“Ketagihan boleh dikenal pasti apabila terbentuknya satu jadual atau proses pelaziman seseorang itu tidak dapat berpisah dengan sesuatu tabiat yang wujud akibat pengaruh atau pancingan"
"Sekiranya abad ke-19 dahulu sinonim dengan
revolusi perindustrian dan abad ke-20 dengan peperangan, saya kira abad ke-21
akan dikenang sebagai zaman yang diledakkan dengan revolusi digital"
Dalam dekad ini, nama-nama seperti Yahoo!,
Google, Apple, Samsung, Facebook, Twitter telah menguasai pentas era digital
ini. Dan di dalam banyak-banyak jenama ini, Facebook adalah antara yang paling
berpengaruh sekali, terutamanya dalam kalangan anak-anak muda. Memang sukarlah
juga untuk saya menemukan siapa yang tidak mempunyai akaun Mukabukunya
sendiri. Cikgu sekolah rendah, penjual nasi lemak, eksekutif bank pelaburan,
peguam syariah, jurulatih gimnastik, murid tadika, makcik jiran sebelah
rumah... Hampir semuanya mempunyai akaun Mukabuku sendiri!
Pertimbangkan
fakta-fakta yang meletupkan minda ini:
- Jumlah pengguna Mukabuku secara bulanan kini menyamai jumlah rakyat China (1.35 bilion manusia).
- Secara puratanya, pengguna telefon pintar memeriksa Mukabuku sebanyak EMPAT BELAS KALI sehari.
- Pengguna biasa menghabiskan sekurang-kurangnya EMPAT PULUH minit sehari dengan Mukabuku.
- Lebih DUABELAS bilion mesej dihantar melalui Mukabuku.
- Ada kemungkinan besar nenek dan atuk anda juga merupakan pengguna Mukabuku. Lebih 45% daripada pengguna internet berusia 65 tahun ke atas mempunyai akaun Mukabuku mereka sendiri.
- 47% daripada para pengguna Mukabuku berusia 18-34 tahun akan memeriksa akaun mereka sebaik sahaja bangun daripada tidur.
- Menurut suatu kajian, satu daripada tiga orang berasa tidak puas dengan hidupnya setelah melawati Mukabuku.
- Satu pertiga daripada semua kes pendaftaran cerai di Amerika Syarikat pada tahun 2011 mengandungi perkataan 'Mukabuku.'
- Beberapa orang telah mati dibunuh kerana telah membuang kawan (Unfriend) daripada senarai kawan-kawan Mukabuku mereka.
Tanpa fakta-fakta ini pun kita tahu yang
sebenarnya hidup kita amat dipengaruhi oleh FB. Tanpa kita sedari, kita sudahpun sebenarnya ketagih akan Mukabuku. Apa simptom-simptomnya?
- Kita berasa amat seronok, teruja hingga ke langit apabila post kita diLIKE oleh orang lain. Sebaliknya, kita berasa tertekan apabila berpeluh-peluh otak kita memikirkan status bombastik untuk ditulis, tetapi jumlah yang mengeLIKE boleh dikira dengan jari.
- Kita berasa kecewa mahu terjun gaung apabila Friend request kita ditolak. Apatah lagi apabila yang menolak itu adalah cik adik manis yang sudah menjadi pojaan hati kita sejak sekian lama! Eh.
- Kita berasa resah gelisah sekiranya seharian tidak membuka Mukabuku. Rasa macam tak boleh nak hidup apabila kita masuk kampung atau hutan yang tidak mendapat talian internet.
- Kita bergaduh, bertekak dan bercakaran dengan rakan-rakan Mukabuku kita untuk sesuatu yang remeh dan temeh. Nasib baik dalam Mukabuku tiada aplikasi tarik rambut. Heh.
- Kita percaya bulat-bulat dan segi empat-segi empat segala macam berita dan fakta yang dikongsikan di Mukabuku.
- Kita tekan semua pautan dan kita cuba semua permainan yang dikongsikan di Mukabuku.
- Kita gemar meng'stalk' orang lain. Espeseli kalau kita minat orang tu.
- Telefon pintar kita hurung ke mana-mana agar tidak terlepas notifikasi Mukabuku yang terbaru, hatta ketika sedang berurusan di jamban. Erk.
- Hidup kita sehari-hari terasa tidak lengkap tanpa memerika Mukabuku dahulu. Sebelum pergi kerja, sebelum mula bekerja, sebelum siram bunga, sebelum pergi jogging, sebelum segala-galanya.
- Kalau nak luah perasaan, mengomel atau apa-apa sahajalah, kita lebih gemar untuk tulis status Mukabuku daripada beritahu rakan-rakan secara langsung dan berdepan.
"Dan
kehidupan dunia ini hanyalah senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri
akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui."
[al-Ankabut,
29:64]
Pokoknya, setiap perkara ada baik dan
buruknya. Perlunya kita kepada Fb dapat dilihat apabila ramai daripada
personaliti dan astaizah mengambil kesempatan menyebarkan dakwah kepada ramai
follower mereka di media sosial. Seterusnya perniagaan online dilihat semakin
berkembang di media sosial. Hal ini berikutan pengguna yang lebih selesa
melakukan urusan jual beli dari rumah. Hubungan kenalan yang sekian laman
terputus juga dapat dikemas kini di FB.
