PEMERGIAN SANG MURABBI UMAT YANG DIRINDUI

in ,



Selawat dan salam buat junjungan besar Sayyidina Nabbiyyina  Muhammad SAW.

Petang itu, sejurus sahaja melangkah masuk bilikku,
Sahabat : weyh, Tuan Guru Nik Aziz dah meninggai.
Aku : Innalillahiwainnailairo’jiun.
Lalu memberitahu ahli beit yang lain.
Aku cepat-cepat bukak whatsapp, untuk mengetahui berita lanjut.

Bukak group keluarga, group rumah, group usrah.
Ya. Sah. Telah kembalinya seorang murabbi itu kepada Rabbnya
Allahumaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fuanhu.
Pertama yang dicapai adalah telefon ku.
Buka facebook, scrolldown newsfeed.
Tak putus-putus status sahabat-sahabat berkaitan pemergian murabbi ummah ini.
Sebak. Mengalir deras air mata membaca setiap bait kata-kata mereka.
Lagi scroll, semakin laju nangis. “Allah, tak boleh macam ni,” fikir diriku, lemah.

Lantas aku mencapai yang sepatutnya aku capai pada pertamanya.
Pasti di sanalah sumber kekuatan.

Aku selak naskhah itu, menyambung di halaman terakhir aku berhenti,
Halaman 459, Surah Az-Zumar
Aku teruskan bacaan,
Satu ayat, satu terjemahan.
Hinggalah pada ayat 30: “Sesungguhnya engkau (Muhammad) akan mati dan mereka akan mati pula.”

Satu lagi peringatan kematian. Jelas.
Allahu, hati semakin basah.
Aku teruskan lagi bacaan.
Aku tahu Dia sedang memberi peringatan.
Dan bersamanya pasti datang kekuatan.

Ditemukan pada ayat 33 sehingga ayat 37:

“Dan orang yang membawa kebenaran (Muhammad) dan orang yang membenarkannya, mereka itulah orang yang bertakwa. (33) Mereka memperoleh apa yang mereka kehendaki di sisi Tuhannya. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang berbuat baik.(34) agar Allah menghapus perbuatan mereka yang paling buruk yang pernah mereka lakukan dan memberi pahala kepada mereka dengan yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.(35) Bukankah Allah yang mencukupi hambaNya? Mereka menakut-nakutimuu degan sesembagan yang selain Dia. Barang siapa dibiarkan sesat oleh Allah, maka tidak seorang pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya. (36) Dan barang siapa diberi petunjuk oleh Allah, maka tidak seorang pun yang dapat menyesatkannya. Bukankah Allah Maha perkasa dan mempunyai kekuasaan untuk menghukum?(37). " 

Mataku berhenti seketika di ayat “orang yang membenarkannya”. 

Wajah TGNA semakin jelas di ingatan. Sambil menghabiskan keseluruhan ayat, hati ini semakin tenang dengan pemergiannysa. Moga engkau tergolong dalam golongan yang dimaksudkan ini wahai Tuan Guru. Sepanjang hidupmu, engkau membenarkan, malah engkau sambung perjuangan, tidak kenal penat sakit, engkau teruskan, sehinggalah engkau dijemput Tuhan.

Tersenyum sendirian sambil membaca, moga itu menjadi berita gembira buatmu juga.

Asyik dengan ayat pujukan dan kekuatanNya, aku teruskan. Air mata mula mengalir perlahan.
Seterusnya pada ayat 42.

Ya Rabb, sungguh cantik. Hebat. Tepat aturan Mu.Diberi peringatan satu persatu. Lagi berkaitan kematian.

“Allah memegang nyawa(seseorang) pada saat kematiannya dan nyawa( seseorang) yang belum mati ketika dia tidur. Maka Dia tahan nyawa orang yang telah ditetapkan kematiannya dan Dia lepaskan nyawa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sungguh pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir”, ayat 42, Surah Az-Zumar

Kali ini, Air mata kembali laju. Terharu. Terima kasih Ya Allah. Sungguh, Engkau sedang memujukku. 

Aku teruskan sehingga akhir. 

“Dan kepada setiap jiwa diberi balasan dengan sempurna sesuai dengan apa yang telah dikerjakannya dan Dia lebih mengetahui apa yang mereka kerjakan,” ayat 70.

Dan ini pula seakan-akan kata-kata aluan menjemputnya:

"Dan orang –orang yang bertakwa kepada Tuhannya, kuhantar ke dalam syurga secara rombongan. Sehingga apabila  mereka sampai kepadanya dan pintu-pintunya telah dibukakan, penjaga-penjaga berkata kepada mereka, "Kesejahteraan dilimpahkan atasmu, berbahagialah  kamu! Maka, masuklah kamu kekal di dalamnya," ayat 73

“Dan mereka berkata, “Segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janji-Nya kepada kami dan telah memberikan tempat ini kepada kami sedang kami diperkenankan menempati syurga di mana sahaja yang kami kehendaki.” Maka,  syurga itulah sebaik-baik bagi orang-orang yang beramal.” Ayat 74, kata-kata penghuni syurga mengakhiri surah.

Sungguh, hanya Tuhan Yang Maha Tahu bagaimana perasaan hati membaca ayat-ayat ini selepas mendapat tahu berita kematian Tuan Guru.

KalamMu Ya Allah. Penuh pujukan, penawar segala kedukaan, juga sumber kekuatan.
Ayat2 terakhir surah ini sungguh sungguh menghidupkan. Ya Allah, moga Tuan Guru Nik Aziz tergolong dalam golongan ini. Dan moga kami bakal menyusul nanti.

