Minggu lepas Cik Boroi keluar makan ke Fuddruckers Mohandisin atau lebih dikenali sebagai Fudds (sebutan Fudd macam MUD ya, bukan Food). Pernah makan di Maadi tapi servis mereka tak bagus jadi dah tekad tak nak lagi! Tapi...perut masih tak serik maka pergilah kami ke cawangan mohandisin di Sharie3 Macca.
Nak ke sana naik teksi sahaja senang, dalam 15LE. Bagi yang nak jimat, naik metro ke Shohadaa dan tukar tren Dokki dan naik teksi dari Dokki. 1LE+7LE=8LE!! Restoren ini boleh tahan besar (2 tingkat) dan sangat berbaloi sebab dapat salad percuma! Terasa macam kafeteria ala-ala sekolah US cedok salad dan coleslaw etc. Yang bagusnya, ada pelbagai jenis dip boleh diambil contoh: Cheese, Mustard, BBQ, Mayo, Ranch.
Cik Boroi dan kawan-kawan order burger 'The Works' dan 'Hot Rocks'. Dua-dua ini antara yang paling diminati pelanggan. Jadi kami pun ambil yang itu. Memang pilihan yang tepat! Daging yang empuk, keju yang cair, sos berasa, tambahan pula BBQ dip semua tu boleh tambah sesuka hati, haaa apa lagi! Curahnya ke daging sampai banjir. Kentang boleh pilih sama ada wedges atau chips/fries.
Wow!macam menarik je.kalau naik teksi cakap nak pegi sharie macca ke?
ReplyDeleteMemang menarik! Ya, cakap je nama sharie tu. Lagi bagus kalau bagi alamat penuh siap-siap :) Selamat mencuba!
Delete