Bagaimana laman media sosial memberikan kesan
buruk kepada anda?
1. Silap
faham dalam konsep ‘hubungan’
Menurut Steven Strogatz, Cornell
University, laman media sosial boleh
membuat kan kita lebih sukar untuk membezakan antara hubungan yang berkualiti dan hubungan kasual dibentuk melalui media
sosial. Dengan menumpukan begitu banyak masa dan tenaga psikik pada hubungan kasual,
hubungan berkualiti akan bertambah lemah.
Kita merasakan bahawa kita sedang mendekatkan
diri dengan rakan-rakan kita dalam masa yang sama, rakan yang di sekililing
terabai.
2. Pembuli
Alam Siber
Lantaran wujud dalam landskap manusia yang
lebih suka membanding perbuatan orang dengan ‘intention’ sendiri, wujudnya
‘page2’ di laman sosial yang khas untuk memidas perilaku kurang wajar. Ini
secara tidak langsung mencipta budaya di mana sekeping gambar atau pendapat
yang lemah akan meninggalkan si pengguna dengan reputasi yang tidak boleh
diperbaiki. Hasilnya serangan-serangan sebegini meninggalkan parut mental dan
ada beberapa kes yang mangsa telah membunuh diri.
3. Produktiviti
menurun
Walaupun banyak perniagaan berlangsung menggunakan
laman rangkaian sosial untuk mencari dan berkomunikasi dengan pelanggan, laman
web juga boleh membuktikan yang pekerja lebih berminat kepada apa yang
di’update’ oleh rakan mereka di laman sosial berbanding tugas kerja mereka.
Wired.com mencatatkan dua kajian yang menunjukkan kerosakan kepada produktiviti
disebabkan oleh rangkaian sosial: Nukleus Research melaporkan bahawa Facebook mengurangkan1.5%
daripada produktiviti pejabat manakala Morse menyatakan bahawa syarikat British
kehilangan 2.2 bilion setahun kepada fenomena sosial. Kepelbagaian aplikasi
yang menarik seperti permainan yang terdapat dalam laman sosial mampu menarik
minat pengguna laman sosial tersebut. Hal ini menyebabkan pengguna akan berasa
seronok sehingga leka dan lalai untuk menyempurnakan urusan mereka.
4. Penggunaan
bahasa ringkas dan salah.
5. Mendedahkan kanak-kanak kepada pemangsa online
6. Sebaran
maklumat palsu dan unsur
pornografi mudah tersebar
7. Banyak
‘ahli pasif’. Tekankan konsep bagaimana memberi kalau kita tiada apa untuk
diberi.
8. Ramai
orang lebih suka dapatkan maklumat daripada fb. Maklumat yang tidak disertai
sumber sahih.
Solusi??? :
Semua perkara dapat dilakukan dengan jitu dan
dimanfaatkan jika ia dimulai dengan niat dan matlamat yang jelas, Fb mungkin
boleh menjadi keperluan andai dimanfaatkan sebetulnya. Tetapi ia akan lebih
jelas menuju kecanduan sekiranya kita masih tidak mengubah cara penggunaan FB .
Panduan:
-Sentiasa gunakan tetapan privasi maksimum
-Berhati-hati dengan apa yang anda berkongsi
di laman rangkaian sosial.
-Cara memerangi ‘online predator’:
- Mengurangkan
masa yang anda dan anak-anak anda menghabiskan rangkaian sosial
- -Memantau
penggunaan rangkaian sosial dan rakan senarai anak-anak anda
- Membuat
kaedah-kaedah mengenai isi rumah rangkaian sosial dan menguatkuasakan
mereka
- Mengingatkan anak-anak mengenai bahaya yang mungkin timbul daripada rangkaian sosial
-Jangan biarkan orang asing ke dalam rangkaian sosial anda.
-Memangkas profil sosial media anda.
-Kurangkan jumlah group dan site yang tak
penting. Jangan tambah atau terima kawan yang tidak dikenali. Jadi yang akan
tertera di wall hanya perkara penting dan perlu. Jadi kurang masa habis di
hadapan fb.
-Pangkah aplikasi fb di hanset. Bila kita online
di komputer, maknanya kurang masa menghadap fb dan masa yang diperuntukkan
tetap dan tidak terlebih-lebih.
-Berinteraksi secara terus dengan teman.
-Buka ikut prioriti:
Doa-mesej-group-noti-wall.
Sumber fakta:
1) http://www.jeffbullas.com/2014/07/29/25-facebook-facts-and-statistics-you-should-know-in-2014/
2) http://www.factslides.com/s-Facebook
3) http://www.cnbc.com/id/101611586#.
4) http://www.searchenginejournal.com/25-amazing-facts-facebook/88733/
2) http://www.factslides.com/s-Facebook
3) http://www.cnbc.com/id/101611586#.
4) http://www.searchenginejournal.com/25-amazing-facts-facebook/88733/
0 comments: