Kerana Allah..

in


Bismillah..
Letih, lelah.. biasalah, kita budak medic..
Sibuk, takde masa..biasalah, kita budak medic..

Standard setiap orang akan kata hidup dia letih, hidup dia penat dan hidup dia langsung tak bagi masa untuk dia bernafas (nak tunjuk betapa ‘sibuk’nya kita)

Tapi kenapa kita letih?

Jawapan aku mudah..sebab kita buat kerana MANUSIA..
Kerana adanya sahabat yang memerhati kita..
Kerana adanya calon suami/isteri yang menilai kita..
Dan macam2 lagi kerana..

Kita rasa manusia memerhatikan kita..
Kita rasa manusia setiap masa menilai kita..
Kita rasa kita perlu menonjol (dapat mumtaz, jadi alim dan nampak stylo) kerana manusia sentiasa melihat kita..
Kalau beginilah pandangan kita, memang sampai mati kita akan letih..
Sampai mati kita takkan jumpa maksud hidup senang dan tenang..

Cuba kita bertenang sekejap, dan fikir..
Apa kita dapat kalau buat kerana manusia?..
Sesungguhnya manusia tidak memerhatikan kita 24 jam..
Dan manusia sangat tak adil dalam menilai orang yang nak berubah..
Apa yang kita dapat? Kita hanya dapat sibuk dan letih kalau buat kerana manusia..

Kawan-kawan..kita nak sama-sama masuk syurga..
Jadi sama-sama kita fikir sekejap kenapa..
Tanya hati dan diri : Kenapa aku buat semua ni?

Kemudian jawab pada hati dengan penuh yakin..
LILLAH!!
Aku buat kerana Allah..
Kalau buat kerana Allah kita akan sentiasa bersemangat..
Sebab Allah saaaaangat dekat, Dia memandang kita setiap masa dan setiap detik..
Allah punya penilaian yang sangat adil dan detail..
Buat kerana Allah dan kita akan bahagia..
Sebab standard seorang yang jadi kekasih sangat suka bila disuruh kekasihnya..
Jatuh bangun hidup kita akan Nampak dan rasa di mana manisnya..
Hidup sangatlah bahagia kalau kita mula buat kerana Allah..
Nak dapat mumtaz kerana Allah..
Nak jadi baik kerana Allah..
Nak nampak smart and stylo kerana Allah..
Nak jadi kaya kerana Allah..
Cuba kita mula ubah dengan benda kecik ni..
Kita akan nampak seluruh hidup kita akan berubah..
Percayalah..

Bila kita mula nampak Allah dalam hidup,
Kita akan hidup senang dan tenang.

-akuTIRAMISU-

GEN11US is the 11th generation of Malaysian medical students at Kasr El-Ainy School of Medicine, Cairo University in Egypt.

4 comments:

  1. bila baca ni, rasa sangat aku ni hamba lemah jek. baru kena sikit nak mengeluh bagai.

    syukran gen11

    ReplyDelete
  2. yer,,btol tu..lillahita'ala..

    ReplyDelete
  3. nak bgtau..bleh x jarakkan tulisan n guna tulisan y saiz besar..sng nak baca n lbh menarik..hi3

    ReplyDelete
  4. Insya allah lepas ini akan di perkemaskan lagi...
    Terima kasih atas cadangan anda..

    ReplyDelete

Suggestion Box:

Name

Email *

Message *

Followers