Ziarah Mahabbah Akhawat GEN11US

in

Bismillahirrahmanirrahim..


Pada 26 Disember 2013, Biro Pembangunan Insan GEN11US telah mengadakan satu program yang diberi nama Ziarah Mahabbah. Program ini melibatkan akhawat sahaja.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempraktikkan biah solehah sekaligus merapatkan lagi ukhuwwah dalam kalangan ahli batch.

 Firman Allah dalam Surah Al-Hujuraat, Ayat 13 yang bermaksud , " Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahuai, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."

Pelaksanaan program adalah dengan menetapan ‘pasangan rumah’ dalam bilangan 7-8 orang.Antara aktiviti yang dijalankan ialah puasa sunat hari Khamis, iftar jamaie, solat jemaah, belajar bersama-sama, taaruf dan qiamullail jemaah.

Semoga program ini berjaya menyuburkan bunga-bunga ukhuwwah yang harum lagi indah serta berkekalan hingga syurga.


Tinta,

BPI GEN11US 2013/2014

GEN11US is the 11th generation of Malaysian medical students at Kasr El-Ainy School of Medicine, Cairo University in Egypt.

0 comments:

Suggestion Box:

Name

Email *

Message *

Followers