Sebagai calon Timbalan Ketua Batch, Fairuz Nabilah Binti Borhanudin
mempunyai sifat kepimpinan yang sememangnya tidak boleh dinafikan. Sifat ini
telah dipupuk semenjak di bangku sekolah dengan memegang pelbagai jawatan
contohnya:
i) Ketua
pengawas darjah 3 dan 6, juga tingkatan 3 dan 5.
ii) Ketua
delegasi pelajar Malaysia ke Mackay, Queensland
iii) Ketua
Komander kawad kaki
Beliau juga melibatkan
diri dengan kerja-kerja sukarelawan seperti:
i) Kerja
amal di HKL menjana sumbangan bagi kanak-kanak kanser pada Februari 2011
ii)Menyertai
aktiviti ‘United Nation Refugee Agency (UNHCR)’ mengajar kanak-kanak
pelarian
Rohingya ‘IQRA’ pada Ogos 2013
Beliau merupakan seorang yang aktif dalam bidang akademik dan juga
kokurikulum di sekolah sehingga mendapat Anugerah Budiman 2010. Selain itu juga, beliau pernah menjadi ahli panel dalam
sebuah forum bersama Marina Mahathir dan merupakan salah seorang daripada 3
wakil Johor beserta 66 peserta lain dari seluruh Malaysia yang terpilih untuk
menyertai Program Kepimpinan Tun Razak pada tahun 2011.
Sentiasa bersemangat dalam melakukan sesuatu, Fairuz Nabilah merupakan
seorang yang unik dengan caranya yang
tersendiri, pandai membahagi masa, berkarisma serta mempunyai sikap ingin mencuba dan berani;
nilai yang perlu ada dalam diri setiap pemimpin. Beliau juga seorang sahabat
yang baik, tidak lokek ilmu dan sedia mendengar pendapat
orang lain. Maka wajarlah Fairuz Nabilah diberi peluang memegang jawatan
Timbalan Ketua Batch demi kesinambungan GEN11US selari dengan moto beliau
‘Mahasiswa Cemerlang, Agama Dan Bangsa Gemilang’.
Pencadang:
Nur Amiza Zulaikha Binti Zawawi
Penyokong:
Sharifah Nahidhah Binti Syed Ali Almortadha
[SPR3.0]©
SOKONG!! xD
ReplyDeleteUndi Fairz Nabilah! :)
ReplyDeleteBagi aku, dia unik dengan cara tersendiri. Sangat kagum dengan calon ni
ReplyDeleteAku pernah denga dia telefon kakak dia, pernah jugak dgn ibunya. Guna 'saya', suara tak tinggi. Bila saya tanya calon, dia kata tak pernah bangkah kata ibu. Tak elok katanya. Daebak!
ReplyDelete