Bismillahirrahmanirrahim..
“Dari
Abdullah bin 'Amr RA berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda; sampaikanlah
daripada aku walaupun satu ayat.”
(HR
Bukhari)
******************
Ruzaiy
berjalan membelah udara, kaki dilepaskan satu persatu mengikut rentakan tempo
terpantas. Mukanya diheret rasa kechiwa, rasa penat, lelah, letih. Kuliah demi
kuliah ditatapnya, dari pagi, hingga sekarang, hampir luput waktu asar.
Kalau ikutkan hatinya, mahu
sahaja dia beredar dari kelas tersebut, tapi dia sering diingatkan oleh
sahabatnya, “ sabar lah uzaiy, kejap jek lagi, bukak mata tuh” sambil
mengurut-urut tengkuknya. Dia ingat sedap urutannya, bahkan makin sakit ada la!
“Sibuk betul aku, keluar pagi,
balik petang. Bukan berfoya-foya, tapi menuntut ilmu. Penat kot kalau tiap-tiap
hari macam nih” ruzaiy mengomel sendiri.
Perjalanan diteruskan, menempuh
lalu lintas, yang menduga nyawa.
****************************************************************
Usai solat maghrib, ruzaiy
menatap computer ribanya, “Relax dulu, seharian aku bekerja nih”. Perkara
pertama diusiknya, laman facepalm (laman popular masa kini). Status diri
diupdatenya.
"Hari ni
kelas dari pagi sampai ptg, penat! #sigh”
Enter…
Eh jap!
Delete……………..
“Hari ni
kelas dari pagi sampai ptg, penat! Sibuk!Tapi enjoy la.. moga Allah beri
kekuatan. Sepanjang bulan nih jadual sama macam nih. #sigh”
“Baru
nampak islamik” getus ruzaiy. Enter!
Berselang seli news feed ditatapnya, Akmal
Rahim, teman serumah, baru pulang menunaikan solat maghrib berjemaah di masjid.
“Ko tak
turun solat tadi Ruzaiy?”
“Aku
tertidur tadi. Penat! Sibuk!”
“Oh, nanti
isyak turun la yep. Mengadu direct pada Allah” ujar akmal. Sinis.
“InsyaAllah
akhi” jawapan ringkas ruzaiy kepada Akmal. Orang yang dia gelar sebagai
malaikat jelmaan. Selalu mengingatkan dia tentang akhirat.
Sambung Ruzaiy menatap laman sosial itu,
Tiba-tiba,
“ting2.. ting2” bunyi mesej yang disampaikan dalam laman sosial itu.
“ Salam,
sori menganggu enta. Ana nak taqdim enta nih”
“Wassalam,
ana belum berminat nak kawin” jawab Ruzaiy. Ringkas. Sibuklah katakan.
“Eh, bukan.
Ana nak taqdim enta jadi ajk ana. Nanti kita ada program sambutan
pelajar-pelajar baru anjuran BERBUATAN. Boleh kan? Enta pon ana tengok ada
kemahiran dalam seni komunikasi.”
“Ermm, sori
la akhi. Ana sibuk sikit bulan ni. Kelas ana dari pagi sampai ke petang dah
sekarang.
Nak revise lagi, nak pegi talaqi lagi (tgn atas dada, mata tgk atas).
Ana takut tak dapat bagi komitmen untuk program enta tu”
“Oh, tak pe
la.. syukran. Rabbuna yusahhil”
“Afwan”
Lega.
Tanggungjawab baru dia lepaskan. Kalau tak, memang tak tidur malam la dia,
kalau buat macam-macam. Program lagi, kelasnya lagi. Arghh. Penat! Sibuk!
“ Eh, Ruzaiy. Makan jom. Aku dah masak special untuk ko nih. Ayam masak strawberry.
Legend!”
“Fuyoo.
Makanan.. sempat pulak ko masak Akmal. Bukan ko pergi masjid ke tadi..?” ujar Ruzaiy separa pelik. Bangkit dalam kemalasan, menuju kepada Akmal. Tentang
makan, semua boleh.
“Ala,
ringkas2 jek. Kejap lagi aku nak mintak tolong ko. Tolong basuh pinggan jap.
Aku nak keluar. Ada meeting dengan presiden BERBUATAN.” Balas Akmal. Senyum.
“Meeting
pulak dah. Yela2..”
*****************************************************************
“Hahahahahhahaha”
gelak Ruzaiy keseorangan. Terpampang giginya ditayang. Kuat benar tawanya.
Memang tak kering gusi kalau melihat kisah
orang berlari-lari nih (baca:running man). Ada sahaja gelagatnya.
Ruzaiy baru sahaja menatap buku pelajarannya.
Baru sahaja. Baru setengah muka surat. Sungguh letih baginya. Selang seli
dengan kisah orang berlari-lari itu, dia melihat status updatenya.
“Wow, ramai
like. 2023 like your status update”
“Moga
dipermudahkan ruzaiy”, “selamat berjaya,” “aku bersimpati kat ko ruzaiy”,
“kipidap bro!” antara komen2 yang diberikan padanya.
“ Terima
kasih. Doakan.” Jawab Ruzaiy ringkas. Orang sibuk mesti jawab ringkas dan
padat!
Sejurus itu, sambung pula dia menatap kisah
orang berlari-lari itu. Jarum jam dinding menari-nari atas nombor 10 dan 6.
Pukul 10.30 malam sudah. Akmal masih belum pulang.
Akmal memang begitu. Jarang sekali lihat dia di
rumah. Jarang sekali lihat dia lentuk dalam kelas. Dan paling ajaib, jarang
sekali melihat dia beraksi dengan buku-buku. Tapi result dia sentiasa maintain.
Bukanlah yang terbaik. Tapi sentiasa maintain. Dia menyoal dari mana kekuatan
yang dia ambil. Menjawat pelbagai jawatan dalam persatuan. Nak tolong
masyarakat katanya. Bagaimana nak tolong orang kalau diri sendiri belum
tertolong. Siapa nak ajar aku kalau aku tak perform masa exam? “ getus Ruzaiy.
“Assalamualaikum”
sapa Akmal dari belakang. Cuba berukhwah geli-geli dengan Ruzaiy.
“Waalaikumussalam,
eh, bila ko balik? Lambatnya..”
“Baru jek,
tadi habis meeting, hantar akhowat sampai depan rumah. Lepas tu dia hadiahkan
pulak chicken chop sebagai penghargaan, tu yang lambat sikit”
“ooo..” Ruzaiy buat-buat tidak jeles.
“ eh, study
apa nih?” Tanya Akmal.
“ Study
yang belajar tadi la. Dari tadi tak berganjak page yang sama jek nih. Tak
paham-paham bende nih” Ruzaiy bersuara. Nada separuh merajuk.
“ ooo, yang
nih.. dia macam nih… blab la blab la blab la bla” ajar Akmal. Persis seorang
professor.
“Hebat
giler ko mal.. macam mana ko boleh tahu sume nih. Sori la nak cakap, tapi aku
tengok ko tak study mana pon, sibuk sana sini. Tapi sume bende kau tahu..”
Tanya Ruzaiy, kagum!
“Sapa kata
aku tak study, aku study kot.. Cuma macam ni la ruzaiy. Ilmu nih bukannya
directly propotional dengan masa kita dengan buku, tapi kualiti. Banyak benda
bersandar dengan ilmu nih, pertama, hati.
Hati yang kotor tidak akan disinggahi dengan
ilmu. Oleh itu, banyakkanlah selawat dan sucikan hati. Hadir ke majlis-majlis
ilmu.” Bermula tazkirah isyak ustaz akmal. Ruzaiy berpaling melihat lantai.
Seronok juga melihat semut-semut berlari-lari atas tanah.
“Kedua, ilmu itu jugak sesat kalau tidak
bersanad. Bahaya jika membaca buku yang tidak bernada itu semata-mata.
Kefahaman hendaklah diwarisi dengan secara talaqi. Syeikh yusri al hasani
pernah cakap, ilmu itu hendaklah dicari, seperti mana ulama’ dulu-dulu mencari
ilmu. Mereka bertalaqi berdepan dengan guru. Setiap perkara ada pintunya,
menuntut ilmu pun ada pintunya, ikutlah ulama yang tahu pintu-pintu menuntut
ilmu, Syarah syeikh waktu tafsir surah Al Baqarah ayat 189.”
“ Eh, tapi aku datang la kelas-kelas. Mana pernah
aku ponteng” balas Ruzaiy. Tidak puas hati.
“Yela, jasad datang. Akal sampai seluruh dunia.
Cuti winter lambat lagi bro nak keluar jaulah. Fokus!” balas Akmal. Mata
bersinar-sinar.
“Ketiga, adab. Adab dengan ilmu, adab dengan
guru. Jaga itu” sambung Akmal dengan tazkirahnya. “ walaupun prof atau dr tu
memang bosan dan menjengkelkan, tapi janganlah kita kutuk puas2 die. Walaupun
dia tak faham, tapi hormatlah dia sebagai pemberi dan penyampai ilmu.
Ke empat. Hablu minallah, wa hablu minnas. Jaga
lah baik-baik. Solat berjemaah, pada awal waktu. Zikir harian jangan tinggal.
Al quran jangan biar berhabuk. Jaga juga komuniti kita, jaga juga hubungan
dengan manusia lain, walaupun dia jahat pada kita, tapi muslim tidak akan
membalas batu dengan batu, tapi membalas bunga atas balingan batu tersebut.
Hiduplah berkomuniti, tolonglah apa yang kita mampu. Jangan berfikit atas dasar
logik sahaja,fikirlah tentang keberkatan. Itu semua keberkatan yang kita cari.
10 minit bagaikan sejam, jika hadir keberkatan ilahi.”
“ Aku bukan tak nak tolong. Tapi aku datang
prinsip! Aku tak nak terlepas focus, aku datang sini bukan nak jadi kuli atau
ahli kebajikan masyarakat, aku datang matlamat aku nak study” balas Ruzaiy,
marah. Pedas rasanya teguran itu.
“ Ya betul. Sebab itu kita kene hidup
berkomuniti, berat sama dijunjung, ringan sama dijinjing. Tolong menolong
sesama kita. Nanti dah kerja, bukannya kita nak kerja dengan tiang lampu, kita
nak kerja dengan manusia! Kena berlatih dari sekarang berinteraksi dengan
manusia, diplomatik, sensitiviti” Akmal membalas. Membetulkan sedikit kepiah
beliau. Dalam menegur pun mesti kena kelihatan segak!
“Lastly, study hard and smart. Istiqamah. Ambik
sneek peak sebelum mula tajuk, fokus dalam pelajaran, pastu revise. Study biar
smart, walaupun sekejap, tapi berkualiti. Berdoa sahaja diluluskan exam, tapi
study tak mahu, tak boleh. Bukan jugak berbakti sana sini, last sekali study
entah kemana “ leter Akmal. Panjang. Pedas.
“ Banyak
nye kene buat. Aku baru student. Macam perdana menteri punya jadual la kalau
aku buat semua” balas Ruzaiy.
“ Ya, sume
tu tadi bukan atas dasar kita student semata-mata, tapi atas dasar, kita ini,
MUSLIM, HAMBA, DAN PEJUANG AGAMA DALAM DASAR PELAJARAN. Jundullah jangan
menyerah dalam perjuangan ini!”
Angguk. Tanda
faham, tanda mengerti. Ruzaiy berharap dia dapat mengikuti pesanan itu.
Kalau kita
tak bermula hari ini, bila lagi?
*****************************************************************
“Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang
berkehendakkan akhirat maka hendaklah dia berilmu dan sesiapa yang
berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah dia berilmu."
(Imam As Syafie)
[zhelas]
Fustateleven ®
Zhelas ensem
ReplyDelete