Bismillahirrahmanirrahim
TRAVELOG
JAULAH FRANCE-SPAIN 2014
24
Jan-5 Feb
Jaulah kami dimulakan dengan perancangan dan perbincangan dengan beberapa pihak. Akhirnya, satu team jaulah dibentuk dan tarikh juga telah dipersetujui ramai. Maka, bermulalah kisah jaulah kami (:
Terdiri daripada tujuh orang, lima orang akhawat Ain Shams dan dua orang dari Cairo. Gabungan yang pelik namun bukan kebetulan tapi takdir telah menentukan.
Sebulan sebelum tarikh jaulah, ketua jaulah kami membentangkan hadaf jaulah yang utama dan meminta setiap dari kami untuk memberi hadaf fardi. Beliau turut memberi taklifat kepada setiap jaulahmates, ada yang berposisi menguruskan tiket flight, ada yang bertanggungjawab menempah hotel, mengurus transport intra-city, mengurus bekalan makanan sepanjang jaulah, dan ada yang dilantik sebagai bendahari.
Kami juga diberi taklifat untuk menjadi PIC bagi setiap tempat dan aku memilih untuk menjadi PIC Cordoba. Kenapa Cordoba? Pastinya aku punya sebab tersendiri. Atas dasar aku yang agak jahil bab sejarah, maka aku memilih Cordoba sebagai alasan untuk revise buku ISK (Ini Sejarah Kita).
*****
24 Januari 2014
Sayeda Zeinab-Terminal 3, Cairo International Airport
Bangun pagi, mendapat berita ada kejadian pengeboman berlaku. Apapun, kami telah berjanji untuk bertolak ke airport pada jam 11 pagi. Aku agak kelam kabut pagi itu. Namun demikian, aku seboleh mungkin ingin menepati masa kerana aku tahu yang dikatakan muslim itu perlu menepati masa dan tidak menzalimi masa ukhti-ukhti lain. Tapi manusia, atas alasan lemah, selalu saja mengambil remeh hal ini termasuk aku.
Lebih kurang jam 11.15 pagi, kami bertolak ke airport dengan menaiki kereta seorang ustaz Indonesia. Alhamdulillah, jalan tidak sesak. Hanya ada satu road block berhampiran airport. Kami tiba di airport sebelum jam 12 tengahari.
Sementara menunggu kaunter check-in dibuka, kami menunggu di kerusi yang disediakan. Ada yang sedang berusaha menghabiskan ODOJ, ada yang makan mengisi perut, dan sebagainya. Airport dipenuhi orang ramai, termasuk pelajar Malaysia. Aku sempat menegur beberapa orang pelajar Malaysia yang tidak dikenali. Yang dikatakan daie itu perlu ramah pada sesiapa sahaja. Ya susah, tapi harus amalkan!
Lebih kurang jam 1.30 petang, kami masuk ke kaunter check-in. Ketika ini timbul isu makanan di dalam beg yang perlu dimasukkan ke dalam X-ray, bahaya katanya. Kelakar kerana selama ni aku ambil remeh tentang perkara itu. Apapun, kami yakin Allah juga yang menjaga segalanya.
Setelah selesai urusan check-in dan imigresen, kami terus menuju ke gate yang telah ditetapkan. Di sana, kami berkumpul di satu ruang kecil untuk sesi set kompas. Ketua jaulah mengingatkan bahawa jaulah adalah satu wasilah untuk kita mempraktikan segala teori tarbiyyah yang kami dapat dalam liqa’ usrah, daurah dan sebagainya. Kami juga diingatkan untuk memasang niat sebelum memulakan jaulah . Sungguh, niatlah yang bakal menghidupkan jaulah ini. Niat juga yang menjadi indikator penerimaan jaulah ini di sisi Allah.
Setelah selesai sesi set kompas, kami diberikan winterkit yang dibekalkan oleh naqibah masing-masing, satu buku catatan kecil untuk dijadikan buku travelog, dan risalah atau buku mengenai seorang tokoh yang perlu kami ceritakan dalam sesi tazkirah pagi dan ketika waktu lapang.
Pada jam 4.25 petang, kami berlepas ke Zurich dengan Swiss Air untuk transit selama 1 jam sebelum ke Paris.
Zurich International Airport
Kami tiba di Zurich pada jam 8.45 malam waktu tempatan. Inspection dilakukan dengan teliti dan strict namun tetap dilakukan dalam keadaan menghormati kami. Betapa aku kagum dengan keramahan dan kesantunan mereka. Sungguh, aku lihat sifat muslim pada mereka.
Flight delay selama 1 jam. Maka, kami berehat sebentar di kerusi-kerusi yang disediakan sambil melayan handphone masing-masing.
“Bila semua orang dapat internet….”, kata seorang ukhti.
Terkedu.
Sungguh, kadang-kadang teknologi menjarakkan hubungan yang dekat.
Terketuk.
Sungguh, kadang-kadang teknologi menjarakkan manusia dengan Al-Quran.
Terus ku buka al-quran untuk ber-ODOJ. Terdetik dalam hatiku betapa Allah menyediakan ODOJ sebagai wasilah untuk menjaga mutabaah alquran terutamanya ketika berjaulah.
Tepat jam 9.45 malam, bermulalah perjalanan kami menuju ke Charles De Gaulle Airport, Paris.
Ku isi masa dalam perjalanan dengan membaca kisah tokoh yang perlu aku ceritakan pada esok pagi kerana aku mendapat undian pertama.
Kisah Thariq bin Ziyad.
Kekaguman aku pada tokoh ini adalah apabila melihat betapa beliau begitu tekad dalam memenangkan islam. Entah kenapa, tapi aku reflek diri sendiri, malu dengan tekad dan kesungguhan Thariq, sedang aku masih bertarik tali.
Charles De Gaulle Airport, Paris
Alhamdulillah, kami selamat tiba di Paris lewat malam.
“No. There is no place for pray. Just pray anywhere you feel safe. May Allah protect all of you”,
Jawapan seorang warga Turki yang turut mendapat kewarganegaraan Perancis kepada seorang ukhti yang bertanya sama ada disediakan tempat solat atau tidak di sana.
Aku agak terkesan dengan ukhti ini. Walaupun sudah dapat mengagak jawapannya, namun dia tetap berusaha untuk bertanya.
Kemudian, kami mencari tempat selamat untuk solat jamak takhir maghrib-isyak. Setelah selesai solat, ada seorang cleaner menegur kami dengan memberi salam dan memberitahu arah kiblat yang sebenar. Kami terkejut dalam keterharuaan kerana masih ada muslim di bumi asing ini.
Aku berkongsi satu ayat dari Al-Quran bersama jaulahmates yang aku rasakan sangat tepat waktunya Allah merezekikan aku untuk membaca ayat ini.
“Orang kafir itu kadang-kadang (nanti di akhirat) menginginkan, sekiranya mereka dahulu (di dunia) menjadi orang muslim.” [Alhijr:2]
Entah kenapa, aku sangat terkesan dengan ayat ini saat kami diuji untuk berasa izzah dengan islam di bumi asing ini. Bumi yang diketahui ramai betapa pihak penguasanya cukup tidak suka dengan mereka yang sesuka hati solat di khalayak ramai dan sebagainya. Pernah diceritakan kepada kami bahawa seorang ukhti pernah ditarik tudungnya oleh pihak polis pada suatu masa dahulu, solat di khalayak ramai juga pernah dihalau dan diusir.
Menjadi ghuraba’, ya itu antara hadaf fardi yang aku tulis dan berikan pada ketua jaulah sebelum ini. Kita tak perlu rasa malu dan inferior menjadi seorang muslim kerana itu yang akan dicemburukan oleh pihak kuffar di akhirat nanti. Tidakkah kita gembira dicemburui di akhirat nanti?
Setelah itu, kami berjalan keluar untuk mencari tempat yang
lebih selesa untuk berehat sementara menunggu terbit fajar.
25
Januari 2014
Charles
De Gaulle-Besancon
Pada 4 pagi, kami dikejutkan oleh seorang ukhti untuk bersiap-siap dan menyegarkan diri
sebelum meneruskan perjalanan ke Besancon.
Sebelum ke stesen Metro, kami sekali lagi diingatkan oleh
seorang ukhti untuk tajdid niat dan mengucapkan syukur atas nikmat sampai ke
tanah Perancis yang diimpi-impikan sebelum ini. Tazkirah ini diakhiri dengan
doa rabithah dan doa naik kenderaan.
Sangkaan kami kaunter tiket dibuka pada jam 4 pagi meleset.
Rupa-rupanya kaunter tiket dibuka pada jam 6 pagi. Maka, kami harus menunggu
sehingga kaunter dibuka. Sepertiga malam ini masing-masing menghiasinya dengan
bacaan alquran, zikir-zikir, dan doa-doa.
Tepat jam 6 pagi, kaunter dibuka. Setelah membeli tiket,
kami terus bergerak ke Chatelet Les Halles untuk menaiki metro ke stesen Gare
de Lyon.
Sesampai kami di stesen tersebut, kami terus mencari kawasan
selamat untuk menunaikan solat subuh. Selesai solat subuh berjemaah, kami
bersarapan bersama-sama juadah yang dibawa oleh ketua jaulah kami. Setelah
makan, kami bergegas ke platform. Sepanjang perjalanan selama lebih
kurang 3 jam, masa diisi dengan melihat pemandangan, ber-ODOJ, membaca buku
Tauhid Zindani (winter-kit), dan tidur.
Pada jam 11.35, kami sampai ke destinasi yang dituju.
