Tidak!! Berat Badan Saya Naik

in

Semakin hari abang tengok ayang makin semakin berserilah, 
Badan pon dah bertambah langsing sekarang, 
Ni yang buat abang sayangkan ayang ni.

Bayangkan 10 tahun akan datang, ayat nie yg terkuar dari bibir orang tersayang. Mahu berbunga hati, tersenyum sampai ke telinga dan bahkan tak tidur malam rasanyaa. Tapi mampukan ayat tersebut diucapkan padahal  kita asyik dengan kerja yang bertali arus, melayan kerenah anak-anak dan menguruskan hal rumah tangga sampai lupakan diri sendiri. Makan pakai kita sendiri endahkan. Biasalah wanita, keutamaan selalu diberikan kepada orang tersayang dahulu. Diri sendiri ? tak apalaaa.. asalkan hati bahagia melihat orang senang. Sampai berat bedan mencecah angka yang tak dijangkaaa... 60kg ? 70kg ? err.. 100kg ??

Jadi apa reaksi anda ?? mestilaaaa TIDAKKK !!! Berat badan saya sudah naik !   kenapa nie ? apa perlu saya buat ? apa salah saya ? oh tidakkkk.. sob sob sob T.T
Jangan sedih, kami ada jawapannyaaa....

the problem is FOOD !!??

Di mesir ini banyak sangat makanan sedap-sedap.. Fatirah, shakshukah, tomiah, batotis dan lain-lain lagi.. Semuanya sedap-sedap belaka! Mmm..yum yum. Tapi, boleh ke makan makanan ini semua setiap hari ? Arrgghhh... tidak!! Ini semua menggemukkan... Jadi, makanan apa yang boleh membantu orang untuk lose weight with the safest way ?

Hehe.. senang sahaja sebenarnya.. say hi to proteins and fibres and bye bye to carbohydrates and fats.. tapi, bukan tinggalkan terus..Cuma kurangkan sahaja.. Seelok – eloknya, makan nasi sehari sekali sahaja dan kurangkan kuantiti... Jadi, jangan tambah nasi semasa makan lagi lepas ini ! :D

Siapa yang tak suka burger bilbeid, batotis suri, pizza ? Memang sedap, tapi anda perlu mengelakkan makanan segera dari diet harian anda. Kebanyakan makanan segera ini di goreng di dalam minyak dan jarang-jarang mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan. Hadkan pengambilan makanan segera kepada 1 – 2 kali sahaja setiap bulan. So, lepas ini tak perlulah kita mengkayakan lagi justa dan horus...
 Setiap hari kita lalu dekat kedai roti.. paling kurang pun, sekali mesti tersinggah juga kedai roti itu.. kita pun terbelilah roti coklat dan roti cheese yg baru masak dan masih panas...wahh..sedapnya.. tapi, makan roti berlebihan pun tak berapa elok kerana ianya mengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu yang tinggi. Roti yang paling sihat untuk dimakan ialah roti whole grain. Walaupun tak sedap, tapi kena biasakan..hihi..

Musim sejuk ini, ramai orang suka minum hot chocholate, hot coffee dan lain-lain yang boleh memanaskan badan. Ada juga yang suka minum air coca cola, pepsi sahaja setiap hari..(mostly, arab la..haha). Amalan ini tidak boleh diamalkan setiap hari kerana banyak kandungan gula dan kaffein. Selain itu, kita juga mestilah perbanyakkan makan sayur dan buah-buahan macam epal, pisang, oren dan sebagainya. Makanan-makanan ini mempunyai vitamin dan khasiat yang tinggi dan boleh membantu menurunkan berat badan. Jadi lepas ini, daripada kita beli burger bilbeid berharga 5.50 LE, lebih baik kita beli pisang sekilo berharga 5 LE.. Mudah kan?
SO ??
EXTRASIZE ?? eh.. EXERSICE??? Malaslah nak exercise, tak cukup masa nak exercise, penat la exercise, sayangkan lemak laa… Ayat ayat inilah yang sering diucapkan oleh sebahagian daripada kita apabila diajak untuk melakukan aktiviti senaman. However, it is not denied as medical students we don’t have plenty of time to do exercises.