Sambil baca, sambil nangis. Waktu itu jugak la seorang ahli beit aku masuk ke dalam bilik, bersedia untuk solat maghrib. Alamak kantoi menangis. Malu pun ada jugak. Tapi tak boleh nak tahan. Laju je dia mengalir. Shiuuu. Diri cuba untuk cover tapi dia sempat paling melihat wajahku.

“*** Nangis? Kenapa? Sebab Tok Guru ka?”
Cepat sungguh mulut ini menidakkan, “Eh, tak lah.”
Tapi hati ini seakan meronta untuk berkongsi.
Sementara menunggu yang lain bersiap untuk solat maghrib, aku mulakan bicara. Aku kongsikan ayat-ayat di atas sebagai motivasi dan pesanan buat aku dan dia.
“Sorry, *** pun tak tau kenapa tiba-tiba boleh nangis.” Aku mengakhiri bicara
“Kenapa tiba-tiba boleh nangis?” fikir diriku..
Persoalan itu terus melekat di fikiran?
Aku sendiri hairan.
Aku bukan orang Kelantan.
Belum pernah menghadiri ceramah Tuan Guru seperti rakan-rakan
Apatah lagi bersua secara bertentangan
Tapi mudah sungguh air mata itu bercucuran
Taktala mendengar berita kematian
Jawapan kepada kenapa itu sangat lumayan
Inilah cinta atas dasar aqidah dan perjuangan

Perasaan cinta itu lahir kerana sosok ini sangat mengasihi nabi dan Tuhannya

Lalu, bagaimana pula dengan cinta kita yang sepatutnya kepada kekasih Tuhan,
Sayyidina Habibina Maulawana Muhammad Rasulullah SAW.

Soal mencintai seseorang sungguhpun tidak pernah melihat orang itu sangat unik kan?

Malah Rasulullah SAW sendiri pernah menyebut berkenaan golongan ini kepada para sahabat sehinggakan mereka begitu teruja mengetahui siapakah golongan itu. Ikhwan. Itulah gelaran yang Rasulullah berikan kepada golongan yang baginda rindui. 

Rasulullah bersabda:
Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Dalam situasi yang lain, ketika sahabat-sahabat ingin mengetahui siapakah yang dimaksudkan dengan ikhwan, inilah jawapan Rasulullah:

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku,"

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.

Nah, sahabat-sahabat. Sungguh peringatan ini sudah pasti pertama dan selamanya buat aku dan inginku kongsikannya bersama setiap adik beradik GEN11US yang aku sayang, kasih lagi cinta kerana Allah.

Ayuh, sama-sama persiapkan diri untuk bertemu dengan Allah juga kekasihnya yang sangat merindui kita.Gunakan masa kita yang berbaki di bumi Mesir ini untuk mendidik dan memperbaiki di samping melaksanakan tanggungjawab kita sebagai tallbul ilmi.Seperti mana al-Kahfi yang Allah keluarkan dari negara mereka, rasailah bahawa Allah juga sedang mengeluarkan kita dari satu suasana kegelapan untuk kita menjadi golongan yang membantu menyinarinya semula.

Sedarlah sahabat, umat kini sedang tenat. Peluang yang semakin singkat ini tidak akan pernah berulang. Hargai nikmat berusrah, nikmat berukhuwwah, nikmat memberi kepada masyarakat, nikmat ilmu yang pelbagai. Dan yang paling penting nikmat menerima didikan daripada setiap langkah kehidupan seharian kita di sini. Ambillah hikmah yang ternyata banyaknya bagi mereka yang berfikir. Rugilah andai sehari-hari kita hanya dengan untuk kepuasan diri dan diri semata.

Rasailah bahawa setiap kita adalah butir-butir rantai dakwah Rasulullah. Berperananlah. Berhentilah kita daripada bermalasan dan beralasan. Jika bukan sekarang untuk kita berubah, khuatir kita sudah tidak punya masa, lalu berakhir dengan penyesalan. Ingatlah , peringatan itu tidak pernah kebetulan melainkan Dia benar-benar memilih kita untuk ditujukan. Kini terserah kepada diri untuk tentukan. Yang kiri atau kanan. Bersama atau berlepas. Mendokong,menyokong atau memerhati. Kerana pada setiapnya ada kesan pada diri. Moga Allah terus memandu kita untuk bergerak sebagai duta-duta Islam yang hatinya sentiasa dahaga kepada ilmu dan didikan kerana hati itulah yang sedang rindu ingin bertemu Tuhan.

Kerana kita semua bakal jenazah, Maka bersiap siagalah.

12 Februari  : Tarikh bersejarah buat dunia. Pemergian dua murabbi ummah. 
Syeikh Hasan Al Banna & TG Nik Aziz Nik Mat
Sungguh. Pemergian yang menghidupkan.
Moga Jannah buat kalian.
Dikumpulkan bersama Sang Murabbi Agung.
Moga diri ini dan sahabat-sahabat yang dicintai juga termasuk dalam golongan itu.

Ya Allah, teguhkan kami atas jalan agama dan dakwah ini ya Allah.
Sekadar link tambahan,
jemput ^^ 

Anak Kapal

GEN11US is the 11th generation of Malaysian medical students at Kasr El-Ainy School of Medicine, Cairo University in Egypt.

0 comments:

Suggestion Box:

Name

Email *

Message *

Followers