Besancon Viotte Centre Ville
Sementara menunggu untuk dijemput akhawat France, kami
bergambar di beberapa sudut dan membuat sesi tazkirah Subuh pertama. Kisah
Thariq bin Ziyad ku kira menjadi booster pada hari pertama jaulah ini
supaya kami tak pernah putus asa dalam jalan dakwah dan tarbiyah walau apa
mehnah dan tribulasi yang mendatang.
Pada jam 12.30, kami dibawa oleh dua orang akhawat France
bersama little Umar Muttaqin ke rumah. Namun, atas masalah kunci rumah,
kami terus dibawa ke sebuah restoran halal untuk mengisi perut yang lapar.
Melihat saja harga di menu, kami mengeluh panjang. Mana
tidaknya, satu kebab 50 genih. Maka, kebanyakan dari kami hanya berkongsi
makanan yang bernama Panine. Sambil-sambil makan, kami bertaaruf
ringkas.
Setelah makan, kami dibawa ke rumah akhawat lain untuk
menunaikan solat. Rumahnya bersih dan kemas. Bak kata seorang ukhti, rumah yang
kemas juga menjadi qudwah. Terketuk sendiri. Di sana, kami meneruskan sesi
taaruf bersama tuan rumah dan berborak.
Seterusnya, kami dibawa ke rumah penginapan kami selama dua malam,
Beit Rijal Ghuraba’ untuk berehat sebentar dan membersihkan diri sementara
menunggu kedatangan akhawat Jordan malam itu.
Malam itu, setelah selesai solat jamak maghrib-isyak, kami
memulakan sesi taaruf akhawat tiga negara sementara menunggu sorang ukhti
menyediakan makan malam. Aku dilantik menjadi MC. Berdebar dan tiada idea
lebih-lebih lagi apabila berada dalam keadaan kesihatan yang tidak begitu
stabil, pre-fever. Oleh itu, aku hanya quote kata-kata seorang
ukhti yang selalu saja terkesan di hatiku,
“Kita nak taaruf jiran-jiran kita di syurga nanti.”
Ahh aku harap ia bukan sekadar kata-kata, ia bukan sekadar
retorik, tapi biar menjadi doa dan pendorong buat aku dan semua ukhti-ukhtiku
untuk bekerja keras mengejar impian untuk berjiran di syurga nanti. Amiin.
Sepanjang pemerhatian aku dalam jalan ini, setiap kali
berjumpa dengan mana-mana akhawat tak kira dari negara mana pun, kemesraan
antara kami boleh tercipta dengan spontan walaupun tanpa sesi taaruf. Sama
seperti pada malam itu, kebanyakan dari kami tak kenal satu sama lain, tapi
mampu duduk sebelah, menyebelah bercerita banyak perkara walaupun sesi taaruf
belum bermula. Dapat aku simpulkan bahawa hati-hati kami telah pun bertaut dan
tertaut jauh sebelum bertemunya jasad. Itulah keindahan ukhuwah fillah. Ukhuwah
yang mempunyai hadaf yang sama, kerja yang sama, dan cerita yang sama.
Alhamdulillah atas nikmat ukhuwah ini.
Selesai sesi malam itu, kami masuk tidur mengumpul tenaga
untuk menghasilkan hari yang lebih muntij pada keesokannya.
26
Januari 2014
Besancon
Pagi
itu dimulakan dengan ibadah qiyamullail, solat subuh dan ma’tsurat berjemaah.
Setelah menyiapkan diri dan bersarapan, sesi tazkirah bermula oleh seorang
ukhti yang menceritakan tentang kisah Khalifah Umar Abdul Aziz dan anaknya,
Abdul Malik.
Kisah
benar ini mengisahkan tentang kejayaan tarbiyah seorang bapa kepada anaknya
untuk menjadi seorang rijal sehingga pada suatu hari anaknya mampu menegur dan
mengingatkan ayahnya untuk tidak berehat sebelum menyempurnakan tugas khalifah
yang tidak akan pernah selesai. Apa yang lagi mengagumkan adalah apabila
Khalifah Umar menerima teguran tersebut dengan gembira seraya berkata,
“Segala
puji bagi Allah yang telah melahirkan daripada sulbi ayah seorang anak yang
mampu membantu agama ayah.”
Setelah
selesai tazkirah, hari kami diisi dengan daurah Bina’uddakwah oleh seorang ukht
France. Aku sangat kagum dengan ukhti yang baru pertama kali aku jumpa ini.
Ketika itu, beliau membawa anak beliau, Umar Muttaqin yang berumur 5 bulan
bersama. Namun pada permulaan daurah, beliau mengingatkan diri beliau dan kami
semua bahawa anak itu boleh jadi fitnah, maka beliau tak mahu terlalu
memanjakan Umar dengan melayannya sehingga tidak mampu menyampaikan daurah
dengan sempurna. Apa yang lagi aku kagumi adalah apabila beliau mampu
meneruskan penyampaian walaupun dalam sedang menyusukan anaknya. Subhanallah.
Aku
ter-reflek diri sendiri. Alasan aku untuk bermalas-malas dalam berusrah,
berdaurah selama ini sangatlah remeh sedangkan ada lagi yang punya alasan lebih
kukuh untuk ponteng daurah dan sebagainya tapi tidak berbuat demikian.
Selesai
satu daurah, kami teruskan dengan daurah Sidquddakwah oleh ukhti yang tak dapat
hadir ke Besancon atas sebab yang tak dapat dielakkan. Maka, kami mendapat
daurah secara online. Ukhti itu mengingatkan kami untuk tidak menjadikan
masalah-masalah remeh apatah lagi masalah teknikal sebagai penghalang kita
untuk buat kerja dakwah dan tarbiyah.
Setelah
selesai daurah, kami solat berjemaah dan menjamu santapan tengahari sebelum
membuat sesi recap kedua-kedua daurah yang didapati pada hari tersebut.
Pada
petang itu, kami dibawa ke sebuah taman yang sangat cantik untuk mentadabbur
alam. Akhawat France turut menyediakan satu game kotak beracun supaya
akhawat dapat taaruf dengan lebih mendalam dalam suasana yang sangat sejuk pada
petang itu.
Setelah
pulang ke rumah, kami bersiap untuk sesi sharing pada malam tersebut. Sharing
berkenaan perjalanan dakwah dan tarbiyah di negara masing-masing. Sungguh aku
sedar, dalam proses membina manusia ini, tak pernah tak ada ujian walau di mana
pun kita berada. Semua tempat diuji dengan bentuk-bentuk ujian yang berbeza.
Dan tidak ada yang boleh memotivasikan diri kita untuk mengharungi
mehnah-mehnah ini melainkan redha Allah.
Selesai
sesi sharing dan makan malam, kami masuk tidur. Sebelum tidur, kami
sembang-sembang santai bersama-sama memuhasabah perjalanan jaulah kami selama 3
hari tersebut. Aku meminta untuk ditetapkan mutabaah amal bagi setiap
jaulah-mates. Tapi akhirnya aku sedar kenapa tidak ditetapkan mutabaah amal
untuk setiap seorang dari kami, hal ini kerana iman kita yang menentukan
mutabaah amal kita bagaimana, tak perlu disuruh, tak perlu ditetapkan, buat
sendiri. Malu sendiri kalau tak jaga mutabaah amal kerana setiap akhawat
menjaga mutabaah amal masing-masing sepanjang jaulah ini.
Sebelum
melelapkan mata pada malam itu, kebanyakan akhawat berusaha menghabiskan ODOJ
dan meluangkan masa bersama akhawat France meminta taujihat.
27
Januari 2014
Besancon-Paris
Hari
terakhir kami di Besancon. Pagi itu, tuan rumah harus bergegas ke kelas pagi.
Maka, yang tinggal hanya kami, akhawat Mesir dan Jordan. Maka, setelah solat
dan ma’tsurat, sesi tazkirah dimulakan oleh seorang ukhti dari Jordan. Beliau
menceritakan tentang ikhlas yang dipetik dari buku Rakaizuddakwah.
“Untuk
ikhlas, kita perlukan ikhlas.”
Kena
ikhlas untuk ikhlas. Susah. Tapi tak mustahil. Allah nak lihat usaha kita dalam
bermujahadah melawan segala anasir yang mengganggu nilai keikhlasan. Apapun,
ikhlas itu milik Allah untuk kita pinta dan terus pinta daripadaNya.
Selesai
tazkirah, kami bersarapan pagi bersama dan bersiap-siap untuk keluar
meninggalkan Besancon.
Kami
menaiki bas ke stesen keretapi yang berharga 1.20 euro which is equal to 12
genih untuk satu trip ^^
Bon
Voyage Besancon. Till we meet again in shaa Allah!
Jazakunnallahu
khayran katsira akhawat France yang sudi menerima kami sebagai tetamu, yang
sedia untuk ditarbiyah merelakan barang-barang rumah diguna, rumah
‘diselerakkan’, barang makanan dihabiskan, dan sebagainya. Itulah tarbiyah yang
sentiasa mengena kedua-dua belah pihak. Bagi kami pihak tetamu turut ada
tarbiyah tersendiri, bagaimana untuk tidak berburuk sangka pada tuan rumah,
bagaimana untuk menjaga hati tuan rumah, bagaimana untuk tidak menyusahkan tuan
rumah, dan sebagainya.
Gare
De Lyon- Mary’s Hotel- Paris
Tiba
di stesen Gare de Lyon, ketua jaulah kami merangkap PIC Paris terus membeli
tiket metro untuk ke stesen berdekatan dengan hotel, stesen Oberkampf.
Sesampainya kami di sana, aku mempunyai masalah sedikit untuk membaca peta ke
hotel atas sebab terlalu banyak exit metro station di situ. Maka, kami
bertanyakan pada penduduk tempatan. Seorang lelaki cina yang sudah lama tinggal
di Paris menawarkan bantuan kepada kami namun dia tidak tahu dia mana letaknya
hotel kami.
Seterusnya,
dia bertanyakan kepada seorang penduduk tempatan dengan bahasa French, dan
lelaki tersebut terus bersetuju untuk membawa kami ke nama jalan yang telah
kami sebutkan. Agak jauh. Aku check peta, rasanya dekat saja.
Rupa-rupanya nama jalan tu sangat general, aku lupa untuk sebutkan nama lorong
hotel tersebut. Ketika sampai di ‘destinasi’ yang ditunjukkan oleh lelaki
tersebut, kami terus mengucapkan terima kasih dan bergambar kenangan. Setelah
lelaki itu beredar, aku terus mengajak akhawat untuk ke hotel mengikut peta
yang telah aku jumpa benchmarknya, iaitu Planet Sushi. Benarlah, tidak
sampai 2 minit pun dari stesen Oberkamf sepatutnya.
Setelah
sampai ke hotel, aku selaku yang bertanggungjawab untuk pengurusan hotel
menguruskan urusan check-in dan sebagainya. Mujurlah penjaga kaunter hotel
tersebut fasih berbahasa inggeris. Setelah mendapat kunci, kami diberi rehat
selama seteng
ah jam
untuk membersihkan diri, solat, dan bersiap untuk keluar melihat kota Paris
sebelum maghrib.
Lebih
kurang jam 4.45 petang, kami menaiki metro untuk ke stesen Ieha. Dari situ,
kami perlu berjalan untuk sampai ke lokasi di mana terletaknya Eiffel Tower.
Pada permulaannya, kami agak lost dengan jalan di situ, tak tahu sama ada ingin
ke kanan atau ke kiri dari stesen metro. Setelah bertanyakan orang tempatan,
kami terus berjalan mengikut arah yang ditunjukkan.
Ketika
itu, langit sudah menunjukkan warna ungu keperang-perangan tanda senja sudah
hampir. Aku suka tengok langit, maka tak sudah-sudah aku melihat langit dan
mengambil gambar.
Sampai
sahaja di satu selekoh, kebanyakan dari kami menjerit kecil setelah melihat
Eiffel Tower dari kejauhan. Bagi aku, jika kita tidak diceritakan dan
diberitahu tentang Eiffel Tower yang tersenarai sebagai monument dunia, pasti
aku memandangnya sebagai menara voltan tinggi tanpa ada apa-apa perasaan
teruja. Haha.
PIC
mengajak kami untuk menunggu di sebuah taman kecil untuk melihat Eiffel Tower
dengan lebih jelas dan menunggu Eiffel Tower untuk berkelip-kelip. Saat itulah
yang kami nanti-nantikan dan menyebabkan kami terpaksa keluar sebelum maghrib
dari hotel.
Sambil-sambil
bergambar dan menunggu, kami bercerita sesame sendiri, dan diberikan tugasan
oleh PIC sepanjang berada di Kota Paris itu. Aku mendapat tugasan untuk
menceritakan secara logik bahawa Allah itu Maha Mengetahui melalui pengalaman
yang aku dapat di Kota Paris. PIC juga menceritakan sejarah Eiffel Tower dan
mengaitkannya dengan jalan dakwah dan tarbiyah yang aku kira memang sangat
berkaitan.
Seorang
pemuda yang bernama Eiffel telah mencadangkan untuk membina Eiffel Tower yang
hanya diperbuat dari besi di Barcelona, namun ditolak. Maka, cadangan tersebut
dibawa ke Paris. Walaupun ramai yang menentang, memandang lekeh, dan
mempertikaikan, Eiffel tetap gigih meyakinkan semua pihak dan member cadangan
untuk diruntuhkan setelah 20 tahun dibina jika tidak membawa apa-apa manfaat.
Sepanjang
proses pembinaan, hanya seorang sahaja yang mati berbanding dengan pembinaan
Piramid yang melibatkan ribuan kematian. Hal ini menunjukkan betapa telitinya
Eiffel dalam membina sebuah menara yang dia pun tidak tahu nasibnya pada suatu
hari, tapi dia tetap yakin dan terus membinanya sehinggalah pada hari ini ia
tersenarai sebagai monument terpenting dunia.
Untuk
dikaitkan dengan D&T, dalam proses membina manusia, kita sepatutnya teliti
dan yakin bahawa ia membawa hasil yang dijanjikan Allah walaupun kita tak tahu
bila dan bagaimana hasilnya itu. Membina menara dakwah, yang satu hari pasti
islam akan dipandang tinggi di dunia ini. Dan kitalah buruh-buruh yang membina
menara dakwah itu.
Adakah
sama mereka yang bersusah payah menjadi buruh binaan Eiffel Tower dengan mereka
yang duduk bersahaja menunggu hasil binaan tersebut?
Menara
dakwah.
[33:23]
Ada 3 pilihan; antara rijal sodaqu yang menepati janji mereka pada Allah, atau mereka yang gugur, atau mereka yang sekadar melihat dan menunggu.
Percayalah dan berimanlah bahawa menara dakwah pasti dan pasti akan tertegak dengan adanya kita mahupun tiada.
Sungguh, tidak sama orang yang duduk bersahaja melihat batu bata dibina sehingga berhasil menjadi menara dengan mereka yang bekerja membina batu bata sehingga terbina menara yang gah lagi dikagumi.
Pilihan di tangan kita, mahu sertai gerabak dakwah dan tarbiyah?
[33:23]
Ada 3 pilihan; antara rijal sodaqu yang menepati janji mereka pada Allah, atau mereka yang gugur, atau mereka yang sekadar melihat dan menunggu.
Percayalah dan berimanlah bahawa menara dakwah pasti dan pasti akan tertegak dengan adanya kita mahupun tiada.
Sungguh, tidak sama orang yang duduk bersahaja melihat batu bata dibina sehingga berhasil menjadi menara dengan mereka yang bekerja membina batu bata sehingga terbina menara yang gah lagi dikagumi.
Pilihan di tangan kita, mahu sertai gerabak dakwah dan tarbiyah?
Kami
terus berjalan untuk melihat Eiffel Tower dengan lebih dekat dan beredar untuk
menikmati pemandangan di kota Paris pada waktu malam sambil mencari Sorofah.
Memang betul kata seorang kawan, lebih untung tukar USD-Euro di Mesir
berbanding di France ataupun Spain.
Setelah
membeli sedikit barang keperluan untuk makan malam seperti carrot dan kentang,
kami pulang ke hotel untuk berehat. Pada malam tersebut, kami makan nasi
berlaukkan tomyam yang dimasak oleh seorang ukhti dengan menggunakan rice
cooker. Ni’ma ajrul ‘amilin!
Sebelum
tidur, kami berborak santai untuk mengeratkan lagi ukhuwah.
28
Januari 2014
Paris
Pagi
itu kami perlu mengemas beg dengan sebaiknya kerana terpaksa check-out lebih
awal. Setelah solat subuh berjemaah, bacaan ma’tsurat kubra berjemaah juga
tidak dilupakan. Aku sangat terkesan kerana dalam kekalutan semua orang untuk
bersiap sebelum 8 pagi, bacaan mat’surat tetap diteruskan. Kubra pula tu.
Subhanallah masya Allah aku kagum dengan ukhti-ukhtiku. Setelah selesai, kami
teruskan dengan tazkirah Subuh sambil menikmati sarapan bubur nasi.
Tazkirah
pada pagi itu berkisar Islam di Paris.
“Abdur Rahman (Gabenor Andalusia) yang ketika itu sangat tinggi
semangatnya untuk menyebarkan dakwah di bumi Perancis lalu berperang dengan
Charles Martell yang dikenali sebagai The Hammer. Charles Martell bersiap sedia
untuk berperang dilengkapi pula dengan kelengkapan dan kepakaran dalam
berperang. Abdur Rahman meninggal dunia di dalam peperangan tersebut. Selepas
itu, tiada lagi peperangan yang berlaku.”
Antara
ibrah yang kami peroleh di sini adalah kebatilan yang tersusun dan berstrategi
memang benar-benar boleh mengalahkan kebenaran yang tidak berstrategi.
Sunnatullah. Bahkan, kesan yang teruk akibat dari kekalahan itu menyebabkan
islam tidak lagi tersebar dengan luas di bumi France ini.
Setelah
selesai check-out dan menyimpan beg di lobi hotel, kami terus bergerak ke taman
sekitar Eiffel Tower untuk melihat Eiffel Tower pada waktu siang pula. Pagi itu
hujan, maka kami berada dalam kesejukan. Setelah bergambar dan mengambil ibrah
apa yang patut, kami bergerak ke destinasi seterusnya dengan berjalan kaki.
“Kamera
tak boleh mengalahkan mata kita yang melihat keindahan Eiffel Tower di setiap
sudut kan..”, kata
seorang ukhti. Benar. Subhanallah wal hamdulillah atas nikmat mata yang boleh
melihat.
Destinasi
kami seterusnya adalah Plaza De La Concorde. Sangkaan kami tempatnya dekat
rupa-rupanya jauh. Agak penat berjalan. Namun, perjalanan kami diisi dengan
tazkirah santai oleh seorang ukhti yang memuhasabah diri kami sepanjangan
berjaulah. Akhirnya, kami tiba ke destinasi. Di sana terdapat sebuah tiang
tinggi yang dikatakan diambil dari Mesir ketika dijajah oleh Perancis dahulu.
Di sana juga terdapat Eye of Paris. Kami berminat untuk menaikinya tapi atas
alasan harga yang mahal, lebih kurang 10 euro, kami batalkan hasrat setelah
memikirkan faedah yang didapati jika naik ke atas.
Seterusnya
kami ke taman botani yang dikatakan sangat lawa pada musim bunga. Cuaca yang
amat-amat sejuk membuatkan kami menggigil sepanjang sesi tadabbur alam di sana.
Kami mentadabbur alquran dan mengaitkannya dengan alam di satu sudut sambil
menikmati bekalan roti, dan churros, sejenis makanan Spain yang terkenal di
sana.
Destinasi
seterusnya adalah Musee de Lourve La Pyramide yang merupakan sebuah muzium yang
besar di France. Kami hanya bergambar di hadapan Piramid Kaca tanpa masuk ke
dalam atas sebab harga tiket yang mahal dan masa yang tidak mencukupi.
Seterusnya,
kami ke Cathedral Notre-Dam de Paris. Tujuan kami ke sana bukanlah untuk
melihat cathedral sangat, tapi lebih kepada nak shopping souvenir yang
dikatakan murah di sana. Kami khusyuk membeli-belah dan mengambil masa yang
agak lama di sana.
Ada
satu kejadian yang tidak aku lupakan dan menjadi pengajaran buat kami di sana.
Ketika kami sedang sibuk memilih poskad, ada seorang lelaki tempatan yang turut
bersempit-sempit memilih poskad bersama kami. Ada seorang ukhti perasan dan
mengingatkan kami untuk menjaga beg. Maha Suci Allah yang mengilhamkan pada
ukhti tersebut. Namun walau secermat mana pun cara kita menjaga, takdir Allah
mengatasi kelemahan manusia. Seorang ukhti tersedar bahawa handphone
yang diletakkan di poketnya hilang. Aku yang baru saja nak masuk ke dalam
kedai, terlihat lelaki tersebut meletakkan sebuah handphone di satu
sudut sebelum dia kembali untuk meneruskan gerak kerja beliau di kawasan
poskad. Aku terus mengambil handphone tersebut dan kembalikan pada ukhti
yang kehilangan itu. Lelaki tersebut berlalu tanpa ada sebarang riak wajah
bersalah.
Kami
beramai-ramai mengucapkan syukur pada Allah. Sungguh, Allah masih mengurniakan
rezeki buat ukhti ku itu dan aku tidak tahu atas doa dan amalan siapa di antara
kami yang menjadi asbab Allah menjaga kami. Dan aku juga dapat rasakan ruqyah
ma’tsurat yang dibaca pagi petang.
Masih
dalam keadaan trauma namun kami masihh teruskan membeli apa yang patut sebelum
beredar ke sebuah masjid yang besar di Paris untuk solat jamak takhir
zohor-asar dan jamak taqdim maghrin-isyak. Di sana, sementara menanti azan
maghrib, aku menghabiskan saki-baki ODOJ yang tidak sempat aku habiskan pada
waktunya. Aseef ODOJ-mate -___-
Masjid
besar ini dikelilingi taman yang cantik, dan mempunyai kedai buku di dalamnya.
Ketika kami sampai di sana, terdapat beberapa halaqah makcik-makcik yang sedang
berusrah, ada yang sedang bertadarus, dan menghafaz alquran. Aku kagum. Melihat
muslim di kota asing yang lebih ramai setelah berjumpa beberapa muslim di
stesen keretapi Gare De Lyon sebelum ke Besancon yang ramah menegur kami,
penjual-penjual souvenir muslim, dan mereka yang kami terserempak di
kaki lima. Sungguh, walaupun islam tidak menang dalam peperangan yang lepas,
Allah tetap menjaga islam di bumi perancis dengan wujudnya mereka yang
hebat-hebat ini. Bukan muslim biasa, aku kira.
Kami
solat berimamkan imam masjid tersebut. Kami sungguh terharu dan sebak setelah
lama tidak mendengar bunyi azan dan bacaan dalam solat oleh imam malah dapat
berjemaah bersama muslim yang minoriti di bumi asing. Setelah selesai solat
maghrib-isyak, kami ditegur oleh beberapa makcik di sana. Mengenangkan kami
yang tidak tahu berbahasa Perancis, kami cuba berkomunikasi dengan berbahasa
arab. Ternyata mereka faham dan fasih berbahasa arab kerana mereka merupakan
kelahiran Morocco dan Aljazirah.
“Anti
tatakallaminal ‘arabiyyah huna?”
“Tob’an.
Fil kharij natakallam bilfaransa walakin fi dakhil, tob’an nahnu natakallam
bil’arabiy.”
Ketika
itu aku lebih sedar akan kepentingan berbahasa arab dalam kalangan muslim.
Itulah basa perantaraan kita, itulah bahasa yang menghubungkan muslim seluruh
dunia. Setelah berborak seketika, sorang makcik bertanya di mana hotel kami,
beliau ingin mengajak kami untuk bertandang ke rumahnya namun kami menolak
kerana pada malam tersebut kami mahu terus ke airport kerana penerbangan ke
Madrid seawal 6 pagi keesokan harinya. Mendengar cerita kami, beliau menawarkan
bantuan kewangan kepada kami. Masya Allah. Sekali lagi aku kagum dengan takrim
dhuyuf yang mereka syiarkan. Mungkin beginilah ketika sikap ansar kepada
muhajirin dahulu, malah lebih dari ini.
“May
Allah gather us all in Jannatul firdaus.” , doa seorang makcik.
Sebelum
keluar dari masjid, kami bertanyakan seorang penjaga masjid berkenaan restoran
halal yang berdekatan bagi mengisi perut yang lapar, beliau terus menawarkan
diri untuk menemani kami sehingga sampai ke restoran tersebut. Di sana, kami
juga dilayan oleh pakcik-pakcik yang sangat ramah dan tidak jemu-jemu mendoakan
kami. Di sebelah kami turut ada seorang imam tua yang berumur 90 tahun.
Sementara menunggu makanan dihidang, kesemua akhawat membuka alquran untuk tilawah.
Sungguh, aku cinta dan rindu suasana itu.
Setelah itu, kami menuju ke
stesen Gare Nord dan terus ke Terminal 2, Aeroport Charles De Gaulle untuk
menunggu penerbangan esok pagi ke Madrid.
Di airport, kami bertemu
dengan seorang warga Afrika yang merupakan seorang guru bahasa. Beliau fasih
berbahasa inggeris dan ramah. Ditanyakan apa tips untuk belajar bahasa, katanya
keep on speaking, jangan risau salah grammar atau pronounciation.
Malam itu kami tidur di
atas kerusi sepertimana pada hari pertama sampai.
29 Januari 2014
Paris-Madrid
Tepat
6.40 pagi, kami bertolak ke Madrid dengan menaiki penerbangan Easyjet.
Sesampainya kami di airport Madrid, kami terus ke stesen Nueros Ministerious dan
meninggalkan beg di locker (consigna) di sana dengan harga 3 Euro per consigna.
Ukhti yang menjadi PIC Madrid memberi kami sedikit masa untuk membersihkan diri
sebelum keluar mengelilingi kota Madrid.
Destinasi
pertama kami pada pagi itu adalah stadium Real Madrid. Kebanyakan dari kami
hanya mengambil gambar dari luar kerana tidak meminati apa-apa pasukan bola
manakala dua orang lagi ukhti masuk ke dalam. Seorang ukhti kekurangan wang
untuk membayar tiket masuk sebanyak 19 Euro. Dengan cepatnya, ukhti-ukhti lain
menawarkan wang masing-masing. Ahh aku berasa malu sekali. Kami terus berpakat
untuk mengumpul 2 Euro setiap seorang untuk menampung duit tiket tanpa
diketahui ukhti tersebut. Ya, pada mulanya aku pertikaikan sendiri di dalam
hati, apa faedahnya aku membantu pada sesuatu yang tidak menambah iman
langsung. Aku diuji dengan yang dinamakan ikhlas. Susah! Tapi akhirnya aku
sedar, bukankah menggembirakan ukhti itu sesuatu yang sangat disukai oleh Allah
dan RasulNya? Malu sendiri mengenangkan betapa itsarnya ukhti-ukhtiku.
Kami
yang tidak masuk ke dalam akhirnya berpakat untuk berjalan mengelilingi kawasan
sekeliling yang berhampiran dengan stadium. Kami memasuki sebuah hotel ternama,
Marriot’s Hotel hanya untuk mendapatkan peta. Setelah itu, kami ke sebuah
supermarket untuk membeli makanan ringan dan minuman dan berpakat untuk mencari
kedutaan besar Malaysia di sana. Menurut alamat, kawasan itu sangat berdekatan.
Jalan dan terus jalan hingga akhirnya masa yang dijanjikan untuk bertemu dengan
dua orang ukhti tadi hampir tiba. Maka, kami membatalkan hasrat untuk mencari
kedutaan.
Setibanya
kami di tempat yang dijanjikan, kelibat akhawat tidak kelihatan. Maka, kami
duduk rehat sebentar sambil makan bekal roti yang dibawa. Sementara menunggu,
kami tadabbur langit dan awan secara santai tetapi sangat muntij. Seorang ukhti bertanya
beberapa soalan simple yang berkaitan dengan proses kejadian awan. Kami hanya
menjawab mengikut tekaan sahaja. Ukhti tersebut kemudiannya mengajak kami
membuka buku Tauhid Zindani yang menjelaskan segala persoalan-persoalan tadi.
Sungguh, saat itu memberi semangat untuk aku mengkhatamkan buku tersebut
secepat mungkin. Terlalu banyak jawapan yang subhanallah masyaAllah, memang
alam ini diciptakan untuk kita mengenal Allah.
Sedang-sedang
berdiskusi, muncul dua akhawat yang kami tunggu. Mereka kelewatan kerana sesat
mencari pintu keluar. Sambil berjalan menuju ke destinasi seterusnya, aku
bertanyakan seorang ukhti, apa ibrah yang boleh dapat bila dapat masuk ke
stadium? Ukhti itu sekadar menjawab tentang kegembiraan beliau setelah impian
untuk masuk ke stadium latihan kumpulan yang diminatinya tercapai.
“Apa
perasaan dapat capai apa yang sangat-sangat diimpikan? Mesti best sangat kan?
Haa macam tu lah nanti kalau kita dapat masuk syurga yang kita sangat-sangat
impikan sekarang.”
Dush.
Terasa batu jatuh atas kepala. Ukhti-ukhtiku sangat positif dan kreatif dalam
mencipta ibrah. Ya, masih banyak yang aku perlu belajar dari mereka. Think out
of box.
Seterusnya,
kami ke Great Mosque of Madrid untuk solat jamak taqdim. Di sana, kami berjumpa
dengan seorang makcik yang berasal dari Maghribi namun butir bicaranya tidak
dapat kami fahami dengan baik. Bercakap arabkah? Atau Spanish? Selesai solat,
ada seorang makcik lagi datang memberi roti Perancis yang panjang kepada setiap
seorang dari kami. Jenuh juga nak menghabiskannya.
Kemudian,
kami ke Royal Palace. Tempatnya sangat cantik. Namun, dek kerana kelewatan
kami, kaunter tiket sudah tutup. Maka, kami hanya bergambar kenangan di luar.
Gambar-gambar yang dirakam kebanyakannya ada saja lambang salib. Pasti berbeza
dengan zaman kegemilangan islam suatu masa dahulu. Buat apa hanya dikenang masa
lalu kalau tiada usaha untuk mengembalikannya?
Dalam
kegembiraan kami di sana, ada beberapa mata cuba mengambill kesempatan ke atas
kami. Mereka sekumpulan remaja perempuan yang turut memegang peta berlagak
seperti pelancong membuat cubaan untuk membuka beg aku dan seorang lagi ukhti
dari belakang.
“Hey
you!” jerit seorang lelaki
Spanish di seberang jalan yang menyebabkan kami tersentak. Rupa-rupanya dia
sedang memberitahu sekumpulan remaja sedang cuba membuka beg kami. Aku trauma.
Terasa tiada mood untuk berjalan petang itu. Namun Alhamdulillah, Allah sangat
baik masih menyelamatkan kami dari segala perbuatan jahat orang. Sekali lagi,
aku tidak tahu doa dan amal siapa yang menjadi asbab. Mungkin juga doa seorang
ibu di Malaysia.
Seterusnya,
kami ke Plaza Mayor. Kini, kami lebih berhati-hati. “Pusing, pusing…”
adalah kalimah yang kami gunakan untuk mengingatkan semua khawat untuk
berhati-hati dengan orang sekeliling.
Di
sana, kami hanya membeli-belah souvenir. Plaza ini sebenarnya ada sejarahnya
sendiri. Ia merupakan tempat kumpul orang awam pada suatu masa dahulu, di mana
dijalankan hukuman pancung, bullfights dan sebagainya.
Setelah
itu, kami singgah sebentar di Pasar Mercado de San Miguel. Pasar ini agak sesak
dengan orang tempatan kerana menjual pelbagai jenis makanan dan buah-buahan.
Seterusnya, kami ke Puerto de Sol untuk melihat monument terkenal, Bear and the
Madrono Tree dan menara jam loceng yang berbunyi setiap kali menyambut tahunan
baru dan upacara makan Twelve Grapes.
Sebelum
pulang ke stesen bas untuk ke Cordoba pada jam 1 pagi, kami dibawa ke kawasan
pusat membeli belah barang berjenama. Setelah penat berjalan, kami terus pulang
ke stesen bas. Di sana, kami kelaparan. Alhamdulillah itulah hikmahnya Allah
takdirkan kami untuk terima roti Perancis dari seorang makcik di masjid tadi.
Kemudian, kami solat secara sembunyi di
kawasan locker, mengecas handphone, dan membuat sesi muhasabah. Aku berasa
cemas kerana buku yang mengandungi segala yang berkaitan Cordoba tertinggal di
Besancon. Mujur ada wifi di stesen bas tersebut untuk aku kembali mencari maklumat.
Ya, pengajaran buat aku yang terlalu bergantung pada buku sedangkan segalanya
patut ada dalam kepala.
Sesi
muhasabah kali ini agak tegang dek kepenatan semua akhawat. Aku tahu dan
percaya kesemua akhawat sedang menjaga emosi masing-masing supaya tiada sesiapa
yang disakiti. Kami sama-sama bermuhasabah tentang ketidakcekapan dalam
mengetuai jaulah di sesuatu tempat dan kurangnya buat research. Semua orang
diberi masa yang sama untuk bersedia dan mempunyai komitmen yang sama seperti
exam sebelum jaulah. Maka, sepatutnya tiada alasan untuk kami tidak
bersungguh-sungguh. Muhasabah lain adalah berkenaan faktor masa. Hormati
perancangan ketua setiap tempat, jangan terlalu lama berhenti untuk tangkap
gambar dan sebagainya.
Seorang
ukhti juga menceritakan tentang fastabiqul khayrat pada zaman sahabat dulu.
Ketikamana seorang peniaga seboleh-bolehnya meletakkan harga yang paling rendah
manakala pembeli ingin sekali membayar dengan harga yang paling mahal untuk
membantu ekonomi akhnya
Ya,
jaulah ini semakin tarbawi. Makin bermain dengan soal hati perasaan, dan emosi.
Perjalanan
selama 5 jam menuju ke Cordoba itu aku isi dengan mencari dan terus mencari
tentang Cordoba menggunakan wifi bas dan berehat.
30
Januari 2014
Cordoba
Lebih
kurang jam 6 pagi kami tiba di kota Cordoba, kota KITA suatu masa dahulu, kota
umat islam. Cuaca pada pagi itu sejuk menambahkan lagi debaranku untuk
mengetuai perjalanan pada hari itu. Sementara menunggu waktu Subuh, kami
bergilir-gilir ke tandas dan bertahajjud sementara tiada siapa lagi di sana.
Setelah selesai solat subuh berjemaah, kami mencari locker untuk menyimpan beg.
Setelah cuba memuatkan ketujuh-tujuh beg dalam tiga locker yang agak kecil,
kami letakkan token. Malangnya satu locker tidak dapat dikunci, maka aku
gelisah. Kami membuat keputusan untuk membeli lagi satu token berharga 4 Euro.
Namun Alhamdulillah Allah mempertemukan kami dengan seorang security guard yang
baik hati membantu kami tanpa perlu membeli token yang baru.
Lebih
kurang jam 8.45 pagi, kami memulakan langkah pada hari tersebut dengan sedikit
sesi set kompas dan doa. Aku berjalan di hadapan bersama seorang ukhti yang
mempunyai peta Triposso. Agak jauh kami berjalan kaki sedangkan kami belum
bersarapan lagi. Mujur Allah beri kekuatan dan cuaca yang baik pada pagi itu
serta pemandangan pokok oren yang banyak di sepanjang jalan. Tidaklah terasa
begitu penat.
Pagi
itu aku bercadang untuk ke Alcazar de Les Reyes Cristianos tapi kami sedikit
kelewatan dan kekurangan masa untuk mengejar bas ke Medinat Al-Zahra yang
dijadualkan akan bertolak pada 10.30 pagi. Aku terus berkejar ke Tourist
Information Center untuk membeli tiket bas yang berharga 8.5 Euro. Kemudian
aku menceritakan serba sedikit tentang Alcazar dan hanya sempat bergambar di
luar.
Di
sana juga kami berjumpa dua orang akhawat Tanta yang bakal sama-sama ke Medinat
Al-Zahra. Sementara menunggu bas, barulah sempat untuk kami menjamah roti
sardin sebagai sarapan pada pagi itu.
Perjalanan
mengambil masa lebih kurang setengah jam. Setibanya kami di sana, kami membeli
tiket masuk berharga 1.5 Euro dan dibawa masuk ke muzium mini sebelum melihat
tayangan video mengenai sejarah Medinat Al-Zahra. Aku kagum dan rasa ingin
sekali berada dalam zaman itu.
Seterusnya
kami dibawa ke kawasan Medinat Al-Zahra di kaki bukit dengan menaiki shuttle
bus. Kemudian, kami dibiarkan untuk berjalan sekitar kota Al-Zahra itu. Kota
ini dinamakan Al-Zahra yang bermaksud glooming. Ia dibina pada zaman
Sultan Abdul Rahman III menggunakan sistem teres kerana ia terletak di kaki
Jabal Al-‘Arus (Gunung pengantin), yang mempunyai pemandangan yang indah dan
tanah geografi yang subur. Kota itu dibina dengan begitu terancang, kawasan pemerintahan
di atas sekali, diikuti dengan kawasan pembesar dan seterusnya. Kesan tinggalan
masjid juga boleh dilihat. Aku membayangkan ketikamana azan berkumandang,
kesemua penduduk bersama khalifah solat berjemaah bersama. Masya Allah. Tak
sabarnya nak capai UA (ustaziyatul alam)!
Kami
tidak berjalan sekitar Madinat Al-Zahra sepenuhnya. Selebihnya kami berehat
sebentar di satu tembok menghadap ke kesan peninggalan masjid untuk melihat
pemandangan yang luas dan menghabiskan ODOJ. Jam hampir pukul 1 tengahari, kami
bergegas ke tempat asal menunggu bas untuk dibawa turun. Di sana, kami
terserempak sekali lagi dengan dengan sahabat-sahabat GEN11US yang mengikuti
rombongan Ustaz Nazrul setelah berjumpa di bawah sebelum naik ke atas.
