SUHAILA : TKB
Berintelektual, Berkarisma, & Berwawasan!
Kenapa anda mesti
naikkan SUHAILA sebagai TKB anda???
Kalau disoroti sejarah kehidupan beliau ketika di bangku sekolah,
mungkin beliau agak pendiam dan berada dalam kelompok yang agak pasif. Namun,
itu bukanlah kayu pengukur semata-mata bagi seseorang itu untuk dinaikkan
sebagai pemimpin .
Lebih-lebih lagi, semenjak beliau melanjutkan pengajian di bumi Ardul
Kinanah ini, banyak peristiwa dan ilmu yang beliau pelajari telah merubah
beliau menjadi seorang yang lebih kehadapan terutama dalam aspek
akademik.
Bahkan, melalui pengalaman beliau menyumbang tenaga dan berkhidmat
dengan Persatuan Pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) telah
banyak membantu beliau menjadi seorang yang tidak kurang hebat dalam memberikan
sepenuh tenaga demi menjalankan tugas dan amanah yang dipikul.
Beliau juga yang sebenarnya mempunyai bakat kepimpinan yang terpendam,
jika diasah dan diberi peluang untuk memegang tampuk pimpinan Batch tahun
hadapan, pasti tidak mengecewakan sesiapa yang mengundi beliau, biiznillah
insyaAllah.
Sedikit pantun
menggambarkan peribadi beliau;
Berjalan-jalan ke sana
ke mari,
Kecil molek si manis
puteri,
Sopan & santun
budi pekerti.
Menyimpan perasaan di
dalam hati,
Dipendam indah tanpa
diluahkan,
Kerjanya kemas penuh
teliti,
Dialah insan yang
merhargai rakan.
Bercuti bergembira di
Ain Sukhna,
Cantik permandangan
dek sinar pagi,
Status di FB penuh
bermakna,
Inilah calon yang
berwawasan tinggi!
Mnemonics untuk
SUHAILA;
S- smart
U- Unique
H- helpful
A- Always early
I- Intelligent
L- Loving
A- Amazing!!!
Akhir sekali dengan
membawa manifesto yang sangat simple namun tersirat padanya makna yang besar, “Perkongsian
ilmu dibudayakan, Sahsiah & akhlak dipertingkatkan”. Marilah sama-sama
kita menyokong dan mengundi calon ini untuk dinaikkan sebagai Timbalan Ketua
Batch pada sesi akan datang.
Pencadang:
Zateel Fahada Binti Rusli
Penyokong:
Siti Nur Hazwani Binti Abdul Aziz
[SPR3.0]©
one vote for this lady. dunno why, but just by when seeing her calm face can mending any broken heart <3
ReplyDeletesuhaila is my top choice