Sebenarnya bersenam tidak memerlukan masa yang lama. Berjalan kaki ke universiti juga dikira sebagai bersenam, mengemas rumah, menaiki tangga di universiti. Selain itu kita dapat menvariasikan senaman dengan melihat video-video senamaerobik di you tube. Most of the aerobic exercise’s videos durations are in 7-10 minutes, so we don’t really have to spend so many time in exercising. Selain itu, bersenam juga tidak memerlukan kos yang tinggi.We could just simply do a simple lunges, squats and even push-ups.


A great mind come from a healthy body. Menurut Prof Dr. Muhaya dalam bukunya, How to become a good and successful medical student, beliau ada menyatakan bahawa bersenam dapat mewujudkan gelombang alpha, which allow us to study better. How are the alpha waves helping in our study?? During an alpha brainwave state your brain is more receptive to learning new information. I do not have to quote studies here, just use common sense, when you are stressed you can not learn as efficiently as when you are awake and alert but relaxed.

Akhirnya bersenam juga dikira sebagai ibadah jika kita berniat untuk bersenam kerana Allah. Sesungguhnya Allah lebih menyukai hambanya yang kuat berbanding hambanya yang lemah.

next is .... HEALTHY LIFESTYLE

Semua orang menginginkan berat badan yang ideal. Saya yakin ada di antara kita mempunyai masalah berat badan yang berlebihan. Ada orang,makan banyak mana pun,tetap tidak memberi kesan pada berat badannya dan ada orang yang sanggup makan epal saja setiap hari semata-mata ingin kurus.


Bagi saya sejujurnya, makanlah seperti orang ‘normal’ makan. Janganlah sehinggakan terjadi perkara yang tidak diingini kepada anda sebagai contoh,akibat terlalu obses untuk kurus, ada yang memadam terus keinginan daripada menyentuh hatta melihat apatah lagi memakan makanan yang terhidang di depan mata sehinggakan pengsan ketika berada di dalam dewan kuliah.

Diet yang sihat juga perlu disertai dengan aktiviti seharian yang bermanfaat. Elakkan daripada merokok kerana umum mengetahui rokok membahayakan kesihatan. Bagi perokok tegar, tatkala anda membaca tinta pena dari saya ini, kiranya bagi saya masih belum terlambat untuk anda berhenti merokok tika ini dan menjalani kehidupan normal yang sihat seperti dahulu. 

Aktiviti sampingan yang sihat seperti berjalan kaki ke universiti juga dapat menyumbang ke arah pembinaan jasmani yang sihat. 

Selain itu, dinasihatkan juga kepada pembaca agar untuk tidak meminum air ketika berdiri dan seelok-eloknya makanlah setelah lapar dan berhenti makan sebelum kenyang seiring dengan Sunnah Rasulullah SAW. 

Pengambilan diet yang seimbang seperti yang termaktub dalam piramid makanan juga menjadi penyumbang terbesar untuk tabiat pemakanan seharian anda. 

Janganlah makan mengikut hawa nafsu semata-mata dan mengabaikan terus akan bilangan kalori yang telah anda makan. 

Selain itu rehat yang mencukupi juga penting untuk sistem penghadaman anda bekerja secara lebih optimum dan hasilnya sistem pencernaan anda menjadi lebih lawas dan anda tidak akan mengalami sebarang komplikasi seperti sembelit mahupun yang sama waktu dengannya. Elakkan makan ketika berbaring, meniarap, mahupun bergolek-golek.

 Semoga segala tips yang disampaikan di atas dapat memberi inspirasi kepada anda semua. Ingat, jangan buat untuk orang tersayang jaa sebaiknyaa buatlah kerana kita sendiri mahu hidup sihat agar dapat menjaga orang sekeliling plus dapat beribadah kepadaNya dengan baik.

Selamat mencuba=) 

GEN11US is the 11th generation of Malaysian medical students at Kasr El-Ainy School of Medicine, Cairo University in Egypt.

4 comments:

  1. sape tulis ni..stailo la anta
    ps:ad org suro pumping lebih cket

    ReplyDelete
  2. tapi saya datang mesir mmg nk gemok.....

    ReplyDelete
  3. ini akhawat yg tulis=p

    ReplyDelete
  4. agak korang sapa lah yg tulih

    ReplyDelete

Suggestion Box:

Name

Email *

Message *

Followers