Sampai
sahaja di bawah, kebanyakan dari kami sudah keletihan. Maka, sepanjang
perjalanan pulang ke kota Cordoba, semua tidur keletihan. Aku sempat bertanya
seorang ukhti kabir, apa itu ikhlas.
“Ikhlas
itu adalah apabila kita takkan bosan buat sesuatu kerana Allah. Hati yang
sempit takkan muat untuk letakkan sesuatu yang besar (ikhlas). Orang yang
ikhlas takkan pernah merungut. Rasulullah tak pernah merungut, tapi hanya
mengadu.”
Destinasi
seterusnya adalah Roman Bridge dan Caloharra Tower. Kemudian,
kami terus ke destinasi yang tak sabar-sabar untuk dikunjungi kerana sejarahnya
yang unggul, Mezquita Cordoba. Namun setibanya kami di sana, aku sebak dan
sedih. Dulunya masjid ini dijadikan pusat untuk masyarakat islam, punya
perpustakaan yang dikunjungi melebihi 400 ribu orang mengalahkan perpustakaan
lain, melahirkan tokoh-tokoh hebat seperti Ibnu Rusyd dan Az-Zahrawi, yang
hidup dengan cahaya pada waktu malam, kini suram dipindakmilik kepada mereka
yang tidak berhak, sesuka hati membina gereja di dalam masjid kita malah
melarang umat islam untuk bersolat di dalamnya.
Ya,
kita boleh marah tapi apa yang kita lakukan untuk islam? Layakkah kita untuk
marah sedangkan kita hanya berpeluk tubuh melihat kejatuhan islam? Hakikatnya
aku lebih marah akan diri sendiri.
Hanya
satu sudut sahaja menjadi bukti peninggalan islam, ukiran yang tidak mampu
dikikis oleh mereka di mihrab.
Kosong.
Itu yang aku rasakan. Setelah melihat mihrab, kami keluar dengan hati yang
sendu. Kemudian kami berjalan melihat kedai-kedai souvenir namun tiada
apa yang menarik perhatian. Aku terus membawa akhawat ke Plaza de Las
Tendillas, syurga beli-belah kata orang tapi malangnya kebanyakan kedai tutup.
Mungkin Allah tak izinkan kami untuk membeli-belah dengan boros.
Setelah
melihat riak kepenatan yang amat pada wajah akhawat, aku membawa mereka pulang
ke stesen bas. Namun, tiada pilihan lain melainkan berjalan kaki kerana aku
tidak sempat mencari no bas yang sepatutnya. Alhamdulillah, kami selamat tiba
dan menunaikan solat sementara menunggu bas untuk ke Seville pada jam 6.40
petang. Sungguh aku benar-benar merasakan latihan qawiyyul jismi pada hari ini.
Petang itu stesen bas dipenuhi dengan orang Malaysia, ada yang datang dari
Jordan dan juga Mesir.
Seville
Kami
tiba di Seville lebih kurang jam 9 malam. Ukhti yang menjadi PIC Seville segera
bertanyakan orang-orang tempatan untuk ke hotel. Ada seorang wanita tempatan
yang sangat baik membantu kami menaiki bas dan menunjukkan tempat untuk kami
turun. Seterusnya pencarian kami dibantu oleh peta Triposso. Alhamdulillah
akhirnya kami tiba di San Clemente, lorong di mana letaknya hotel kami, Pension
Los Montorena. Hikmah berjalan kaki dalam kepenatan malam itu adalah dapat
melihat pemandangan serta gaya hidup rakyat Seville pada waktu malam.
Tiba
di hotel, kami disambut baik oleh pekerja hotel, Manuel. Beliau sedaya upaya
berbahasa inggeris walaupun susah, cuba memenuhi keperluan kami, dan membantu
mengangkat beg-beg kami yang berat. Aku berharap agar orang Muslim jauh lebih
baik dari beliau supaya islam itu mudah tersebar luas.
Malam
itu, setelah solat dan makan malam yang disediakan oleh seorang ukhti, kami
tidur dengan lena.
31
Januari 2014
Seville
Setelah
solat subuh, membaca ma’tsurat dan bersarapan, kami bertolak ke destinasi
pertama, Cathedral of Seville. Tujuan kami ke sana hanyalah untuk melihat La
Giralda, sebuah menara yang satu masa dahulu digunakan oleh muazzin untuk
melaungkan azan tapi kini diganti dengan loceng gereja.
Seterusnya,
kami dibawa ke Real Alcazar, sebuah istana tinggalan islam yang sangat cantik
dan menarik perhatian kami semua. Istana ini dibina oleh seorang arkitek
berdasarkan konsep syurga. Jika syurga yang digambarkan oleh manusia di dunia
ini pun sudah cukup indah, agaknya bagaimanakah gambaran sebenar syurga kan?
Obses syurga! Motivasi untuk beramal dan terus beramal. Ukiran-ukiran cantik,
tertera kalimah Allah, bersama taman-taman bunga, dan buah- buahan termasuk
buah lemon yang dibawa dari tanah milik islam sebagai bukti kedatangan
islam.
Destinasi
seterusnya adalah ke Plaza De Espana, di mana terletaknya bangunan yang unik
berserta taman yang indah untuk berbasikal. Kami menaiki basikal ala-ala beca
untuk empat orang dan bersiar-siar di sekitar
selama setengah jam. Di sini juga menjadi tempat tumpuan ramai pembikin
filem seperti filem Lawrence of Arabia dan Star Wars.
Setelah
itu, kami pulang ke hotel untuk berehat dan solat sebelum keluar kembali untuk
ke Metropol Palasol. Tempat ini menjadi tumpuan pelancong kerana bentuknya
seperti cendawan dan diperbuat daripada kayu. Sambil minum air jus percuma,
seorang ukhti bertanya kepadaku, apa yang aku dapat sepanjang jaulah ini. Aku
terdiam. Secara jujurnya aku lebih terkesan pada selain dari tempat yang aku
lawati seperti pengurusan jaulah dan akhawat. Bila difikirkan kembali, memang
itu pun hadaf fardiku kali ini, maka itulah yang aku dapat.
“Takut
kita terlalu fokus pada benda-benda kecil macam sakit kaki, penat, lapar sampai
lupa nak cari ibrah dalam setiap langkah.”
Ya,
alangkah ruginya jika kita mensia-siakan walau satu detik kerana jaulah ini
merupakan pelaburan yang besar untuk mendapatkan sesuatu yang dinamakan
tarbiyah.
Selesai
bicara, kami naik ke atas. Apabila berada di atas, kami dapat melihat
pemandangan keseluruhan Seville. Kotanya sangat padat. Bunyi loceng
bersahut-sahutan. Dulu bukan seperti ini. Dulu, azan yang bersahut-sahutan.
Ketika
itu, Seville dibaluti senja. Pemandangan sunset sangat lawa dan memukau.
“Asyik
ambil gambar ciptaan manusa je, lupa nak ambil gambar ciptaan Allah.
Astaghfirullah.”
Terdengar
keluhan seorang ukhti yang sentiasa bersama kamera telefonnya merakam
gambar-gambar indah.
Semasa
turun, aku bertanya soalan yang sama seperti yang ditanyakan kepadaku kepada
seorang ukhti.
“Sungguh, terlalu banyak yang aku dapat
daripada jaulah kali ini. Aplikasi tarbiyyah jaulah, rasa hati yang hidup
dengan ukhuwwah kerana Allah dan lain-lain lagi. Bagiku, Paris adalah simbolik
kepada menara dakwah itu sendiri. Sejauh mana kita ingin berusaha untuk
menjadikan dakwah ini perkara yang paling terkedepan mengatasi hal-hal yang
lain dan setinggi mana impian kita untuk membina ustaziyatul alam itu sendiri.
Sepanyol pula simbolik kepada qasr tarbiyyah
(istana tarbiyyah). Bagaimana tarbiyyah dahulu menjadi nadi utama dalam dakwah.
Tanpa tarbiyyah, tidaklah bergeraklah dakwah. Aku selalu memikirkan, bagaimana
khalifah terdahulu memastikan tarbiyyah ini berjalan dengan baik meski Islam
berada di puncak dunia ketika itu sedangkan realitinya apabila kita sudah maju
ke hadapan, kita akan memandang enteng perkara-perkara sebegini yang akhirnya
akan menyebabkan keruntuhan Islam itu sendiri sebagaimana yang menimpa kita
pada tahun 1924 sehingga sekarang.”
Ini adalah jawapan yang dicoretkan oleh ukhti tersebut dalam
travelognya. Aku bertanya lagi pendapatnya tentang kekurangan info yang
diperoleh berbanding jika ada tour guide. Kata beliau, lack of info
yang tak perlu tak apa. Seseorang daie perlu pandai memilih ilmu yang memberi
kesan kepada dakwah dan tarbiyah dan menolak yang tidak perlu.
Walaubagaimanapun, daie perlu ada pengetahuan yang luas.
Selepas turun, kami terus ke kawasan membeli-belah dan makan
di sebuah restoran halal milik orang Syria. Usai makan, kami pulang ke hotel
dengan menaiki bas dek terlalu penat dan letih.
1
Februari 2014
Seville-Granada
Pagi
ini dimulakan dengan rutin biasa, dan bersiap-siap kemas beg untuk check out
pada jam 10 pagi. Selepas check-out, kami menaiki bas untuk ke stesen
bas Seville. Bas ke Granada dijadualkan pada jam 12 tengahari. Sementara
menunggu, masing-masing bersama alquran masing-masing untuk tilawah menghabiskan
ODOJ dan tadabbur.
