Pada 27 Oktober yang lalu, pihak Majlis Tertinggi GEN11US telah menganjurkan satu program sulung bagi ahli GEN11US setelah kembali ke Mesir bagi sesi pengajian baru. Bertemakan kebersamaan dan kesatuan, program ini diisi dengan sesi pengulangkajian subjek Pathology dan diakhiri dengan jamuan makan malam yang bertemakan Aidilfitri.
Sesi pengulangkajian dilakukan oleh saudari Zateel Fahada dan saudara Zofir Wajdi. Pengulangkajian ini meliputi topik-topik yang telah dipelajari di dalam kuliah universiti bagi minggu pertama, seterusnya membantu rakan-rakan yang tidak berkesempatan menghadirinya.
Diselangi dengan ucapan oleh saudara Ahmad Azlan selaku Ketua Batch yang baru, program diakhiri dengan jamuan makan malam.
-Biro Multimedia GEN11US 2013/2014
0 comments: