[FE] Team Syurga

in

Bismillahirrahmanirrahim..

“Dari Abdullah bin 'Amr RA berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda; sampaikanlah daripada aku walaupun satu ayat.”

(HR Bukhari)



“Zack?”

“Zikri.” Tenang.

“Kau buat lawak kan.”

“Kalau aku serious?”

“Gila.”

“Aku nak masuk syurga. Salah ke?”

Kedua-duanya menyepi seketika. Terdengar apek kampung sebelah berteriak surat khabar lama.

“Well, aku perlukan kau dalam team.”

“Aku still with the team unless kau buang aku, kapten.”

“Gila. Kau scorer terbaik kot.”

“So, janganlah buang aku dari team.”

“Aku tak cakap pun. Tapi… takkan lah kau nak main bola dengan kopiah der. Malu aku tujuh keturunan.”

“Time main aku cabut lah.”

Terdiam.
…………………………………………………………………………

“Bro, azan der. Dah Sejam kita main. Rehat dulu lah. Kita solat tepi padang. Amacam?”

“Sarkastik eh kau.” Kapten berbaju merah mencari nafas.

“Aku serious ni. Jom ahhh….,” tangan pemuda itu ditarik. Dia patuh.

Sebelas pemuda membuat saf. Sembilan orang bermasam muka tapi patuh meluruskan saf masing-masing apabila diminta.

Kapten mengalunkan iqamat tergagap-gagap.

Takbir diangkat.

“Allaaaaaaaaaahu Akbar,” gemersik.

Pemuda berkopiah mengimamkan jemaah.

“Awalnya kita solat,” Pemuda di hujung saf mengomel perlahan sendirian. Takbir di angkat. Patuh dalam kemalasan.

Suasana menjadi sepi. Barangkali makhluk semesta sedang khusyuk memuji Sang Pencipta.
……………………………………………………………………………

“Kau still Zack yang aku kenal. Scorer terbaik. Guitarist kampung terhandal. Budak top dalam study.
Tapi kau…….. beza sekarang. Kalau dulu kau nyanyi lagu jiwang karat lepak sampai malam, sekarang nasyid, selawat memanjang. Lepastu ambil kopiah jalan ke surau melenggang. Al-Quran jangan cakaplah, dah macam imam muda aku dengar.”

Lelaki berkopiah putih tertawa kecil. Sesekali t-shirt cap ayam dikibas-kibas untuk menyejukkan badan.

Sepi. Padang yang luas dipandang kosong.

“Aku nak masuk syurga.” Dia menyambung selepas diam seketika.

Kedua-duanya menyepikan diri.

Masa berlalu perlahan. Seminit.. dua minit.. tiga minit…

“Aku pun.” Perlahan Amir menutur.

Zikri memandang Amir. Matanya bercahaya.

“Tapi…”

Berhenti. Nafas berat terdengar.

“Aku takut nak berubah. Aku takut apa orang akan cakap. Aku ni dah lah banyak dosa. Aku takut Dia… tak nak terima aku jadi team syurga la der.”

“Gila. Sejak bila tuhan kasi red card dekat kau yang kau tak boleh jadi team syurga, kapten?”

Pemuda berbaju merah disiku lembut. Dia tersedak ringan.

“Entah. Aku takut tak boleh jadi diri sendiri. Aku takut jadi hipokrit.”

Sepi. Bayu petang bertiup tenang.

Zikri seperti memikir sesuatu lantas berbicara perlahan,

“Jadilah apa pun jenis manusia yang kau nak. Tapi pastikan Allah dan Rasulullah sayang.”

Amir merenung jauh.

“Jadilah apa pun jenis manusia yang kau nak. Tapi pastikan Allah dan Rasulullah sayang.”

“Macam mana tu?” Dia penasaran.

‘Allahu Akbar, Allaaaaaaaaaahu Akbar’ Azan asar kedengaran syahdu.

“Jom.” Zikri menarik lengan Amir.

“Nak pi mana?”

“Daftar jadi team syurga.”

Amir patuh.

“Esok 1 Muharam. Petang ni kita baca doa akhir tahun. After maghrib kita join kariah baca Surah Yasin dan baca doa awal tahun. Kita buka buku baru. Moga Allah terima.” Zikri rancak berbicara.

Amir tersenyum seraya mengangguk. Buku baru. Bismillahirrahmanirrahim.




"Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah dia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah dia berilmu."


(Imam As-Syafie)



[HR]
Fustateleven®

GEN11US is the 11th generation of Malaysian medical students at Kasr El-Ainy School of Medicine, Cairo University in Egypt.

0 comments:

Suggestion Box:

Name

Email *

Message *

Followers