Jam 3
petang, kami sampai di Granada. Kami terus menuju ke hotel Los Montes di Plaza
de Colon dengan menaiki bas. Tiba di hotel, kami disambut oleh pemilik hotel
yang tidak mampu untuk bertutur dalam bahasa inggeris. Aku hanya mengangguk
setiap kali pemilik hotel bercakap.
Setelah
menunaikan solat jamak takhir, kami bergegas keluar mencari sebuah kedai yang
menjual tiket masuk AlHambra di Plaza Nueva. Namun, kami agak kecewa kerana kad
debit seorang ukhti tidak dapat digunakan. Maka, kami membuat keputusan untuk
meminta pertolongan sesiapa sahaja orang Malaysia yang bakal kami jumpa.
Kebetulan,
kami terserempak dengan dua orang pelajar Malaysia yang belajar di Mesir. Kami
bertanyakan tentang tiket AlHambra. Mereka dengan yakin mencadangkan kepada
kami untuk terus membelinya pada awal pagi esok di kaunter tiket. Sebenarnya,
kami agak bimbang kalau-kalau tiket tersebut cepat habis dek kerana menjadi
tumpuan ramai. Namun, setelah diyakinkan oleh mereka, kami akur. Maka, kami
bercadang untuk keluar dari hotel sebelum Subuh untuk mendapatkan tiket masuk.
Seterusnya,
kami dibawa ke kedai-kedai souvenir di kawasan yang bernama Alcaiceria, sangat
berhampiran dengan hotel kami. Setelah membeli belah apa yang patut, kami
pulang ke hotel untuk menikmati makan malam dan tidur.
2
Januari 2014
Granada
Pagi itu aku
dan akhawat yang sebilik bangun sedikit lewat. Kami terlepas untuk mengikut
mereka yang terlebih awal keluar untuk beratur membeli tiket. Maka, kami terus
bersiap, menunaikan solat subuh, dan bersarapan ala kadar.
Langit masih
gelap. Cuaca sangat dingin. Namun, perjalanan mendaki bukit harus diteruskan.
Penat. Sangat. Sepanjang pendakian bukit itu, kerapkali aku terbayang video
Sayonara Jahiliyyah yang dihasilkan oleh sekumpulan ikhwah, betapa pendakian
sebuah bukit itu sangat payah dan susah jika bahu menggalas beg-beg berat yang
tidak perlu pun untuk dibawa. Ia menjadi analogy kepada pendakian menaiki
tangga maratib amal menuju ke Ustaziyatul Alam. Beban-beban jahiliyyah yang
kita bawa bersama itulah menyebabkan kita gagal untuk menaiki tangga dengan
mudah dan jaya.
Maka, pagi
itu aku bertekad untuk terus memandang ke atas tanpa memikirkan kepenatan
mendaki. Alhamdulillah, Allah memberikan kekuatan untuk terus laju mendaki apabila
kita tidak melayan perasaan-perasaan remeh kita. Kami akhirnya sampai ke puncak
di mana akhawat yang lebih awal pergi menunggu kami di sana. Mereka risau akan
kami yang agak lambat tiba. Rupa-rupanya ada jalan yang lebih mudah dilalui
berbanding bukit yang curam itu.
Sebaik masuk ke dalam AlHambra’,
kami terus dibawa masuk ke Palaces Nazaries yang merupakan istana terbesar yang
sangat cantik dan halus ukirannya. Di setiap sudut dinding, kalimah La Ghaliba
illallah (Tiada penguasa melainkan Allah) terukir. Tak jemu mata memandang
setiap ukiran di dalamnya.
Betapa khalifah pada zaman dulu
benar-benar ingin menjaga hati dengan peringatan-peringatan berbentuk
Rabbaniyah ini diukir di setiap sudut dinding. Ya, mereka berkuasa di dunia
ini, tetapi mereka sendiri dikuasai oleh Yang Maha Berkuasa. Selamanya mereka
dan kita tetap menjadi hamba pada Allah walau besar mana pangkat kita, walau
tinggi mana orang pandang kita.
Sepanjang berjalan di dalam
Al-Hambra’, selain mendapat penjelasan dari PIC Granada, kami juga berpandukan
buku Official Guide to AlHambra’ yang dibeli oleh seorang ukhti. Melihatkan
kejelasan fakta yang tidak berat sebelah, aku juga berniat untuk membeli buku
yang sama untuk dihadiahkan kepada ayah.
Dalam perjalanan menjelajah
AlHambra’ yang begitu besar dan kaya dengan taman-taman yang indah, kami
berehat sebentar membuat sesi sharing. Aku terfikir-fikir bagaimanakah keadaan
mereka yang bukan islam ketika masuk ke dalam AlHambra’. Adakah mereka sekadar
memandang, mengagumi ukiran-ukiran itu tanpa ada terselit walau sedikit
perasaan untuk masuk islam? Sungguh, Allah memilih hamba-hambaNya untuk diberi
hidayah. Aku berdoa agar mereka dipilih Allah untuk dikurniakan hidayah nur
Islam, dan kita ditsabatkan dalam nur Islam ini sehingga akhir hayat.
“Disebabkan masa tu semua orang
berlumba-lumba nak jadi penguasa, sebab dapat hidup mewah dan seronok, Allah
tarik nikmat ni.” Ulas seorang ukhti mengenai kejatuhan islam.
Aku bangga melihat islam yang sangat
gah dipandang masyarakat. Tapi layakkah aku berbangga sedangkan aku tak
menyumbang sesuatu pun untuk islam dipandang gah? Astahgfirullah.
“Mereka zaman dulu kalau bina
sesuatu yang gah untuk islam dikenali sampai sekarang. Tapi kita, sibuk bina
benda-benda yang tak menampakkan islam pun walaupun dipandang gah satu dunia.”
Itulah antara kesimpulan yang aku
dapat simpulkan mengenai AlHambra’.
Sebelum pulang, terserempak dengan
sahabat-sahabat GEN11US dan sempat bergambar bersama.
Seterusnya, kami menuju ke sebuah
masjid di perkampungan AlBaycin. Kami lelah mendaki bukit untuk sampai ke
masjid tersebut. Di muka pintu, kami berjumpa dengan seorang muslim warga
Amerika Syarikat bernama Aisha bersama anaknya. Selesai solat jamak, ada ukhti
yang tertidur dek keletihan mendaki.
Keluar dari masjid, kami merakam
pemandangan indah AlHambra’ dari masjid tersebut. Kemerah-merahan dan gah
dipandang.
Pada asalnya, kami bercadang untuk
mendaki Sacromonte untuk melihat perkampungan yang terkenal dengan tarian
Flamenco dan perumahan gua, namun kepenatan kami tak mengizinkan kami untuk
mendaki bukit selama 20 minit itu. Maka, kami mengambil keputusan untuk pulang
ke hotel dengan menaiki bas.
Sebelum pulang ke bilik hotel, kami
singgah di sebuah restoran makanan halal untuk menjamu perut yang lapar dan membeli
sedikit makanan ringan.
Pada malam itu, kami bercadang untuk
mengadakan daurah, namun dibatalkan atas faktor keletihan semua akhawat dan
digantikan dengan sesi sharing apa yang dekat di hati masing-masing sepanjang
jaulah dan sedikit tazkirah.
Ada seorang ukhti mengingatkan kami
untuk memanfaatkan saki baki jaulah ini supaya kami benar-benar dapat menjadi
orang yang baru dan punyai aura yang baru setelah pulang dari jaulah.
Selesai sesi sharing, kami kembali
ke bilik di tingkat atas untuk memasak juadah untuk esok hari. Namun, aku yang
keletihan tertidur lebih awal sedangkan ada ukhti yang lebih keletihan mampu
berjaga sehingga jam 3 pagi untuk memastikan makanan siap dimasak. Aku malu
sendiri.
3 Januari 2014
Granada
Pagi itu kami bangun seperti biasa,
menjalankan rutin biasa dan siap mengemas beg untuk diletakkan di bilik bawah
sebelum check out. Selepas membuat undian pada hari semalam, pagi ini
sepatutnya kami ke Sierra Nevada, sebuah pergunungan salji untuk bermain ski
dan sebagainya namun kami tidak dapat mengikut perancangan asal atas
alasan-alasan tertentu.
Oleh itu, kami semua menuju ke
Madrasah Granada (Universidad Granada). Madrasah ini dibina oleh orang islam
pada masa dahulu. Mempunyai seramai 20 orang pelajar seperti Ibnu Al-Hakkam dan
Syeikh Yahya ibn Hudayl yang merupakan ahli perubatan tersohor. Di sana,
terdapat ruang untuk mengambil wudhu’, ruang solat yang mempunyai mimbar yang
sama ukirannya seperti AlHambra’, kelas-kelas, dan ruang asrama. Namun, setelah
dirampas oleh puak Kristian, mereka mengubah beberapa struktur dan menampal lambang-lambang
mereka.
Setelah itu, kami pulang sebentar ke
hotel untuk menunaikan solat sebelum meneruskan perjalanan ke sebuah taman.
Kami tersalah naik bas dan berpatah balik untuk menaiki bas yang lain. Ukhti
yang menjadi PIC Granada mengaku kesilapannya dan sanggup membayarkan tambang
bas yang berharga 1.2 Euro untuk setiap akhawat. Namun begitu, kami tetap
mengumpul duit dan berusaha untuk meletakkannya di dalam beg ukhti tersebut
tanpa beliau perasan.
Sementara menunggu taman dibuka pada
jam 4 petang, hujan turun membasahi bumi. Detik itu detik yang sangat seronok
bagi aku. Kami dapat melihat pemandangan kota Granada dibasahi hujan dari atas
bukit, dan mengalunkan ayat-ayat alquran di dalam kehujanan dan kesejukan. Kami
juga membuat sesi sharing ringkas dan santai sementara menunggu.
