Kesihatan…satu nikmat yang jarang disyukuri sehingga la ia direntap dari diri kita. Waktu tu la kita sedar kuasa Allah, kita sedar lemahnya kita, kita sedar yang takdir Allah itu tak mampu diduga dan kita sedar mulianya hati seorang insan…
Bila aku disahkan menghidap penyakit hati, terasa dunia aku gelap, rasa macam hidup dah tak de maknanyer, rasa macam aku tak nak buat ape-ape. Rasa kecewa, sedih buat aku rasa nak duduk atas kerusi dan tunggu jer kematian aku.
“Aina, kau jangan macam ni. Kau kena kuat, sabar. Jangan cepat putus asa macam ni. InsyaAllah pasti ada jalan. Mana Aina yang dulu, yang kuat, yang selalu bela aku bila aku kena buli, yang selalu tengking budak-budak hingusan yang selalu hina aku tu”.
Ini la kata-kata seorang sahabat yang sentiasa di sisi aku di saat-saat terakhirku di dunia. Tapi, sebenarnya saat-saat terakhir aku adalah saat-saat terakhir dia.
Makin hari aku makin tenat. Aku hanya mampu terlantar di atas katil hospital. Setiap urusanku ibu yang bantu. Aku perlu dipapah untuk ke tandas, makan minumku disuap. Sudah lama aku tak tengok pemandangan luar.
Setiap hari ku hanya bertemankan doktor, jururawat, katil putih dan segala isi hospital. Sahabatku juga masih setia memberikan kata semangat walaupun tiada siapa yang dapat menyangkal bahawa pengakhiran hidup aku bakal menjengah tak lama lagi.
Suatu hari, aku rasa sangat sakit. Aku rasa tak tahan menanggung kesakitan ini. Aku tak mampu nak bukak mata. Ibuku memanggil doctor dengan rasa sangat cemas. Doktor dan beberapa jururawat mula memenuhi bilikku.Sebelum mataku terpejam, aku lihat ibuku berlalu pergi dengan linangan air mata.
Setelah beberapa hari….
Aku bukak mata perlahan-lahan. Cahaya luar terasa perit di mataku. Mungkin kerana sudah lama mataku terpejam. Aku melihat senyuman ibu dan ayahku. Mana Amira.Aku tak nampak dia..
“Ibu, mana Amira?” Kulihat wajah ibu berubah kelam, hilang senyuman ibu. Kenapa? Aku kehairanan.
Tiba-tiba, ibu menghulurkan sepucuk surat kepadaku.Aku menyambutnya dengan seribu satu persoalan.
Salam sahabatku Aina dunia akhirat,
Moga kau semakin sihat, ceria dan bahagia.Jangan sedih-sedih sebab kalau kau sedih aku akan rasa. Jangan buat aku sedih tau.Mulai hari ni aku akan sentiasa dekat dengan kau, sentiasa bersama kau. Aku ada dalam diri kau, so kalau kau rasa sedih aku akan rasa jugak. Jaga ‘hati’ aku, jaga iman.
Maafkan segala salah silap aku sepanjang kita kenal. Halalkan makan minum aku. Doakan aku aman di sini.
Sahabatmu,
Amira…
Tak dapat nak digambarkan perasaanku waktu itu. Aku menangis semahu-mahunya. Terasa tangisanku tidak cukup untuk menghilangkan segala kesedihan ini. Sahabatku telah pergi buat selama-lamanya. Jasadnya sudah tiada tapi hatinya akan sentiasa hidup dalam diriku beserta amanat. Ya, amanat untuk menjaga hati ini.
©BEITMUMTAZ
0 comments: