I-SCAN

in


Pada 6 Disember 2013 yang lalu, BPI GEN11US julung-julung kalinya telah mengadakan satu program mega iaitu I-SCAN yang merupakan singkatan daripada nama program; Islahuu..Solat Cara Nabi. 

Program sulung BPI ini  yang bertemakan “Sollu Kama Roaitumuni Usolli” bermula seawal jam 7.30 pagi dengan menghidangkan nasi lemak sebagai menu sarapan kepada ahli-ahli GEN11US. Program yang bertempat di markaz PERUBATAN Abou Risy ini dijalankan bertujuan untuk membentuk muslim yang mampu melaksanakan ibadat dengan memahami dalil-dalil syara’ menggantikan taklid semata-mata. 

Selain itu, program ini turut  membantu ahli dalam memperkemaskan lagi ilmu fardhu ain yang sedia ada dengan pengisian berbentuk teori dan amali di samping dapat menghayati cara solat yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.



Program ini telah dikendalikan oleh Asyrul Naemi, selaku pengerusi majlis dengan baik sekali. Majlis dimulakan dengan slot akademik selama lebih kurang 5 minit oleh Muhamad Firdaus bin Rahim, untuk membincangkan case study bagi subjek Pathology. Walaupun masa yang diberikan agak singkat, namun slot ini sangat memberi manfaat kepada semua ahli.






Bagi slot kemuncak, iaitu sesi pembentangan kertas kerja dan amali, pihak program telah menjemput seorang penceramah hebat dari BKAN Kelantan, iaitu Ustaz Safwan Shaberi. Sesi pembentangan kertas kerja yang disampaikan oleh ustaz  telah mendapat ‘feedback’ yang baik dari ahli GEN11US. 

Penyampaian kertas kerja yang menarik dan mencuit hati dari ustaz telah berjaya menarik minat ahli untuk berinteraksi dengan ustaz dengan mengajukan pelbagai soalan serta menumpukan sepenuh perhatian semasa sesi penyampaian diadakan. Sesi pembentangan kertas kerja ini telah dibahagikan kepada dua slot dimana setiap slot telah dijalankan selama satu jam setengah dan rehat selama 15minit antara slot telah diberikan dan diisi dengan tayangan video yang menunjukkan cara Nabi s.a.w. berwuduk.















Program berakhir pada jam 11.30 pagi dengan sesi soal jawab. Kemudian, ikhwah beransur untuk menunaikan solat Jumaat manakala akhawat telah menjalankan amali solat selama 15 minit. Tuntasnya, program ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya dengan adanya kerjasama daripada  ahli GEN11US sendiri. Diharapkan program ini dapat memberi manfaat kepada semua ahli GEN11US untuk menjadi seorang yang profesional bukan sahaja dari sudut kerjaya malah sebagai seorang hamba kepada Yang Maha Esa.



-Biro Pembangunan Insan GEN11US 2013/2014

GEN11US is the 11th generation of Malaysian medical students at Kasr El-Ainy School of Medicine, Cairo University in Egypt.

0 comments:

Suggestion Box:

Name

Email *

Message *

Followers