaupun satu ayat.”

(HR Bukhari)



Nafas dihirup panjang, mata yang terkatup dibuka. Segala puji bagi Tuhan Yang Menghidupkan dan Mematikan. Suasana masih gelap. Segera tubuh itu bangkit meraba, mencari dan merapati sinki. Air dirapatkan ke muka, bermula ritual khas untuk Yang Esa. Sujudnya hari ini panjang, matanya basah. Tahajud diakhiri salam, terus cuping menangkap bunyian luar. Esakan tangis terdengar disana-sini. Dahulu, malam sebegini hening, cuma dipecah bunyi cengkerik dan igauan djin merasuk jiwa. Hatinya tenang.



“Apa kau tidak takut?” Tanya Karim, 148316.

“Allah penentu qada’ dan qadar. Kita berusaha. Dia menentukan. Andai mati itu takdirku, aku terima dengan redha.”

“Heh, persetan kau dengan Allah kau. Kalau Dia Maha Adil, kau takkan disini. Bukankah kau dan rakan-rakan bodoh kau itu “pejuang agama”? haha, kenapa? Sedih kerana ini penamat kau?” Karim memprovok.

Dia mengukir senyum. Senyum yang buat Karim terkedu. Apakah lelaki ini sudah gila? Bisik hati Karim.

“Jika teman wanita mu menyorokkan sesuatu dibelakangmu, dalam keadaan dia ingin memberi hadiah besar sebagai kejutan kepadamu, apakah itu tanda dia benci padamu?" Senyap.



Subuh telah selesai. Segera dia membuka kitab Al-Ma’thurat yang tersemadi kemas dalam hatinya. Dan kali ini juga hatinya tersentuh. Zikr memuji Ilahi dibaca melalui corong siaraya. Biarpun hanya sayup terdengar, hatinya dimamah syukur bertimbun. Ya, dahulu itu bukan perkara biasa. Tuhan, terima kasih. Kau ubah neraka ini kepada syurga. Sungguh, Kau Tuhan Pemilik hati manusia.



“Kenapa kau menangis?” disapa Karim yang berteleku disebelah katil.

“Teman wanitaku ingin putus denganku. Katanya dia tak mahu bersuamikan perompak. Apakah wajar? Sedang aku buat ini semua untuk dia. Untuk menggembirakan hatinya.” Bentak Karim.

“Ya. Dia wajar buat begitu.” ringkas

Panas. Karim meragut janggut lelaki berlagak alim itu.

“Kau teringin untuk merasa tumbukanku ya?”

Muka lelaki itu masih tenang. Terasa aura yang buat Karim takut. Segera dilepaskan lelaki itu.
Tangisannya semakin kuat. ‘Aku lemah dan dayus’. Tiada apa yang tinggal didunia ini untuknya.

“Allah ada bersamamu.” Lelaki itu tersenyum.

“Kau layak untuk beristerikan bidadari yang setia, kenapa perlu menangisi wanita yang cintakan dunia semata?”


AlKitab itu dirangkul kemas. Ayat 169 dari Surah Ali Imran yang tersingkap tadi benar-benar mengeraskan hatinya dari terhuyung-hayang di ambang pintu barzakh. Nafas dihela. Cinta Tuhan itubesar dan indah, dan Dia mempersaksikannya butir firman-Nya saat hati itu sedikit gusar sebelum disapa Izrail. Cinta.



“Ustaz, saya nak tanya. Ustaz selalu cakap cinta itu milik Allah. Tetapi kenapa homoseksualiti ditentang Islam? Bukankah ada diantara mereka yang ditakdirkan untuk berperasaan begitu? Kenapa Allah, yang memberi rasa cinta itu menentang pula ciptaan-Nya.”

Selalunya soalan Karim dibalas senyuman, tapi hari ini beza. Dia ditenung oleh sepasang mata yang bersinar itu.


“Eh, Ustaz. Bukan saya ada perasaan kat lelaki, saya tertanya je. Saya yakin saya suka perempuan.” cepat-cepat Karim meletak garis sempadan.



Dia ketawa dengan kenyataan rakan satu selnya itu. Karim lega.

“Pernah kau jatuh cinta dengan ibu tiri mu? Ya, perasaan cinta itu boleh tiba-tiba muncul kepada orang yang sangat tidak boleh engkau miliki. Tapi, apakah yang kita lakukan? Ya, kita akan pergi dari cinta itu. Cinta manusia itu tidak kekal. Mudah sahaja untuk beralih. Kau sudah lupa sepenuhnya kan pada temanmu yang sudah putus dengan mu kan? Selepas bertemu dengan adinda ku?”persoalan itu buat Karim tertunduk malu.

Ya, Asma’ sungguh indah. Hatta ada tabir melindungi susuk tubuhnya. Aura mujahidah sejati bagai terpancar menyinari balik jeriji besi ini.

“Ya. Dia Pemilik Cinta. Dia juga Pemilik Hati. Minta sahaja padanya agar cinta kita bisa teralih hanya untuk-Nya. Bukan untuk manusia. Hanya manusia yang bertuhankan nafsu mendoktrinkan ‘aku adalah aku, kau adalah kau’ dan terus hanyut mencintai apa yang dia cintai. Dalam erti kata lain, cinta juga mehnah untuk kita; ujian bagaimana kaedah kita meluhurkan cinta.” Karim mengangguk faham.



“S83296!” Akhirnya nombor itu dipanggil.

Segera dia letakkan mashaf itu tinggi ditepi tingkap kecil yang memberinya sedikit cahaya malap. Hari ini dia dihukum gantung. Atas sebab hasutan untuk menggulingkan kerajaan.

Islam kini masih dagang. Sedih.

Hari ini juga sudah sebulan Karim keluar dari dinding tarbiyah penjara.

Dua hari lepas, Karim datang untuk lawatan terakhir bersama Asma’, adindanya. Alhamdulillah satu lagi keluarga Muslim sudah terbina. Mata Karim basah, Asma’ pula berbeza, tersenyum bangga.


Ya. Dia dan ikhwah seusrahnya mungkin mati di tali gantung, tapi Allah itu wujud tiada mati. Dan hatta setiap mereka diasing sel penjara, kerja itu wajib mereka pikul. Syukur kepada Pemegang Hati, penjara mati menjadi teratak fikrah suci. Itu sahaja usaha mereka. Sedikit tapi moga-moga diberkati. Benar, biar mati pemegang panji, panji Islam sentiasa utuh berdiri.



BERITA UTAMA; Ketua Pemuda Ikhwah Muslim Sedunia dan Majlis Tertinggi pertubuhan itu mati di tali gantung. Dijalanan, sekularis bersorak. Dibalik dinding rumah, mata-mata penggalas panji basah. Jangan bersedih. Ingat!! ALLAH BERSAMAMU

Selawat kepada Muhammad SAW, pesuruh Ilah. Al-Fatihah buat pejuang-pejuang Islam yang syahid dan yang bakal syahid demi mendaulatkan syiar-Nya.




"Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah dia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah dia berilmu."


(Imam As-Syafie)



[AnAA]
Fustateleven®

GEN11US is the 11th generation of Malaysian medical students at Kasr El-Ainy School of Medicine, Cairo University in Egypt.

0 comments:

Suggestion Box:

Name

Email *

Message *

Followers