Setelah pintu dibuka tepat jam 4,
kami masuk ke dalam dan bersiar-siar di sekitar menikmati keindahan alam selama
satu jam. Di sana juga, kami dapat melihat pemandangan kota Granada dengan
lebih jelas dan menyeluruh serta perumahan di Sacromonte.
Selesai menikmati pemandangan, kami
pulang ke hotel dengan menaiki bas untuk mengambil beg dan terus ke restoran
buffet halal berhampiran yang berharga 9 Euro per person. Setelah solat di
restoran tersebut (diberi ruang oleh pemilik restoran di bilik sebelah tandas
OKU), kami bergegas menaiki bas menuju ke stesen keretapi untuk ke Barcelona
yang memakan masa selama 8 jam.
4 Januari 2014
Barcelona
Aku terjaga sebelum Subuh. Terus aku
ke tandas untuk membersihkan diri dan mengambil wudhuk. Setelah selesai solat subuh,
kelihatan sunrise di tepi laut yang begitu cantik dan indah dipandang
dari dalam keretapi. Subhanallah.
Tiba di Barcelona Sants, kami terus
ke kawasan locker untuk menyimpan beg. Sebelum itu, ada yang ke tandas menyalin
pakaian dan membersihkan diri. Setelah selesai, kami bersarapan nasi goreng
bersama sambal ikan belis kering yang terakhir sambil mendegar tazkirah subuh
sebelum memulakan perjalanan pada hari itu.
Destinasi pertama kami di Barcelona
adalah stadium Barcelona FC. Aku pernah mendengar nama kumpulan ini dan
beberapa ahlinya namun tidak begitu cam. Almaklumlah, aku bukan kaki bola.
Setelah menangkap gambar sebagai kenangan di luar stadium, kami masuk ke gedung
menjual barang-barang berkaitan Barcelona FC. Aku hanya meninjau dan tidak tahu
mahu beli apa.
Akhirnya aku keluar tanpa apa-apa
barang di tangan. Selesai membeli belah, kami ke sebuah taman yang dinamakan
Park Guell yang direka oleh Antoni Gaudi, seorang arkitek yang dikenali ramai.
Menaiki bukit yang curam sebelum sampai ke taman tersebut membuatkan kami
lelah. Mujur, ada disediakan escalator di separuh jalan.
Sampai di taman tersebut, kami
memilih satu sudut untuk mengambil ibrah dari taman tersebut. Seorang ukhti
berkongsi tentang ibrah escalator sebagai rukhsah sambil ditemani alunan
violin oleh pemuzik jalanan.
“Dalam kesusahan pasti ada kemudahan, pasti
ada rukhsah yang Allah berikan untuk kita mengharungi cabaran dalam kehidupan.
Cuma kita mungkin kadang-kadang terlupa akan kemudahan yang Allah berikan
kerana kita menganggap kemudahan itu hanyalah kecil sedangkan besar nilainya.”
Setelah penat berjalan di sekitar
taman, kami terus ke sebuah gereja yang dinamakan Sagrada Familia yang tidak
siap-siap binaannya walau berates tahun lamanya. Ia direka oleh Antoni Gaudi,
dan binaan itu hanya siap 15-25 % sahaja ketika beliau meninggal.
Mengambil ibrah dari binaan ini,
seorang ukhti mengaitkannya dengan usaha dakwah yang masih belum sampai
kemuncaknya. Sepertimana Rasulullah saw, baginda sendiri tidak dapat melihat sendiri
menara dakwah itu, tetapi baginda telah menyediakan batu asas kukuh untuk
diikuti oleh umat sepanjang zaman dalam proses pembinaan manusia sehinggalah
mencapai kemuncak.
“Saya
terfikir bagaimana ada orang masih lagi mahu meneruskan pembinaan gereja ini
sedangnya pengasasnya telah lama pergi melainkan mereka amat menyanjungi Antoni
Gaudi. Dan kita juga memilih untuk menyanjungi seseorang yang lebih hebat
iaitu Rasulullah SAW lalu memilih untuk melakukan kerja dakwah seperti
Baginda!”
Seterusnya, kami ke kawasan membeli
belah souvenir dan berhenti makan Paella (makanan Spain yang terkenal) di
sebuah restoran yang pemiliknya berasal dari Maghribi.
Selesai makan, kami bergegas ke
lokasi terletaknya Magic Fountain of Montjuic. Kata mereka, air pancut ini
mempunyai irama dan warna sendiri serta sangat tinggi. Malangnya setelah
bertanya kepada orang tempatan, tempat tersebut rupa-rupanya tidak dibuka
setiap hari. Sekali lagi, bukan rezeki kami untuk melihat keindahan itu.
Kami meneruskan perjalanan ke destinasi
lain, sebuah menara yang cantik berbentuk bullet, dihiasi lampur warna warni.
Menara Torre Agbar ini dimiliki oleh sebuah syarikat air Aigues de Barcelona
dan dibina oleh arkitek yang bernama Jean Nouvel.
Seterusnya, kami dibawa ke kawasan
pusat membeli belah barang berjenama. Beberapa ukhti mencari handbag untuk
dihadiahkan kepada ibu mereka. Aku juga ligat berfikir barang apa nak dibeli
untuk dihadiahkan kepada ibu, namun hampa, aku tidak sempat masuk ke sebuah
kedai menjual beg kerana tutup pada jam 9 malam.
Selesai membeli belah, kami bergegas
pulang ke stesen keretapi, takut-takut tidak sempat mendapatkan metro terakhir
ke airport yang dijadualkan pada jam 11 malam. Setelah mengambil beg, kami
terus ke mesin tiket.
Malangnya, tiket kami tidak diterima
mesin. Kami cemas. Terdapat beberapa pelajar Malaysia cuba membantu kami.
Katanya tiket yang dibeli pada pagi itu hanya valid pada waktu pagi. Maka,
beberapa ukhti bergegas ke kaunter tiket bertanyakan hal demikian. Mujur,
terdapat pegawai yang baik hati sudi mengecop tiket kami dan membenarkan kami
untuk masuk ke dalam. Alhamdulillah atas nikmat kemudahan dan kebaikan ini ya
Rabb!
Turun sahaja di bawah, aku dan
beberapa ukhti terus masuk ke dalam metro yang sudah lama menunggu di situ.
Sejurus selepas itu, pintu ditutup. Kami cemas lagi. Ada tiga orang ukhti lagi
di luar tidak sempat masuk sedangkan kesemua tiket metro ada padaku. Kami cuba
memanggil-manggil dari dalam namun tidak Berjaya. Di dalam metro juga sepi,
tiada siapa.
Tiba-tiba datang seorang lelaki
Pakistan bertanyakan tentang kami kepada akhawat yang berada di luar.
Rupa-rupanya kami tersalah metro! Metro ini akan ke parking.
Metro mula bergerak. Bertambah
cemas. Kemudian metro berhenti kembali. Kami cuba mencari manusia di dalam untuk
meminta pertolongan. Terjumpa seorang makcik yang juga kekeliruan sementara
seorang ukhti meminta bantuan dari security guard bersama anjing besarnya.
Akhirnya, pintu berjaya dibuka dan kami berjaya keluar. Kelakar. Saat cemas
yang sangat kelakar untuk dikenang. Masya Allah.
Kami berehat sebentar sementara
menunggu metro yang sebenar-benarnya yang akan ke airport. Ketika sedang
menaiki metro, seorang ukhti perasan akan handphonenya yang hilang. Kemudian,
masuk seorang ukhti bersama handphone tersebut yang berjaya dirampas daripada
seorang lelaki yang merupakan pickpocket. Subhanallah. Cubaan kali ketiga dan
ketiga-tiganya gagal. Alhamdulillah!
Setibanya kami di airport,
masing-masing mengemas barang-barang untuk dimuatkan di dalam beg. Selesai
mengemas beg, kami solat dan tidur sebentar.
5 Januari 2014
Barcelona-Zurich
Tepat jam 6.25 pagi, kami bertolak
ke Zurich. Tiba di Zurich, kami sempat membeli sedikit souvenir seperti magnet
dan coklat sebelum terbang ke Cairo.
Cairo International Airport
Alhamdulillah ‘alassalamah!
Selesai urusan imigresen dan ambil
beg, kami bergambar kenangan sebelum pulang. Seorang ukhti perlu menemani
seorang pelajar Ireland yang ingin ke Alexandria untuk ke Ramses. Aku juga
terkesan dengan pengorbanan ukhti ini. Sudahlah baru sampai, tidak pernah kenal
pula, tapi sanggup untuk teman. Masya Allah!
Selesai solat jamak taqdim di surau,
kami mengadakan sesi khulasoh jaulah. Masing-masing melontarkan rasa dan
meminta maaf antara satu sama lain.
Aku sebak dan tidak dapat bercakap
dengan baik. Sungguh, terlalu banyak yang aku belajar dari jaulah ini. Moga
segala ‘rasa’ itu bukan pada waktu tersebut, tapi kekal sampai bila-bila. Moga
segala ibrah yang aku dapat bukan sekadar retorik, tapi dapat aku amalkan
sepanjang hidup aku.
Memoir indah.
Terima kasih Allah!
Tinta penulis,
Aisyah Syahira bt. Abdul Hamid
-Travelog TREC-
Assalaam, seronok nya Pakcik baca travelog anak2 sekalian,tahniah ler..
ReplyDeleteSalam, terase mcam kat sane je.. Wish will get a chance to continue my study at Spain..
ReplyDeleteAnyway, Congrats..